متجر ‏Мσσи ' Profile picture
Jun 18, 2018 15 tweets 4 min read Read on X
Kalau nak pakai contact lens, memang kena jaga baik2 sebab ada risiko cornea ulcer. Paling teruk, boleh menyebabkan kebutaan.

Meh lah saya cerita sikit cara penjagaan kalau pakai contact lens.

Boleh juga check my previous tweets di #MedTweetMYCL

❤️,
#MedTweetMY
Bukan semua orang sesuai pakai contact lens. Orang yang memang tak sesuai pakai contact lens ialah:

- Keadaan tak mengizinkan utk jaga hygiene, cth: sibuk kerja long hours
- Mata terlalu kering
- Bekerja/tinggal di tempat yg tidak bersih
Sepatutnya kalau nak guna contact lens memang kena jumpa OPTOMETRIST. Mereka ni ada di kedai2 optik/kedai spek. Mereka mmg terlatih dan professional dalam bab contact lens.

Tapi kalau ada aral, paling kurang, yang 1st time beli tu kena jumpa mereka. Wajib.
Saya berani gunakan perkataan WAJIB dekat sini sebab contact lens boleh menjadi alat yang memudaratkan mata jika tak dapat nasihat yang betul.

Contact lens ada banyak jenis yg berbeza & keperluan hanya boleh dikenalpasti melalui konsultasi secara berdepan.
Contact lens ni ada banyak tempoh penggunaan dia, bergantung kepada material. Ada yang daily/ weekly/ biweekly/ monthly bahkan yearly dan permanent.

Umumnya, yang tempoh penggunaan lebih singkat itu lebih baik. Sebab kuman tak sempat nak berumahtangga di sana. 😅
Kita kena bersungguh2 taat ikut arahan tempoh penggunaan ni. Contohnya, kalau contact lens tu utk kegunaan sebulan tapi kita baru je guna sekali tengok2 dah lebih tempoh, maka ia mestilah DIBUANG.

Jgn ambil risiko. Takde mana sayangnya. Kalau mata jadi buta lagi lahhhh sayang!
Oh ya. Pada kotak/packaging contact lens tu ada tulis expiry date. Sebelum guna, check dulu tarikh ya! Ramai orang selalu terlupa yang ini, terutama yang jenis beli sekotak tapi jarang2 pakai.
Umumnya, saya suka nasihatkan gunakan maksimum sehari 8 jam sahaja. Sebenarnya memang ada certain material yg spesial yg boleh lama sikit. Tapi kalau jenis biasa tu, 8 jam.

Ini penting. Sebab waktu pakai contact lens kornea kita kurang dapat oksigen.
Lepas pakai, cuci dengan solution khas.

JANGAN guna air paip. Dalam air paip ada kuman yang kebal yang suka pada contact lens. Acanthamoeba.

Kuman lain pun ada juga. Tapi saya paling risau kalau jenis yg ini. Ramai dah pesakit saya jadi buta sebab dia.
Selain air paip, Acanthamoeba ni suka duduk dalam air tawar macam air tasik, air sungai, air di waterpark. Sebab tu sebolehnya jangan pakai contact lens di tempat2 ni. Kalau nak pakai juga, guna yang daily disposable. Lepas pakai, buang.
Sambung balik. Lepas cuci contact lens tu, simpan dalam bekas khas yang BERSIH dan pastikan air rendaman juga BERSIH dan TIDAK EXPIRED.

Kalau akan simpan lama, pastikan sesekali kena bersihkan bekas tu dan salin air rendaman walaupun tak pakai contact lens tu.
JANGAN SHARE contact lens. 🤐

Haaa... jangan gelak. Saya pesan ni sebab saya pernah jumpa pesakit yang kongsi contact lens dengan kawan dia. Tak hygienic, ok! Ibaratnya macam share berus gigi lah juga. 😳

By the way, kawan tu jumpa saya sebab dapat cornea ulcer. 😰
Waktu tidur tu tak payah lah pakai contact lens. Kecuali jika doktor yg bagi arahan macam tu.

Sebabnya, waktu kita tidur, mata kita tak berkelip. Langsung tak ada pergerakan contact lens di mata. Macamana lah mata kita nak bernafas?

Tahu kan kornea dpt oksigen dari air mata?
Tanda2 contact lens anda bermasalah:
- mata jadi merah
- mata jadi gatal
- keluar banyak tahi mata
- ada TANDA PUTIH di kornea (yang sepatutnya transparent hinggakan boleh nampak warna iris)
- mata jadi kabur

#MedTweetMYCL
Eh ok lah. Dah panjang dah saya cerita ni. Sorry kalau jarang2 dapat cerita dengan awak semua. Ada hashtag tu, klik lah. Itu my previous tweets on related topics.

Kalau bab contact lens ni boleh tanya yang lebih arif, optometrist #MedTweetMY, @AmiraRaup.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with متجر ‏Мσσи '

متجر ‏Мσσи ' Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(