dkwla Profile picture
Jul 12, 2018 203 tweets >60 min read Read on X
JAPAN

#bpJapan
Osaka, Kyoto & Seoul

#bpOsaka #bpKyoto #bpSeoul
Tempoh percutian: 9 hari 9 malam? (21 June - 30 June)
Bilangan orang: 3 remaja
Total damaged per person: RM4,000 all in tak termasuk shopping je
Tiket flight beli MAS RM1,220. Pergi Kansai. Balik dari Tokyo Narita. Multi city. Beli time year end sale. Kira murah dah tu. So, ini adalah first time saya naik MAS
Baru tahu yang KLIA tu ada train dalam airport???? Punyalah dok puji Korea sebab diorang ada train takyah nak menapak satu batu nak pergi gate rupanya negara sendiri pun ada sksksk sian
Ok so review first time naik MAS ni. Seat memang comfortable lah dari AA lagi besar juga tapi sama je takleh tido jugak hahah. Diorang kasi bantal dan selimut tapi takleh bawa balik.
Masa pergi tu dia guna aircraft lama so tv dia tak update semua cerita bosan. Tapi masa balik aircraft baru. Serious best. Semua latest movie. Dok tgk kingsman dengan the greatest showman. Flight 7 jam tu tak rasa pun huhu. Lagu pun latest. Ada game juga so mmg tak bosan
First dia kasi makan kacang dgn juice

Second main meal. Masa pergi order seafood meal sumpah tak sedap. Masa balik order halal meal tak sedap jugak

Third sebelum touchdown dia kasi sandwhich tuna masa pergi. Balik tu dia kasi onigiri dgn toblerone. Tak sedap juga
Erti kata lain nasi lemak pak nassir >>>>>> semua makanan MAS. Tapi diorang tak kedeks lah. Refill juice sejuta kali pun ok je
Ok sampai Kansai airport settle imigration dgn ambil baggage. Tak lama pun. Jepun kan. Pastu terus beli Kansai Thru Pass. Pass ni boleh guna untuk semua metro subway/bus dekat Kansai kecuali train JR. so boleh naik sampai muntah. ¥4,000 untuk 2 days
Dia ada banyak jenis card. Tapi pilih KTP sebab nak pergi Kyoto so senang. Kalau ada duit beli lah JR pass. Kami tak mampu huhu.
JR pass sangat bagus. JR train ni cover banyak tempat plus boleh naik bullet train diorang. Nak naik sejuta kali pun no hal tapi tulah mahal. Berbaloi kalau korang nak pergi banyak city macam Osaka nak pergi Kyoto pastu nak pergi Tokyo tu berbaloi lah beli JR Pass ni
Lepas letak beg dkt accommodation. Start lah city tour. Pergi area:

Tenmangu (Museum of House and Living)

Umeda (Pokemon Centre, Umeda Sky Building)

Namba (Kurumon Market, Namba Parks, Denden Town, Dotonburi, Amerikamura, Shinsaibashi Shopping Street)
MUSEUM OF HOUSE & LIVING #bpOsaka

Tempat dia dekat tingkat berapa tah dia dalam building. Dia buat tempat macam rumah rumah orang Jepun dulu dulu. Orang pergi sini sebab nak rent kimono murah je ¥500. Tapi dia ada limit. Macam pukul 11 ada 50 kimono je. So siapa cepat dia dapat
Tak tahu pun dia ada had dia. So masa sampai tu kimono untuk pukul 1 ke berapa yang available. Takkan kitaorang nak kena tunggu sejam lebih dah buang masa. So tak pakai lah kimono sesudahnya. Kalau plan nak pakai kimono make sure datang awal kena reserve awal
Tempat dia tak besar pun. Kalau tak plan nak pakai kimono rasanya boleh pass kot tempat ni. Takde benda yang menarik sangat
Selepas itu pergi lah ke Umeda. Pergi Pokemon Centre dia sebab katanya ini centre paling besar dalam Jepun tapi biasa je??? Kalau tak minat Pokemon tak payah lah pergi buang masa je. Plushie pun mahal. Kenapalah takde Digimon Centre hm :( centre ni dalam mall
So dari pokemon centre tu nak ke Umeda Sky Building kena jalan jauh jugak. End up tak pergi pun sebab penat banyak kali sesat. Building dia menarik tapi kena bayar kalau naik atas. Gambar gugel
Oh ya. Sebelum pergi tu wajib download tiga apps ni. Sangat sangat membantu.

Google Translate tu bila amik gambar contoh ingredients makanan nanti dia terus translate. Senang sangat

Pastu yelah dia boleh translate pekejadah semua kan. Japanese tak ramai boleh faham English
Rail map tu untuk memudahkan perjalanan. Boleh tahu train berapa jam lagi. Kalau kita nak pergi dari satu tempat ke satu tempat nnt dia tunjuklah route mana kena ambil. Dia state sekali berapa jam perjalanan & cost. Pastu senang juga dia bagitau kena naik platform mana turun mana
Dekat sana memang banyak train. Banyak line memang complicated. Sangat penting untuk ada apps ni. Walaupun kita tukar tren within the same station tapi nak jalan ke train satu lagi tu ada yang dkt ada yg jauh. Kalau jauh tu boleh sampai 1km jalan!
Lastly Google Maps tu yelah untuk memudahkan kita berjalan. Tapi jangan percaya seratus peratus tengok jugak sekeliling for signboards atau tanya orang takut jadi cam kami berapa kilometre tah sesat sampai kena daki bukit 😭
Lagi satu anak anak. Kalau plan nak pergi tu sila join group ni ye. Sangat sangat sangat membantu. 90% daripada planning saya semua dapat dalam ni.

Semua info, itinerary, keadaan di Jepun, halal food, nak tau kedai shopping murah semua boleh jumpa dalam ni.
Ok next sepatutnya kami makan di restaurang Matsuri. Kedai halal takoyaki. Kedai ni best sebab boleh diy takoyaki. Masa sendiri tako kau letaklah mak nenek dalam inti dia banyak mana kau nak. ¥1,000 je sorang.

Tapi malangnya time pergi tu kedai tutup. 2-5 kedai tutup. Tsk
Sebenarnya takdelah dekat pun dari Umeda tu nak ke Matsuri. Kena naik train pastu kena tukar kot? Tapi sebab guna KTP kan so tak kisah pun.
End up kami makan makanan dalam Family Mart je. Jauh jauh datang makan Family Mart je!?!?!? Dekat Osaka kan setiap sepuluh tapak boleh jumpa family mart, setiap lima tapak jumpa vending machine. Bersepah seperti taburan hujan tiber
Dah masuk convenience store mestilah rambang mata. Oleh itu, jadilah muslim yg bijak.

Tunjuk muslim card ni dkt cashier. Pilih je memana semua sama je. Diorang sangat friendly. Nanti diorang tunjuklah mana boleh makan mana tak. Kalau tak confirm boleh scan guna app translate tu
Yang penting jangan was was dan kenalah yakin!!!!! Onigiri dia serious sedap
Anyway time pergi tu rate ¥100 sama dgn RM3.65. 100 yen tu kan kau boleh dpt air mineral je tau.

Average meal ¥1,000 (RM36.50). Tu pun makanan je. Takde air. Mintak je plain water dkt kedai free. Potion makanan pun besar je.

So sediakan dompet yg tebal kalau nafsu tu besar
Lagi satu lupa. Sewa portable wifi. Kitaorang beli time Matta Fair dekat H.I.S travel. 3 hari sebelum depart boleh ambil dekat office dia dkt sunway velo dgn satu lagi tak igt mana. RM10 dia charge sehari. Start from the day you depart sampai the day you arrive malaysia dia kira
Ataupun boleh je beli online. Refer tweet saya ketika bercuti di South Korea ye
Berbalik kpd cerita city tour tadi. Lepas sedih tak dapat takoyaki. Kami pun pergi ke Namba. Turun station Namba and from there boleh jalan ikut turutan ni:

Kurumon Market -> Namba Parks -> Denden Town -> Dotonburi -> Amerikamura -> Shinsaibashi Shopping Street

Total 5KM jalan!
Dinasihatkan itinerary ni tak sesuai kalau berjalan dengan family yang ada orang berumur/anak kecil sebab kami banyak jalan. Kalau muda gagah gigih tak cukup duit naik taxi macam kitaorang ni boleh lah. Tu pun dah balik Malaysia lunyai
KURUMON MARKET #bpOsaka #bpJapan

Macam wet market. Agak besar tapi biasa je. Banyak jual makanan tapi depends on individu sendiri kalau rasa yakin beli lah. Nak fresh seafood, fruits sini lah tempatnya. Suka sashimi sini lah heaven
Lepas tu tak jauh sangat dari situ ke Namba Parks. Dekat sini ada carnival mall yang unique. Mall dia macam dia buat sekali dengan nature. So penat shopping tu boleh lah rehat rehat di bawah pokok seperti Parameswara yang melihat pelanduk menendang seekor anjir
Tujuan datang Namba Parks ni bukan nak shopping pun tapi semata mata untuk LOBSTER ROLL. Food truck dia asa dekat ground floor kot. Senang je jumpa
Dia bayar dekat machine pilih lah nak apa then nanti kasi receipt tu dekat orang bertugas pastu tunggulah dekat tempat duduk nanti makanan akan dihidangkan. Seperti mana anda boleh saksikan harga makanan tu kalau convert boleh beli lobster sekor ceh tipu je
Saya beli lobster roll regular ¥1,000. Kalau US type tu dia lagi besar lah. First time makan lobster. Size untuk regular kira ok lah bagi orang Asia macam kita ni. Inti memang tak kedekut. Lobster besar besar.
Roti dia sedap macam lembut and crunchy at the same time. Tapi lobster dia sejuk???? Tak taulah dia terlupa panaskan ke atau memang cemtu style dia. Memang sejuk macam baru bawak keluar peti ais tapi roti panas. Overall 7/10. Value for money lah sekali sekala.
DENDEN TOWN

Yang minat anime, minat game sini memang best gila. Harajuku of Osaka gitu. Tak spend banyak masa dekat sini sangat. Tapi sini banyak kedai kedai. Masuk arcade 5 tingkat memang best tapi tak main pun hoho
DOTONBURI

Sini memang kena pergi wajib. Tak sampai Osaka lah kalau tak bergambar dengan orang lari Glico tu.

Tempat sangat happening. Ada boat boleh naik tak sure berapa yen.
Ada banyak kedai. Ada Lush, ada kedai Step (kedai kasut murah). Ada Don Quijote. Macam supermarket lah. Banyak benda murah dkt sini. Air diorang pun unik colourless
Bersih tempat dia well obviously Jepun kot. Udara memang fresh keluar airport please lah ambil 10 minit nikmati udara dia dulu. Memang beza. 8 hari duduk sini takde taik hidung tau!!!!!
Tapi taik telinga ada sebab hari hari dengar dua ekor tu membebel sksksk
Ok dekat sini juga ada satu kedai Takoyaki yang famous. Nama kedai tu Creo Ru. Search je dekat gugel map tu. Tak ingat berapa yen tapi ada 10 ketul. ¥700 kot. Pekerja dia pun boleh cakap melayu sebab ramai sangat Malaysian datang lol
Oh ye boleh tengok dekat second pic tu ada harga dia lol. Sedap jugaklah tako dia makan panas panas
Mengikut plan sepatutnya lepas tu kitaorang pergi ke Amerikamura dengan Shinsaibashi Shopping Street. Tempat ni memang famous untuk shopping banyak barang murah tapi masing masing dah terkangkang jalan so terus balik rumah
Tapi kalau ada masa kena pergi dua tempat tu sebab barang murah!!!

Ini time nak balik jalan jalan area tu then terus ke subway balik
Pergi ni time musim Summer so pukul 4/5 pagi tu dah macam pukul 8/9 dekat Malaysia. Diorang masuk kerja pukul 9 sama macam waktu kita.

Avoid peak hour 7-9 pagi & 5-7 petang. Terseksa kau dalam train nanti

Malam pula sama je waktu dgn kita. Waktu dekat sana cepat sejam dari sini
Dinner tu makanlah lauk kambing cecah roti yang dibekalkan oleh ibuku yang ditinggal di ibu kota.
Banyak tak bawak makanan. Hahaha sebab bajet nak makan luar 5 kali je sepanjang duduk dekat sana tapi first day dah pun melantak tk ingat dunia. Ada lagi 7 hari tapi pocket dah bocoq ☹️
Wtf lah Seoul. Silap ye sepatutnya Osaka, Kyoto & Tokyo. Tetiba lah terbang ke Korea kenapa

#bpOsaka #bpKyoto #bpTokyo
Ini first day punya. Mana tak skinny aku. Boleh search hashtag #RyokōSukiniDensetsu di instagram untuk gambar lawa lawa yang telah dipost oleh kami. Jangan lupa like
DAY 2
KYOTO #bpKyoto #bpJapan

Tak jauh pun dari Osaka dalam sejam lebih ke naik tren ke Kyoto.

Perjalanan harini:
Nara Park -> Inari Shrine -> Arashiyama Bamboo Grove -> Gion Geisha District
NARA PARK

Masuk sini free je cuma kalau nak beli biskut rusa tu kena bayar. Berapa yen tah tak ingat tapi murah je. Tak beli pun sebab bawak roti gardenia sebuku.

Sebenarnya tak boleh pun kasi makanan lain selain yang dibeli ada mata mata memerhati tapi dah terbawak
Tak jauh pun jalan dari train station ke sini. Rusa semua jinak gila macam kucing. Ikut je aku kehulu kehilir rasa macam pengembala kambing pulak
INARI SHRINE

From Nara park to here about 30 minutes lah naik tren.

Nasib badan tetiba hujan pulak harini. Dahlah gigih berbaju raya hm.

Jalan along the way tu ada lah kedai kedai souvenir murah jugaklah
Tempat dia luas juga tapi sebab hujan jadinya pergerakan terbatas. Kalau cerah tak lecak tempat ni memang instagrammable
ARASHIYAMA BAMBOO GROVE

From shrine tadi tu ke sini pun dalam 20 minutes jugak naik train. Tapi agak jauh jugaklah tapi still within walking distance from train station ke bamboo grove ni. Along the way tu ada banyak kedai kedai souvenir.
Sebenarnya bamboo tu senang je jumpa dia ada laluan tapi sebab ikut google maps bodoh tu sampai berapa kilometre tah kitaorang sesat sampai kena daki bukit pebenda dah lah dgn berbaju melayu hujan pulak tu aaaaa
Tempat dia besar tapi bamboo grove tu sendiri tak besar pun. Sebenarnya aku expect something yang wow gitu tapi cam tak memuaskan.

Nak gambar cantik jalan sampai hujung bamboo tu. situ takde orang sangat so boleh bergambar lwa
Kalau rajin. Jalan je sepanjang kedai kedai yang ada dekat situ. Nanti akan sampai dekat bridge. Dekat situ ada river cantik. Pemandangan memang lawa
Lepas bamboo grove tu kalau rajin jugak naik lah atas bukit tu. Cantik boleh rehat rehat tenangkan otak
Harini tak lunch pun. Makan onigiri family mart dengan bawak bekal jimat.
Lagi satu jangan lah lupa makan ice cream glico seventeen ni. Hujan ke malam ke ribut ke jumpa je machine ni please lah beli. Sedap tak tipu.

Favorite: lime dalam tube & red bean. Tak manis sangat just nice. ¥130 je sebatang
Lepastu nya pergi lah ke Gion District. Macam city dekat Kyoto nj. Around 20 minutes jugak dari bamboo tu. Lagi satu diorang Japanese memang banyak berjalan. Pastu banyak gila tangga. Atleast setiap tempat tu tak kurang dari 2km akan jalan
Tujuan ke sini sebab nak makan kedai ramen halal.

First pic tu kedai beef dekat je dgn kedai ramen tu tapi tak masuk sebab tau miskin. So makan kedai ramen tu berbaloi harga pun kurang ¥1,000
Potion dia cukup untuk seorang makan. Berbaloi lah for that price.

First pic: ramen ok lah. Ada ayam teluq pe semua. Kuah not bad

Second pic: nasi dgn lauk ayam dan teluq takde kuah. Tapi ada kicap kot. Not bad juga
Pstu dah habis makan terus lah balik ke Osaka. Sejam perjalanan. At least kena allocate one whole day kalau nak pergi Kyoto ni.
DAY 3
UNIVERSAL STUDIO JAPAN #bpOsaka #bpJapan

Beli tiket siap siap sebelum pergi. Beli dekat website klook.com.

Harga ¥7,200 sekepala untuk tiket masuk. Tapi sebab kami pergi hari ahad terpaksa beli Express Pass untuk cut kine. Harga ¥7,600. Total ¥14,800 untuk USJ je
Yang express pass tu ada banyak jenis. Express pass 4, express pass 7. Kalau express pass 4 tu maknanya ada 4 RIDES je yang boleh cut queue. Tu pun regenya RM277 ☹️ tapi nak buat cemana dah terpergi hari ahad terpaksa lah beli
Kalau express pass 7 tu boleh cut queue untuk 7 rides lah tapi bukan semua rides suka hati kita cut. Ada specific rides and time kita boleh cut. Nanti dia issue ticket tu dia state lah ride ni boleh masuk pukul berap berapa
Plus, haritu beli dkt Klook ada promo beli total RM1.6k dapatlah discount RM58. Boleh lah daripada tk dapat.

Lagi satu, website Klook from Singapore. Rate dia tunjuk in RM tapi sebenarnya dia charge in Singapore Dollar. Tertipu jugak end up terbayar RM30 extra sbb exchange rate
So, harini hari ketiga jadinya KTP dah expired. Kena lah beli tiket dekat machine. Lagipun nak ke USJ cuma boleh guna line JR je. Memang terpaksa beli tiket pun.
We arrived an hour and half early. Tapi orang dah ramai gila beratur.

Kalau yang tak beli express pass tu make sure datang awal gila gila
Kalau plan memang nak pergi Harry Potter zone. Kena datang awal untuk dapatkan time entry. Korang perlukan time entry ni untuk masuk area Harry Potter takde ticket time entry ni takleh masuk. Free je. So gate buka je memang kena terus lari amik time entry dulu
Kalau beli express pass time entry tu dia dah issue siap siap so tak payah kalut nak lari. Rileks rileks je.
Apa yang saya notice environment du USJ sedikit dull warnanya. Dia tak macam Universal Studio Singapore
Memang kena allocate one day untuk USJ je. Time pergi tu ada beberapa rides tutup. Rugi tak dapat naik Jaws :(
Bagi saya USJ ni seronok tapi tak enjoy ☹️ sebab semua rides dia Japanese. Best memang best tapi cam tak fun yelah tak faham jalan cerita roller coaster tu.

Yang cuma enjoy adalah roller coaster Spiderman, flying dinosaur & Hogwarts je.
Kalau di beri peluang memang tak pergi lagi USJ. Better lagi USS. Kalau ye pun cuma nak pergi Hogwarts & minum butterbeer je.
Butterbeer

- Non-alcoholic drinks so jangan risau
- Biasa je sebenarnya rasa dia macam sarsi
- Buih dia sedap gila rasa manis.
- Harga ¥1,200. Mahal tapi dapat cawan tu boleh bawak balik jadikan souvenir. Kalau taknak cawan harga ¥600 dia kasi cup saje
Dalam USJ takde restaurant halal. Bawak je bekal letak dalam beg sebab diorang tak check pun beg. Kitaorang pun menyesal tak bawak makanan.

Tapi dalam tu boleh lah makan churros, popcorn, ada jual fruits yang penting yakin!
Dalam Hogwarts tu boleh buat dua benda.

First, castle walk. Acah acah jalan dalam Hogwarts lah. Tapi serious cool yang gambar gambar bergerak tu pun real gila
Second, roller coaster Harry Potter. Sumpah ni roller coaster paling best pernah naik seumur hidup. Dia macam kita join Harry naik broomstick on adventure tapi memang best gila cuma tulah diorang cakap in Japanese 🙃 Hermoine cakap jepun!!!!!
Boleh beli wand dekat sini pastu wand tu bila kita buat spell nanti adalah pintu terbuka, api keluar memang cool gila
Honorable mention: flying dinosaur

Ride dia bukan jenis duduk tapi meniarap. Pastu terbanglah kau. Gila jugak. Kena prepare mental dan fizikal
Ini ride dekat Hollywood. ada dua jenis satu kedepan macam biasa lagi satu dia gerak kebelakang. Tapi biasa je
Ini dekat Hogsmeade. Dia ada kedai yang macam Weasley brothers buka tu. Kedai gula gula best. Ada chocolate frog, jelly bean tu
Ini ride apa tah tak ingat. Tapi sebelum turun tu dia punya curam macam kau nak tercampak keluar pastu basah lencun hm
Tapi kan pelik sebab pergi hari Ahad tapi tak rasa cam ramai pun. Mungkin sebab time kitaorang pergi tu baru beberapa hari lepas gempa bumi di Osaka sebab tu orang tak berani pergi kot. Kalau nak pergi and nak naik semua roller coaster di situ boleh ikut plan saya
Dalam pukul 4 cemtu dah habis pusing satu park. Banyak masa. Masuk theater tido. Best tapi sebab tak faham jadi boring so masa tu jadikan untuk tidur dan berehat.
Dalam pukul 6 lebih tu dah keluar dari USJ. Lupa nak cakap, dekat situ ada locker. ¥1,000 untuk locker luggage besar. Kitaorang terus naik bus pick uo dkt USJ tu terus ke Tokyo.

Jadinya check out tu terus bawak luggage pergi USJ simpan dlm locker
Bus book dekat willerexpress.com/en/

Ada bermacam jenis tapi kami ambil yg paling murah ¥5,450 seorang. Ambil dkt USJ turun Shinjuku Bus Terminal Tokyo. Perjalanan 10 jam.

Kalau naik bullet train tu 2 jam je! Tak kebas pun punkoq. Tapi bus ok je comfy. Tido sepanjang jalan
Bus pun dia kasi selimut. Selesa lah. Ada tempat charge phone. Ada jugak stop tak ingat berapa kali sebab lena sangat. Tak sedar pun sepanjang jalan tu. 7:55pm gerak dari Osaka pukul 6:30am sampai Tokyo
DAY 4
Lepas sampai je Tokyo. Freshen up. Tukar baju dkt toilet then pergi terus Tokyo Metropolitan Govt. Parking for today’s tour.

Beg letak dlm locker. Jgn risau semua station ada locker. Bermacam size. Kalau luggage size ¥700.

Ukuran dia width 357mm × depth 453mm × height 802mm
Harini tour ke Mt. Fuji. Dah beli siap siap dari H.I.S Tour time Matta Fair. ¥9,000 seorang. Itinerary seperti dalam gambar
So dah naik bus tu perjalanan ke Mt Fuji mengambil masa dalam 2 jam setengah cemtu. Ada stop sekali.

Dia berhenti dekat station kelima untuk bergambar di kaki gunung. 40 minit je masa untuk bergambar dkt situ. Time pergi tu ada lah banyak kabus tapi tak tebal boleh lah nampak
Tour ni dia campur dengan orang lain so masa kitaorang pergi tu ada safu group from Jakarta, Indonesia jugak. So kami dua group je. tak ramai pun dalam 10 orang naik satu bus.

Tapi kan sepanjang dekat sana tak ramai pun nampak orang melayu. Ramai Indonesian. Masyuk
Ok leps bergambar tu gerak ke Fuji Q Highland for lunch. Fuji Q Highland ni theme park. Sepatutnya kami ambil package theme park ni tapi tak jadi sebab dah banyak sangat naik roller coaster tukar plan nak nikmati pemandangan.
Lunch tu dekat hotel. View memang tiptop. Lunch ni muslim friendly katanya. Sedap. Berbaloi lah bayar dapat makan mewah dengan view super
Ini view dari hotel tulah. Memang extreme gila semua roller coaster dekat sini.

Yang bestnya Fuji Q Highland ni kita kena bayar admission tiket berapa yen je pstu bila nak naik rides tu baru bayar. Jadinya tak rugi lah kalau bayar mahal tak naik semua
Dekat Fuji Q Highland tu sebelum masuk dia ada buat macam petite france lah. Cantik tempat dia. Dah lah tak ramai orang
Lepas finally dapat proper meal baru lah kembali bertenaga. Lepas lunch tu gerak pergi Kawaguchiko. Dekat sini boleh naik Kachi kachi ropeway. Dia seperti cable car. Naik atas bukit dan nikmati Mt Fuji yang gah
Dekat atas tu nampaklah clear Mt Fuji. Ada souvenir shop jugak. Pastu ada trail kalau siapa nak hiking ke puncak bukti 3 jam.

Kebetulan pula time pergi tu ada festival bungan Hydrangea. Memang cantik lah
Tak lama pun atas tu dalam 45 minit sebab panas tak tahan. Pastu kitaorang turun shopping souvenir dekat kedai bawah tu. Best kedai tu banyak benda unik. 3 tingkat.

Trip ni sekali dgn entrance fee dan juga dapat free ice cream. Flavor grape, lavender, peach & vanilla. Unique
Lepas tu pulak naik cruise pusing pusing Lake Kawaguchiko tu. Cruise depart every 30 minutes so takyah risau.
Tapi cruise tu berpusing selama 20 minit jelah. Boleh lah puji puji keindahan alam sambil makan ice cream
Lepas tu dah habis tu balik. Bus tour drop kitaorang dekat Shinjuku Station. Ambil beg terus check in accommodation.

Kira bayar tu berbaloi lah dapat makan mewah, naik cruise, naik ropeway, view terbaik. Return trip Tokyo-Mt. Fuji. Senang
DAY 5
DISNEYSEA TOKYO #bpTokyo #bpJapan

Nak ke Disney Theme Park ni cuma boleh guna JR Line je. Kalau dah beli JR Pass tu memang senang

Tiket dah beli dekat klook.com siap siap. ¥7,200 seorang. Tapi DisneySea takde express pass
Dah sampai area Disney Theme Park tu terserah nak naik Disney loop ke theme park ataupun nak jalan kaki. Kalau naik train dia ¥260 one way.

At least pergi naik train, balik jalan kaki. Sebab balik tak jauh jalan
Memang kena datang awal. Kitaorang datang sejam awal tapi orang ramai gila. Walaupun weekday tapi ramai dia ya Allah. Well obviously, sebab DisneySea is the ONLY ONE in the world. So you can expect the crowd tu pack macam mana.
Datang tu seludup je makanan dalam beg. Diorang check beg tapi tak rampas kot. Pepandai lah sorok dua onigiri, energy bar, roti dalam beg. Dia suluh suluh je beg tu. Haritu bawak twiggies, dengan energy bar dia nampak ok je.
Jangan lupa bawak air sebab dalam tu takde vending machine. USJ vending machine bersepah tapi dalam DisneySea takde. Dekat park entrance ada vending machine beli air siap siap.
For me DisneySea ni ceria. Warna warni tak macam USJ. Yelah Disney kan.
Jangan lupa try popcorn flavor garlic shrimp
One whole day dekat sini dari pagi sampai malam. Tunggu show time malam best gila tapi tak banyak video sebab storage full. Tapi time pergi tu ada show atas air je fireworks takde sebab angin kuat :(
Dekat DisneySea pun sama seperti USJ semua rides dia in Japanese BUT I enjoyed every second of it sebab rides semua unique. Ada 3 je ride extreme lain semua biasa tapi best! Personal favorite ride Nemo. Also jangan lupa naik Tower of Terror. Cool gila
Honorable mention: ride Indiana Jones laju gila kena prepare mental dan fizikal. Tower of Terror sumpah cool. Sedih sebab journey to the centre of the earth dengan toy story tutup.
Disneysea takde express pass sebab dia ada fast pass. Fast pass ni kita scan code dkt tiket dkt ride yang kita nak naik pastu nanti dia issue time entry so tak buang masa nak beratur lama.
Contoh:

Pukul 10 you scan code dekat ride Nemo then dia issue ticket stated that pukul 11-12 boleh naik ride Nemo. So dalm waktu sejam tu boleh terus ke ride Nemo tak perlu beratur. Jimat masa, sementara tunggu pukul 11 tu beratur ride lain
But there’s a catch. Fast pass tu boleh issue once at a time. So kalau dah scan ticket dekat ride Nemo tu pukul 11 baru boleh kita ambil fast pass dekat tempat lain. Begitu.
Jadinya, kalau plan nak naik semua ride boleh lah ikut strategy saya ni. Dalam pukul 4 cemtu dah habis naik semua walaupun orang ramai
Overall, DISNEYSEA >>>>> USJ
Plan nak pergi Disneyland tapi tengok review orang cakap Disneyland best untuk budak budak. Kalau pergi dengan kids best lah. Untuk orang dewasa cam kureng.
Disneyland’s character banyak macam Mickey Mouse punya kawan, Winnie the Pooh, princesses.

DisneySea pula character dia banyak dalam air. Ada mermaid, nemo etc. ride dia pun berunsur air. Ada submarine, gondola, boats macam tu.
Day 6
Tokyo City Tour 1 #bpTokyo #bpJapan

Kawasaki (Anata No Warehouse) -> Chiyoda (Imperial Palace) -> Odaiba (Gundam & Statue of Liberty, Rainbow Bridge, Tokyo Big Sight, Daikanransha, Toyota Mega Web) (shopping- Venus Fort, Aqua City, Decks Tokyo Beach) -> Shibakoen (Tokyo Tower)
Dekat Tokyo kami menggunakan Subway Metro Card. Beli siap siap masa Matta Fair. ¥1,500 je satu ticket untuk 72 hours. So selama tiga hari berbaki ni cuma gunakan Metro Card ni senang.

Boleh digunakan untuk semua subway di Tokyo KECUALI JR Line
Kitaorang tak jadi ke Anato No Warehouse tu sebab jauh satu kemudian nak ke sana cuma JR Line je yang lalu so malas nak keluarkan duit. Jadinya we start our day di Imperial Palace
Tapi kalau ada masa nak pergi boleh pergi sebab tempat dia cool gila. Tempat arcade tapi dia design tempat tu sangatlah cool
Imperial Palace

Tak jauh jalan dari train station. Masuk pun free. Tempat dia luas. Ada banyak tumbuh tumbuhan. Boleh tengok palace dekat Jepun camne. Tapi kitaorang spend time dekat sini sekejap je sebab malas nak jalan. Kalau tak suka palace 10/10 untuk skip
Odaiba

Nak ke Odaiba pula ada train khas dia. So kena keluarkan duit jugak huhu. Odaiba ni besar and banyak sangat shopping mall. Time pergi pulak summer sale memang 💸💸💸
Dekat sini pun bangak tourist spot. Life size gundam, ada statue of liberty, ferris wheel. Bestlah sini. Cuma larat tak larat lah nak jalan tu
Shopping pula ada murah ada mahal. Certain tu kalau convert lebih murah beli di Malaysia. Tapi kalau nak beli kasut kena beli dekat ABC Mart. Situ memang murah teruk lepas tu dapat tax free kalau pembelian more than ¥5,000
Cuaca time Summer di Tokyo memang terik. PANAS DAN TERIK. Memang balik tu sunburn teruk gila. Tapi angin di Tokyo kuat kuat. Sampai nak terbang tak tipu.

Osaka pula panas tapi tak terik. Dia panas tapi sejuk. Angin tak kuat sangat. So selesa

Time summer pun banyak bunga bloom
Lunch di restaurant Shinsu Sobadokoro Sojibo di Diver City Tokyo Plaza. Kedai halal. First time makan mee soba.

Set saya tu yang second pic harga ¥1,500. Banyak nak mampos. Mee soba dia dah banyak lepas tu ada lagi nasi dengan ayam. Serious kenyang. Green tea disini free
Nak ke Odaiba tu jauh jugak dalam 45 minit perjalanan dari central Tokyo. Tapi berbaloi pergi sana. Siapa suka Digimon boleh tengok link ni. Semua spot yang dalam cerita tu zeemaps.com/map?group=1910…
Tokyo Tower

Ke sini bukan sebab nak naik tower tu pun tapi dekat sini ada jual souvenir yang murah murah. Paling murah lah tempat souvenir yang selama kitaorang duduk Jepun. Baju tshirt boleh dapat ¥980 sehelai. Pandai nego boleh dapat kurang lagi.
Tapi nak ke Tokyo Tower tu jauh jugak jalan. Adalah dalam 15 minit tapi sebab shopping punya pasal. Beli chopstick yang ada corak Mt. Fuji ¥100 je dekat sini. Ada magnet unique. Ada jual makanan jugak. Must go.
Lupa nak tunjuk dinner selama beberapa harini. Almaklumlah dah bankrupt. Nasi boleh beli dekat family mart dan 7E. ¥100 paling murah tapi nasi diorang jenis melekat. Air coklat van houten tu famous tapi bagi saya biasa je
Day 7
Tokyo city tour 2

Nippori (Textile town) -> Harajuku (Meiji Shrine, Takeshita Dori, Daiso, Omotesando) -> Shibuya (Shibuya Crossing, Hachiko Statue) -> Akihabara (Radio Kaikan, Gamers, Mandarake, Don Quijote, LAOX)
Nippori #bpTokyo #bpJapan

Dekat sini ada textile town. Jual Japanese cotton banyak. Murah murah serendah 1 metre ¥100 je! Pergi kedai Tomato. Makcik makcik pergi ni atleast 3/4 jam lah kena allocate. Kitaorang pun 2 jam lebih dekat sini
Ini hasil tangkapan. Orang kirim. Macam nak mampos bawak. Nasib baik boleh simpan dalam locker dekat train station.

Ada kain harga ¥100, kebanyakkan dalam gambar ni ¥380. Kalau lace dalam ¥500 lah semeter. Kena pandai pilih. Tempat dia besar. Satu building pun 5 tingkat
Ada banyak pulak building dekat situ. Kalau nak ke Nippori ni line JR je yang lalu so kalau beli subway metro card tu kenalah beli tiket. Tak jauh sangat dari train station dalam 10 minutes jalan.
Harajuku

Tak spend banyak masa dekat sini sangat. Sini banyak kedai branded lah. Dekat Takeshita Street tu banyak jugak kedai murah murah tapi tak beli pun. Meiji Shrine tu cantik tengok tempat tapi tak sempat pergi sebab penat jalan non stop
Shibuya

Sini famous dengan busiest cross ever. Sesak lagi lagi dengan tourist buat video cam aku ni tambah sesak lah.
Ada Hachiko Statue yang kisah anjing mati tapi tak jumpa pun and malas cari. Aside from that takde benda menarik pun. Boleh tengok Shibuya crossing street ni dari atas tapi tak ingat mana kena bayar lah. Kalau from Starbucks pun boleh tengok jugak from atas
Dekat area sini we had our dinner. Seriously, dinner ni highlight of my entire trip. Makan di restaurant Hanasakajisen. Sumpah sedap gila shabu shabu di walaupun harga ¥4,500 (RM165) tapi memang berbaloi.
Set harga tu datang dengan daging, nasi, tempura semua tu pastu celur jelah daging tu dalam sup tu. Dalam beberapa seconds je daging tu dah masak. Serious cair di mulut!!! 😋
Owner dia friendly. Service terbaik. Siap kasi gula gula lagi. Kedai certified halal. Bayar tu tutup sebelah mata jelah bila lagi nak makan sedap en. Recommended 10/10!!!!!!!
Akihabara

Sebenarnya tersilap masa cerita dekat Osaka tu Denden Town tu macam Akihabara bukan Harajuku maaf.

Dekat sini pun sama lagi besar boleh jumpa anime, game, nak beli jam G-shock murah, camera murah sini lah tempat dia
Tapi kedai kedai dekat sini tutup awal. Pukul 9 dah tutup so kami tak sempat sangat nak shopping. Time sampai tu memang kedai nak tutup :(
Kedai Don Quijote harga dia berlainan tau dekat setiap store dia. Coklat bisku kapal tu famous gila among Malaysian kalau pergi sana. Bawak balik as souvenir. Dapat satu box tu ¥78 kira murah. Beli more than ¥5,000 dapat tax free so berbaloi!
Personal favorite saya biskut kapal flavor butterscotch tu sedap. Yang warna biru tu paling famous tapi biasa je. Kalau malas nak fikir kasi apa as souvenir kasi je coklat ni. Murah pun murah
Ada satu lagi kedai nama dia Laox tapi time pergi tu tutup. Ada satu section khas muslim friendly so makanan dia semua ada logo halal.
Day 8
Tokyo city tour 3

Ueno (Ueno Zoo, Ueno Park, Ameya Yokocho) -> Asakusa (Nakamise Market, Sensoji Temple, Kaminarimon Gate, Tokyo Skytree, Tower knives, Tokyo Solamachi)
Harini last day

Check out letak beg di dalam locker di stesen Ueno. Plan nak ke zoo Ueno. Murah je ¥600 boleh tengok panda. Zoo dia not bad jugak tapi kitaorang nak habiskan masa untuk shopping so cancel plan nak ke zoo
Sampai Ueno tu terus ke Ameya Yokocho. Dekat sini banyak kedai. Murah murah. Kalau cari beg jenama Anello boleh pergi kedai My Bag dekat sini. Cari kedai tu dia betul betul sebelah orang jual kebab. Situ jual serious murah
Beli 3 beg harga ¥12,000 total tapi bargain price dapat sampai ¥9,000 je! Kena pandai manis mulut lah, pakcik tu pun faham english senang.

Dekat Jepun diorang tak boleh jual fake item so yang jual dekat kedai kedai cemni pun ori jadi jangan risau
So kalau lapar boleh lah makan kebab dekat kedai sebelah My Bag tu. Murah je kebab pun besar.
Kebetulan time jalan tu ada satu kedai ni buat clearance. Jam dari ¥5,000, ¥10,000 markdown jadi ¥1,000 je!! Orang pun berebut lah. Tapi tinggal yang tak berapa design dia. Amik jugaklah 2 jam buat souvenir kasi atok
Lepastu kami terus ke Asakusa untuk misi habiskan duit. From train station ke Kaminarimon Gate tu tak jauh pun. Dekat belakang gate tu ada banyak kedai souvenir
Dekat sini ada jual souvenir murah. Murah jugak macam di Tokyo Tower tapi kena careful sebab ada certain kedai harga dia before tax, ada certain kedai takde tax pun. Masa nak beli tshirt tgk harga ¥980 igtkan takde tax rupanya tak termasuk Dekat Tokyo Tower tiada tax.
Dekat Jepun tax 8% tau! Tinggi. Tak boleh claim tax di airport. Claim time nak bayar tu je dekat kedai. Make sure kedai tu ada tulis Tax Free. Pstu pembelian kena lebih ¥5,000 baru exempted from tax. Kena tunjuk passport sebelum bayar.
Kemudian kami lunch dia restoran Asakusa Sushi Ken. Famous dengan sushi tapi kami bertiga tak makan mentah so order bento box je. Taste wise boleh lah for ¥1,000.
Tapi kalau yang suka sushi. Makan mentah, sashimi recommend untuk ke sini! Murah sushi dia 10 ketul ¥1,000! Sushi dia besar lak tu and fresh. Tengok masa dia prepare makanan tu. Kalau macam Sushi King dah lama aku bedal. Pergi between 12-2 untuk lunch discount
Ok plan nak ke Tokyo Skytree tapi nak menapak ke sana tu 2km dari Kaminarimon Gate ni. Ada train tapi kena beli tiket sebab dia train khas untuk Tokyo Skytree. Memang malas lah nak pergi.

Tokyo Skytree kalau nak pergi Pokemon Centre, nak cari samurai disyorkan untuk pergi
So ada masa sebelum flight pulang pukul 9:40pm tu kitaorang pergi ke Akihabara balik. Pergi kedai Laox tu tapi tak menarik lah muslim section dia. Sikit barang. Tak berbaloi.
Lepas dah habis shopping tu patah balik Ueno amik luggage dan terus ke airport. Kena beli tiket agak mahal jugaklah ¥1,500 cemtu harga dia. Perjalanan sejam lebih. So pukul 5 lebih tu kami dah gerak ke airport
Sampai airport je rearrange hasil tangkapan tadi dalam luggage pastu check in. dekat airport tu ada kedai kedai so boleh bazirkan duit jugak
Jgn lupa beli chocolate ni. Roll’s Royce NAMA CHOCOLATE. Kotak dia kecik je harga ¥777. Ambil yg ada tulis liquor free je. Memang sedap. Sangat sedap. Kalau duit tinggal ¥5,000 habiskan semua tu untuk chocolate ni. Serious tak menyesal. Bayar ¥180 untuk pack dalam dry ice sekali
Ok pastu masuklah ke gate. Dekat Tokyo ni macam lambat sikit. Masa nak check in lama gila beratur. Sebelum nak ke gate dia nak scan hand carry tu pun lama. Lepas tu airport dia macam KLIA2. Memang kena jalan jauh untuk sampai gate tu
Ingatkan airport macam dekat Osaka kami pun berlenggang lah habiskan duit. Pastu ada orang MAS lari cari passenger sebab plane nak depart dah. Dia cakap “you really don’t have much time left, please run”
Memang macam tak cukup tanah lah lari. GATE PULAK YANG KE 98 OUT OF 99. Memang jauh nak mampos rasa cam nak give up je lantaklah tertinggal pun tak larat. Tapi Alhamdulillah sempat.
Sampai je dekat pintu plane tu stewardess cakap “nasib basik saya tak tutup pintu” memang time tu nampak dia dah pegang pun pintu. Serious menggigil tak pernah kena macam ni. Selama ni aku lah paling awal boarding hm
Tapi salah kitaorng jugak sebab leka. Kalau crew MAS tu tak naik cari kitaorang sampai atas tu confirm dah tertinggal. So, seperti diceritakan flight pulang sangat seronok sebab aircraft baru. Banyak movie. Really enjoy
Maka tamatlah cerita perjalanan ku di Japan.
Ni hasil tangkapan makanan. Pegi 18kg balik 27kg. Lagi 3kg je nak exceed. Huhu nasib baik. Borong tak invat dunia. Tokyo banana yang famous tu tak halal ye. Tokyo banana pie InsyaAllah boleh. Strawberry Ginza tu macam Tokyo Banana cuma dia straweberry. Boleh makan 😋
Ok ini appreciation post untuk vending machine di Jepun. Tak semua air boleh minum ye. Buat research dulu
Juga disana susab nak jumpa motor. Rata rata guna basikal. Tengoklah nak hantar KFC pun pakai apa.
Also check weather forecast before pergi. Sebelum pergi tu dah check setiap hari hujan sebab pergi time tu kebetulan memang musim hujan tu bawak raincoat banyak. Tapi Alhamdulillah selama dekat sana sehari je hujan.
Juga diingatkan check condition di Jepun. Seperti yang semua sedia maklum Jepun acap kali ditimpa musibah. Saya bersyukur gila sebab beberapa hari sebelum pergi tu Osaka kena earthquake teruk. Tapi time pergi tu dah ok. Then lepas balik tu banjir pulak besar besaran
Memang bersyukur gila Allah lindungi kami. So, folks don’t forget to get your travel insurance. Travel insurance Zurich murah. Also, kalau travel dengan kawan make sure bagitau parents for blessings baru diberkati perjalanan ketika bermusafir.
Jepun pun canggih dengan technology. Sebelum pergi tu tengok keadaan lepas earthquake tu teruk. Especially USJ. Tapi time pergi tu macam takde apa apa berlaku. Diorang memang cekap dan pantas.
Summary for the whole trip
Budget

Fares: ¥17,190

Entrance fees: ¥16,100 + RM376

Accomodation: RM403

Flight tickets MAS: RM1,220

Makan luar:
Matsuri (takoyaki) ¥1,500
Gion Naritaya (Ramen) ¥1,000
Asakusa Sushi Ken (Sushi set) ¥1,500
Sojibo (mee soba) ¥1,500
Hanasakaji-sen (shabu shabu) ¥4,500
Wifi router: RM50

Locker rental: ¥3,000

Insurance: RM80

Total: +- RM4,000
That’s all thanx for reading!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with dkwla

dkwla Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @azmrzln

Aug 25, 2018
Jakarta, Indonesia

#bpJakarta
Tempoh percutian: 2 hari 1 malam?
Bilangan orang: 106 manusia
Total damaged per person: n/a
Semua fully sponsored by IME sebab menang contest Celcom. Sepatutnya pergi concert tu dekat Malaysia je tapi concert cancelled last minute. Jadinya Celcom taknak para pemenang kecewa dia terbangkanlah kami ke Jakarta
Read 29 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(