Masalah #HYPERHIDROSIS macam kami :
1•Pakai stokin elak melecet
2•Lepas pakai stokin, basuh elak bau
3•Tak boleh salam waktu interview
4•Kerja gila isi borang pakai pen dakwat
5•Cap ibu jari tak dapat dikesan pada scanner
6•Skrin fon comot
7•Tak boleh jalan pegang tangan
Penghidap #Hyperhidrosis macam sis boleh buat Endoscopic Thoracic Sympathectomy / ETS di Institut Jantung Negara.
Sesiapa yang pernah buat, sila kongsi pengalaman dan kos.
RT to save a life!
“RM10 - RM12k to treat hyperhydrosis, and side effect may occur after treatment ok no thanks” - shamirarahimi
“Ramai dok tanya buat apa pi hospital tiap minggu, bila cakap masalah peluh ada yang gelak. HAHA. Celaka betul. Bersyukur sebab masih ada lagi yang teruk. Buat masa sekarang doktor suruh continue buat treatment iontophoresis” - HafizKott92
“Pernah tanya IJN & Prince Court. 10-15k. Tanya insurance memang tak cover. One day procedure. Lepas siap boleh terus balik” - myjoe_
Siapa berpeluh tangan tengok? 😓
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
10 PANTANG LARANG MELAYU - dan logik di sebaliknya:
1 Jangan lalu bawah ampaian, nanti pening kepala — Takut kain jemuran jatuh, satu hal nak cuci balik
2 Jangan makan berpindah tempat, nanti kahwin ramai — Satu tempat dah bersepah, nak sepahkan tempat lain pulak
3 Anak dara tak elok duduk di tangga, nanti jodoh lambat sampai — Ya Allah, kan susah orang nak lalu tu
4 Jangan meniarap kaki ke atas, nanti mak / ayah mati — Nak elak sakit dada / kebas kaki
5 Anak dara tak elok menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua — Hangus masakan nanti
6 Lepas makan, tuang air sikit dalam pinggan agar rezeki tak kering — Senanglah nak basuh pinggan nanti, tak payah menyental
7 Jangan makan bertindih pinggan, nanti kahwin banyak kali — Tak kuasa nak basuh pinggan banyak-banyak
‘Abah aku memang layak kat neraka je’
‘Abah aku penyumbang air mani je’
Okay. We don’t understand and we will NEVER understand what you’ve gone through, but the moment you decide to air your dirty linen in public, people will talk.
Tak nak orang mengata?
Jangan cerita.
Hadis Riwayat Abu Hurairah RA berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda “[…] Allah telah menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga dia bermalam dalam keadaan ditutupi dosanya, kemudian di pagi hari, dia sendiri menyingkap tirai penutup Allah dari dirinya”
Tak kisahlah nak panggil sis kolot / tradisional / kg dot com / ortodoks. Seburuk-buruk ibu bapa, biarlah mereka jadi rahsia anak-anak sahaja.
Tak perlu ajak orang lain sama memaki hamun mak ayah kita.
Setiap kali Hari Raya Haji, mulalah korang nak bertekak : yang belah sini panggil yang belah sana macam ni, yang belah sana panggil yang belah sini macam tu.
Sebelum kita bertelagah, jom fahami sekejap konsep ‘lembu suci’.
RT kalau bermanfaat.
🗣Adakah penganut Hindu menyembah lembu?
Hindu tidak menganggap lembu sebagai Tuhan dan ia tidak disembah.
Kebanyakan Hindu mengamalkan vegetarianisme dan melihat lembu sebagai simbol kehidupan yang wajib dipertahankan dan dipuja.
Di dalam kitab suci Veda, lembu dikaitkan dengan Aditi - ibu kepada semua Tuhan.
Haiwan ini juga sering digambarkan sebagai sebagai ‘lembu cantik’ - kebiasaannya berwarna putih - dan dikalungkan jambangan bunga sebagai tanda penghormatan.
[THREAD]
Keistimewaan binatang-binatang yang disebut di dalam Quran:
1- UNTA
📖 Surah Al Ghaasyiyah : 17
Boleh hidup di cuaca yang ekstrem.
Ketika ribut pasir, kelopak matanya yang lutsinar membolehkannya melihat walaupun mata tertutup.
2- LALAT
📖 Surah Al Hajj : 73
Memiliki kepandaian mengubah arah secara cepat ketika terbang.
Dapat terbang ke mana sahaja walaupun melawan arus angin.
3- GAGAK
📖 Surah Al Maidah : 31
Penelitian saintis mendapati gagak tergolong di kalangan haiwan ‘cerdik’ setaraf anjing, dolfin, gajah dan chimpanzee (maaf, kucing tak ada).
Ingat lagi kisah dongeng Aesop burung gagak nak minum air dalam bikar, tapi paruhnya pendek?
[THREAD]
KISAH OEDIPUS BERZINA DENGAN IBU SENDIRI -
📖 Mitologi Greek
Kuil Delphi meramalkan kepada Raja Laius dari Thebes yang masih tidak berzuriat bahawa baginda akan mendapat seorang anak yang ditakdirkan untuk membunuhnya, dan meniduri ibu kandungnya sendiri, Jocasta.
Tidak mengendahkan ramalan dan amaran kuil itu, Raja dan Ratu terus berusaha untuk mendapatkan anak sehingga lahirnya seorang bayi comel.
Kembali risau akan ramalan, Raja menebuk buku lali bayi itu dengan pin dan meninggalkannya di kaki Gunung Cithaeron untuk mati.
Bayi itu bernasib baik kerana ditemukan oleh seorang gembala yang kemudian menyerahkan bayi itu kepada Polybus dan Merope, Raja dan Ratu Corinth yang mandul.
Mereka menamakan bayi itu OEDIPUS yang bermaksud ‘buku lali bengkak’ disebabkan luka di kakinya.