AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture
Jun 26, 2018 44 tweets 9 min read Read on X
Aku pesan awal2. Cerita ini memang ada kena mengena dengan pesakit yang pernah aku rawat. Tetapi tiada kena mengena dengan mana2 pertubuhan mahupun persilatan. Harap tiada yg menuding jari pada siapa2 lepas membaca kisah ini. Dn sekali lg nama pesakit telah diubah utk menjaga aib
Seperti biasa. Kita awali kisah kita dengan bismillahirrahmanirrahim dan ayatul kursi. Sekurang2nya kurang sedikit rasa takut dalam diri. Ingat kisah ini bukan utk menakutkan kita tetapi untuk menambahkan keyakinan kita pada ALLAH.
Watak dalam cerita ni aku sebagai perawat. Dan pesakit kali ini namanya abang faizal(nama dah diubah). Kebetulan pada hari tu jadual aku bertugas merawat orang selepas isyak. Hari tu aku tak ada appointment tapi aku didatangi keluarga yang membawa abang faizal.
Aku tengok macam manusia normal tetapi keluarga dia kata abang faizal mengalami tekanan jiwa yang teramat sangat. Bisnes secara tiba2 drop mendadak. Tubuh badan susut hilang kudrat utk pergi ke kedai.
Tanya sikit2 aku pun mulakan la sesi ruqyah. Sebab faizal ni boleh bercakap seperti normal tak ada apa. Sewaktu ruqyah aku tengok tak ada apa2 reaksi. Jadi aku bagi makan madu yang dah dicampur dengan beberapa makanan sunnah yg lain.
Time ni faizal bg hint seperti nak muntahkan sesuatu. Aku bg la baldi yang dah memang aku sediakan utk merawat pesakit yang nak muntah ke apa. Ketulan2 darah beku yang keluar dari muntah pesakit. Waktu ini tahulah aku something wrong somewhere dengan pesakit ni.
Terdetik dalam hati aku untuk pergi ke tempat berniaga faizal. Faizal ni berniaga western dekat ss15 (dekat dengan pelita). Kedai dah tutup dah sekarang

Aku tanya family dia apa benda pelik yg berlaku dekat faizal sebelum ni. Dah pernah pergi berubat ke sebelum datang tempat aku
Sebelum ni hanya minta2 air je la dengan ustaz2. Tapi makin parah dia ni. Dia kata hidung dia sentiasa bau hanyir. Bila mandi air yang ustaz tu buat kepala dia menyucuk2 macam ada jarum yang tekan kepala dia.
Ok sat aku letak baju aku dekat dobi dan lepas tu aku nak hantar tunang aku dulu. Sambung balik dalam sejam lagi. Sabar ya. Jangan marahhhh.
Sambung sekarang. Takut haa aku kena marah dengan korang. Lebih teruk dari hadap jin haa.
Aku tak salah kan ustaz yg buat air shifa. Kemungkinan yang dia rasa menyucuk di kepala dia adalah effect daripada gangguan yang pesakit alami. Husnuzon sikit!
Esok nya selepas asar aku sampai di kedai faizal. Lama aku perhatikan kedai dia dari luar. Nampak ada unsur2 kedai ditutup penglihatan yang melihatnya. Walhal aku tgk dalam bukan main sibuk lagi pekerja2 si faizal ni.
Masuk je dalam kedai. Ada bahang yang keluar dari kedai tapi terasa diri aku diperhatikan. Suara hati aku kata kedai ni ada pakai pelaris ni. Tapi aku diamkan dulu. Tak nak la nanti dikatakan aku memandai2 buat tuduhan.
Diakhir kisah ini aku akan selitkan sedikit amalan yg tak menyimpang dari syariat islam utk digunakan pakai sebagai usaha pembuka pintu rezeki.
Faizal pelawa aku untuk makan dahulu baru aku teruskan sesi utk memulihkan kedai dia. Dia hidang chicken cordon blue(menatang apa tah). Layan kan aja. Sedang elok aku lepas baca doa makam dan bismillah lima. Potong je ayam tu aku tengok ada kesan darah.
Means ayam tu ayam mentah. Walhal faizal beriya2 cakap ayam tu direbus terlebih dahulu. Mustahil ada darah dan mentah. Aku tolak pinggan makan aku. "Belum apa2 lagi dah kena uji ni" bisik aku dalam hati.
Memandangkan dalam kedai hanya tinggal pekerja dia sahaja. Aku suruh semua berkumpul. Dan sorang2 aku tanya ada benda2 pelik tak berlaku dalam kedai ni.
First selalu ada bangkai tikus mati dekat dapur seperti dimakan sesuatu. Lepas kerap tikus mati ada 3 ekor bangkai burung gagak mati dekat dalam exhaust fan. Kemungkinan kebetulan. Terakhir selepas 2 minggu kes jumpa bangkai mereka jumpa bangkai monyet dekat depan kedai
Mulut aku dah gatal nak tanya dekat faizal ni. "Bang aku nak kau jujur dengan aku bang. Ada siapa2 offer kau nak pagar kedai ke nak bg pelaris ke apa dekat kau ni" aku sebut je pasal pelaris. Zuppp angin lalu dekat tepi belah kiri aku.
Aku pun pandang la dekat satu sudut dimana hala angin tu. Dah sudah. Muncul dah makhluk ni. Macam tau2 je nama kena sebut. Elok je intai aku. Cilaka betul.
"Ada bang. Dalam 3 bulan lepas ada sorang mak cik ni datang. Dia kata kedai saya ni kena sihir. Kebetulan pula time tu pekerja saya ramai yang sakit dan tak lekat berkerja dengan saya. Jadi saya percaya je la apa yang makcik tu kata"
"Memandangkan saya memang tak ada pengalaman dalam ilmu2 ni bang saya mati2 la percaya. Kenapa ya bang ada yang tak kena ke?" Faizal menjawab soalan aku.
"Faizal. Ada apa2 barang ke yang dia bg? Dan ada benda2 pelik ke dia minta dan dia bagi? Tolong cerita sepenuhnya dekat saya. Kalau tak sulit saya nak bantu faizal"
"Jap bang saya kumpulkan semua yang dia bg, betul kata abang memang ada pun."kata faizal.

Dia kumpulkan barang2. Hambik kau tahi besi disetiap penjuru kedsi, kulit kijang putih yang siap di wafak, botol2 yang berisi dengan minyak dan ada amalan yg perlu dibuat.
Aku tanya la untuk apa je barang2 ni semua. (Walaupun aku tahu fungsi nya) "makcik tu kata ni utk pendinding daripada sihir dan wafak ni utk kekebalan saya status saya sebagai usahawan. Minyak2 tu untuk pelaris kedai ni"
Tepuk dahi aku. "Faizal ni zaman dah maju. Yang percaya benda2 kolot ni buat apa. Itu kan dah syirik percaya pada barang." Tunduk je faizal.

Sebelum aku start khutbah dekat faizal aku skip terus neutral kan dulu barang2 yg ada depan aku.
Selesai neutral aku tanya faizal. "Kalau kata untuk pelaris dan pagar kedai kenapa gangguan masih lagi ada dalam kedai ni? Ke ada pantang yang faizal langgar?"
"Semua yang dia suruh saya buat bang cuma dua perkara yang saya tak buat bagi duit untuk kurban kambing dan membuat amalan yg dia bg. Silap saya bang. Saya pernah bg dia duduk di kedai saya selama seminggu. Saya tak tau la apa dah yang dia buat dalam kedai ni
..saya tak ada duit dah bang. Sekali dia datang saya kena bayar 3k utk sesi dia. Jadi saya hold dulu. Tapi makin teruk keadaan saya. Saya jadi susah nak keluar rumah. Hidup sentiasa dalam keadaan takut. Sebab mak cik tu cakap segala padah saya kena tanggung"
Macam ni la faizal. Kita abaikan dulu perihal makcik tu. Kita cuba pulihkan dulu kedai ni. Aku pergi ke masjid di subang ambil sebaldi air dari masjid.
Malam tu lepas isyak kedai faizal tutup awal utk bagi ruang aku clearkan gangguan yang ada. Aku bancuh air tu dengan pati minyak shifa yang aku buat.
Siap je air utk cuci kedai. Aku minta garam dengan lada hitam. (Lada hitam utk menyerang makhluk2 halus dan menghalau. Manakala garam utk pemagaran) usai aku lempar kan lada hitam aku lempar garam diseluruh kedai faizal.
"Tunggu dua tiga jam baru sapu dan mop dengan air yang saya dah bancuh ni. Letak sekali pencuci tak ada masalah" sementara tunggu aku minta masing2 baca surah albaqarah tak kisah sampai habis atau tidak. Biar kedai ini dihiasi dengan bacaan alquran
Sekejap sahaja gangguan (dengar bunyi dapur macam sibuk dengan orang buat kerja padahal semua pekerja ada dekat dengan aku) selesai gangguan tu.(lepas 3jam) mula sesi sapu garam dan lada hitam. Lepastu mop.
"Faizal. Balik ni saya nak awak buat solat sunat taubat. Dan lakukan taubat nasuha. Awak dalam tak sedar telah lakukan syirik besar pada ALLAH. Jadikan ini pengalaman awak utk menjadi lebih baik lg lepas ni"
Jika awak nak didalam alquran penuh dengan ayat2 untuk rezeki. Jika rezeki disulitkan perbanyakkan bersedekah. Jangan tunggu kaya baru nak sedekah tapi dari sekarang kena rajin bersedekah.
Ok ni amalan yang sama aku ajarkan pada faizal. Boleh ambil ya amalan ni. Jangan risau ayat quran semua nya.

Selawat ke atas nabi 44 kali (sebagai pembuka amalan)
Ayat seribu dinar 100kali
Selawat ke atas nabi 44 kali(sebagai penutup amalan)
Alhamdulilah dalam masa dua tiga minggu kedai faizal kembali pulih seperti sediakala (sebelum waktu makcik tu datang) sampaikan kedai dia masuk jalan2 cari makan.
Tapi bisnes dia di ss15 tidak lama. Dia dapat peluang dan tapak lebih besar untuk dia berniaga di perak. Jadi dia pindah ke sana.
Aku bukan apa. Aku tulis thread ini sebagai pengajaran kepada orang2 diluar sana yang cepat percaya kepada tahyul mahyul ni. Sedangkan orang yang kata nak tolong itulah yang menambah perasa kepada kesulitan yang kita alami.
Jika perlukan apa2 minta lah pada ALLAH. Jangan bersandar kepada Makhluk. Akhir kalam kali ni aku bercerita tentang perniaga yang tersilap langkah menggunakan khidmat mbah dukun. Harap2 lepas ni tiada lagi yang jadi mangsa seperti abang faizal.
Maaf la ya. Cerita kali ni tak seram pun bg aku. Kerana bagi yang seram itu adalah tatkala kita berhadapan dengan makhluk2 ni. Waktu itu baru kita tahu tahap seram macam mana.
#BilaLampuTerpadamDenganSendiri
#seramshit #wafak #amalanayatseribudinar
Cerita2 yang dikarang adalah ringkasan daripada cerita asal yang aku sedang karangkan dalam buku. Aku skip sikit2 tetapi masih boleh difahami kisah ini. Jika ada sebarang kesilapan aku mohon ampun dan maaf kepada kalian semua.

Haa yang mana nak ajak aku beraya tu bg tau ya

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT)

AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @jebat_165

Oct 3, 2018
Aku tak kisah kerja lebih masa. Sampai kadang2 dua tiga hari tak tidur. Tapi mostly aku dapat client yang mulut suka maki hamun. Takpa sat lg aku cerita kesabaran aku teruji sampai aku yg tak ada kena mengena, customer hawau viral aku tipu duit orang. *pelik tp benar*
Kes dia. Aku ada syarikat canopy. Dan aku ada jalankan usaha sama dengan beberapa syarikat katering.

Katering bermasalah buat payment pada subcon. Kalau fikir secara logic aku tak ada kena mengena hutang katering dengan sub con. Sebab aku ni usaha sama sahaja.
Tetapi ada mulut2 makcik bawang ni siap viralkan nama aku dan syarikat aku di social media. Mengatakan aku mastermind menipu duit orang. Oiii check ssm pls. Nama aku x ada kena mengena dengan company catering.
Read 8 tweets
Sep 29, 2018
Gara2 ramai mangsa kena pukau sekarang. Tidak kira dengan warga asing mahupun tempatan. In sha ALLAH aku akan sharekan cara2 macam mana nak hindarkan diri dari kena pukau dan cara nak melepaskan diri dari kena pukau. Ada ke yang berminat?
Bismillahirahmanirrahim. Amalannya agak simple dan sila jadikan amalan harian selepas solat ya. Amalkan 11x setiap kali lepas solat. In sha ALLAH terhindar dari pukau.
اِنِّيْ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّٰهِ رَبِّيْ وَرَبِّكُمْ ۗ مَا مِنْ دَآ بَّةٍ اِلَّا هُوَ اٰخِذٌ ۢ بِنَاصِيَتِهَا ۗ اِنَّ رَبِّيْ عَلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ

(QS. Hud 11: Ayat 56)
Read 9 tweets
Sep 28, 2018
Disaat kita lena tidur. Saudara kita di uji dengan gempa bumi dn tsunami. Kenapa mereka diuji bkn kita. Kerana mereka insan2 mulia yg mampu menghadapi ujian yg hebat sebegini. Ini adalah teguran dari ALLAH kepada kita.
Ya Allah.. Selamatkanlah saudara2 kami yg KAU uji ya ALLAH
Seandainya kita di tempat mereka belum tentu kita mampu menghadapi ujian seperti mereka.
Selamatkanlah mereka. Selamatkanlah mereka.
Read 4 tweets
Sep 27, 2018
Bismillahirahmanirrahim.

Engkau anak kecil tidak padan melawan aku. Umur jasad ini sendiri udah lebih 90 tahun. Tidak padan dengan usia kau nak melawan aku.

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri
#jam12malam
#bertembungdenganembah
Seperti biasa aku harap korang baca terlebih dahulu ayatul kursi. Pada yang lemah semangat lemah jantung sila ambil wudhuk dan bacalah 3 kul dahulu. Kerana ramai dah yang dah mengalaminya #BilaLampuTerpadamDenganSendiri
Bukan aku nak takut2kan kalian tetapi ramai yang dah mengalaminya siap ada yang kena ganggu tatkala membaca kisah aku. Semoga kita semua terlindung dari permainan syaitan terkutuk.
Read 35 tweets
Sep 11, 2018
Maksud disebalik lagu
Titian Perjalanan (Titian Sirat)
Hayati dan fahami. Terlalu indah maksudnya:

Siulan kedamaian
(Bertiupnya Sangkakala)

Nanti kepulangan
(Kembali kepada Yang Esa)

Saat di tunggu hampir lumpuh
(Kiamat ditunggu hampir tiba)
Tenang ku rindukan
(Cuba untuk mengenangkan)

Bayangan semalam
(Amalan yang lalu)

Sedetik kita bertemu
(Bertemu kita dengan Rasulullah)

Dalam impianku
(Menjadi cita-cita aku)

Tak pernah luput gambaranmu
(Tak aku lupakan ajaranmu)

Bina cinta satu
(Mencari cinta illahi)
Ke mari sayangku
(Hadirlah dalam impianku)

Perjalanan dititian
(Perjalanan Titian siratulmustaqim)

Masa kita perlukan
(Amalan yang diperlukan)

Perjalanan masa kita
(Perjalanan itu amalan kita)

Seminit kita berlagu
(Sejenak kita terkenang)

Ada lagi waktu
(Masih ada peluang)
Read 7 tweets
Sep 9, 2018
Mula2 abang aku ada cakap. Ada budak perempuan kena rogol namanya nurul. Diberi drugs selepas tu kena rogol beramai2. Tak cukup dengan rogol siap perbuatan tu di rakam.

Mula2 menyirap juga darah bila dengar tapi. Malangnya.
Wanita itu sendiri rupanya bukanlah wanita yang menjaga batas2 pergaulan dia. Party people jugak rupanya.

Zaman remaja :- mat2 motor sapu.
Zaman 20an :- budak2 kereta plak pakai.
Zaman 25 keatas :- pakcik2 boroi bawak kereta mewah pula pakai service dia
Bila nak masuk fasa perkahwinan. Ketuk wang hantaran berpuluh2 ribu. Lepastu marah lelaki. Jangan disoal sejarah silam saya. Awak tak berhak untuk menghukum saya. Yes memang dia tak berhak hukum kau. Tapi kau rasa diri kau sama ke dengan orang yg tak pernah disentuh lg.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(