Twitter author Profile picture
Sep 5, 2018 18 tweets 3 min read Read on X
Ingatkan lepas terjaga dari tidur pagi-pagi buta nak minum air kejap dekat dapur, sekali ada pulak benda lain kat situ. Dah la panjang putih pulak tu. Cerita yang dikongsikan oleh Mak Lang. #ridcreeps
Benda ni dah lama jadi. Orang terdekat je lah yang tahu. Kisahnya bila ada satu hari tu aku terjaga dari tidur dalam pukul 3.30 pagi macam tu. Aku ni memang penakut orangnya. Time tu nak kejut suami bangun teman. Tapi dia taknak.
Orang kalau sedap tidur mana nak bangun. Tekak aku memang kering ditambah lagi nak terbuang air kecil. Jadi aku tabahkan diri pergi sendiri. Aku bukak lampu bilik tanda protes dgn laki sendiri. Sapa suruh taknak teman.
Boleh dikatakan semua lampu dalam rumah tu lah aku bukak. Nampak tak penakut dia tu macam mana. Okay bilik air dengan dapur tak jauh pun. 5 langkah sampai dah. Jadi aku buat benda yang patut dulu iaitu buang air.
Masa tengah buang air tu tau apa jadi? Lampu bilik air tak terpadam, tapi lampu dapur yang termati sendiri. Belum rasa lain lagi mungkin laki aku tadi terjaga sebab aku pasang lampu dalam bilik. Aku pun jerit lah dengan spontan.
"Abang... oooo abang"

Tak menyahut pun. Aku jerit lagi, masih sama senyap sunyi je. Aku pun dah siap nak keluar pintu bilik air tiba-tiba rasa seram sejuk kat tapak tangan, kaki dengan tengkuk.
Aku jenguk kepala pastu buat suara mengada jerit nama laki aku. Kali ni nama penuh. Selalunya memang akan menyahut sebab dia takut aku marah. Malangnya takda pun. Tak kesah lah mungkin dia nak terkejutkan kot.
Tapi hati aku terdetik. Buang tebiat laki aku sanggup tinggal tidur semata-mata nak main cak2. Berdebar sikit rasa kat dada ni. Tekak pun mengada time tu la nak air lah. Macam-macam hal. Tapi kalau tak disebabkan terasa nak minum air, takda la aku nampak benda tu kan?
Okay sambung, aku pun melangkahlah ke dapur dengan terhendap-hendap macam nak kejutkan pencuri. Kesudahnya aku yang terkejut. Dalam gelap2 kat dapur tu, aku tengok suis lampu dah on tapi lampu tak nyala. Aku on off pun sama jugak.
Alah lantak lah, benda bukan jauh sangat mesin air, depan tu je. Depan tu je? Tu depan mesin tu ada benda tu. Mata aku tak salah pandang sebab dekat sebelah mesin air tu takda kain atau tuala putih tersidai pun. Ruang kosong je.
Ada pocong berdiri kat depan mesin air tu. Dia dah memang kaku tak bergerak. Bukan dia je dengan aku2 sekali kaku. Nak lumpuh jugak lah kaki kejap. Nasib lah dia tak terjah ke sergah ke. Mengucap pun aku tak ingat pakai mulut ke dalam hati je.
Yang pasti roh aku hilang kejap time tu. Aku menjerit dah habis kuat tapi suara tak keluar pun. Tingginya benda tu, besar, berbalut lepastu busuk bau bangkai. Dia dengan aku tak jauh pun. Dalam selangkah aku mesin. Dari mesin ke dia pun selangkah.
Segala surah aku baca. Serius time tu baru ingat Dia. Takutnya aku tak boleh bayangkan. Jadi aku pun pejam mata sambil mulut je terkumat kamit baca surah2. Dengan harapan benda tu hilang.
Tak lama macam tu lampu dapur terpasang balik dan benda tu dah takda. Boleh rasa beza suasana. Tadi seram sejuk tp sekarang ni suam macam sedia kala. Peluh jangan cakap lah. Habis basah lencun baju. Dah pandang semua tempat clear, aku cabut lari.
Haus pun dah hilang. Tak payah minum air pun takpe. Sampai kat bilik, lagi aku bertambah sakit hati tengok laki sedap tidur lagi. Ha kan dah kena tepuk badan. Menggelupur bangun. Aku cerita kat dia, reaksi dia "yeke? yeke?" Dengan muka blur. Nak je aku tambah lagi.
Lampu kat dalam rumah aku biar je menyala sampai ke subuh. Lantak la jiran nak kata rumah aku aktif 24jam. Tapi alhamdulillah lah benda tu tak buat apa2 pun. Dia cuma munculkan diri je. Aku pun tak pasti dia yang ganggu aku atau aku yang ganggu dia.
Jadi tu je lah ceritanya. Orang tua selalu pesan, kalau niat kau baik takdanya bendatu nak kacau. Kau tak kacau dia, dia pun tak kacau kau. Lagi satu kalau terjaga pastu haus macam Mak Lang ni, takyah la rajin ke dapur. Kau tidur je lah. Esok baru minum. Sekian
Macam biasa, thanks siapa yang baca. Nak share cerita gunakan hashtag tu. Kalau malu nak buat thread sendiri jangan segan dm cerita kat aku.

-end of thread-

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Twitter author

Twitter author Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @

Sep 2, 2018
Nak cerita sikit kat korang, benda ni jadi 3 hari lepas. Masih takut-takut lagi bila bangun subuh. Bukan apa sebab aku pun tak pasti aku kena kacau atau apa. Ye la aku ingatkan mak aku yang kejutkan bangun subuh dan solat sekali rupanya benda lain. Apa bendanya tu? #ridcreeps
Okay macam ni, 3 hari lepas tu aku kerja balik lewat. Dalam pukul 2 pagi jugak baru sampai rumah. Jadi, aku penat sangat then tidur terus. Selalunya aku bangun subuh macam biasa, takda la lewat sangat. Hari tu je terlewat sikit sampai kena kejut dengan benda tu.
Dia kejut takda suara macam goncangkan kaki dengan tarik selimut je. Aku sedar tengok ada kelibat keluar dari pintu bilik. Dalam gelap dengan kepala mamai tu aku memang tak syak apa2. Aku tengok jam kat phone dah 6.30 pagi. Terus bangun masuk bilik air cuci muka then amik wudhuk.
Read 16 tweets
Sep 1, 2018
#29days without pubg
#28days without pubg
#27days without pubg
Read 5 tweets
Aug 31, 2018
#fiksyenRid - BUKAN SEKARANG

Zimah terduduk dengan kedua-dua tangannya menongkat ke belakang. Dahinya dibanjiri dengan air peluh. Begitu juga dengan badannya. Matanya terbeliak memandang pintu keluar masuk bilik. Dia mencari-cari sesuatu.
Wanita muda itu baru sahaja mengalami mimpi buruk. Mimpi yang menakutkan seluruh jiwa dan raganya. Tangannya kemudian mengusap-usap perutnya yang sudah besar membulat. Janin yang kini berusia tujuh bulan setengah. Air mata sucinya jatuh berderai mengenakan pipinya yang cengkung.
Dalam mimpinya menggambarkan ada seorang wanita tua dengan keadaan membongkok. Wajahnya yang berkedut seribu membuatkan Zimah tidak boleh melupakan mimpi itu. Dia mengangkat sebelah tangan dengan menunjuk ke arah perut perempuan itu lalu berkata,
Read 6 tweets
Aug 29, 2018
#fiksyenRid - PUKAU

"Dik, kau percaya akan magis?", kata seorang pemuda berambut panjang.

Aku hanya terlongo memandang rambutnya yang sungguh panjang dan berkilat kehitaman. Beberapa saat kemudian lamunanku terhapus. Aku hanya menggelengkan kepala.
Dia membalas dengan sekuntum senyuman yang indah. Sekali lagi aku terpesona memandang wajahnya yang ayu sedangkan pemuda itu berjantina lelaki. Cantik! Kalau dia berdiri di sebelah perempuan tulen, sudah tentu pemuda itu jauh lebih cantik.
Lelaki itu menepuk bahuku tiga kali. Kemudian dia mengatakan sesuatu yang kurang jelas. Pendengaran menjadi samar-samar. Semakin lama aku menjadi hilang tumpuan. Terasa fikiranku menjadi lembap. Aku tersandar di tembok stesen LRT Kelana Jaya dengan mulut yang terbuka. Tercengang
Read 10 tweets
Aug 28, 2018
Kepala dipenggal. Badannya di tanam bawah rumah manakala kepalanya dihumban atas bumbung hingga mereput. Sekian lama rumah itu tidak berpenghuni, datang dua orang remaja yang telah jauh sesat ke dalam hutan sehingga menemukan sebuah rumah usang.
Hari sudah senja, tidak lama lagi malam menerkam alam. Mereka terpaksa berteduh dan menumpang tidur untuk malam itu.

Berdebar-debar dada dua remaja itu dek kerana salakan anjing di tengah malam buta. Bukan sahaja tidak boleh tidur, hendak pejam mata buat seketika pun takut.
Detik demi detik sehinggalah tepat jam 2 pagi, kedengaran bunyi dari arah bawah tanah seakan mencakar-cakar. Seakan ada sesuatu sedang cuba keluar dari situ. Suara yang entah dari mana tiba-tiba menusuk ke lubang telinga dua remaja itu.
Read 4 tweets
Aug 11, 2018
Masa untuk tukar line. Celcom 👎🏻 takda perubahan nak penambahbaikan. Apatah lagi memberi tahu pengguna jika line bermasalah. Bad service.
Dah lali dengan ayat

"maaf atas kesulitan"
"Sila on off flight mode"

Enough just enough
Balas mesej pun 2-3 hari selepas tu. Itu pun selepas netizen dah mula bising ramai-ramai. Setakat seorang dua yang protes bukan dia pandang pun.
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(