AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture
Jun 21, 2018 65 tweets 10 min read Read on X
Thread seram? Dah boring dengan drama melayu anak tan sri belajar di europe?Balik malaysia kena kahwin dengan pilihan bapak untuk dapat harta?Nantikan malam ini kisah benar dari aku. RT for bahana ilmu, pelaris likes for balasan ilmu penunduk suami. Pilihan cerita based on undian
Ingat selain manusia ada hidupan lain yang hidup seperti kita tetapi kita tidak mampu melihat dengan mata kasar kita.
Bismillahirrahmanirrahim. #3jamlagiundianditutup #BilaLampuTerpadamDenganSendirI
Jika kisah bahana ilmu pelaris pembantu perawat ketika itu sahabat aku @Amir_Ashraff. Jika kisah balasan ilmu penunduk suami kisah benar dalam keluarga aku sendiri. (Keluarga jauh)
Tak kisah cerita mana yang menang tapi aku nasihatkan cerita aku berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri jadi aku tak nafikan ada yang kena gangguan tatkala membaca kisah aku. Kepada yang agak lemah semangat sila baca ayat kursi terlebih dahulu. Bismillahirrahmanirrahim.
Akhirnya cerita yang dipilih ialah balasan ilmu penunduk suami. Ok dah boleh dah tutup lampu. Duduk tenang2. Pastikan lampu bilik dimalapkan terlebih dahulu.. maaf ya terlewat pula gara2 ralit melayan vanila custard.
Kisahnya bermula pada tahun 70an. Ketika ini aku tidak lahir lagi. Arwah toki terkenal dengan ilmu kebatinan yang dimana selalu menjadi rujukan orang2 kampung dan ahli keluarga jika ada berlaku hal2 berkaitan alam ghaib. Arwah toki mengajar ilmu persilatan suatu ketika dahulu.
Nak dijadikan cerita diatas kebimbangannya terhadap keselamatan anak cucunya diwariskan sedikit sebanyak ilmu2 dunia. Tetapi malangnya ilmu tersebut bercampur aduk diantara ilmu putih dan hitam.
Ada dua beradik ni. Adik dan kakak sebelum kahwin datang berjumpa toki meminta ilmu untuk menundukkan suami2 mereka. Tahap dimana kalau boleh sampaikan ludah mereka. Mereka nak suami mereka jilat.
Tahun berganti tahun. Setiap kali berjumpa toki mereka minta diturunkan ilmu untuk menundukkan suami mereka. Diantara terpaksa dan rela toki ajarkan juga ilmunya kepada dua beradik ni.
Syaratnya mudah. Kena minum susu harimau. Ya. Harimau. Bukan hari2 mau ya. Tapi padahnya bukan sekarang. Padahnya siapa2 yang belajar ilmu susu harimau ni tidak dapat mengandung lebih dari seorang dalam satu2 perkahwinan.
Padah berjanji dengan syaitan. Kerana bisikan sudah membelenggu hati. Mereka akur dengan syarat yang diberikan.
Habis kisah tahun 70an. Masuk pula tahun 2000. Genap 10 tahun selepas kematian toki. Kedua2 beradik ini masih lagi tidak serik. Masih lagi seronok memperbodohkan suami2 mereka. Tapi gembira mereka tak lama. Sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.
Kedua2 mereka mula dapat penyakit2 yang pelik. Keluar masuk hospital tetapi doktor tidak dapat mengesan penyakit apa yang mereka kena. Haid tidak teratur. Dan yang paling pelik mereka berdua sentiasa kekurangan darah.
Pada suatu malam tu. Pintu rumah mereka berdua diketuk serentak. Tapi tidak kedengaran oleh orang lain. Hanya mereka berdua sahaja dengar. Ok la aku letak nama yg kakak hayati dan adik faridah.
Bilamana mereka buka pintu tiada apa2 yang mereka nampak. Hanya bau busuk yang amat meloyakan. Baru je nak sambung tidur sekali lagi pintu rumah mereka diketuk lagi. Dan kali ini ada yang muncul didepan mata mereka...
Alangkah terkejut mereka. Mayat toki yang muncul dihadapan mereka. Tanpa sempat berlaku apa2. Kedua2nya pengsan dihadapan pintu rumah masing2. Keluarga mereka hanya perasan waktu subuh yg isteri masing2 terbaring
Faridah (adik) mula merasa tak sedap hati. Lepas je sedar dia paksa suami dia bawa pergi jumpa hayati (kakak)

"Kak yati!!"

Suami hayati buka pintu pelik la tengok adik ipar dia ada dekat luar. Walhal dia x sempat bg tau pun apa yg belaku dekat hayati.
Hayati masih lagi terbaring lemah. Akibat bayangan toki datang menyinggah dirumah dia malam td.

"Kak bangun kak. Mek takut ni. Mek nampak toki dekat pintu rumah mek semalam"
Bertambah pucat la hayati bilamana adik dia bg tahu yang dia pun nampak benda sama.

Selepas pulih sedikit barulah hayati bersuara. "Idah, kau tu mimpi bukan2. Tu la kau dah tua pun tak reti nak basuh kaki sebelum tidur kan dah mengarut yang bukan2"
"Mana ada orang mati boleh hidup balik idah! Dah kau jangan cakap bukan2. Aku ni dah la x sihat mana. Kau jangan nak tambah sakit aku"

Padahal dalam hati hayati ketila itu mengiyakan apa yg adik dia cakap tapi atas dasar ego dia tak nak mengaku.
Malam keesokkan harinya hayati sekali lagi diganggu. Sedang elok dia baru nak lelap kan mata. Dengar bunyi kerusi ditarik dekat ruang tamu. Dia cuba kejut suami dia bangun tapi sampai ke sudah tak terbangun.

"Huh. Kalau dah tidur bom meletup pun x bangun! Tak guna aku berlaki!"
Nak tak nak hayati gagahkan la juga bangun pergi tengok siapa kat luar. Mana tau pencuri ke apa kat luar. Sekurangnya dapat juga dia sergah. Tapi.....
Bukan dia yg sergah. DIA YANG DITEGUR!! ngihihihi hayatiiiiiii. Aku datang menuntut kembali janji2 kau pada aku... ngihihi. Kerusi rotan bergerak2 dengan sendiri. Bagaikan ada yang duduk disitu.
"KAU DAN AKU PERNAH BERJANJI SAMPAI MATI KAU KU TUNGGU!!" Ngihihiihi hayatiiiiii!

Bupp jatuh pengsan lagi sekali hayati. Nasib faridah malam tu baik. Dia tak kena ganggu hanya si kakak sahaja yang diganggu.
Kali ini bunyi hayati jatuh menyebabkan azman(suami hayati) terjaga dari tidur.

"Dah kenapa dah ni yati kau tidur dekat bilik air ni. Bangun yati!"

Dalam keadaan mamai2 tu hayati buka mata dia nampak batang tubuh yang dia kenali.
Bukan tubuh badan azman yang dia nampak. Tapi!! Sekali lg pocong! Meracau si hayati cuba nak melepaskan diri dia. Pelik azman tengok kelakuan bini dia. Dah kena bodohkan memang dia jadi bodoh la walaupun kerjaya dia engineer.
"Bangun yati. Buat mengucap. Kau ni dah kenapa hilang akal ke apa. Ni aku laki kau!"

Ibarat halilintar suara itu memecahkan ilusi yang dialami hayati.

Tapi jelas sayup2 kendengaran "kau dan aku pernah berjanji... hihihihi"
Azman nekad. Dia nak tau apa yang berlaku. Sepanjang hampir 30 tahun dia berkahwin tak pernah isteri dia jadi macam tu. Usai solat subuh dia pergi berjumpa dengan imam di masjid rumah dia.
"Assalamualaikum imam zakaria. Saya azman. Saya ada masalah sikit ni nak tanya dengan imam. Kalau imam tak keberatan"

Azman pun cerita la A-Z apa yang berlaku pada isteri dia.
Istighfar panjang pak imam tu. "Azman kamu nak saya bantu macam mana? Kalau saya boleh bantu saya akan bantu kalau saya tak dapat bantu saya akan minta sahabat saya bantu awak. Sebab saya tak arif bab2 rawatan. Sikit2 utk bantu tu boleh la"
Cerita baru 50%.

"Macam ni la azman. Boleh ke saya pergi ke rumah azman. Sekurang2nya boleh saya tau. Daya atau tidak saya nak bantu kamu"

"Haa elok la tu imam. Saya memang nak imam datang rumah saya. Risau saya tengok keadaan isteri saya macam tu"
"Tapi saya tak datang sekarang. Lepas dhuha saya pergi ke rumah kamu. Biar saya bersiap dulu."

Pendekkan cerita sampai la imam dekat rumah azman. Kata imam tiada ilmu tapi sampai je depan rumah azman ditekankan tumit kaki kiri ke tanah. (Kaedah pasak bumi)
Orang dulu biasa la dengan kerendahan hati. Tidak seperti orang zaman sekarang ilmu tak seberapa dah nak bercerita (aduh kena tampar dengan diri sendiri)
Lepas je beri salam. Suara garau dari keluar dari mulut hayati. "Kau dan aku pernah berjanji. Sampai mati kau ku tunggu"

"Sial! Kau jangan dekat dengan aku orang tua! Pergi!! Aku benci kau sial!"
Kaf ha ya ain sod.. imam genggam tangan kanan dan dibacakan sepotong ayat lg lalu dihembuskan pada tapak tangan yang digenggam.

Selepas syahadah dan selawat imam mulakan sesi dialog dengan hayati.
"Ya ma sharal jinn! Apa urusan kau dengan anak adam ini? Jangan kau ingat kau dapat mengaburi kami dengan lakonan2 kau! Satu sahaja pilihan. Tinggalkan jasad ini atau kau aku ikat sampai kiamat!"
"Ngihihihi. Kau tak akan mampu mengikat aku. Lebih 30 tahun aku berkhidmat pada dia! Kau ingat hanya aku sahaja yang ada? Bukan disini sahaja tempat aku! Bukan!!!!"

Zubb deruan angin tohor keluar dari rumah azman.
"Azman, pergi ambil air segelas letak garam bukit secubit jika tiada garam bukit letak sahaja garam masakan"

Baru je sampai ke dapur azman berlari balik pergi ke tempat imam.

"Imam saya dapat ambil air botol sahaja. Garam dirumah saya semua berulat imam"
"Aku berlindung dengan nama ALLAH dari godaan syaitan yang terkutuk" sambil dibacakan sesuatu imam raup wajah azman. "Sekarang pergi tengok sekali lagi ada ke tidak ulat tu"
Terkebil2 azman tengok bekas garam yg tadi penuh dengan ulat. Elok je bersih tanpa ada kekotoran.

Selepas dicampur garam dalam air. Azman bg gelas pada imam.
"Ya ALLAH engkau yang maha berkuasa. Engkaulah yang mendatangkan penyembuhan. Jadi kan air ini asbab untuk kau memulihkan isteri azman ini. Amin ya mujib" diawali dengan ayat2 syifa.
Gelas bertukar tangan. Imam suruh azman raup muka hayati dengan air yg telah dibacakan.

"Panasssss!!! Prakkk ditepisnya gelas dari tangan azman. Bertabur kaca2 dekat atas lantai."
Terkumat kamit hayati membacakan sesuatu dihembuskan kepada azman.
Imam zakaria seperti dapat menghidu akan sesuatu lantas berkata "hayati! Tinggalkanlah perbuatan2 syirik kamu. Jangan kamu ikutkan bisikan syaitan itu hayati!!"
Tersentak azman dengar imam cakap macam tu. Sebab sepanjang 30 tahun dia hidup bersama isteri dia tak pernah dia nampak cacat cela isteri dia. Bagi dia isteri dia wanita yang sempurna. Cuma dia bagaikan tersedar dari mimpi apabila kejadian2 aneh ini berlaku.
"Argh kau diam orang tua. Kau tak tahu berapa lama dah aku amalkan benda2 ni. Aku kekal cantik, suami anak dengar cakap aku, orang takut dan tunduk dengan aku. Kau jangan nak khutbah dekat sini orang tua! "Puihh diludahnya nasib baik tak kena imam.
Mahukah kamu mendengar tawaran aku kata imam. "Apa kau nak tawar menawar dengan aku? Kau boleh bagi ke apa yang aku ada sebelum ni! Jangan bermimpi orang tua!"
Mahukah kamu kembali kepada ajaran yang diajarkan oleh baginda Rasulullah. Bukan setakat ilmu yg kamu belajar ini saja yang kamu dapat tapi kamu tak akan sesat didunia dan akhirat.
Elok je ayat imam habis. Hayati merengek seperti mahu menggoda suaminya. "Abang, yati sakit bang. Yati tak buat benda2 tu. Tolong yati bang halau orang tua ni dari rumah kita bang"
"Jangan dengar pujuk rayu iblis azman. Ni bukan bini kamu!! (Bukan bini azman habis??)"

Yang kau lihat yang kau dengar sebenarnya suara syaitan yang bersembunyi dalam tubuh badan isteri kamu azam!
Minggir kamu dari situ azman. Terus imam bangun dan melaungkan azan. Habis azan. Imam pegang rida' dan disebatkan (bukan kena badan ya) ke arah hayati.
Ironi nya. Hayati menggelupur kesakitan ibarat ada lembing yang mencucuk2 badan nya. Imam keluarkan daun serunai laut dari poket. Dilumatkan disuruh azman letak dalam sebaldi air.
Dekat ruang tamu tu juga imam jirus air memandikan hayati. Menjerit menangis memohon ampun dan macam2 lagi reaksi hayati. Sukar untuk digambarkan dalam penulisan.
Terkeluar jarum2 halus dari seluruh tubuh hayati. Rupanya bukan setakat ilmu susu harimau yang diambil banyak lagi barang2 yang dia ambil. Kaget dengan apa yang berlaku terduduk azman tengok apa yg terjadi dekat hayati.
30 tahun bersama tidak sama sekali dia sangka isteri dia mengamalkan ilmu hitam. Setelah dipulihkan hayati. Imam suruh hayati jujur ceritakan semuanya pada azman.
Aku pendekkan cerita la ya. Kang 80 tweet baru lagi baru habis. Azman nyaris melafazkan talak pada hayati. Tapi dihalang oleh imam.

Imam tarbiah azman berkenaan ujian dan dugaan.
Imam suruh hayati keluarkan apa lg barang yg dia simpan. Terkejut beruk masing2 bilamana hayati ada menyimpan uri dan tali pusat anak dia. Yang dia simpan utk lakukan pemujaan. Tangkal2 tak payah cakap. Bersepah.
Hayati bongkar rahsia satu persatu dengan harapan azman dapat menerima dia. Singgah juga la penampar sulong dekat hayati. Bila mana hayati bg tau tentang dia buat semua ini untuk menundukkan azman.
Jika tidak kerana imam halang mungkin tragedi berdarah berlaku hari tu. Hayati bagi tau bukan dia sahaja ada belajar ilmu ni faridah pun belajar. Sebab tu mereka hanya ada seorang sahaja zuriat.
Tapi kisah faridah aku tak cerita dekat thread ni. Kisah faridah dan kisah2 yang aku potong dalam thread ni aku abadikan dalam buku aku.
Alhamdulilah hayati akui kesilapan yang dia lakukan. Dek kerana kebodohan yang dia lakukan terlalu banyak benda yang berlaku. Anaknya lahir tidak normal (itu semua kebetulan) tapi hayati menyalahkan diri dia.
Bagi aku, tidak kira lelaki atau wanita janganlah sesekali belajar ilmu2 yg khurafat. Padah dia jangka masa panjang. Diawal2nya seronok tetapi pengakhirannya azab sebesar2 azab telah disediakan di akhirat kelak.
Aku ubah semua nama2 diatas agar tiada seorang pun dapat mencari walaupun keluarga aku sendiri (yang dekat tau la) cerita ini diceritakan oleh azman sendiri pada arwah ayah aku.
Kerana dalam kisah faridah arwah ayah aku ada campur tangan bantu mengeluarkan dan tawar ilmu yg faridah tuntut.
Akhir kalam. Aku memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan aku dalam penulisan aku. Jikalau perlu aku akan tinggalkan no aku dalam thread ini. Tapi jangan lah marah jika aku tidak sempat untuk melayan semuanya
Sekian assalamualaikum. Selamat malam.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT)

AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @jebat_165

Oct 3, 2018
Aku tak kisah kerja lebih masa. Sampai kadang2 dua tiga hari tak tidur. Tapi mostly aku dapat client yang mulut suka maki hamun. Takpa sat lg aku cerita kesabaran aku teruji sampai aku yg tak ada kena mengena, customer hawau viral aku tipu duit orang. *pelik tp benar*
Kes dia. Aku ada syarikat canopy. Dan aku ada jalankan usaha sama dengan beberapa syarikat katering.

Katering bermasalah buat payment pada subcon. Kalau fikir secara logic aku tak ada kena mengena hutang katering dengan sub con. Sebab aku ni usaha sama sahaja.
Tetapi ada mulut2 makcik bawang ni siap viralkan nama aku dan syarikat aku di social media. Mengatakan aku mastermind menipu duit orang. Oiii check ssm pls. Nama aku x ada kena mengena dengan company catering.
Read 8 tweets
Sep 29, 2018
Gara2 ramai mangsa kena pukau sekarang. Tidak kira dengan warga asing mahupun tempatan. In sha ALLAH aku akan sharekan cara2 macam mana nak hindarkan diri dari kena pukau dan cara nak melepaskan diri dari kena pukau. Ada ke yang berminat?
Bismillahirahmanirrahim. Amalannya agak simple dan sila jadikan amalan harian selepas solat ya. Amalkan 11x setiap kali lepas solat. In sha ALLAH terhindar dari pukau.
اِنِّيْ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّٰهِ رَبِّيْ وَرَبِّكُمْ ۗ مَا مِنْ دَآ بَّةٍ اِلَّا هُوَ اٰخِذٌ ۢ بِنَاصِيَتِهَا ۗ اِنَّ رَبِّيْ عَلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ

(QS. Hud 11: Ayat 56)
Read 9 tweets
Sep 28, 2018
Disaat kita lena tidur. Saudara kita di uji dengan gempa bumi dn tsunami. Kenapa mereka diuji bkn kita. Kerana mereka insan2 mulia yg mampu menghadapi ujian yg hebat sebegini. Ini adalah teguran dari ALLAH kepada kita.
Ya Allah.. Selamatkanlah saudara2 kami yg KAU uji ya ALLAH
Seandainya kita di tempat mereka belum tentu kita mampu menghadapi ujian seperti mereka.
Selamatkanlah mereka. Selamatkanlah mereka.
Read 4 tweets
Sep 27, 2018
Bismillahirahmanirrahim.

Engkau anak kecil tidak padan melawan aku. Umur jasad ini sendiri udah lebih 90 tahun. Tidak padan dengan usia kau nak melawan aku.

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri
#jam12malam
#bertembungdenganembah
Seperti biasa aku harap korang baca terlebih dahulu ayatul kursi. Pada yang lemah semangat lemah jantung sila ambil wudhuk dan bacalah 3 kul dahulu. Kerana ramai dah yang dah mengalaminya #BilaLampuTerpadamDenganSendiri
Bukan aku nak takut2kan kalian tetapi ramai yang dah mengalaminya siap ada yang kena ganggu tatkala membaca kisah aku. Semoga kita semua terlindung dari permainan syaitan terkutuk.
Read 35 tweets
Sep 11, 2018
Maksud disebalik lagu
Titian Perjalanan (Titian Sirat)
Hayati dan fahami. Terlalu indah maksudnya:

Siulan kedamaian
(Bertiupnya Sangkakala)

Nanti kepulangan
(Kembali kepada Yang Esa)

Saat di tunggu hampir lumpuh
(Kiamat ditunggu hampir tiba)
Tenang ku rindukan
(Cuba untuk mengenangkan)

Bayangan semalam
(Amalan yang lalu)

Sedetik kita bertemu
(Bertemu kita dengan Rasulullah)

Dalam impianku
(Menjadi cita-cita aku)

Tak pernah luput gambaranmu
(Tak aku lupakan ajaranmu)

Bina cinta satu
(Mencari cinta illahi)
Ke mari sayangku
(Hadirlah dalam impianku)

Perjalanan dititian
(Perjalanan Titian siratulmustaqim)

Masa kita perlukan
(Amalan yang diperlukan)

Perjalanan masa kita
(Perjalanan itu amalan kita)

Seminit kita berlagu
(Sejenak kita terkenang)

Ada lagi waktu
(Masih ada peluang)
Read 7 tweets
Sep 9, 2018
Mula2 abang aku ada cakap. Ada budak perempuan kena rogol namanya nurul. Diberi drugs selepas tu kena rogol beramai2. Tak cukup dengan rogol siap perbuatan tu di rakam.

Mula2 menyirap juga darah bila dengar tapi. Malangnya.
Wanita itu sendiri rupanya bukanlah wanita yang menjaga batas2 pergaulan dia. Party people jugak rupanya.

Zaman remaja :- mat2 motor sapu.
Zaman 20an :- budak2 kereta plak pakai.
Zaman 25 keatas :- pakcik2 boroi bawak kereta mewah pula pakai service dia
Bila nak masuk fasa perkahwinan. Ketuk wang hantaran berpuluh2 ribu. Lepastu marah lelaki. Jangan disoal sejarah silam saya. Awak tak berhak untuk menghukum saya. Yes memang dia tak berhak hukum kau. Tapi kau rasa diri kau sama ke dengan orang yg tak pernah disentuh lg.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(