#KualaTahan Ini apa yang menimpa penduduk Kuala Tahan pada 13 Mac lalu. Mereka rata-rata adalah pengusaha pelancongan dan risau kesihatan dan perniagaan terjejas kerana pencemaran air. #Pahang #MalaysiaMemilih #HogohUndi
#KualaTahan Puncanya? Pembalakan yang berlaku berdekatan dengan empangan takungan air yang menjadi sumber air untuk lebih 1,000 penduduk di sini. Pada hari kejadian, penduduk dan pelancong sama-sama tak mandi. Kedai-kedai makan tutup.
#MalaysiaMemilih #HogohUndi
#KualaTahan Bila hujan, air lumpur dari kawasan pembalakan mengalir ke empangan. Walaupun pembalakan itu sah, penduduk Kampung rasa ia terlalu berleluasa dan merosakkan alam semulajadi.
Selepas kejadian itu, penduduk ada sesi dialog dengan kontraktor balak & pejabat hutan
#KualaTahan Penduduk minta supaya kawasan balak dipindahkan atau dihentikan serta merta tetapi ditolak kontraktor dan pegawai hutan pun tidak boleh buat apa-apa atas alasan projek diluluskan sebelum dia mula bertugas. #MalaysiaMemilih #HogohUndi #Pahang
#KualaTahan Pembalakan bukan isu yang baru di sini. Masyarakat dah terlalu biasa dengan masalah ini.
Mereka kata, ”Bila tengok sekeliling masih hijau tapi kalu bawa drone boleh tengok botaknya”
#MalaysiaMemilih #HogohUndi
#KualaTahan Orang kampung bukan bodoh. Mereka dah lama dalam industri pelancongan. Mereka tahu Taman Negara unik kerana alam semulajadi. Kebanyakkan mereka aktif dalam ecotourism dan risau kesannya kepada punca pendapatan mereka.
#MalaysiaMemilih #HogohUndi #Pahang
#KualaTahan Taman Negara sahaja ada lebih 70,000 pengunjung setahun.
Salah seorang pengusaha yang kami jumpa, Tok Ki, berkata kalau kita tak selamatkan alam sekitar Taman Negara, orang dah tak nak datang dah sebab sudah tak menarik.
#MalaysiaMemilih #HogohUndi #Pahang
#KualaTahan Pengusaha pelancongan di sini mahu wakil rakyat dan kerajaan untuk memandang ke hadapan dan ikut perancangan National Ecotourism Plan.
Mereka juga mahu lokasi mata air diwartakan sebagai kawasan tadahan air supaya tidak diganggu. #MalaysiaMemilih #HogohUndi
TERKINI: Tok Empat #KualaTahan kongsi video kejadian 2:00 pagi di rumahnya dengan kami. Bimbang akan berulang penduduk kampung mahu pembalakan dihentikan serta merta dan lebih banyak perhatian diberi untuk bangunkan Hornbill Sanctuary #MalaysiaMemilih #HogohUndi
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.