AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture
Jul 12, 2018 47 tweets 8 min read Read on X
Malam ini cerita yang tok sidang pilih untuk bercerita pada korang kisah "minyak mati bunuh" atau "minyak dagu" atau banyak lg nama2 yang orang bg. Seperti biasa jam 12 malam nanti baru cerita ni bermula. Jadi awal2 ni ambil mood dulu ya. Assalamualaikum.
Seperti biasa segala nama didalam ini telah aku ubah.

Kepada yang lemah semangat diharap kalian membaca ayatul kursi terlebih dahulu sebelum membaca kisah ini. Semoga feelnya sampai pada kalian.
Kali ini. Aku minta sangat2 korang jangan skip membaca ayatul kursi dan 3 kul. Gara2 dah ada dah orang yang baca kisah yang aku tulis terkena gangguan tatkala membaca.

Jangan lupa janji kalian pada jam 12.
#BilaLampuTerpadamDenganSendiri
#MinyakDagu
Nama pesakit wani(bukan nama sebenar). Bekerja di sektor swasta. Orangnya biasa2 sahaja bg aku. Tapi orang kata dia hijabster. Sekian pengenalan mengenai pesakit.
Dah ada yang tau apa itu minyak mati bunuh? Yg korang panggil minyak dagu? Apa yang aku nak cerita pada korang ini bukan sekadar minyak pengasih biasa. Tetapi minyak yang ditujukan tujuan sehingga hendak membunuh.
Minyak mati bunuh ini salah satu cara yang aku tau ialah dari perempuan yg mengandung mati dibunuh atau pengantin perempuan yang baru sahaja berkahwin tidak sampai seminggu mati dibunuh.

Caranya mayat itu dibakar dan mayat itu akan bangkit berdiri.
Minyak akan keluar hasil dari pembakaran mayat tersebut. Minyak tu la dilakukan pemujaan. Dan akan diberikan kepada orang2 yang berniat menganiaya seseorang.setiap botol minyak akan ditanda dengan kain merah atau hitam.
Cerita belum mula lg ya.. pukul 12 nanti baru mula. :)
Dengan nama ALLAH aku berlindung dengan godaan syaitan yang terkutuk.

Dengan rasminya aku mulakan story ni.
Jam menunjukkan tepat 2.35 pagi.wani tidur berseorangan dalam biliknya dalam rumah sewa dia.
"Wani. Syazwaniiii.." satu suara memanggil2 mengganggu tidur azura.

"Siapa pula terjerit2 nama aku ni" getus hati wani.
Tuk3. Tuk3
Bertalu2 pintu rumahnya diketuk.

"Ye sekejap. Reti sabar tak!"bentak si wani.

Dia buka pintu rumah yang dipandang dia hanya ada kotak kecil didepan rumah.

"Woit ika jangan main2 la nak prank aku kunun. Ingat aku takut la!"
Tiada siapa yang menjawab. Sunyi sepi tanpa ada satu bunyipun kecuali bunyi cengkerik dan unggas2 malam.

Hmm wani pun ambil kotak tu dan bawa masuk ke dalam rumah.
Oii pukup 2 setengah woi dia berani amik kotak yg tah siapa yg letak. *mmg cari nahas le*

Dia tak buka kotak tu. Takut2 membe rumah dia punya. Oh ye dalam rumah tu dia duduk berdua je dengan ika.
Sabar ya. Seperti biasa. Ada panggilan dekat site sekejap yo.
Pagi2 tu wani tengah bersiap nak pergi kerja. Si ika tanya. "Pagi tadi yang ko terjerit2 panggil aku kenapa? Mmg tak le aku nak bangun. Sedap pula tidur semalam."

"Ekh ko ada suruh si man hantar barang dekat kau ke? Aku bawa masuk kotak semalam."kata si wani

"Kotak apa tu wani?
Dorang buka je bungkusan tu dorang terkejut.

"Untuk mu sayang, apa yang aku lakukan ini hanyalah kerana aku begitu sayang pada kau. Tapi kerana kau tidak pernah sama sekali melayan aku. Ini balasan buat kau. Kalau aku tak dapat kau. Jangan harap orang lain dapat kau..
Terima kasih kerana membuat aku pilih jalan terakhir. Semoga mati kau nanti bersama dengan aku. Terima kasih wani."

Terketar2 dorang berdua baca surat dalam kotak tu.
4 bulan selepas kejadian story dia bersambung dengan pertemuan wani dengan aku.
Aku sebenarnya ada kena mengena dengan si wani ni. Ada kena mengena sepupu sepapat belah kelantan. Haa ni aku tak ubah sikit pun ya.

"Leha(mak aku) ambo nok mintok tolong denge demo ni. Bole dok demo rogyat ke anok bongsu demo tu hok panda berubat tu." Pakcik aku cuba basa basi
"Doh bakpo tu yie, kawe buke nok bg alase ke demo. Cumo anok bongsu kawe tu sibuk bena leni. Denge kuliahnyo. Denge klinik lg. Ni la demo ambik no ni. Kecek sendiri la denge dio" mak aku tak nak pandai2 kalau hal berubat ni.
Aku dapat call bg tau si wani dalam keadaan terlantar dekat husm kelantan.jadinya keluarga aku minta aku ikhtiar berubat si wani ni. Jadinya aku pun bawa la kelengkapan utk dua tiga hari dekat kelantan.
Sampai je sana pakcik aku cerita A-Z apa yang berlaku dekat wani sepanjang tempoh wani sakit dekat kl.

Hari demi hari kesihatan wani semakin merosot. Sampai kurus kering si wani. Selera makan hilang mendadak. Kepala sentiasa sakit seperti ada yang mengoncang kepala wani.
Dan setiap jam 2.35 pagi. Akan ada suara yang memanggil2 nama wani. Mula2 hanya suara tapi bila dah lama2 muncul pula kelibat lelaki yg datang memanggil wani dan offer

"Kenapa kau sanggup terima azab ini wani. Terima aku. Aku akan hentikan semua ini hehehehehehe" kata lembaga tu
"Apa nak jadi. Jadi! Aku tak akan tunduk pada kau! Siapa pun kau. Aku tak akan mengalah dengan kau!!" Bentak wani.

Hehehehehehhehe

Makin galak makhluk tu mentertawa nasib wani.
Sampai satu masa keadaan wani semakin teruk. Batuk berpanjangan sehingga segala apa yang wani makan. Dia akan muntah keluar. Dan bukan sekadar makanan yang keluar. Lengkap dengan darah.
Bila dah keadaan makin teruk. Pak cik aku tak larat nak turun naik kl. Jadi dia bawa wani balik ke kelantan. =================///==============

Aku pun iyakan aja apa yang pok sedare aku cakap. Ye la tak kan aku nak argue plak kan. Aku tak terus ke husm.
Kebetulan waktu tu ATGNA ada lagi. Aku nak ziarah dia dulu. Aku pergi la dekat kedai lalat( nama tempat ya) jumpa dengan tokguru. Lepas selesai. Aku minta tips utk bantu sedare aku. Ada la beberapa nasihat yg aku dapat.
Masuk je aku dekat wad si wani aku dah dapat detect aura yang tak best. Pandangan mula bertukar. Suasana hospital yang cerah bertukar kelam. Dan seperti ada amaran buat aku supaya jangan ziarah wani.
Wamaramaita iz ramaita..............

Aku hembuskan kedepan. Alhamdulilah suasana kembali pulih seperti asal. Hmm belum sampai ke bilik wani pun dah diuji ni.

Ujian ni seperti membenarkan apa yang pak cik aku cerita dekat aku.
Sampai je dekat bilik wani. Aku tengok wani yg terlantar dekat katil. Hanya mata sahaja digerakkan lihat aku. Wajah sugulnya tak mampu dia sembunyikan.

Aku hanya mengangkat tangan memberikan tanda aku faham apa yg hendak dia sampaikan.
Kenangan2 waktu kecil bermain difikiran aku sampailah aku rasa diri aku diperhatikan. Aku ingat mak cik aku tengok aku ke apa. Rupa2nya ada benda lain yang duk intai aku dari bawah katil.
Tanpa banyak cakap. Aku pasakkan pagar hikmah utk mengelakkan gangguan dalam urusan rawatan aku.

Selesai pembukaan. Aku mulakan sesi ruqyah. Belum sempat aku mulakan bacaan alfatihah.

Ada burung2 gagak yang melanggar tingkap di luar bilik wani. (Bahagian luar)
Mula2 aku ingatkan kebetulan. Tapi lepas aku amati betul2. Burung tu tiada mata. Hanya darah yg mengisi bahagian mata gagak tu.

Ini bukan biasa dah ni. Ni serang balas dari si pelaku ni.
Bila dah mula serangan balas. Aku ikhtiarkan dengan kaedah yg aku pelajari dari guruku di banten. Dipermudahkan dan ada yg ingin berbicara dengan aku.

"Kau tak payah la kacau urusan aku. Aku ni dibayar sahaja. Selagi mana perempuan ni bekeras selagi tu aku akan hantar"
"Jadi tak payah la kau anak muda nak menghalang kerja aku." Dimarah nya aku ikhtiar merawat wani.

"Begini. Yang aku rawat ini adalah darah daging aku sendiri. Kalau kau tak nak berhenti. Aku sendiri isytihar perang dengan seluruh kaum kerabat kamu(maksudnya bomoh tu dengan jin)
Dengan izin ALLAH. Tiada satu kekuasaan makhluk dapat melawannya. Aku berlindung dengan nama ALLAH yang maha aziz(gagah). Dan kepada ALLAH aku meminta pertolongan."

Lepas je aku cakap macam tu. Si wani yang terbaring td. Membutang kan mata dia. Jegil tengok aku macam nak baham
Argh sudah. Diacahnya aku tidak berjaya sekarang dia menggunakan medium tubuh wani utk menghentikan aku dari merawat wani.

"Bismillah. Bismillah. Bismillah.
Wa iza batshtum, batashtum jabbarin"

Aku bacakan 3 kali.
Lantas aku tepuk dibelakang badan wani. Terjelepuk wani time tu. Aku pun suruh makcik aku merangkap mak wani untuk baringkan balik wani.

Aku habiskan bacaan ruqyah.
Habis je. Aku minta diri utk keluar dengan pak cik aku. Bg aku bukan sekadar ruqyah dapat selesaikan rawatan wani ni. Jadi aku kumpulkan bahan2 utk buat mandian utk wani.

Ramuan (makanan)utk menambah tenaga.
Waktu mandikan si wani ni. Keluar segala macam benda dari tubuh wani. Miang buloh, lendir2, kesan2 dari tanah yang aku yakini itu adalah tanah kubur. Dan timbul satu perkataan siam di belakang leher wani bermaksud "Mati"

Aku tak mandikan wani yang mandikan konpem la mak dia
Aku bancuhkan ramuan madu dan beberapa bahan lg. Bg wani makan. Elok je lepas makan dah sudah wani bermain tarian pula. Mula2 tangan bergerak2. Lepas dah badan bergerak2. Aku ambil jalan shortcut sembelih terus.(sembelih yg dalam badan wani)
Aku dah malas dah nak dialog2 ni. Memenatkan dan kena bodoh je dengan jin. Genap hari 3 aku merawat wani. Aku buat solat hajat(satu keluarga wani ikut jemaah)

Ketika ini aku minta jika ada lg yang tidak henti menghantar. Pulangkanlah kembali pada yg berhak.
Tidak sampai seminggu. Wani dapat berita salah seorang kenalan lelaki dia meninggal dunia dalam keadaan mengerikan.

Arwah ditemui telah meninggal dunia lebih 3 hari dalam rumahnya sendiri
Ditemui dalam keadaan yg agak menjijikan. Ketika itu aku suruh wani dan keluarga bersangka baik kemungkinan itu semua adalah kebetulan ( aku tak nak panjang2kan cerita tu takut jadi fitnah pula pada arwah)
Alhamdulilah. Wani semakin beransur2 pulih. Dan dah mula stop melayan lelaki yg sebarangan di luar sana. Lebih banyak menjaga batas pergaulan. Sebenarnya tidak semudah itu wani dirawat. Tetapi kisah penuhnya akan aku masukkan sekali dalam buku #bilalampurterpadamdengansendiri
Akhir kalam aku nasihatkan diri aku dan kalian diluar sana. Jangan sewenang2nya menerima bungkusan yg tidak tau siapa pengirimnya dan jangan terlalu melayan orang yg tak dikenali. Takut2 anda tercalit sesuatu. Andai berlaku. Bukan mudah dirawat
Semoga kita semua terlindung dari segala bentuk gangguan. Dan semoga kita dikurnia syifa bg kesakitan2 yg kita hadapi. Sekian dari aku.

Segala kekurangan aku mohon ampun dan maaf. Jika ada yang nak order madu boleh hubungi aku.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT)

AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @jebat_165

Oct 3, 2018
Aku tak kisah kerja lebih masa. Sampai kadang2 dua tiga hari tak tidur. Tapi mostly aku dapat client yang mulut suka maki hamun. Takpa sat lg aku cerita kesabaran aku teruji sampai aku yg tak ada kena mengena, customer hawau viral aku tipu duit orang. *pelik tp benar*
Kes dia. Aku ada syarikat canopy. Dan aku ada jalankan usaha sama dengan beberapa syarikat katering.

Katering bermasalah buat payment pada subcon. Kalau fikir secara logic aku tak ada kena mengena hutang katering dengan sub con. Sebab aku ni usaha sama sahaja.
Tetapi ada mulut2 makcik bawang ni siap viralkan nama aku dan syarikat aku di social media. Mengatakan aku mastermind menipu duit orang. Oiii check ssm pls. Nama aku x ada kena mengena dengan company catering.
Read 8 tweets
Sep 29, 2018
Gara2 ramai mangsa kena pukau sekarang. Tidak kira dengan warga asing mahupun tempatan. In sha ALLAH aku akan sharekan cara2 macam mana nak hindarkan diri dari kena pukau dan cara nak melepaskan diri dari kena pukau. Ada ke yang berminat?
Bismillahirahmanirrahim. Amalannya agak simple dan sila jadikan amalan harian selepas solat ya. Amalkan 11x setiap kali lepas solat. In sha ALLAH terhindar dari pukau.
اِنِّيْ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّٰهِ رَبِّيْ وَرَبِّكُمْ ۗ مَا مِنْ دَآ بَّةٍ اِلَّا هُوَ اٰخِذٌ ۢ بِنَاصِيَتِهَا ۗ اِنَّ رَبِّيْ عَلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ

(QS. Hud 11: Ayat 56)
Read 9 tweets
Sep 28, 2018
Disaat kita lena tidur. Saudara kita di uji dengan gempa bumi dn tsunami. Kenapa mereka diuji bkn kita. Kerana mereka insan2 mulia yg mampu menghadapi ujian yg hebat sebegini. Ini adalah teguran dari ALLAH kepada kita.
Ya Allah.. Selamatkanlah saudara2 kami yg KAU uji ya ALLAH
Seandainya kita di tempat mereka belum tentu kita mampu menghadapi ujian seperti mereka.
Selamatkanlah mereka. Selamatkanlah mereka.
Read 4 tweets
Sep 27, 2018
Bismillahirahmanirrahim.

Engkau anak kecil tidak padan melawan aku. Umur jasad ini sendiri udah lebih 90 tahun. Tidak padan dengan usia kau nak melawan aku.

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri
#jam12malam
#bertembungdenganembah
Seperti biasa aku harap korang baca terlebih dahulu ayatul kursi. Pada yang lemah semangat lemah jantung sila ambil wudhuk dan bacalah 3 kul dahulu. Kerana ramai dah yang dah mengalaminya #BilaLampuTerpadamDenganSendiri
Bukan aku nak takut2kan kalian tetapi ramai yang dah mengalaminya siap ada yang kena ganggu tatkala membaca kisah aku. Semoga kita semua terlindung dari permainan syaitan terkutuk.
Read 35 tweets
Sep 11, 2018
Maksud disebalik lagu
Titian Perjalanan (Titian Sirat)
Hayati dan fahami. Terlalu indah maksudnya:

Siulan kedamaian
(Bertiupnya Sangkakala)

Nanti kepulangan
(Kembali kepada Yang Esa)

Saat di tunggu hampir lumpuh
(Kiamat ditunggu hampir tiba)
Tenang ku rindukan
(Cuba untuk mengenangkan)

Bayangan semalam
(Amalan yang lalu)

Sedetik kita bertemu
(Bertemu kita dengan Rasulullah)

Dalam impianku
(Menjadi cita-cita aku)

Tak pernah luput gambaranmu
(Tak aku lupakan ajaranmu)

Bina cinta satu
(Mencari cinta illahi)
Ke mari sayangku
(Hadirlah dalam impianku)

Perjalanan dititian
(Perjalanan Titian siratulmustaqim)

Masa kita perlukan
(Amalan yang diperlukan)

Perjalanan masa kita
(Perjalanan itu amalan kita)

Seminit kita berlagu
(Sejenak kita terkenang)

Ada lagi waktu
(Masih ada peluang)
Read 7 tweets
Sep 9, 2018
Mula2 abang aku ada cakap. Ada budak perempuan kena rogol namanya nurul. Diberi drugs selepas tu kena rogol beramai2. Tak cukup dengan rogol siap perbuatan tu di rakam.

Mula2 menyirap juga darah bila dengar tapi. Malangnya.
Wanita itu sendiri rupanya bukanlah wanita yang menjaga batas2 pergaulan dia. Party people jugak rupanya.

Zaman remaja :- mat2 motor sapu.
Zaman 20an :- budak2 kereta plak pakai.
Zaman 25 keatas :- pakcik2 boroi bawak kereta mewah pula pakai service dia
Bila nak masuk fasa perkahwinan. Ketuk wang hantaran berpuluh2 ribu. Lepastu marah lelaki. Jangan disoal sejarah silam saya. Awak tak berhak untuk menghukum saya. Yes memang dia tak berhak hukum kau. Tapi kau rasa diri kau sama ke dengan orang yg tak pernah disentuh lg.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(