AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture
Aug 16, 2018 57 tweets 10 min read Read on X
"Aku dan dia telah lama bersatu. Tiada siapa pun yang dapat membuang aku dari hidup dia"

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri #detik12malam #seramshit #bukanstoryorang #jinasyik #malamkeliwon

Malam ini nanti kan tok sidang bercerita. Seperti biasa jam 12 malam.
Cerita ni terlalu lama aku peram sehingga aku sendiri tegak bulu roma tahap keseraman dia yang aku hadapi tatkala teringat sewaktu aku merawat di area kamunting.

Nama watak pesakit perempuan
Natasha(aku dah ubah nama)

Aku pun x tau kenapa aku banyak pesakit perempuan.
Seperti biasa aku harap korang baca terlebih dahulu ayatul kursi. Pada yang lemah semangat lemah jantung sila ambil wudhuk dan bacalah 3 kul dahulu. Kerana ramai dah yang dah mengalaminya #BilaLampuTerpadamDenganSendiri
Sekilas tentang tasha (aku singkatkan nama dia yg aku dah ubah)

Grad pada tahun 2012 di ukm. Dan dah lebih 3 kali bertukar2 tempat kerja. Semuanya kerana penyakit misteri yang dialami dari sekolah menengah.
Asalnya kehidupan tasha sama seperti remaja2 yang sama baya dengan dirinya. Riang dan aktif bukanlah jenis terperap sahaja di rumah.

Tetapi semuanya berubah apabila ada suatu insiden yg berlaku pada dirinya di kem motivasi yang dia sertai.
Histeria. Ataupun orang dulu2 panggil keteguran. Tidaklah aku ketahui apa yang dia jumpa waktu itu. Tetapi hampir seluruh pelajar di kem tu diganggu makhluk halus. Pendekkan cerita kem dibatalkan dan seluruh pelajar dihantar balik kepangkuan family masing2.
Tahun 2015.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH aku mulakan kisah aku sekarang.

2015 adalah tahun2 terakhir aku berkhidmat di pusat rawatan aku. Bahasa mudah klinik rawatan islam aku di sg buloh.
Kawan di atas kawan diatas kawan dorang sarankan tasha datang berubat dekat klinik aku. Seperti biasa segala masalah diceritakan melalui perbualan hp. Pada mulanya aku ingatkan masalah gangguan makhluk halus biasa2 je. Tapi bilamana perawat diuji sebelum pesakit sampai...
#BilaManaLampuTerpadamDenganSendiri . Lampu klinik aku tiba2 terpadam. Seperti ada orang yang menutupnya.

Aku on je balik. Ada tiupan angin dari luar menghentam pintu bilik rawatan aku. Aku cuba la sangka baik. Tp masalahnya haa ada yg ngintai2.
Aku cooldown kan diri. Sebab kelibat2 ni sebenarnya nak mengganggu perawat dari merawat sahaja sebenarnya.

Aku kenangkan balik apa yg guru2 aku ajar. Ambil wudhuk. Solat sunat dua rakaat. Minta urusan rawatan dipermudahkan.
Usai solat. Sambil menunggu pesakit sampai. Seperti biasa aku melayan dulu asma ul husna sambil ditemani dengan sahabat2 perawat yg lain.

Selang 20-40minit sampai la si tasha ni ditemani dengan budak2 yg sewa rumah dengan dia.
Ok2 sebelum aku sambung lebih jauh. Cerita ni aku akan cerita kan dua part. Hari ni satu part. Esok siang aku cerita satu lagi part. Ni aku cerita apa yg jadi dekat klinik aku je. Selang beberapa hari kemudian aku pergi ke rumah mak ayah pesakit. Rawat tasha di sana.
Ok start cerita dekat klinik. Tasha elok je memula dekat luar bg salam dekat kami. Tapi bila melangkah je kaki dalam klinik.

"Aku nak balik. Ni bukan tempat aku ni. Aku nak balik. Jangan siapa2 halang aku. Aku nak balik la bodoh!"
Tasha dah tak tentu arah. Habis orang dikiri kanan dia serang. Dia cuba nak keluar dari klinik aku. Tetapi gagal. Wallahualam .

Macam dilanda ribut juga klinik aku waktu tu. Malang tak berbau. Rak almari klinik aku jatuh. Nasib baik tak ada barang kaca dekat rak kayu tu.
Aku pun tak tunggu lama. Makin lama makin porak peranda klinik aku tasha ni kerjakan. Jadi aku terus short cut. Menggunakan lam jalallah. Aku kunci pergerakan tasha. Alhamdulilah berhasil. Tatkala ni aku minta kawan2 tasha dudukkan tasha.
Buat rawatan dekat ruang tamu. Gara2 ni la aku tundakan rawatan tasha. Kerana ramai yg lalu depan klinik berhenti nak tengok free show bg mereka.
Assalamualaikum.....

Salam aku 3 kali tidak berbalas. Faham la aku disitu. Jin ni tidak mau memberikan kerjasama yg baik pada aku.

"Saudari ini datang pada aku untuk membersihkan apa yang ada dalam badan dia" lanjut aku.
"Jadi aku minta dengan cara yang baik keluarlah kamu dengan keadaan yg sopan. Jangan lah kita sesama makhluk ALLAH berkelahi sebegini"

"Aku dan dia telah lama bersatu. Tiada siapa pun yang dapat membuang aku dari hidup dia" balasnya

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri #detik12malam
"Ekh kerek pula jin ni. Orang cakap elok2 ditempik nya aku. Takpa tunjuk eksyen ya tunggu kau." Getus aku dalam hati

"Tiada satu urusan pun golongan kamu sebangsa kamu memasuki golongan kami bangsa kami. Kita berdua adalah makhluk yg diciptakan utk beribadah pada ALLAH..
Sekali lagi aku mohon kamu keluarlah dari jasad saudari ini dan kembalilah pada jalan ALLAH." Aku masih cuba berlembut.

"Arghh jika kalian semua handal. Pisahkan aku dari budak ni. Hahaha dah lama aku bersemadi dalam badan budak ini. Bahkan jiwanya juga telah aku rosakkan"
Melampau pula jin ni. Dah orang bg muka dia pijak2 pula. Takpa. Sabar istighfar dulu. Padamkan dulu api amarah.

Aku mulakan dengan selawat. Selesai selawat aku terus mulakan ruqyah.
Masuk je bahagian surah jin. Si tasha start gelakkan aku seperti nak mengejek .

Aku abaikan.
"Wei bodoh. Aku tak sakit la bodoh. Lepaskan aku. Aku x sakit." Kata tasha

"Kalau kau x sakit. Apa kata kau bangun sendiri keluar dari tempat ni" mudah je aku menjawab
"Ala kalau ko tak lepaskan kunci kau ni. Macam mana aku nak keluar bodoh. Puii" setepek ludah dengan caci makian pada aku.

Aku bangun basuh muka. Aku sambung ruqyah balik. Kali ni aku cuba lg agresif.
Aku tegaskan pembacaan ruqyah aku. Dan aku pasakkan pada tasha.

"Arghhhh sakittttttt panasss arghhh pediihhhh ampunnn ampunnn. Hahaha kau ingat aku nak cakap macam tu ke bab*. Tak ada satu pun kau mampu buat aku keluar dari tubuh budak ini" kacau jin ni.
Aku terkesan dengan apa yang diucapkan. Baru aku tersedar kenapa ruqyah tak memberikan apa2 kesan pada tasha. Rupanya aku terperdaya dengan kata2 dari jin dalam badan tasha.
Aku sekali lg ambil wudhuk. Kali ni apa pun yang diucapkan oleh tasha aku tak hiraukan.

Aku mulakan ruqyah dan kali ini aku gabungkan dengan amalan kaf.
Mulanya tasha menjerit bagaikan orang gila. Akhirnya sampai satu ketika. Aku keluarkan apa yang ada dalam badan tasha.

Ingatkan sekejap rupanya hampir 3 jam aku merawat tasha waktu tu.
Diatas beberapa faktor. Termasuklah orang lalu lalang diluar yg berhenti menyinggah lihat apa yg berlaku dalam ruang tamu klinik aku. Aku minta tasha balik terlebih dahulu. Dan aku minta kali ni biarlah ada waris2 tasha ada sekali.
Ok ni part rawatan di klinik. Esok aku sambung cerita part 2.
Bismillahirahmanirrahim. Penantian itu sebuah penyiksaan yg memedihkan. Alhamdulilah hari ni tatkala waktu ini aku diberi kesempatan utk sambung kisah part 2 apa yang terjadi pada tasha.
Selang dua hari rawatan di klinik aku kali ini aku pergi ke rumah orang tua tasha. Sebelum sampai ke rumah tasha aku dah disergah mambang ibarat nak menghalang aku dari ke rumah tasha.
Alhamdulilah urusan aku dipermudahkan. Sekatan tidak dapat menghalang misi aku pada hari tu. Kalau tak mau ke curam kereta aku.
Pendekkan cerita sampai aku dekat rumah tasha.

SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil' alamin

Aku baca sebanyak 11 kali. Baru aku beri salam. (nanti aku cerita bab pembacaan ayat ni)
Arghhhhh. "Keluar kau. Aku benci kau. Tak cukup ke kau seksa aku haritu. Hari ni kau datang lagi. Bodoh punya budak...... (sebut nama guru aku)" dari luar dah dengah dah suara tasha memekik
Nak je aku balas kat situ. Ingat aku heran la kau punya caci maki kan. Tapi berbekal gaya ustaz adam cerita munafik aku pun buat tak tau la. Hehe
Masuk rumah dah tak tunggu buat air syifa ke apa dah. Alang2 pesakit dah naik minyak. Aku minta izin ayah tasha. Aku sambung ruqyah digabungkan dengan kaedah lam alif. Aku pesatkan pandangan aku tumpu pada tasha.
"kau tengok2 apa. Kau ingat ni show apa. Bodoh punya budak. Kau dengan seluruh keturunan kau sama bodoh suka kacau urusan kerabat aku" bentak suara dalam badan tasha.

Aku pekakkan je la telinga aku. Apa lg nak buat kan. Ruqyah je la.
Kaf ha ya ain sod. Aku pasakkan tangan aku. Dan aku juruskan ke arah tasha.

"AKU DATANG SINI BUKAN LAH NIAT MEMUSUHI KAMU. KAU MAKHLUK ALLAH. BEGITU JUGA AKU. PULANGLAH ENGKAU KE TEMPAT ASAL MU", Aku mulakan perbualan try nego cara baik.
"HENDAKLAH KALIAN BANGSA JIN TUNDUK PADA PERINTAH ALLAH. BUKAN KALIAN MENCAMPURI URUSAN MANUSIA. KALIAN DAN AKU DICIPTAKAN UTK TUNDUK SUJUD PADA ALLAH. MAUKAH KALIAN MENDENGAR BERITA BAIK DARI AKU?" Lanjut aku lg
"argh kau penipu. Semua manusia penipu. Bangsa aku keluar terancam dengan kehadiran manusia. Kalian mengganggu tempat aku. Sekarang budak ini milik aku. Bahkan bangsa aku dah beranak pinak dalam badan budak ini" aik jin ni bentak2 pula. Kang aku sembelihkan aje
"TIDAKLAH ALLAH MENCIPTAKAN SEKALIAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UTK BERIBADAH PADANYA. INGIN TAK KALIAN AKU BERIKAN SATU LAGI PELUANG KELUARLAH DARI TUBUH BADAN WANITA INI. KEMBALI PADA ALLAH. TAUBAT PADA ALLAH." Pujuk aku lg
"Arghh tidak perlu kau mengajak aku. Aku kaum iblis! Tidak akan aku tunduk pada telunjuk kau, bodoh!" Dah itu jawapan yg aku dapat. Tak apa la. Nak buat macam mana lagi kan. Nak tak nak kena selesaikan juga apa yg telah aku mulakan.
Aku sambung ruqyah utk memutuskan start ayat dari surah albaqarah, ali imran dan beberapa surah lain. Selesai sahaja ruqyah segala pujuk rayu aku tak endah kan kerana ini semua hanyalah tipu helah syaitan untuk membodohkan mualij.
Aku keluarkan secara paksaan. Alhamdulilah kepala2 besar dalam badan tasha dah keluar. Tapi kedengaran suara bayi pula yg bergema dalam rumah tasha. Aku tanya la keluarga tasha ada budak kecik ke dorang kata x ada. Faham la aku bunyi ni datang dari tasha
"Kami mendengar disebalik persembunyian kami tentang peluang2 yg diberikan. Kami tak berani nak melawan kerana dia lebih besar dari kami dan dialah yang paling berusia dalam badan budak ni."
Bila mana aku dengar benda ni cakap. Aku sambung balik tashkil. "Saya beragama islam. Saya belajar dari sunnah2 yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah, pemimpin kami mengajarkan tentang cinta damai sejahtera sekalian umatnya bilamana mempraktikkan islam
Jika kalian hendak keluar dari kegelapan dan menuju ke arah kesejahteraan hidup dalam rahmat ALLAH. Sudilah aku mengajari kalian."
Kami setuju. Macam budak satu kelas jawab. Tapi suara keluar dari mulut tasha. Kalau korang hadapi baru korang boleh cerita meremang bulu tengkuk korang ke tak.
Aku ajarkan syahadah. Dan aku keluarkan seluruh yang ada dalam badan tasha. Aku mohon pada ALLAH kaum2 saki baki jin yang telah bersyahadah ini dihantarkan ke tempat golongan jin islam tinggal(alam jin)
Selepas itu barulah aku pulihkan kembali semangat tasha.

Tasha seperti orang yang kebingungan tak tau apa yang jadi. Dia tengok aku lagi pelik dia siapa pula mamat ketayap ni.
Aku abaikan persoalan tasha aku tanya dia sedar tak kat mana sekarang ni. Dia kata rumah. Dia lempang diri dia sekuat2nya. Dah kenapa ni. Isim ke apa ni?
"sakit." mengaduh si tasha

'ye la dah ko bg polompang jepun kat muka mmg la sakit oii' getus aku dalam hati.

"tasha nak check je tasha mimpi ke tidak ni sebab tasha banyak kali bangun dari tidur tapi rupanya masih terlekat dalam mimpi"
Ooo baru aku faham la kan. Aku tanya la selalu mimpi tempat kat mana? Dia kata mimpi tapak kem yang dorang pernah kena kerasukan. Tapi dia pelik dalam mimpi tu ada aku?. (next time aku cerita perihal meraga sukma)
Selesai rawatan dan sedikit tarbiah tentang ibadah dan akhlak aku balik ke klinik.
Ok aku janji kat atas nak cerita bab "SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirah perjalanan. Golongan jin sangat takut dengan mukjizat yang ada pada Nabi Sulaiman. Jadi seandainya ada jin didalam rumah atau pun badan pesakit in sha ALLAH akan keluar sendiri.
Bg yang baca sampai habis. Aku lampirkan sekali no hp aku untuk hubungi perihal rawatan. Kalau boleh janganlah sampai call tak henti2 ya. Sekadar ws terlebih dahulu. 0123671658. Ini no aku sendiri. Dan sekali lg aku mohon ampun mohon maaf aku lambat update story pt 2
Terlalu banyak perihal yang terjadi. Alhamdulilah malam ni aku dah tenang sikit aku dah boleh la sambung berkarya sambil2 merawat. Sekian assalamualaikum wbt.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT)

AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @jebat_165

Oct 3, 2018
Aku tak kisah kerja lebih masa. Sampai kadang2 dua tiga hari tak tidur. Tapi mostly aku dapat client yang mulut suka maki hamun. Takpa sat lg aku cerita kesabaran aku teruji sampai aku yg tak ada kena mengena, customer hawau viral aku tipu duit orang. *pelik tp benar*
Kes dia. Aku ada syarikat canopy. Dan aku ada jalankan usaha sama dengan beberapa syarikat katering.

Katering bermasalah buat payment pada subcon. Kalau fikir secara logic aku tak ada kena mengena hutang katering dengan sub con. Sebab aku ni usaha sama sahaja.
Tetapi ada mulut2 makcik bawang ni siap viralkan nama aku dan syarikat aku di social media. Mengatakan aku mastermind menipu duit orang. Oiii check ssm pls. Nama aku x ada kena mengena dengan company catering.
Read 8 tweets
Sep 29, 2018
Gara2 ramai mangsa kena pukau sekarang. Tidak kira dengan warga asing mahupun tempatan. In sha ALLAH aku akan sharekan cara2 macam mana nak hindarkan diri dari kena pukau dan cara nak melepaskan diri dari kena pukau. Ada ke yang berminat?
Bismillahirahmanirrahim. Amalannya agak simple dan sila jadikan amalan harian selepas solat ya. Amalkan 11x setiap kali lepas solat. In sha ALLAH terhindar dari pukau.
اِنِّيْ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّٰهِ رَبِّيْ وَرَبِّكُمْ ۗ مَا مِنْ دَآ بَّةٍ اِلَّا هُوَ اٰخِذٌ ۢ بِنَاصِيَتِهَا ۗ اِنَّ رَبِّيْ عَلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ

(QS. Hud 11: Ayat 56)
Read 9 tweets
Sep 28, 2018
Disaat kita lena tidur. Saudara kita di uji dengan gempa bumi dn tsunami. Kenapa mereka diuji bkn kita. Kerana mereka insan2 mulia yg mampu menghadapi ujian yg hebat sebegini. Ini adalah teguran dari ALLAH kepada kita.
Ya Allah.. Selamatkanlah saudara2 kami yg KAU uji ya ALLAH
Seandainya kita di tempat mereka belum tentu kita mampu menghadapi ujian seperti mereka.
Selamatkanlah mereka. Selamatkanlah mereka.
Read 4 tweets
Sep 27, 2018
Bismillahirahmanirrahim.

Engkau anak kecil tidak padan melawan aku. Umur jasad ini sendiri udah lebih 90 tahun. Tidak padan dengan usia kau nak melawan aku.

#BilaLampuTerpadamDenganSendiri
#jam12malam
#bertembungdenganembah
Seperti biasa aku harap korang baca terlebih dahulu ayatul kursi. Pada yang lemah semangat lemah jantung sila ambil wudhuk dan bacalah 3 kul dahulu. Kerana ramai dah yang dah mengalaminya #BilaLampuTerpadamDenganSendiri
Bukan aku nak takut2kan kalian tetapi ramai yang dah mengalaminya siap ada yang kena ganggu tatkala membaca kisah aku. Semoga kita semua terlindung dari permainan syaitan terkutuk.
Read 35 tweets
Sep 11, 2018
Maksud disebalik lagu
Titian Perjalanan (Titian Sirat)
Hayati dan fahami. Terlalu indah maksudnya:

Siulan kedamaian
(Bertiupnya Sangkakala)

Nanti kepulangan
(Kembali kepada Yang Esa)

Saat di tunggu hampir lumpuh
(Kiamat ditunggu hampir tiba)
Tenang ku rindukan
(Cuba untuk mengenangkan)

Bayangan semalam
(Amalan yang lalu)

Sedetik kita bertemu
(Bertemu kita dengan Rasulullah)

Dalam impianku
(Menjadi cita-cita aku)

Tak pernah luput gambaranmu
(Tak aku lupakan ajaranmu)

Bina cinta satu
(Mencari cinta illahi)
Ke mari sayangku
(Hadirlah dalam impianku)

Perjalanan dititian
(Perjalanan Titian siratulmustaqim)

Masa kita perlukan
(Amalan yang diperlukan)

Perjalanan masa kita
(Perjalanan itu amalan kita)

Seminit kita berlagu
(Sejenak kita terkenang)

Ada lagi waktu
(Masih ada peluang)
Read 7 tweets
Sep 9, 2018
Mula2 abang aku ada cakap. Ada budak perempuan kena rogol namanya nurul. Diberi drugs selepas tu kena rogol beramai2. Tak cukup dengan rogol siap perbuatan tu di rakam.

Mula2 menyirap juga darah bila dengar tapi. Malangnya.
Wanita itu sendiri rupanya bukanlah wanita yang menjaga batas2 pergaulan dia. Party people jugak rupanya.

Zaman remaja :- mat2 motor sapu.
Zaman 20an :- budak2 kereta plak pakai.
Zaman 25 keatas :- pakcik2 boroi bawak kereta mewah pula pakai service dia
Bila nak masuk fasa perkahwinan. Ketuk wang hantaran berpuluh2 ribu. Lepastu marah lelaki. Jangan disoal sejarah silam saya. Awak tak berhak untuk menghukum saya. Yes memang dia tak berhak hukum kau. Tapi kau rasa diri kau sama ke dengan orang yg tak pernah disentuh lg.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(