فايز قيوم Profile picture
Jul 8, 2018 25 tweets 4 min read Twitter logo Read on Twitter
Tetiba rasa nak buat thread pasal 'Kematian Pondan yang Ditangisi'
Kisah BENAR. Nak RT,RT lah...aku buat just sebab aku nak korang jadi tukang ajak mengenal tuhan,bukan jadi penghukum..
Cerita ni dalam few years ago,kejadian ni waktu 1st project kem yg dibuat khas untuk LGBT.. Ko bayangkan kitorang duk wat camp untuk diorang,diorang buat camp untuk sesuka😒. Antara intipati kem tu kenali diri dan sahsiah diri. Beb,nak handle diorang ni bukan mudah
Sampai kalau solat jemaah,berapa kerat je datang. Yang lain terjun sungai. Kitorang buat camp di ulu yam. Last day tu kitorang wajibkan semua untuk dtg berjemaah. Tp mostly yang datang waktu isyak je. Kitorang 1 team redho je. Sebab ini cabaran yg tuhan bg dekat kitorang
Nak dijadikan cerita,tetiba ada sorang pondan tu,datang surau dengan yakin pakai telekung. Kau rasa? Terperanjat teruk volunteer perempuan. Volunteers lelaki pun terkejut. Kitorang da abis pikir dan kitorang biarkan dia solat cmtu
Atas advice team gegirls.. Dia solat between saf laki and saf perempuan. Aku tak ingat apa yang diorang goreng dia,tapi dia setuju. Jadi,kami terus solat. Lepas solat pusing belakang semua participants hilang,yang tinggal volunteers and si dia.
Comfirm participants semua terjun sungai.. Sebab last day an.. So diorang berparti aku kt sungai aku rasa.. Lepas zikir and time imam baca doa.. Tetiba kitorang dengar bunyi org menangis and meraung. Dah suspen.. Kitorang toleh je
Si pondan tu menangis meraung.. Terus kitorang pergi kat dia.. Takut la dia kena rasuk ke apa.. Sebab dalam camp selalu dimomokkan dengan benda tu. Rupanya
Dia dapat hidayah Allah. Dia kata dia tak pernah rasa setenang dan senyaman tu dalam sujud. Meraung raung dia memohon ampun dekat Allah. Volunteers semua tak tau nak buat apa. So ustaz pergi bersila depan dia.
Yela,nak peluk or pegang tak boleh sebab nanti timbul fitnah,sebab dia bertelekung. Takut gak orang nampak ke apa,jadi viral pulak nanti. Jadi masing2 amik insiatif pujuk dia. Pujuk punya pujuk punya pujuk,dia dah slow. Dia siap janji nak berubah.
Kami syukur. Atleast dalam 30 orang. Ada seorang yang ingin berubah. Jadilah. Kami buat perjanjian akan pantau dan bantu. Maka,selebihnya kita serah pada yang maha pengasih dan penyayang. A few days after camp,kami jumpa dia,dia kata dia nak balik kg.
Lepas tukar tukar no fon,dia pun balik kampung dan dia pun hilang. Cuba gak kami cari. Tapi gagal. Lepas setahun. Kami dapat khabar yang dia meninggal. Kami diminta ke kampung dia. Bayangkan orang tengah buat preparation nak sambung raya. Dengan jalan jammed.
Dia meninggal seminggu sebelum raya..ngam2 seminggu. Lepas berbincang,kami pun decided,2 kereta yang akan pergi,dan 1 kereta lelaki,1 kereta perempuan. Dari KL,hujan lebat,sampai kampung arwah,tak hujan. Just mendung. Kami sampai agak lewat. Kami berbuka puasa di surau
Bila lepas berbuka dan maghrib,kami bertemu dengan orang yang hubungi kami. Beliau merupakan imam di kampung arwah. Aku tanya serba sedikit tentang punca kematian arwah. Arwah meninggal sewaktu hendak solat. Jatuh. Arwah meninggal sewaktu wudhuk masih basah dibadanya.
Waktu tu kami terus tanya macam2,tapi imam cakap,lepas terawih baru akan dia ceritakan semua. Kami pun dengan redho menunggu. Lepas.solat terawih,imam buat pengumuman,mana2 pihak yg dpt manfaat sewaktu arwah tengah hidup,diminta tunggu.
Agak terkejut sebab ramai gak tunggu. Waktu arwah balik ke kampung,arwah tak pernah disisihkan walaupun dia bekas pondan..malah arwah didekati..atas faktor keselamatan,arwah diminta untuk tukar no fon. Sebab tu kami lost contact dengan arwah
Sejak tu arwah keje,Dan hasil titik peluh dia,dia gajikan seorang ustaz dr tahfiz berdekatan untuk ajar anak2 dan sesiapa je yg nak belajar Quran dan setiap malam jumaat arwah akan sediakan makanan untuk jamuan lepas bacaan yasin dan tahlil
Arwah juga mengajar orang2 kampung cara buat kek dan macam2 jenis kek secara percuma untuk ibu ibu tunggal di kampung setiap sabtu. And arwah tak pernah tinggal solat subuh,maghrib dan isyak dimasjid.
Kami semua dah start sebak. Kami asalnya memikirkn tiada siapa yang nak uruskn jenazah seorang bekas pondan,rupanya orang kampung berlumba lumba nak uruskan jenazah arwah. Dan arwah telah diusung oleh anak2 tahfiz dalam keaadan cuaca yang mendung dan tenang.
Kami dapat tahu,arwah adalah salah seorang yg berjaya menghidupkan masjid dengab berjemaah di masjid,mengupah ustaz Dan masak tiap hari khamis malam jumaat. Aku sendiri malu dengan diri sendiri
Usai semua kami pun pulang ke bandaraya KUALA LUMPUR. Sepanjang perjalanan kami semua diam dan pikir 2 Soalan je. Soalan ni aku nak kita fikir sama sama. Bagaimanakah pengakhiran kita? Adakah dirai atau ditangisi?
Aku tidaklah mengajak kalian meraikan LGBT.. Aku cuma hope korang guide mereka mengenal tuhan bukan jadi tuhan dengan menghukum mereka. Bawalah mereka seiring. Ditarbiah bukan dibiar. Moga kita semua sentiass berpeluang menjadi yang lebih baik.
Terima kasih. May god bless us
Follow ig aku :Faizqayyuum untuk program2 volunteers dan bantu aku spread poster misi aku ke gaza
Moga kalian sabar..aku xsempat nak bls semua comments and yg RT with quote.. Aku try buat thread bru malam ni. In sha Allah
Asalnya aku share pengalaman aku ni sbb aku nak bukak Mata org2 yg menghina LGBT tp tak bantu mereka.. Tapi tak sangka ramai pulak RT.. Moga bermanfaat buat aku dan kalian.. Btw,ramai menangis ye? 😅...maaf buat korg menangis
I highly suggest korang baca buku #stigma dr @muharikah / @imanpublication

Situ korang faham byk benda ttg LGBT... Brothers and sisters, baca okay? 😉

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with فايز قيوم

فايز قيوم Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(