AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture
Jul 2, 2018 33 tweets 7 min read Read on X
Ada yang menanti kisah malam ini? #TerjeratDenganBaranganLama
#BilaLampuTerpadamDenganSendiri #inikisahseram #bilaperawatbercerita #seramshit

Seperti biasa bahagian gambar aku minta maaf terlebih dahulu. Kalau terkejut harap beristighfar panjang la ya.

Thread jam 12 malam
Hisyam seorang collector yang sangat taksub dengan barang2 lama. Sanggup dihabiskan ratusan ribu ringgit untuk mengumpul koleksi2 barang antik. Tetapi keseronokkan itu hilang apabila dia membeli mata lembing yg umurnya lebih dari dua abad.
Setiap malam hisyam mimpi diri dia berlumuran darah dan ditangannya ada sebilah lembing. Dan dirinya hisyam persis lagaknya seorang pendekar lama. Dada hisyam berombak seperti menunggu masa untuk memutuskan nyawa sesiapa yang melalui didepan nya.
Setiapkali itu jugalah ada suara "bukan disini layaknya tempat kamu duhai manusia! Pulangkan kepada yang berhak" maka terjaga lah hisyam dari mimpi. Sehinggalah satu hari tu hisyam bermimpi berada di dalam bilik simpanan barang2. Tetapi lembing berada ditangan hisyam
Mengamuknya dia bagaikan orang yang yang sedang naik minyak. Habis seluruh rak2 dan barang2 kaca pecah didalam bilik itu. Dan apabila hisyam tersedar telapak tangannya berdarah manakala bilik nya sama seperti keadaan dalam mimpi dia
Disamping tempat hisyam berbaring elok mata lembing tercacak dikayu rak2 yang dah runtuh. Bingung hisyam dengan apa yang terjadi. Bilik tidur diatas manakala bilik simpanan di bahagian bawah. Masakan mungkin dia "sleep walking" atau ada kena mengena dengan mata lembing???
6 bulan kemudian..

Kehidupan hisyam tidak lagi seperti manusia normal. Hisyam berbual seorang diri. Kadang2 bertapa. Kadang2 mengatakan dirinya pendekar *****. Hisyam tidak lagi duduk dirumahnya . Mak dan ayah hisyam ambil hisyam duduk dengan mereka kerana risau keadaan hisyam
Keluar masuk hospital wad gila dah jadi rutin ibarat kg halaman bg hisyam. Hisyam pulih sekejap sahaja bila datang gila dia. Semua orang mau ditikam nya. Atas nasihat orang ramai mak dan ayah hisyam cuba berikhtiar cara kampung.
Disinilah bermula perkenalan diantara aku dengan hisyam sekeluarga. Zaman dimana jubah dan rida ni dah jadi macam uniform rasmi aku.
Hisyam bukanlah pesakit aku pada dasarnya kebetulan sahaja aku lalu didepan bilik rawatan ketika hisyam dirawat. Mengamuk menggila sampai 6 orang lelaki dewasa pegang pun tak dapat nak halang kudrat hisyam seorang.
Bilamana keadaan dah tak tenteram barulah aku masuk campur. "Assalamualaikum.. assalamualaikum.. assalamualaikum.."

Hadir.....
Waalaikumusalam! Usah sampiyan kabut dengan permasalahan ini. Saudara sampiyan melampaui batas!!"

Sampiyan(kamu/awak) jika sampiyan mampu pulangkan barang yang saudara sampiyan ini ngambil."
Lepas aku lepaskan ikatan lam alif. Hisyam sambung meronta2 lagi. Aku suruh salah seorang perawat pergi ambil batang dari pokok serunai laut (jin x berapa suka dengan pokok ini wallahualam sebabnya aku tak tau)
Aku halakan batang pokok serunai laut paras dada aku dan aku hayunkan ke seluruh tangan hisyam. Pada hemat aku ada sesuatu yang duduk di tangan hisyam.

"Sampiyan jangan terlalu menguji. Jangan sampiyan seluruhnya aku binasakan" suara yang keluar dari mulut hisyam.
Kali ni aku rasa tak sedap hati aku menumpukan tenaga dalam di latifah2(makam) yg aku pelajari. Dan aku fokuskan kepada tangan kanan aku. Kaf.. ha.. ya..ain.. sod..

Zupppp angin hitam muncul berkepul dalam bilik rawatan. "Udah aku bilang ini bukan urusan sampiyan!"
Aku berlindung dengan nama ALLAH dari godaan syaitan yang terkutuk. Dengan menyebut nama tuhanku yang menciptakan aku. Apa urusan kalian kaum jin mengganggu anak ini?

Apa perbuatannya yang melampaui batas hingga kalian hendak membinasakan dia. Siapa kalian dan darimana kalian!
"Kami adalah roh2 suci yang berada dalam barang2 penjagaan bocah ini. Kami menghantar pesan2 melalui apa yg terjadi pada diri dia tetapi bocah ini bodoh! Barang2 dalam penjagaan dia ada khadam yg menjaganya.
Jadi aku hantarkan amaran2 pada diri dia tapi amaran aku bocah ini abaikan. Sekarang ini seluruh penjaga dalam barang2 simpanan dia semuanya bersarang dalam tubuh badan dia. Jiwa dia ibarat di ikat." Sambung suara dari yang dalam hisyam
Aduh tak habis disini ni rawatan hisyam. Nak tak nak kena perawat pergi cari ibu punca. Jadi aku suruh mereka sediakan kain putih dalam 7 meter untuk pasungkan atau clearkan barang2 yang berkhadam.
Dalam dua hari macam tu barulah kami berangkat ke rumah hisyam yang dah beberapa bulan ditinggalkan. Disitu aku x banyak kerja kerana dah tau puncanya dari mana kan jadi lanjutkan aja dengan kerja2 pembersihan. Aku baringkan hisyam kepala arah kiblat.
Manakala kakinya aku halakan ke arah barang2 peninggalan purba yg aku letakkan diatas kain putih yg aku minta keluarga hisyam sediakan. Ada yang mudah sekali aku tolak kembali ke tempat asal mereka yang berdegil harus kami ikhtiarkan dengan pelbagai cara.
Selepas selesai bermandian peluh barulah kami ikhtiarkan yang terakhir iaitu bilah lembing. Ketika inilah hisyam bangkit dari tempat pembaringan dia. Dan melihat ke luar seperti sedang berinteraksi dengan sesuatu.
Selepas bilah lembing tu dibilas dengan air campuran minyak &******& barulah aku ikhtiarkan menarik khadam yg ada di badan hisyam kembali ke tempat asal dia. Alhamdulilah tiada riaksi2 negatif dari ikhtiar ini. Hisyam tumbang jatuh tidak sedarkan diri.
Kesemua khadam dalam badan hisyam berjaya dikeluarkan. Tapi barang2 ni nak buat apa lg kan? Jadi aku syorkan keluarga hisyam hanyutkan ke laut. Atau pulangkan kembali pada tuan2 yang asal.
Hisyam aku pulihkan semangat dengan fizikal nya dengan gabungan 4 ramuan iaitu madu&habbatussauda&minyakzaitun dan serbuk daun bidara. Jangan suka2 campur ya tuan2. Ada nisbah nya.
Madu elok untuk memberikan tenaga kepada tubuh badan. Habbatus sauda sebagai penawar bg segala bisa dan banyak lagi kegunaannya. Jadi jangan pandang rendah ya pada madu dan habbatussauda. Siapa nak beli madu bg tau ya
Bagi aku tidak salah untuk kita meminati barang2 lama ni. Tapi berpada2 lah. Janganlah sampai senjata2 lama kita ambil dari siapa2 yang kita tidak tau asal usulnya.

Bahana nya pada diri sendiri.
Apa jadi pada hisyam. Rumahnya di mahkota cheras akhirnya dia jual. Tidak sanggup lg dia duduk disitu kerana dia sering dihantui dengan bayang2 perkara silam.
Kan aku terus potong 6 bulan berikutnya bukan. Kisah apa yang berlaku dalam 6 bulan telah aku karangkan dalam buku. Jangan tanya bila siap. Kerana aku nakkan hasil yang terbaik utk buku aku ini. Disini aku ajarkan cara untuk check barang2 lama berkhadam atau tidak
Ayatul qursi 7kali.
Bayangkan(makrifatkan) untuk check barang2 ada khadam atau tidak. Minta hadirkan haba atau getaran pada sesuatu barang. Jika ada. Maka kemungkinan besar barang2 itu ada khadam.
Kalau dah tau adanya khadam. Jangan pula memandai2 nak menyimpan barang2 ni. Serahkanlah pada orang yang berpengalaman utk mengendalikan ia. Akhir kalam aku dah ikut kurangkan gambar. Dan sebenarnya aku ada gunakan amalan rijalul ghaib dalam rawatan kali ini.
Cuma aku selindungkan disebalik penceritaan aku. Semoga cerita aku tak boring ya. Ingat berhadapan dengan perkara sebegini harus berani dan yakin. Oh ada yang tanya macam mana nak jadi berani. Siapa nak jadi berani sewajarnya dia jadi PENAKUT TERLEBIH DAHULU.
PENAKUT NYA PERLU 100% PADA ALLAH SEMATA2. jadi tidak ada tinggal takut kepada makhluk2. Yang tinggal hanya keberanian. Selamat mencuba dan selamat beramal. Semoga kita terkeluar dari segala perbuatan syirik dan khurafat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT)

AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @jebat_165

Oct 3, 2018
Aku tak kisah kerja lebih masa. Sampai kadang2 dua tiga hari tak tidur. Tapi mostly aku dapat client yang mulut suka maki hamun. Takpa sat lg aku cerita kesabaran aku teruji sampai aku yg tak ada kena mengena, customer hawau viral aku tipu duit orang. *pelik tp benar*
Kes dia. Aku ada syarikat canopy. Dan aku ada jalankan usaha sama dengan beberapa syarikat katering.

Katering bermasalah buat payment pada subcon. Kalau fikir secara logic aku tak ada kena mengena hutang katering dengan sub con. Sebab aku ni usaha sama sahaja.
Tetapi ada mulut2 makcik bawang ni siap viralkan nama aku dan syarikat aku di social media. Mengatakan aku mastermind menipu duit orang. Oiii check ssm pls. Nama aku x ada kena mengena dengan company catering.
Read 8 tweets
Sep 29, 2018
Gara2 ramai mangsa kena pukau sekarang. Tidak kira dengan warga asing mahupun tempatan. In sha ALLAH aku akan sharekan cara2 macam mana nak hindarkan diri dari kena pukau dan cara nak melepaskan diri dari kena pukau. Ada ke yang berminat?
Bismillahirahmanirrahim. Amalannya agak simple dan sila jadikan amalan harian selepas solat ya. Amalkan 11x setiap kali lepas solat. In sha ALLAH terhindar dari pukau.
اِنِّيْ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّٰهِ رَبِّيْ وَرَبِّكُمْ ۗ مَا مِنْ دَآ بَّةٍ اِلَّا هُوَ اٰخِذٌ ۢ بِنَاصِيَتِهَا ۗ اِنَّ رَبِّيْ عَلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ

(QS. Hud 11: Ayat 56)
Read 9 tweets
Sep 28, 2018
Disaat kita lena tidur. Saudara kita di uji dengan gempa bumi dn tsunami. Kenapa mereka diuji bkn kita. Kerana mereka insan2 mulia yg mampu menghadapi ujian yg hebat sebegini. Ini adalah teguran dari ALLAH kepada kita.
Ya Allah.. Selamatkanlah saudara2 kami yg KAU uji ya ALLAH
Seandainya kita di tempat mereka belum tentu kita mampu menghadapi ujian seperti mereka.
Selamatkanlah mereka. Selamatkanlah mereka.
Read 4 tweets
Sep 27, 2018
Bismillahirahmanirrahim.

Engkau anak kecil tidak padan melawan aku. Umur jasad ini sendiri udah lebih 90 tahun. Tidak padan dengan usia kau nak melawan aku.

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri
#jam12malam
#bertembungdenganembah
Seperti biasa aku harap korang baca terlebih dahulu ayatul kursi. Pada yang lemah semangat lemah jantung sila ambil wudhuk dan bacalah 3 kul dahulu. Kerana ramai dah yang dah mengalaminya #BilaLampuTerpadamDenganSendiri
Bukan aku nak takut2kan kalian tetapi ramai yang dah mengalaminya siap ada yang kena ganggu tatkala membaca kisah aku. Semoga kita semua terlindung dari permainan syaitan terkutuk.
Read 35 tweets
Sep 11, 2018
Maksud disebalik lagu
Titian Perjalanan (Titian Sirat)
Hayati dan fahami. Terlalu indah maksudnya:

Siulan kedamaian
(Bertiupnya Sangkakala)

Nanti kepulangan
(Kembali kepada Yang Esa)

Saat di tunggu hampir lumpuh
(Kiamat ditunggu hampir tiba)
Tenang ku rindukan
(Cuba untuk mengenangkan)

Bayangan semalam
(Amalan yang lalu)

Sedetik kita bertemu
(Bertemu kita dengan Rasulullah)

Dalam impianku
(Menjadi cita-cita aku)

Tak pernah luput gambaranmu
(Tak aku lupakan ajaranmu)

Bina cinta satu
(Mencari cinta illahi)
Ke mari sayangku
(Hadirlah dalam impianku)

Perjalanan dititian
(Perjalanan Titian siratulmustaqim)

Masa kita perlukan
(Amalan yang diperlukan)

Perjalanan masa kita
(Perjalanan itu amalan kita)

Seminit kita berlagu
(Sejenak kita terkenang)

Ada lagi waktu
(Masih ada peluang)
Read 7 tweets
Sep 9, 2018
Mula2 abang aku ada cakap. Ada budak perempuan kena rogol namanya nurul. Diberi drugs selepas tu kena rogol beramai2. Tak cukup dengan rogol siap perbuatan tu di rakam.

Mula2 menyirap juga darah bila dengar tapi. Malangnya.
Wanita itu sendiri rupanya bukanlah wanita yang menjaga batas2 pergaulan dia. Party people jugak rupanya.

Zaman remaja :- mat2 motor sapu.
Zaman 20an :- budak2 kereta plak pakai.
Zaman 25 keatas :- pakcik2 boroi bawak kereta mewah pula pakai service dia
Bila nak masuk fasa perkahwinan. Ketuk wang hantaran berpuluh2 ribu. Lepastu marah lelaki. Jangan disoal sejarah silam saya. Awak tak berhak untuk menghukum saya. Yes memang dia tak berhak hukum kau. Tapi kau rasa diri kau sama ke dengan orang yg tak pernah disentuh lg.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(