Nama sebenar penyakit 'appendix' adalah appendicitis iaitu radang pada appendix.
Biasanya pesakit akan alami tanda sakit pada bahagian bawah kanan abdomen (RIF).
Ada pesakit yang dapat rasa sakit diulu hati kemudian bergerak ke tengah abdomen sebelum sakit berterusan di RIF (2/4)
Sebelum doktor mendiagnosa appendicitis, penyakit yang menyerupai eg. batu karang, jangkitan saluran kencing & mengandung luar rahim (wanita) akan diketepikan melalui pemeriksaan.
Jika sakit di bahagian bawah kanan abdomen beserta DEMAM, itu mungkin petanda appendix pecah. (3/4)
Rawatan appendicitis adalah pembedahan. Torehan pembedahan adalah kecil kecuali jika appendix pecah atau menanah.
Dapatkan segera pemeriksaan jika ada tanda yg dikongsi tadi.
Akhir kalam, tiada bukti kukuh biji jambu, biji cili atau apa-apa biji penyebab appendicitis. (4/4)
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh