Twitter author Profile picture
Jul 20, 2018 25 tweets 5 min read Read on X
"Dia boleh tanya kenapa aku diam, sebab aku nampak benda tu lah" - kata Ijam dalam hati

Follow bebenang ni #ridcreeps #thread
Tak ramai kenal aku, orang yang rapat je lah tahu perangai sebenar aku ni. Mulut tak reti diam, perangai gila-gila. Senang kata, kalau aku takda memang senyap je suasana tu.
Tapi satu hari tu aku memang diam je dari start jumpa member-member sampai la balik rumah. Kenapa? Okay meh aku cerita, kejadian berlaku berbulan lepas. Masatu kami ramai-ramai ada event kat genting highland. Kena pula time tu semua gerak malam.
Ikutkan nak bermalam kat sana, tapi sebab aku tak selesa dan buat hal. Kami balik pagi tu juga. Mana taknya kalau aku boleh nampak benda tu dengan jelas depan mata. Bentuk dia, bau dia.
Benda tu yang aku boleh describes, bersusuk tubuh perempuan, rambut panjang, kusut masai, pakaian buruk gila, tapi bau dia memang wangi. Muka tak nampak sbb rambut dia halang.
Semua dah plan nak gerak lepas isyak. Aku pun dah ready tunggu member angkut je macam biasa. Dalam group bukan main kecoh, kata sembang lah janji melayu semua. Tu semua aku la tu, kalau tak bising bukan aku.
Tunggu punya tunggu, pukul 9.30 jugak baru gerak. Melayu kan? Sampai-sampai je kereta member aku ni, mula-mula aku tak perasan apa-apa sebab gelap. Kereta dia Alza, ada 6 tempat duduk. Yang naik cuma 4 orang. Driver dengan 3 lagi orang termasuk aku.
Jadi kerusi paling belakang ada 2 tempat kosong. Aku pun buka pintu kereta, tapi lampu dalam kereta tak terbuka. Gelap je sebab dah rosak. Baru nak campak beg kat kerusi tu dengan spontan aku pusingkan badan, aku nampak susuk tubuh perempuan tu ada kat seat belakang.
Dia tak bergerak, menoleh pun tak. Berderau darah, menggigil aku serta merta. Member sebelah tanya dah pahal gigil. Aku cakap takda apa-apa. Mintak cancel, buat-buat call mak cakap ada hal.
Member aku ni tak peduli, dia suruh masuk jugak ikut. Dia kata meh dia mintak kebenaran dekat mak aku. Memang tak la dah aku buat-buat call je, kantoi la nanti. Nak taknak aku masuk. Aku tak toleh belakang langsung. Beg tak jadi campak, peluk je kat kelengkang.
Berpeluh jangan cakap dah macam kereta rosak aircon. Bila aku tengok kat cermin tengah, benda tu takda. Aku toleh, dia dah hilang. Kemain lega. Tapi bukan setakat tu je, dia ada lagi lepastu. Allahu masa ni kat jalan genting belok-belok tu.
Tau apa jadi. Kereta tiba-tiba mati. Semua dah cuak, lagi cuak muka si driver ni. Kalau rosak naya dengan bapak dia. Berhenti kat bahu jalan lepastu check enjin. Okay je semua tapi pelik dia mati sendiri. Time tu semua keluar kereta. Dalam kereta kosong lah kan?
Kereta-kereta yang lalu lalang dengan cahaya lampu kereta diorang tu menyuluh ke arah kereta dan kami. Aku boleh nampak ada orang duduk kat kerusi pemandu. What the hell. Kaki aku keras kat situ. Driver ni nama Zul, dia bukak pintu terus je duduk sebab nak start enjin.
Benda tu sekali lagi hilang, Zul start je terus okay. Aku memang tak sedap hati. Pujuk suruh Zul patah balik cakap nak demam. Perangai diorang ni jenis tak faham, selagi tak terangkan mmg dia blur. Zul buka box kereta hulur panadol. "Kau jangan berangan nak balik"
Aku diam je, sampai la ke tempat yang dituju. Keluar pintu pun macam orang mabuk. Lutut lemah je rasa. Semua pelik semacam tengok aku. Yang menganjing jangan cerita lah.

"Weh Ijam bisu weh"
"First time bodo Ijam senyap"
"Gaduh dengan awek le tu"
Aku mampu senyum sikit je pastu termenung. Terus demam on time. Badan dah start berpeluh dan tak selesa. So fikiran aku makin mengarut. Aku panggil kawan lagi sorang nama Adnan. Aku cakap kat dia kalau aku bukak cerita dia caya tak. Dia panggil semua suruh dengar.
Aku nak cakap kat dia sorang je, bantai panggil semua. Haa open cerita terus. Zul lah paling terkejut sbb dia duduk kat seat depan tadi masa kereta rosak. Siap ada buat joke, diorang kata tah-tah dah penyek kena duduk dengan Zul. (Zul gempal orangnya)
Zul mencarut. Benda serious diorang buat lawak. Adnan kata tu perasaan aku je kot. Jangan spoilkan mood. Aku takleh buat apa lah diam je. Semua prepare barang angkut nak gi hotel. Nak check in.
Event belum start macam-macam dah nampak. Otak dah serabut fikir bukan-bukan, dengan mata pandang sini sana risau kalau benda tu ada lagi. Dah settle masuk hotel, semua ready nak pegi kat event tu. Event tu takda la jauh, 2 km je dari hotel.
Kali ni dalam kereta lagi sekali. Tempat duduk sama dia muncul. Memang aku terjerit. Bukan aku je yang nampak, Zul sekali nampak. Dalam kereta pasang radio, siaran dia terganggu. Beralih-alih. Aku dah tak sedap hati. Hanya diam mcm orang bisu.
Tiba-tiba lagi sorang tegur, kitorang panggil dia Roy. "Weh Jam, tak best la sia kau senyap. Nyanyi lah weh, ke sembang pasal awek ke". Aku jawab takda mood je. Sambung termenung. Aku nampak melalui cermin tengah, sama macam tadi. Benda tu duduk tenung Adnan.
Dari apa yang Zul nampak. Dia kata ada bayangan kat cermin tengah tu masa nak tengok belakang. Dia berhenti terus ke tepi. Toleh belakang muka pucat tengok aku dengan Adnan. Dia kataada benda kat belakang Adnan tadi.
Meremang bulu tengkok semua. Zul kata dah jom patah balik. Angkut barang kita chaw. Hotel tu pegi lantak, burn duit sikit takpe dari kena kacau. Tak pernah-pernah Zul jadi alim tiba-tiba pasang cd surah-surah lazim. Roy dengan Adnan yang tak boleh nampak ni dah macam orang gila.
Asik tanya aku dengan Zul. "Weh dia kat mana" "ada ke dalam kereta ni lagi". Alhamdulillah lah takda dari start turun genting tu sampai ke rumah Zul. Dia tinggal sorang. Kitorang bermalam kat rumah dia. Esok pagi baru balik rumah masing-masing.
Jadi tu je yang aku nak share kat semua. Kalau member nampak benda percaya lah sikit even muka dia memang tak boleh dipercayai. Mungkin betul-betul ada macam cerita Ijam ni. Sekian.

-end of thread-

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Twitter author

Twitter author Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @

Sep 5, 2018
Ingatkan lepas terjaga dari tidur pagi-pagi buta nak minum air kejap dekat dapur, sekali ada pulak benda lain kat situ. Dah la panjang putih pulak tu. Cerita yang dikongsikan oleh Mak Lang. #ridcreeps
Benda ni dah lama jadi. Orang terdekat je lah yang tahu. Kisahnya bila ada satu hari tu aku terjaga dari tidur dalam pukul 3.30 pagi macam tu. Aku ni memang penakut orangnya. Time tu nak kejut suami bangun teman. Tapi dia taknak.
Orang kalau sedap tidur mana nak bangun. Tekak aku memang kering ditambah lagi nak terbuang air kecil. Jadi aku tabahkan diri pergi sendiri. Aku bukak lampu bilik tanda protes dgn laki sendiri. Sapa suruh taknak teman.
Read 18 tweets
Sep 2, 2018
Nak cerita sikit kat korang, benda ni jadi 3 hari lepas. Masih takut-takut lagi bila bangun subuh. Bukan apa sebab aku pun tak pasti aku kena kacau atau apa. Ye la aku ingatkan mak aku yang kejutkan bangun subuh dan solat sekali rupanya benda lain. Apa bendanya tu? #ridcreeps
Okay macam ni, 3 hari lepas tu aku kerja balik lewat. Dalam pukul 2 pagi jugak baru sampai rumah. Jadi, aku penat sangat then tidur terus. Selalunya aku bangun subuh macam biasa, takda la lewat sangat. Hari tu je terlewat sikit sampai kena kejut dengan benda tu.
Dia kejut takda suara macam goncangkan kaki dengan tarik selimut je. Aku sedar tengok ada kelibat keluar dari pintu bilik. Dalam gelap dengan kepala mamai tu aku memang tak syak apa2. Aku tengok jam kat phone dah 6.30 pagi. Terus bangun masuk bilik air cuci muka then amik wudhuk.
Read 16 tweets
Sep 1, 2018
#29days without pubg
#28days without pubg
#27days without pubg
Read 5 tweets
Aug 31, 2018
#fiksyenRid - BUKAN SEKARANG

Zimah terduduk dengan kedua-dua tangannya menongkat ke belakang. Dahinya dibanjiri dengan air peluh. Begitu juga dengan badannya. Matanya terbeliak memandang pintu keluar masuk bilik. Dia mencari-cari sesuatu.
Wanita muda itu baru sahaja mengalami mimpi buruk. Mimpi yang menakutkan seluruh jiwa dan raganya. Tangannya kemudian mengusap-usap perutnya yang sudah besar membulat. Janin yang kini berusia tujuh bulan setengah. Air mata sucinya jatuh berderai mengenakan pipinya yang cengkung.
Dalam mimpinya menggambarkan ada seorang wanita tua dengan keadaan membongkok. Wajahnya yang berkedut seribu membuatkan Zimah tidak boleh melupakan mimpi itu. Dia mengangkat sebelah tangan dengan menunjuk ke arah perut perempuan itu lalu berkata,
Read 6 tweets
Aug 29, 2018
#fiksyenRid - PUKAU

"Dik, kau percaya akan magis?", kata seorang pemuda berambut panjang.

Aku hanya terlongo memandang rambutnya yang sungguh panjang dan berkilat kehitaman. Beberapa saat kemudian lamunanku terhapus. Aku hanya menggelengkan kepala.
Dia membalas dengan sekuntum senyuman yang indah. Sekali lagi aku terpesona memandang wajahnya yang ayu sedangkan pemuda itu berjantina lelaki. Cantik! Kalau dia berdiri di sebelah perempuan tulen, sudah tentu pemuda itu jauh lebih cantik.
Lelaki itu menepuk bahuku tiga kali. Kemudian dia mengatakan sesuatu yang kurang jelas. Pendengaran menjadi samar-samar. Semakin lama aku menjadi hilang tumpuan. Terasa fikiranku menjadi lembap. Aku tersandar di tembok stesen LRT Kelana Jaya dengan mulut yang terbuka. Tercengang
Read 10 tweets
Aug 28, 2018
Kepala dipenggal. Badannya di tanam bawah rumah manakala kepalanya dihumban atas bumbung hingga mereput. Sekian lama rumah itu tidak berpenghuni, datang dua orang remaja yang telah jauh sesat ke dalam hutan sehingga menemukan sebuah rumah usang.
Hari sudah senja, tidak lama lagi malam menerkam alam. Mereka terpaksa berteduh dan menumpang tidur untuk malam itu.

Berdebar-debar dada dua remaja itu dek kerana salakan anjing di tengah malam buta. Bukan sahaja tidak boleh tidur, hendak pejam mata buat seketika pun takut.
Detik demi detik sehinggalah tepat jam 2 pagi, kedengaran bunyi dari arah bawah tanah seakan mencakar-cakar. Seakan ada sesuatu sedang cuba keluar dari situ. Suara yang entah dari mana tiba-tiba menusuk ke lubang telinga dua remaja itu.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(