Fiksyen Shasha Profile picture
Sep 22, 2018 43 tweets 6 min read Read on X
Siapa kat sini sedang study dan pernah study UNISEL?

Ni #threadseram untuk anda.

Kisah Benar "Alam Bunian di Hostel Unisel"
Ni pengalaman aku sendiri tentang kisah mistik semasa aku belajar di Unisel Batang Berjuntai Selangor intake 2007. Semasa intake aku kolej ni baru sahaja siap jadi infrastruktur semua nampak moden dan tak ada yang menakutkan pun.
Macam biasa, pelajar baru akan diberikan keistimewaan untuk tinggal didalam kolej. Hostel kami ni macam apartment 4 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Mujur la dapat tingkat 1 (tak ingat blok apa) tak ada la penat sangat nak turun naik tangga.
Satu rumah ada 6 orang dan setiap bilik 2 orang. Aku dapat bilik dengan Ana iaitu sepupu aku sendiri.
Kejadian semasa semester pertama. Masa tu bulan puasa. Bilik aku dan Ana sebelahnya dapur. Bilik lagi 2 tu bertentangan bilik aku, kira kalau buka pintu bilik aku nampak la terus bilik lagi 2 tu. Aku dengan Ana kalau nak tidur memang kami tutup pintu sebab tak nak nyamuk masuk.
Yang housemate bilik depan tu (Ira dan Nurul) tak pernah tutup pintu sebab takut kot. Sebelum nak tidur, Ira ni pasang tv ada siaran mengaji sampai waktu sahur.
Ira biarkan tv dekat ruang tamu terpasang sampai lah nanti kami bangun sahur. Aku pun dengar la sayup2 orang mengaji sampai aku terlelap.
Esoknya Ira tanya aku dgn Ana. "Korang ada bangun mengaji ke ikut dalam tv?". Aku terus jawab tak ada serentak dengan Ana sepupu aku. Rupanya dia kata dia dengar macam ada 2 3 orang mengaji sama2 ikut suara tv.
Aku pun tak ada la pelik sangat sebab mungkin memang rancangan tu mengaji ramai2. Ira mati - matian kata yang mengaji seorang masa dia buka siaran tu. Lagipun bulan puasa kan jadi malas nak fikir karut-marut.
Sejak tu macam2 la kejadian pelik berlaku pada kami bila kami semua dah masuk bilik nak tidur ataupun study. Kejadian yang kerap berlaku ialah kami dengar bunyi kerusi meja kena alih pukul 1-4 pagi.
Aku ingat mungkin budak2 hostel atas tak tidur lagi duduk study jadi dorang lah yang alih2 kerusi tu. Padahal naluri aku kata tu bunyi dekat ruang tamu aku sendiri.
Lepas tu bunyi pintu orang buka lepas tu tutup. Eh mungkin housemate aku ada yang baru balik. Entah pergi mana la balik pagi2 buta ni kan. Nak sedapkan hati sendiri.
Memandangkan bilik aku sebelahnya dapur, jadi aku selalu dengar bunyi macam orang memasak, buat air sudu berlaga dengan cawan tu dan basuh pinggan mangkuk. Nak kata member2 rumah, sah2 bukan la sebab takkan dorang buat semua tu dalam gelap.
Boleh nampak cahaya lampu kalau kat celah pintu tu. Ni memang tak ada, gelap. Aku pun malas nak kecoh2 tanya2 sebab nanti menakutkan yang lain.
Sebelum kami cuti raya puasa sekali gus menamatkan semester pertama, kami satu rumah 6 orang duduk la sembang2 sebab dah tak ada kelas kan masa banyak dihabiskan berborak.
Sampai la satu cerita ni, Ira bagitahu yang dia pernah nampak macam ada satu bayangan orang macam lembaga pun ada warna gelap dekat depan pintu bilik aku. Hah apa lagi terbeliak biji mata kami berlima. Ira sambung cerita dia.
Masa dia nampak tu tengah malam la sebelum dia tidur. Dia kan tidur tak tutup pintu. Bayangan tu tembus masuk dalam bilik aku melalui pintu tu dan nampak samar2 macam pergi ke dapur. Ya Allah masa tu semua kata perasaan Ira je kot sebab bulan puasa mana ada hantu.
Tapi dalam hati aku kata mungkin ada kena mengena dengan apa yang aku dengar2 selama ni. Kami pun tutup cerita tak nak fikir negatif2. Balik la kami semua ke kampung masing2 untuk beraya dan cuti semester selama 3 minggu.
Masuk semester kedua. Semua kawan rumah aku dah balik awal2 pagi lagi termasuk la sepupu aku Ana. Aku je sampai lewat. Korang tau apa terjadi??? Dekat pintu bilik aku tu ada macam pasir ditaburkan menutupi pintu.
Ni Ana yang cerita sebab dia sampai awal, dia dah siap sapu dah pasir tu. Lepas tu lantai bilik aku dan Ana ada banyak rambut gugur. Rambut yang panjang2 dan lurus.
Seingat aku, sebelum balik aku dah sapu bilik tu bersih2 jadi tak mungkin rambut kami. Lagi satu yang pelik dalam bilik air aku dan Ana ( yg 4 orang lagi bilik air sebelah ) ada macam minyak dah guna/goreng dibuang kat lubang laluan air keluar.
Ni pun Ana dah bersihkan. Kalau aku yang sampai dulu aku tak tahu la reaksi aku macam mana nak hadap benda pelik2 tu.
Malam tu Ana ada minta saudara kat kampung kami tengokkan apa yg berlaku. Tapi jawapan yang dibagi tak memuaskan hati aku. Mungkin orang yang tengokkan tu tak nak takut2 kan kami yang masih mentah ni
. Aku pun apa lagi terus call emak aku (emak dah meninggal 5 tahun lepas, rindu emak) aku bagitahu apa terjadi sekali nak minta jiran aku Cik Zainal tengokkan.
Cik Zainal ni memang pandai ubatkan bermacam2 jenis penyakit dan tengok alam/makhluk lain. Emak hanya bagi nama penuh aku berbinti kan nama emak untuk dia tengokkan apa yg berlaku.
Memandangkan Cik Zainal telah cerita sedetail2nya, emak pun cerita la semua tanpa selindung satu pun pada aku (sebab emak tahu aku seorang yg kuat semangat).
Rupanya bilik tidur aku tu tempat tinggal orang bunian. Ye orang bunian! Rumah mereka tersergam indah dekat bawah meja study aku bersambung dengan katil bujang aku.
Dari apa yang diceritakan, dalam rumah tu ada pasangan suami isteri dan 2 orang anak. Mereka ni Islam dan isterinya seorang yg berpurdah kiranya keluarga yang sangat kuat agama.
Dekat bawah meja tu juga la tempat anak2 mereka bermain. Mujurlah aku tak pernah terpijak mereka ni kalau tak apa la nasib aku kan.
Dekat ruang tamu hostel kami pulak ialah kedai makan kepunyaan orang bunian ni. Jadi misteri selama ni tentang bunyi2 orang memasak la, buat air la, basuh pinggan semua tu terjawab.
Mereka ini lah yang rupanya buat bunyi2 tu kan. Logik juga la sebab kedai makan kan masak tu masak ni amik order bancuh air semua tu. Minyak yang Ana nampak dalam bilik air tu ialah minyak bekas 'mereka' memasak.
Tak sempat nak bersihkan kot sebab mereka tak sangka kami balik awal ke hostel tu. Bunyi kerusi ditarik ditolak dan pintu dibuka ditutup yg selama ni aku dengar tu ialah bunyi pelanggan kedai makan 'mereka' datang dan pergi.
Bunyi orang mengaji mengikut tv tu ye memang 'mereka' juga. Hati aku sedikit berani bila emak kata mereka ni Islam macam kita. Mereka sembahyang dan mengaji bahkan mereka lebih banyak beribadat dari kita.
Sejak tahu tu aku alihkan posisi aku tidur. Sebelum ni kaki aku kat hujung meja study tapi kali ni aku letak kepala kat situ. Kira macam hormat sikit la kan tak bagi kaki.
Nak alihkan perabot takut roboh rumah mereka. Lagi satu pasal pasir kat pintu bilik tu dan rambut. Rupanya tu abu kemenyan. Orang bunian tu yg tabur kononnya nak takutkan kami supaya kami pindah tempat lain.
Tapi Cik Zainal kata jangan risau mereka takkan ganggu lagi (tak tahu la apa perjanjian mereka sebab sebenarnya mereka nak terus takut2kan kami sampai kami mengalah. Alhamdulillah kami cepat bertindak).
Yang bayangan Ira nampak tu kami tak tahu apa emak pun tak cerita. Mungkin keluarga bunian ni juga.
Cik Zainal ada kata kalau nak dia alihkan keluarga bunian ni kat tempat lain boleh, tapi dia minta aku uruskan dengan pihak hostel dan IPTS sebab nak alihkan keseluruhan 'mereka' di hostel tu.
Disebabkan kesibukan aku belajar TESL yg 'tough' tu aku terlupa nak uruskan. Lagipun mereka tak pernah ganggu aku jadi aku tak nak ganggu mereka.
Ceritanya dulu tempat mereka kat hutan tu sebelum dibangunkan jadi hostel. Oleh sebab dah tak ada tempat lain mereka ni menumpang di rumah2 hostel kami termasuklah hostel aku duduk.
Aku habiskan semesta kedua macam biasa. Setakat bunyi2 tu memang ada sama ada kau dengar ke tak. Kalau tidur mati memang tak dengar. Semester seterusnya aku pindah duduk luar jadi aku tak tahu dah apa cerita hostel tu. Ini je lah cerita tentang pengalaman aku sendiri.
Aku harap kalau ada yang duduk hostel unisel ni antara tahun 2007 dan seterusnya cerita la ada tak pengalaman sama macam aku. Teringin nak tahu...
Follow @fiksyenshasha untuk lebih thread seram.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fiksyen Shasha

Fiksyen Shasha Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fiksyenshasha

Sep 28, 2018
Kisah Lagenda Mahsuri yang jarang kita dengar,

Jom la tambahkan isi otak kita dengan baca Lagenda Mahsuri ni,

#fiksyenshasha #threadseram
Walaupun page ni tempat untuk share kisah seram tapi rasanya tak Salah juga untuk aku share kisah lagenda zaman dahulu sebab kebanyakan feedback yang aku dapat semuanya masih kabur tentang cerita zaman dahulu. Jadi ,aku ambil peluang untuk share lagi cerita yang lain .
Yang tak minat cerita sejarah tu aku syorkan jangan baca hahaha . So, lets begin. Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi.
Read 47 tweets
Sep 25, 2018
Siapa kat sini selalu lalu Jalan Kulai-Kota Tinggi?

Thread ini untuk anda. Ada sesuatu menanti. Jom baca.

#fiksyenshasha #threadseram
Assalamualaikum / Salam Sejahtera pada semua pembaca fiksyenshasha.com . Terima kasih pada admin sebab publish luahan & pengalaman yang aku lalui ni.
Hampir 3 bulan aku nak terima kenyataan dengan apa yang aku lalui dan nampak ni. Aku tak pandai nak intro sangat, so aku start sajalah ya. Ceritanya bermula bergini.
Read 97 tweets
Sep 21, 2018
Mengandung anak kembar. Akhirnya ini terjadi...

Jom baca thread "Misteri Kelahiran Kembar Sara".

#threadseram #fiksyenshasha
Unroll version, boleh terus baca sini. atau teruskan pembacaan thread.. fiksyenshasha.com/misteri-kelahi…
April 2011:

Tahun yg amat bermakna utk diri aku. Ye la rezeki bertimpa².dapat keje tetap dan disahkan "twin pregnancy"
Read 43 tweets
Sep 19, 2018
Pengalaman Overnight di Teluk batik yang membawa padah.
Assalammualaikum. Aku perkenalkan nama aku Dhia. Kisah yang aku nak ceritakan ni adalah kisah yang aku alami sendiri. Semua nama yang diceritakan dalam kisah ni sudah diolah semula untuk mengelakkan kawan-kawan aku terbaca dan mengenang semula tragedi overnight kami.
Maaf kerana cerita ini agak panjang sebagaimana panjangnya rasa malam yang kami lalui ni. Aku akan cerita dengan detail supaya korang faham situasi kejadian. Jangan risau, aku akan ceritakan sampai habis, tiada sambungan.
Read 43 tweets
Sep 18, 2018
Pernah dapat housemate yang pengotor tak?

haa, ni kisah benar tentang ''Dendam Housemate Pengotor".
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku. Dari mana aku nak mula, aku pon kurang pasti. Kisah yang aku kongsikan ini, kisah benar yang terjadi dalam hidup aku, akibat rasa tidak puas hati bekas rakan serumah.
Sebenarnya, aku pernah bercerita tentang housemate aku (Nani bukan nama sebenar) yang pelik dan pengotor di satu confession page, beberapa bulan lepas, dan dapat 3.5k shares kalau tak silap (sorry kalau salah).
Read 54 tweets
Sep 17, 2018
Pengalaman Admin Sendiri.
Tak sengaja masuk ke laman web misteri.
Deepweb??
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kerana sentiasa menyokong page ini
Jangan takut, ini bukan cerita hantu. Tak ada pontianak ataupun pocong pun dalam cerita ni.
Read 40 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(