ZulYusmar.com Profile picture
MY Media Network (JR0134904-D) Malaysian Lifestyle, Food & Beverages, Travel, Technology News Portal 🏆Feedspot Top 40 Malaysia Lifestyle Websites & Influencers

May 11, 2018, 26 tweets

Okeyh la. Memandangkan Mat Sabu dah viral. This is a thread on some of his background. And yes, he is Culinary and Arts graduate from UiTM #PRU14

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu atau Abang Mat terlibat didalam politik sejak tahun 1975 ketika memyertai ABIM dan seterusnya pada tahun 1981, beliau menyertai parti PAS

Pada pilihanraya tahun 1986, Mat Sabu ketika itu didalam parti PAS bertanding melawan @anwaribrahim yang ketika itu berada di dalam parti ABIM untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh, Mat Sabu walaubagaimanapun kalah

Mat Sabu mula memenangi pilihanraya bermula tahun 1990 selepas beliau berhijrah ke kawasan Parlimen Nilam Puri, Kelantan. Pada tahun 2015, akibat kepincangan yang berlaku didalam parti PAS, beliau telah keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara bersama beberapa rakannya

Mat Sabu bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran jurusan Seni Kulinari di Institut Teknologi Mara (UiTM).

Mohamad Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpin PAS yang telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Penahanan pertama berlaku pada tahun 1984 sehingga 1986 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau.

Selepas menghadapi penderaan siasatan selama 60 hari, beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Penyertaan beliau di dalam politik dibuat bukan kepalang. Merengkok dalam ISA dan dibuang daerah, ditangkap puluhan kali dan didakwa atas pelbagai tuduhan serta mengalami kecederaan semasa demonstrasi (kakinya dilanggar oleh kenderaan pihak berkuasa)ketika demontrasi BERSIH 2.0.

Ketika Mat Sabu bertindak keluar dari PAS dan menubuhkan AMANAH yang berada bersama HARAPAN sekarang, ramai ahli-ahli PAS menggelarnya bermacam panggilan. Namun, Mat Sabu yakin akan pendirian beliau iaitu perlunya hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan agama

And here is some Mat Sabu video thread that can cheer you up while educating you

saying that once you heard Mat Sabu, you will laugh til you can't sleep

Mat Sabu lawan Wanita UMNO

Tapi SEKEJAP. Level lawak dia yes bolehlah comparekan dengan Mat Maslan. Tapi Mat Sabu memang terkenal dengan pidatonya dan kelantangannya ketika bersidang dan berceramah. He learnt the most from experience

Ok ni pulak sisi lawak Tun Mahathir yng sengaja menyakat Mat Sabu time Press Confefence. Comel je Tun @chedetofficial

Ok pada siapa yang ragu2 yang Mat Sabu ni pandai memasak ke tak or lagi power ke dari Mat Masaln. Boleh tanya @chedetofficial . Sebab Mat Sabu pernah memasak untuk dijamah oleh Tun Mahathir dan isteri ketika beliau mengziarahi Mat Sabu

"Pelaq sungguh aih" 🤣 Mat Sabu

Mat Sabu sindir Rosmah "Aku kalau RM60 juta shoppig, mati" 🤣

Actually Mat Sabu and Tun Mahathir masing2 pandai membuat orang ketawa and ada lawak diaorng tersendiri

Lawak Mat Sabu juga berjaya membuatkan Lim Guan Eng gelak apabila berkata mengenai rambut Rosmah

Mat Sabu marah Rosmah sebab pakai 'rice cooker' RM1,200 kat kepala 😂 Any way, lawak Mat Sabu ini diselitkan dengan perumpamaan yang ada isi and senang orang faham

Mat Sabu : Najib minta dengan Najib minta dengan Najib 🤣 😂 Senang untuk orang kampung paham intipati ceramah dia

Hahahaha ini video kenapa Mat Sabu buat #micdrop campak mic 🤣 😂 Sila pelahankan volume hp ya

Alright, so Mat Sabu telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

Sisi lain Menteri Pertahanan, Mat Sabu dan Menteri Kewangan Malaysia kita yang baru, Lim Guan Eng (Part 1) . #pru14 #mentericabinet #matsabu #limguaneng

(Part 2) Sisi lain Menteri Pertahanan Malaysia, Mat Sabu dan Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. Selalu tengok Mat Sabu gelak je kan. Ni Mat Sabu menangis pulak. The reason kenapa kita sayang Malaysia is that kita terdiri dari pelbagai kaum.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling