"Dik, kau percaya akan magis?", kata seorang pemuda berambut panjang.
Aku hanya terlongo memandang rambutnya yang sungguh panjang dan berkilat kehitaman. Beberapa saat kemudian lamunanku terhapus. Aku hanya menggelengkan kepala.
Dia membalas dengan sekuntum senyuman yang indah. Sekali lagi aku terpesona memandang wajahnya yang ayu sedangkan pemuda itu berjantina lelaki. Cantik! Kalau dia berdiri di sebelah perempuan tulen, sudah tentu pemuda itu jauh lebih cantik.
Lelaki itu menepuk bahuku tiga kali. Kemudian dia mengatakan sesuatu yang kurang jelas. Pendengaran menjadi samar-samar. Semakin lama aku menjadi hilang tumpuan. Terasa fikiranku menjadi lembap. Aku tersandar di tembok stesen LRT Kelana Jaya dengan mulut yang terbuka. Tercengang
Anak mataku ke kiri. Sempat aku melihat dia berlalu bersama beg galas bewarna coklat tua. Beg yang sering aku nampak. Aku masih terpinga-pinga tanpa membuat apa-apa. Kemudian, datang seorang perempuan tua lalu menyimbah air mineral ke arah muka.
Tersentak dengan kejadian itu, aku mula kembali ke alam nyata. Ke alam di mana otak aku kembali berfungsi ligat. Ramai orang sedang perhatikan tindak-tanduk aku seperti rusa masuk kampung. Hanya memakan masa dua minit, stesen LRT tersebut dikerumuni dengan ramai manusia.
Ada yang menghampiri lalu bertanya sama ada aku baik-baik sahaja atau sebaliknya. Satu perkataan yang terpacul dari bibirku. Magis! Ada di kalangan mereka yang tercengang. Ada juga yang ketawa terbahak-bahak. Mungkin melucukan hati mereka.
Satu suara yang lantang dilontarkan ke udara. Datangnya dari arah jejantas.
"Itu bukan magis! Kau dipukau. Bodoh!"
Perasan aku mula bercampur baur. Aku melihat ke arah dadaku. Kosong. Tidak kelihatan beg galas. Dipergelangan tangan aku juga tidak kelihatan jam jenama CASIO.
Bukan itu sahaja, telefon dan beg dompet juga tiada. Parah! Benakku menjadi kosong. Tidak dapat berfikir dengan tenang. Hendak meraung tidak terluah suaranya. Hendak berlari tapi tidak tahu kemana. Semuanya sia-sia. Pemukau sudahpun melarikan diri.
Mungkin dia sudahpun berpuluh kilometer jauhnya. Orang ramai mula beredar. Tinggallah aku dan seorang makcik tua. Dia menghulurkan wang 10 ringgit, cadangan untuk pulang ke rumah atau beli makanan. Mahu saja aku menangis namun tidak bermaya.
Aku kemudiannya pulang dengan perasaan hambar bercampur kesal. Kalaulah aku tidak menyahut teguran dari sesorang yang tidak dikenali, nescaya nasibku tidak seburuk itu. - END
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Ingatkan lepas terjaga dari tidur pagi-pagi buta nak minum air kejap dekat dapur, sekali ada pulak benda lain kat situ. Dah la panjang putih pulak tu. Cerita yang dikongsikan oleh Mak Lang. #ridcreeps
Benda ni dah lama jadi. Orang terdekat je lah yang tahu. Kisahnya bila ada satu hari tu aku terjaga dari tidur dalam pukul 3.30 pagi macam tu. Aku ni memang penakut orangnya. Time tu nak kejut suami bangun teman. Tapi dia taknak.
Orang kalau sedap tidur mana nak bangun. Tekak aku memang kering ditambah lagi nak terbuang air kecil. Jadi aku tabahkan diri pergi sendiri. Aku bukak lampu bilik tanda protes dgn laki sendiri. Sapa suruh taknak teman.
Nak cerita sikit kat korang, benda ni jadi 3 hari lepas. Masih takut-takut lagi bila bangun subuh. Bukan apa sebab aku pun tak pasti aku kena kacau atau apa. Ye la aku ingatkan mak aku yang kejutkan bangun subuh dan solat sekali rupanya benda lain. Apa bendanya tu? #ridcreeps
Okay macam ni, 3 hari lepas tu aku kerja balik lewat. Dalam pukul 2 pagi jugak baru sampai rumah. Jadi, aku penat sangat then tidur terus. Selalunya aku bangun subuh macam biasa, takda la lewat sangat. Hari tu je terlewat sikit sampai kena kejut dengan benda tu.
Dia kejut takda suara macam goncangkan kaki dengan tarik selimut je. Aku sedar tengok ada kelibat keluar dari pintu bilik. Dalam gelap dengan kepala mamai tu aku memang tak syak apa2. Aku tengok jam kat phone dah 6.30 pagi. Terus bangun masuk bilik air cuci muka then amik wudhuk.
Zimah terduduk dengan kedua-dua tangannya menongkat ke belakang. Dahinya dibanjiri dengan air peluh. Begitu juga dengan badannya. Matanya terbeliak memandang pintu keluar masuk bilik. Dia mencari-cari sesuatu.
Wanita muda itu baru sahaja mengalami mimpi buruk. Mimpi yang menakutkan seluruh jiwa dan raganya. Tangannya kemudian mengusap-usap perutnya yang sudah besar membulat. Janin yang kini berusia tujuh bulan setengah. Air mata sucinya jatuh berderai mengenakan pipinya yang cengkung.
Dalam mimpinya menggambarkan ada seorang wanita tua dengan keadaan membongkok. Wajahnya yang berkedut seribu membuatkan Zimah tidak boleh melupakan mimpi itu. Dia mengangkat sebelah tangan dengan menunjuk ke arah perut perempuan itu lalu berkata,
Kepala dipenggal. Badannya di tanam bawah rumah manakala kepalanya dihumban atas bumbung hingga mereput. Sekian lama rumah itu tidak berpenghuni, datang dua orang remaja yang telah jauh sesat ke dalam hutan sehingga menemukan sebuah rumah usang.
Hari sudah senja, tidak lama lagi malam menerkam alam. Mereka terpaksa berteduh dan menumpang tidur untuk malam itu.
Berdebar-debar dada dua remaja itu dek kerana salakan anjing di tengah malam buta. Bukan sahaja tidak boleh tidur, hendak pejam mata buat seketika pun takut.
Detik demi detik sehinggalah tepat jam 2 pagi, kedengaran bunyi dari arah bawah tanah seakan mencakar-cakar. Seakan ada sesuatu sedang cuba keluar dari situ. Suara yang entah dari mana tiba-tiba menusuk ke lubang telinga dua remaja itu.