#THAICAVERESCUE
THE MOVIE : 13 HOPE
Alhamdulillah dapat khabar semua mangsa berjaya diselamatkan.
Kisah benar ini kalau dijadikan filem sangatlah epik. Tp kalau jadi filem, aku tak nak orang putih buat, nanti depa letak dua penyelam British tu jadi watak utama semata. #thread
Aku nak orang Thai buat, they deserved it as a whole.
Watak utama adalah Ekapol, football coach. Tapi akan ada dalam 4 sides of story : Ekapol, Adul (budak yang boleh speaking), Saman Gunan dan rescue team Thailand, 2 British expert cave diver.
Cerita akan bermula dengan---
--pengenalan latar belakang melankolik Ekapol, seorang anak yatim, stateless, family semua meninggal disebabkan satu wabak dan dia the only survivor, tinggal dgn nenek, merupakan seorang monk, tapi jiwa bola sepaknya sangat tinggi.
Memandangkan kisah ini berlaku di kala FIFA --
World Cup 2018 sedang berlangsung, latar tempat & latar belakang berkisarkan pasukan bola sepak sangatlah sesuai.
Malahan Adul dikatakan sebagai seorang murid yg sangat sopan, sukakan musik (menyanyi dan gitar) serta main bola, tapi tidak gagal untuk menjaga prestasi akademik.
Kisah bermula apabila kumpulan bola sepak tersebut bercadang utk meraikan hari jadi salah seorang daripada mereka ; singgah di kedai, beli jajan, dan terus ke gua. Sekali hujan, air mula naik dan mereka tak dapat keluar.
Ekapol dpt panggilan dari ibu bapa mereka tentang --
ketidakpulangan mereka. Lantas dia bergegas ke gua tersebut dan menemui selipar serta barang2 mereka dan masuk ke dalam.
Babak dalam gua sepanjang 9 hari survival menunjukkan bagaimana Ekapol mengajar mereka untuk bermeditasi dan bertenang, minum air dari dinding gua dan bukan
air lumpur yang bertakung, serta mendahulukan bekalan makanan bahagiannya kepada budak² tersebut. Tambahan, butir perbualan mereka adalah tentang pasukan2 FIFA World Cup yang sedang berlangsung.
Shift babak pada 9 hari kemudian apabila pasukan Saman Gunan baru mendapat petunjuk bahawa mereka semua masih hidup, maka usaha digencarkan : Idea untuk tebuk lubang dari atas tapi risiko keruntuhan agak tinggi, idea untuk keluarkan air tapi agak perlahan kadar surutannya,
nak tunggu air surut makan masa berbulan2.
2 British Cave Diver tiba untuk menyelamat, malahan berjaya menemui mereka dan berkomunikasi melalui Adul yang mahir berbahasa Inggeris, Thai, Mandarin, dan Burma. Saman Gunan terkorban dalam perjalanan menghantar tong oksigen.
Malahan, mereka turut bertanya siapa menang / perkembangan Piala Dunia ketika itu.
Shift pada suasana di luar : Berita tentang mereka mendapat liputan seluruh dunia sehingga Elon Musk design floating tube untuk mereka, pemilik kebun yang rosak disebabkan proses pengeluaran air
tidak marah tentang hal itu, penduduk tempatan siap ada yang jahitkan baju rescuer dan hantar semula pukul 4 am, dsb. Malahan rakan Ekapol yang mengenali peribadi Ekapol khuatir Ekapol akan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku. Tambahan, menteri Thailand memberi semangat
moral kerana khuatir Ekapol akan mengalami depresi dan PTSD disebabkan kejadian itu.
Proses menyelamat dimulakan sedikit demi sedikit. Ekapol disifatkan sebagai yang paling leah dan mengalami malnutrisi disebabkan sering mendahulukan bahagian makanannya kepada mereka.
Akhirnya, pada 10 Julai 2018, semua mangsa berjaya dikeluarkan
Ending : Mendiang Saman Gunan dalam kenangan, jasa 2 British Cave Divers tidak dilupakan, hero2 tempatan diraikan masyarakat dunia, dan Ekapol serta pasukan bola sepaknya dapat menyaksikan Semi Finals dan Final FWC18
Tahniah buat semua yang terlibat! You guys are real heroes!
Kredit pada pemilik asal gambar (credit to the owners of the pics).
I just wanna put this true story here so I would not forgotten every single epic real details of it.
-ainulfarihah
Main character : Ekapol.
Peribadi, latar belakang, jiwanya -- semua tentang dia sangat cukup untuk menghidupkan nyawa cerita.
All the names and faces of 13 players Wild Boars Football Team. #ThaiCaveRescue
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.