AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture
Jul 5, 2018 84 tweets 14 min read Read on X
Cerita apa yg aku nak cerita pada korang ya malam ni? Penyesalan pemakai susuk atau terkena badi mayat.

Rt untuk pemakai susuk dan likes for terkena badi mayat. Tutup undian pukul 11. Cerita bermula jam 12 malam.
#BilaLampuTerpadamDenganSendiri #seramshit #penjualmadusidr
Bismillahirrahmanirrahim. Maaf diatas kelewatan. Khilaf aku yang tidak pandai menguruskan waktu. Kisah bermula dari sekarang. Dan apa yang aku sampaikan ini janganlah kalian takut kerana tiada ada satu kuasa yang dapat melakukan apa2 terhadap kita.
Seperti biasa segala nama didalam ini telah aku ubah dan diatas permintaan aku ubah sedikit story untuk aku gabungkan kedua2 kisah.

Kepada yang lemah semangat diharap kalian membaca ayatul kursi terlebih dahulu sebelum membaca kisah ini. Semoga feelnya sampai pada kalian.
Pesakit: huda isteri kepada yunus yang kerjanya membawa van jenazah. Salah seorang kenalan aku sendiri.
Memang tak dinafikan huda dari zaman sekolah lagi memang orang yang rajin berlawa. Tapi siapa sangka disebalik kecantikkan diri dia. Tersembunyi susuk2 yang ditanam diseluruh badan dan muka dia.
Perihal susuk tiada seorang pun yang ketahui. Termasuk suaminya sendiri (yunus). Huda bukanlah seorang yang jahat budinya cuma dia begitu taksub untuk menjadi yang paling cantik di kg tu.
Malang seribu kali malang. Wajah yang cantik tidak kekal lama. Satu persatu tembelang huda bakal pecah dek kerana satu insiden yang menimpa yunus tatkala menghantar jenazah seorang wanita mengandung yang mati dibunuh.
Yunus secara tak sengaja melihat wajah si mati. "Cantik juga ya arwah ni imam. Kesian dia muda2 lagi dah pergi ya imam." "Huish kamu ni yunus bercakap orang tak ada imam je lagak kamu ni" istighfar panjang pak imam tu dengan gelagat yunus.
"Ala mam. Saya cakap je bukan nya ada maksud apa2. Tapi betul la mam dah la cantik masih melekat lg bau wangi dia ni." Yunus menambah2 lagi. Padahal bukan kali pertama dia menghantar jenazah.
Maksudnya bukan dia tidak tau pantang larang utk menghantar jenazah2 ni. Tapi bagaikan ada yang merasuk dirinya utk terus menerus memuji jenazah tu.
Dipendekkan cerita (selesai sudah pengembumian jenazah wanita yang mati dibunuh). Sedang elok yunus cuci van jenazah. Yunus terpandang ada dua kain batik lepas yang menutup jenazah td.
Sambung nanti. Ada hal kecemasan. Maaf. Baru dapat call td.
Kereta aku kena block. Dah setel dah hal. Sekarang nak balik kena block lak
Ok2.. aku dah masuk parking. Sambung balik.
Bismillah.

"Tak dapat orang nya. Dapat bau pun jadi lah." Yunus nekad nak simpan kain batik lepas yang diguna pakai untuk tutup jenazah.

Sampai je dirumah, huda menyambut kepulangan suaminya. Tapi siapa di sebelah suaminya. Huda nampak seperti ada orang yang disamping yunus
"Assalamualaikum. Awak dah kenapa ni tercegat dekat pintu ni? Dah buang tabiat nak mampus ke apa?" Bentak yunus.

"Bang.. siapa dalam van abang tu bang? Abang ada bg tumpang kawan abang ke? Kenapa tak panggil masuk?" Balas huda.
"Kamu jangan nak merepek da. Mana ada abang tumpangkan orang. Ni baru balik cuci van ni td."sambil pusing melihat ke arah van... nasib dia baik tak ada apa. " dah jangan nak merepek abang nak mandi ni." Yunus tak mengendahkan pertanyaan isteri dia.
Lupa terus yunus tentang kain batik dalam van td.

Jauh dari rumah, huda masih lagi nampak kelibat didalam van. "Imaginasi aku kut, lantak la apa nak jadi." Bisik hati huda
Malam itu didalam tidur yunus bermimpi ada perempuan yang menangis tutup muka. Menangis yang teresak2. Entah macam mana yunus boleh tanya kenapa ni nangis sorang2 ni...
"Kau tanya aku kenapa aku nangis? Hihihi gara2 kau lah aku nangis..hihihi. kau ambil aku dan sekarang kau tinggalkan aku sorang2 dalam van buruk kau ni hihihiihihihi
Tersentak yunus dari tidur. Kebetulan huda tengah tidur sambil pakai bedak sejuk dekat muka. Bertambah la terkejut si yunus sampai melompat jatuh dari katil.

"Abang dah kenapa ni? Tu la balik terus tidur. Kan dah mimpi bukan"
Dengar suara huda. Hilang gemuruh si yunus. "Dah tenang ke sayang? Hihihihi yakin sangat yang aku ni bini kau ke hihihihihi." Rupanya yunus mimpi dalam mimpi. Kali ni yunus menjerit sekuat hati.

"Pangggg "melekat tangan huda tampo yunus.
"Abang dah kenapa ni. Pagi2 buta menjerit2 ni. Dah bangun pergi mandi tadi pak imam suruh parking van dekat masjid. Katanya kena ambil jenazah dekat changkat jering" Rupanya hari dah siang. Dah lama rupanya si yunus ni tidur.
Siap mandi2 lepas makan yunus pandu van jenazah pergi ke masjid. Dalam hati terbuku sebuah kerisauan berkenaan mimpi yg dialaminya.

Yang paling best si yunus ni lupa terus pasal kain batik dalam van dia.
Jam baru 9.30 pagi imam suruh yunus ambil jenazah di changkat jering untuk disolat dan dikembumikan selepas zohor. Perjalanan yunus berjalan lancar sampai la malam.

Yunus kena ambil jenazah dari hospital raja pemaisuri bainun ipoh.
Dalam perjalanan ke sana. Lalu dikawasan2 kampung tiba2 seorang perempuan menahan van yunus.

Bendul punya yunus dia berhenti van dia. Elok je berhenti perempuan td berubah rupa. Muka sama macam jenazah yg dia bawa semalam.
Malang bg yunus lampu van yang sedia terpasang terpadam dengan sendiri. Enjin yg hidup semuanya terpadam. Yunus tutup muka dia dengan tangan.
"Kenapa tutup2 muka ni. Bukan ke kau sayang dekat aku. Hihihihi. Kau kata aku cantik kan? Ni tengok anak aku pula cantik tak? Hihihihihii"

"Banggg dah nape berhenti kat hutan ni bang? Van rosak ke bang" yunus kena sapa dengan orang
"Jangan ganggu aku.. jangan jangan ganggu aku. Aku tak kenal pun kau siapa. Pergi! Jangan ganggu aku lagi" jerit yunus.

"Astaghfirullah. Bang dah kenapa ni bang berhenti tengah jalan. Block laluan orang nak lalu ni bang. Kalau mengantuk ke apa berhenti tepi bang...
Dah ditempik macam tu barulah si yunus ni berani angkat kepala dia. Yang dilihat ketika itu makhluk yang tidak ada kepala hanya badan yang ada. Jadi dari mana suara yang dia dengar?

Dari bahagian tempat jenazah (seat belakang)
Disitu dia nampak ada kepala yang mata kedua2 belah dah tiada. Yang tinggal hanya ulat2 yang keluar dari hidung dan telinga. Yunus pengsan.
Malam itu segala deringan hp tidak dapat membangunkan yunus dari pengsan nya.Sehinggalah keesokkan harinya orang yang melalui kawasan itu nampak van jenazah yang tersadai ditepi jalan.Orang itulah yang menghubungi masjid tempat yunus bekerja. Dan nasib baik pak imam dan siak dtg
Korang mesti tanya mana part aku kan? Ketika ini la pak imam dan siak bawa yunus balik ke rumah yunus. Sampai je dekat rumah huda call aku.

"Jebat kat mana tu ya? Boleh datang rumah aku tak? Aku rasa laki aku kena tegur la"
Aku yang time ni kebetulan mmg free. Aku ajak la adik2 yang belajar rawatan dengan aku time tu. Ajak teman menyembang dalam kereta. Dan boleh mereka belajar sesuatu.
Sampai je dekat rumah huda. Aku rasa aura yang berbeza.. seperti ada aura jahat yang memenuhi kawasan rumah yunus & huda. Ibarat setan2 buat perjumpaan pula disitu.
Selepas aku bg salam je. Badan aku jadi miang semiang2nya. Macam kena miang buloh. Dan dada aku jadi sesak susah nak bernafas.

" bismillah. Aku berlindung dengan nama ALLAH dari kejahatan dan tipu daya iblis dan syaitan"
====
Aku minta izin untuk solat dua rakaat jap. Aku rasa badan tak sedap ni. Harap korang sabar ya.

===

Dengar cerita ada yang lampu bilik menyala dan terpadam dengan sendiri. Hihi

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri
Aku yg tengok si yunus terbaring tidak ubah seperti mayat yang bernyawa. Hanya mata yang liar. Mulut terkunci. Langsung tidak boleh bergerak hanya dada yang bergerak2 menunjukkan dirinya masih boleh bernafas.

"Dah berapa lama dah macam ni huda?"
"Td pak imam ngan siak yang hantar abang kat sini. Td langsung tak buka mata. Macam mayat pun ada. Tapi bila kau datang ni jebat. Terus mata dia terbeliak macam sekarang ni. Tolong yunus ya jebat."

In sha ALLAH.
Allahuma solli ala saidina muhammad. Baru je sampai situ. Aku dengar berkekek2 suara orang gelak di luar rumah yunus. (Dari arah van jenazah)

"Dua orang pergi tengok dekat area van jenazah tu. Kalau ada tenaga negatif disitu maklum pada abang" perintah aku selaku perawat.
Macam ada benda terlekat tak nak melepaskan yunus. Seperti yunus ada berbuat salah. "Hmm ni bahana diri sendiri ni. Tak ada penyakit cari penyakit. Huda kau ambil garam semangkuk. Satu baldi air. Sini juga aku mandikan laki kau"
Jirus air yang pertama tangan yunus sahaja yang boleh bergerak. Yunus menunjuk ke arah van jenazah dia.

Macam la aku paham bahasa isyarat dia.. haha (sorry bro kalau ko baca)

Aku suruh si huda pass kunci van dekat adik2 aku kat luar.
Buka je pintu van bau busuk terus menusuk hidung siapa2 yang berdekatan dengan van tersebut. Bau kapur barus tidak mampu menghilangkan bau bangkai.
Aku suruh adik2 aku check ada benda pelil tak dalam van tu yang best nya dorang kata tak ada apa2. Nampak nya aku juga la yang kena setelkan jap lagi.

Semua aku panggil masuk kembali. Kali ni aku jirus sampai habis air satu baldi.
Aku letak tangan di kepala yunus. Dan bermula la sesi ruqyah.. habis ruqyah aku tekan sekuat2 hati di latifah betul2 bawah pusat yunus.

Sambung kaf 40. Barulah yunus kembali normal. Dia peluk aku.
"Terima kasih sahabat kau datang tolong aku. Aku nampak semua nya tapi aku x mampu untuk bercakap apa. Aku dah buat salah ni sahabat. Aku ada bawa balik barang orang meninggal. Itu yang aku tunjuk2 ke arah van aku." Ujar yunus.
Kali ini aku tak suruh adik2 aku pergi ke van.aku sendiri yang pergi tengok apa yang ada. Elok je aku nampak kain batik berlipat di tempat duduk belakang.(bahagian jenazah)

Dan elok aku nampak ada pocong dekat bahagian luar van(aku nampak dari dalam)
"Ni punca dia ke atau ni sekadar kebetulan. Apa sahaja yang datang hari ni aku layan. Semoga ada hikmah disebalik apa yang terjadi." Getus aku dalam hati.

Sebab aku rasa seperti ada benda yang bercampur aduk dalam kes ni.
Seperti bukan sekadar badi tetapi ada tenaga negatif yg sangat kuat menarik benda2 ni datang bertandang di rumah yunus dan huda. Aku ambil kain batik lepas yg dalam van. Aku letak dalam baldi air yg aku mandi kan si yunus.
Jangan tanya ya macam mana aku mandikan yunus tadi. Habis banjir rumah yunus aku kerjakan. Baru je aku nak masuk ke dalam rumah angin busuk masuk ke rumah yunus lalu di belakang aku.
Tapi bukan pada yunus angin hitam tu pergi. Kepada huda. Jadi bingung sekejap aku ni dah kenapa pula pergi dekat huda. Yunus buat hal huda pula yang kena. Kali ni aku rasa macam akan lama sesi rawatan sesi rawatan ni.
Bupp jatuh terbaring si huda. Dah mmg kali ni kena rawat si huda ni. Baru aja aku nak pergi ke arah huda . "Bunuh aku, bunuh aku. Jangan siksa aku macam ni. Aku tak salah dalam hal ni" suara jin betina dari tubuh huda
Suara sahaja yg kedengaran. Mulut zura tak terbuka pun wei. Kau rasa aku time tu nak kagum ke apa ni. Ni dah macam buat show wei. Suara tanpa buka mulut.

"Yunus,apa cerita ni? Ada apa2 yg aku tak tau ke ni"
"Aku pun tak tau bro. Ni setan mana pula ni bro. Tolong aku bro pulih kan isteri aku. Aku sayang dia bro." Yunus pegang bahu aku.

"Ye aku tolong tp apa2 pun aku minta izin kau dulu nak rawat bini kau. kau kena tengok dan jangan pergi mana2" aku takut fitnah nanti.
Bismillahi masya Allah.

"Permudahkanlah urusan aku ya ALLAH. Jangan kau sulitkan lagi urusan ini. Berilah petunjuk mu terhadap apa masalah ini." Amin ya mujib
Habis doa. Aku start ruqyah. (Bersarung tangan ya) aku letakkan dan tekan jari terlunjuk aku di kiri kanan belakang telinga huda.
Menjerit melolong si huda. Seperti aku letak bara api dekat belakang telinga dia (kata dia selepas tu ya)

Innahu min sulaiman
Aku gabungkan dengan lam jalallah. Dan aku tarik segala bagai barang dalam tubuh huda. Adik2 aku suruh bantu dengan menolak (menggunakan makrifat) dari bahagian atas kepala sehingga ke hujung kaki
Menjerit2 si huda. Sesekali aku tengok ke arah yunus. Wajah sugul yunus jelas menunjukkan kebimbangan dia terhadap isterinya.

"Yunus aku harap lepas ni apa pun huda cakap kau maafkan dia ya"
"Kau pun ada salahnya yunus jangan pindahkan kesalahan kau pada huda pula nanti. Aku nasihatkan sebab kau sahabat aku. " terpinga2 yunus dengar apa yang aku sampaikan.

"Aku rasa ada permainan susuk yang diamalkan huda. Jadi aku harap kau pimpin la huda elok2"
Bertambah bingung yunus. Tatkala aku dah nak habiskan rawatan. Waktu ini lampu di rumah yunus terpadam sendiri.

- serius wei aircond aku tetiba keluar bunyi scary. Mmg nice menulis 3.50 pagi ni
"Kalau kau tak sanggup nak pimpin dia yunus aku minta kau panggil orang lain rawat dia. Aku tak nak tengok kau lepas tangan macam ni. Dan aku tak nak tengok orang yang membiarkan sahaja isterinya dalam kesesatan"
"Tolong aku bro. Aku bingung ni. Aku tak tau nak buat apa. Dan aku tak sangka semua ni jadi macam ni. Mungkin ini petunjuk yg allah nak tunjuk pada aku. Untuk aku pimpin sebenar2 pimpin bini aku"
"Kalau kau cakap macam tu aku ikhtiar hancur reput semua ilmu yg isteri kau pakai. Dan akan ada effect pada huda." " dia pun sedang melawan ni nus. Kalau hati dia tak lawan pujuk rayu syaitan tidak semudah ini rawatan aku bro. Dan in sha ALLAH. ALLAH bersama kita"
Waktu ni paling mencabar berlaku sedikit perubahan pada wajah huda. Yg selama ini aku perasan tapi tak la aku cakap tak nak kecilkan hati membe. Wajah huda luka dengan jarum2 yg keluar dari kulit muka huda.
Jarum2 tu aku campak dalam baldi yang berisi kain batik tu. Dan selepas selesai aku pass madu dekat yunus. Nus bini kau ni letih dengan kau pun letih aku rasa baik kau bawa huda balik rumah orang tua kau. (Kg yunus dekat je dengn rumah yunus. So dia balik je la ke rumah bapak dia
Madu ni nus utk pulihkan tenaga kau dengan isteri kau. Jangan pula kau bg bini kau je yang makan. Aku nak tengok korang bahagia. Dan nus apa yang kau buat sendiri salah. Kau bawa balik barang yg kotor. Tak salah kau bawa balik sekurangnya cuci la dulu.
Jin amat penuh dengan tipu daya. Ramai yang beranggapan badi mayat berasal dari orang mati yang tak tenteram la apa la. Tapi sebenarnya khilaf yang pesakit buat dia tak perasan
"Ye la tu bro. Aku pun ralit sangat plus terover waktu uruskan jenazah orang kena bunuh. Dah tu aku bawa balik plak kain tutup jenazah dia. Salah aku ni bro"
"Sekarang bahagian huda. Jangan kau salahkan dia 100% dia tersilap langkah. Kau sebagai suami dia. Sepatutnya kau lebih memahami diri dia. Bimbinglah dia. Terima dia seadanya. Jika kau nak isteri kau cantik banyakkan berbelanja dia" bisik aku pada yunus
"Kalau kau besar2 kan perkara ini kau juga yang dapat malu yunus jadi lebih baik kau senyap dan redha dengan apa yang berlaku." Bertubi2 aku bebel dekat yunus. "Dan sekarang aku nak tanya kau nak lagi ke tidak kain ni ke tak taubat2 lg?"
"Kau uruskan la jebat. Aku trauma dah ni. Kau selesaikan. Apa2 pun aku berterima kasih dekat kau ni sanggup datang jauh2 utk aku"

"Jangan berterima kasih pada aku yang sembuhkan kau pulihkan kau tu ALLAH perbaiki pegangan kau tu yunus!" Tinggi dah nada aku time ni
Bukan apa aku tak nak orang ni terlalu taksub dengan perawat la bomoh la. Yang sakti itu ALLAH. Bukan nya manusia. Akhir kalam aku akan buat esok. Dan story ni dah 95%habis.
Sengaja aku tinggalkan 5% lagi untuk malam ini kerana malam ni aku nak korang mengalami dan merasai sendiri bagaimana hidup diperhati makhluk lain. ^_^ hihihihi
Bismillah. Aku dah nak mula bercerita ni. Haa macam tok sidang dah aku ni. Puaka2 sekalian dah ready nak sambung baca belum? Ke tengah tengok france vs uruguay?
Sebelum story bermula. Aku nak promote sikit madu aku. Aku nak penuhkan order sementara hari isnin ni aku pergi hantar dekat pejabat pos. Kalau korang nak selit2 order boleh la aku pos sekali. Or cod dekat area2 lembah klang/damansara/ sg buloh.
Aku selalu sangat promote madu bukan apa. Korang2 yang selalu sangat bocor kena sihir tu. Sekurang2nya pemakanan2 sunnah ni dapat mengurangkan kesan sihir pada korang. Nak order haa tekan link ni terus berhubung dengan agent wasap.my/60176846517
Ok aku mula sambung cerita. 5% tu aku nak selitkan amalan sedikit sahaja. Bukan nya aku nak membawang lagi dengan korang. First aku minta maaf aku terbuka nama sebenar huda iaitu zura. Bukan zura cerita azura tu ya.
Tengah elok2 aku bersembang dengan yunus aku dengar suara perempuan mengilai. Dah sudah apa benda pula kali ni. Ke ada yang aku terlepas pandang?

Masuk je dalam rupanya adik2(budak yg belajar rawatan dengan aku) aku tgh tengok video rawatan budak kerasukkan pontianak.
Kus semangat wei. Mana tak nya. Buat rawatan ni bukan sekadar letih kan fizikal kita tetapi penat mental nak melayan lakonan jin.
Ni aku bekalkan korang amalan seandainya korang nampak kelibat ke korang nampak pocong ke.

First jangan sekali kamu TAKUT. Yang kedua tarik nafas sepanjang2nya dan baca syahadah dalam hati. Alirkan syahadah tu ke seluruh anggota kita.
A'udzu bikalimatillahit tamathi syarrima kholaq.( aku berlindung diri dengan firman2 ALLAH yang sempurna dari kejahatan makhluk) Dibaca 7 kali dan ditiup dikeliling kita.

Ok aku ajarkan sahaja. Bukan apa tak nak korang tersampuk ke apa kat luar sana.
Dah 5% dah.
Jadi ini adalah bonus.

Duhai cuci cicit Nabi Adam a.s ingatlah kamu alam ghaib itu adalah benar. Jin itu wujud dan kamu tidak mampu melihatnya dengan mata kasar kamu.

Janganlah kamu berlaku syirik dan kufur pada ALLAH dengan bergantung pada kekuasaan kelebihan jin
Akhir kalam.

وَلا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Dan janganlah kamu mencampurkan antara haq dan batil, dan kamu menyembunyikan yang hak itu padahal kamu tahu.” (QS. Al Baqarah (2): 42)

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT)

AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @jebat_165

Oct 3, 2018
Aku tak kisah kerja lebih masa. Sampai kadang2 dua tiga hari tak tidur. Tapi mostly aku dapat client yang mulut suka maki hamun. Takpa sat lg aku cerita kesabaran aku teruji sampai aku yg tak ada kena mengena, customer hawau viral aku tipu duit orang. *pelik tp benar*
Kes dia. Aku ada syarikat canopy. Dan aku ada jalankan usaha sama dengan beberapa syarikat katering.

Katering bermasalah buat payment pada subcon. Kalau fikir secara logic aku tak ada kena mengena hutang katering dengan sub con. Sebab aku ni usaha sama sahaja.
Tetapi ada mulut2 makcik bawang ni siap viralkan nama aku dan syarikat aku di social media. Mengatakan aku mastermind menipu duit orang. Oiii check ssm pls. Nama aku x ada kena mengena dengan company catering.
Read 8 tweets
Sep 29, 2018
Gara2 ramai mangsa kena pukau sekarang. Tidak kira dengan warga asing mahupun tempatan. In sha ALLAH aku akan sharekan cara2 macam mana nak hindarkan diri dari kena pukau dan cara nak melepaskan diri dari kena pukau. Ada ke yang berminat?
Bismillahirahmanirrahim. Amalannya agak simple dan sila jadikan amalan harian selepas solat ya. Amalkan 11x setiap kali lepas solat. In sha ALLAH terhindar dari pukau.
اِنِّيْ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّٰهِ رَبِّيْ وَرَبِّكُمْ ۗ مَا مِنْ دَآ بَّةٍ اِلَّا هُوَ اٰخِذٌ ۢ بِنَاصِيَتِهَا ۗ اِنَّ رَبِّيْ عَلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ

(QS. Hud 11: Ayat 56)
Read 9 tweets
Sep 28, 2018
Disaat kita lena tidur. Saudara kita di uji dengan gempa bumi dn tsunami. Kenapa mereka diuji bkn kita. Kerana mereka insan2 mulia yg mampu menghadapi ujian yg hebat sebegini. Ini adalah teguran dari ALLAH kepada kita.
Ya Allah.. Selamatkanlah saudara2 kami yg KAU uji ya ALLAH
Seandainya kita di tempat mereka belum tentu kita mampu menghadapi ujian seperti mereka.
Selamatkanlah mereka. Selamatkanlah mereka.
Read 4 tweets
Sep 27, 2018
Bismillahirahmanirrahim.

Engkau anak kecil tidak padan melawan aku. Umur jasad ini sendiri udah lebih 90 tahun. Tidak padan dengan usia kau nak melawan aku.

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri
#jam12malam
#bertembungdenganembah
Seperti biasa aku harap korang baca terlebih dahulu ayatul kursi. Pada yang lemah semangat lemah jantung sila ambil wudhuk dan bacalah 3 kul dahulu. Kerana ramai dah yang dah mengalaminya #BilaLampuTerpadamDenganSendiri
Bukan aku nak takut2kan kalian tetapi ramai yang dah mengalaminya siap ada yang kena ganggu tatkala membaca kisah aku. Semoga kita semua terlindung dari permainan syaitan terkutuk.
Read 35 tweets
Sep 11, 2018
Maksud disebalik lagu
Titian Perjalanan (Titian Sirat)
Hayati dan fahami. Terlalu indah maksudnya:

Siulan kedamaian
(Bertiupnya Sangkakala)

Nanti kepulangan
(Kembali kepada Yang Esa)

Saat di tunggu hampir lumpuh
(Kiamat ditunggu hampir tiba)
Tenang ku rindukan
(Cuba untuk mengenangkan)

Bayangan semalam
(Amalan yang lalu)

Sedetik kita bertemu
(Bertemu kita dengan Rasulullah)

Dalam impianku
(Menjadi cita-cita aku)

Tak pernah luput gambaranmu
(Tak aku lupakan ajaranmu)

Bina cinta satu
(Mencari cinta illahi)
Ke mari sayangku
(Hadirlah dalam impianku)

Perjalanan dititian
(Perjalanan Titian siratulmustaqim)

Masa kita perlukan
(Amalan yang diperlukan)

Perjalanan masa kita
(Perjalanan itu amalan kita)

Seminit kita berlagu
(Sejenak kita terkenang)

Ada lagi waktu
(Masih ada peluang)
Read 7 tweets
Sep 9, 2018
Mula2 abang aku ada cakap. Ada budak perempuan kena rogol namanya nurul. Diberi drugs selepas tu kena rogol beramai2. Tak cukup dengan rogol siap perbuatan tu di rakam.

Mula2 menyirap juga darah bila dengar tapi. Malangnya.
Wanita itu sendiri rupanya bukanlah wanita yang menjaga batas2 pergaulan dia. Party people jugak rupanya.

Zaman remaja :- mat2 motor sapu.
Zaman 20an :- budak2 kereta plak pakai.
Zaman 25 keatas :- pakcik2 boroi bawak kereta mewah pula pakai service dia
Bila nak masuk fasa perkahwinan. Ketuk wang hantaran berpuluh2 ribu. Lepastu marah lelaki. Jangan disoal sejarah silam saya. Awak tak berhak untuk menghukum saya. Yes memang dia tak berhak hukum kau. Tapi kau rasa diri kau sama ke dengan orang yg tak pernah disentuh lg.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(