Fiksyen Shasha Profile picture
Sep 28, 2018 47 tweets 6 min read Read on X
Kisah Lagenda Mahsuri yang jarang kita dengar,

Jom la tambahkan isi otak kita dengan baca Lagenda Mahsuri ni,

#fiksyenshasha #threadseram
Walaupun page ni tempat untuk share kisah seram tapi rasanya tak Salah juga untuk aku share kisah lagenda zaman dahulu sebab kebanyakan feedback yang aku dapat semuanya masih kabur tentang cerita zaman dahulu. Jadi ,aku ambil peluang untuk share lagi cerita yang lain .
Yang tak minat cerita sejarah tu aku syorkan jangan baca hahaha . So, lets begin. Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi.
Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya.
Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.
Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri.
Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannyalah yang membezakannya .Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu.
Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.
Wakil sultan Kedah, Datuk Seri Kemajaya sedang berbincang mengenai hal ehwal pengurusan pulau Langkawi dibalai penghadapan. Diantara mereka yang hadir termasuklah Mahsuri anak kepada Pandak Maya yang berada di balai adat bersama-sama gadis istana yang lain.
Pada masa yang sama, tiga orang perwira yang baru kembali daripada pertempuran dengan pasukan Portugis di selat Melaka masuk mengadap.
Ketiga-tiga mereka adalah Kelana, Wan Derus anak kepada Datuk Kemajaya, and Lela.
Ketiga-tiga mereka terpikat dengan keayuan wajah Mahsuri dan berusaha untuk memikat Mahsuri dengan menceritakan kejayaan yang dicapai oleh mereka, disamping menunjukkan harta rampasan yang di dapati mereka dalam pertempuran tersebut.
Tidak seorangpun di antara mereka pernah melihat Mahsuri sebelum ini.
Datuk Seri Kemajaya berasa berbesar hati dengan kejayaan mereka dan memandangkan telah banyak khidmat mereka pada masa lalu menawarkan isteri kepada mereka agar mereka dapat berumahtangga.
Kesemua mereka bertiga menolak dengan menyatakan mereka belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga disebabkan mereka bertiga telah jatuh hati dengan Mahsuri.
Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua.
Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Wan Mahura.Wan Mahura dikatakan seorang wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya.
Apabila Dato Seri Kama Jaya menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, Wan Mahura telah menolak dan Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur. Ini menunjukkan pengaruh Wan Mahura sangat penting dalam masyarakat tradisional.
Bagi penyelesaian masalah , Wan Mahura mencadangkan supaya Mahsuri dipinang untuk anak lelaki mereka yang bernama Wan Derus.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Selepas perkahwinan antara Wan Derus dan Mahsuri, Datuk Seri Kemajaya menerima perintah sultan Kedah untuk membawa angkatan tentera untuk melawan pasukan Siam yang telah menyerang Kedah dan membebaskan kota yang telah ditawan musuh.
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh.
Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah).
Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi.
Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi.
Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman.
Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri.
Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi.
Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi.
kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Pada masa Mahsuri akan dibunuh, ribut dan kilat sambung-menyambung dilangit. Mahsuri kemudiannya menyumpah penduduk Mahsuri bahawa mereka tidak akan aman dan pulau Langkawi akan jadi padang jarak padang terkukur selama tujuh generasi kerana membenarkan ketidakadilan ini berlaku.
“YA Tuhanku! Tidak aku redha dan tidak aku halalkan darahku tumpah ke bumi Langkawi. Tidak aku rela mati dengan teraniaya!
Aku bersumpah pulau ini menjadi padang jarak padang terkukur, tidak akan makmur dan aman sehingga genap tujuh keturunan. Berpuakalah pulau ini! Ya, Allah, matikanlah aku yang tidak berdosa ini….”
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam.
Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus. Dato Karma Jaya telah mengumpulkan beras di Padang Mat Sirat sebagai persediaan menghadapi perperangan,
dan apabila mendapati pihaknya tidak mampu mematahkan serangan tentera-tentera Siam, Dato Karma Jaya telah memerintahkan beras-beras tersebut dibakar bagi menghalang beras tersebut dirampas oleh pihak Siam.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam.
Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam.
Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah,
Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
tamat..

follow @fiksyenshasha untuk lebih thread seram.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fiksyen Shasha

Fiksyen Shasha Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fiksyenshasha

Sep 25, 2018
Siapa kat sini selalu lalu Jalan Kulai-Kota Tinggi?

Thread ini untuk anda. Ada sesuatu menanti. Jom baca.

#fiksyenshasha #threadseram
Assalamualaikum / Salam Sejahtera pada semua pembaca fiksyenshasha.com . Terima kasih pada admin sebab publish luahan & pengalaman yang aku lalui ni.
Hampir 3 bulan aku nak terima kenyataan dengan apa yang aku lalui dan nampak ni. Aku tak pandai nak intro sangat, so aku start sajalah ya. Ceritanya bermula bergini.
Read 97 tweets
Sep 22, 2018
Siapa kat sini sedang study dan pernah study UNISEL?

Ni #threadseram untuk anda.

Kisah Benar "Alam Bunian di Hostel Unisel"
Ni pengalaman aku sendiri tentang kisah mistik semasa aku belajar di Unisel Batang Berjuntai Selangor intake 2007. Semasa intake aku kolej ni baru sahaja siap jadi infrastruktur semua nampak moden dan tak ada yang menakutkan pun.
Macam biasa, pelajar baru akan diberikan keistimewaan untuk tinggal didalam kolej. Hostel kami ni macam apartment 4 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Mujur la dapat tingkat 1 (tak ingat blok apa) tak ada la penat sangat nak turun naik tangga.
Read 43 tweets
Sep 21, 2018
Mengandung anak kembar. Akhirnya ini terjadi...

Jom baca thread "Misteri Kelahiran Kembar Sara".

#threadseram #fiksyenshasha
Unroll version, boleh terus baca sini. atau teruskan pembacaan thread.. fiksyenshasha.com/misteri-kelahi…
April 2011:

Tahun yg amat bermakna utk diri aku. Ye la rezeki bertimpa².dapat keje tetap dan disahkan "twin pregnancy"
Read 43 tweets
Sep 19, 2018
Pengalaman Overnight di Teluk batik yang membawa padah.
Assalammualaikum. Aku perkenalkan nama aku Dhia. Kisah yang aku nak ceritakan ni adalah kisah yang aku alami sendiri. Semua nama yang diceritakan dalam kisah ni sudah diolah semula untuk mengelakkan kawan-kawan aku terbaca dan mengenang semula tragedi overnight kami.
Maaf kerana cerita ini agak panjang sebagaimana panjangnya rasa malam yang kami lalui ni. Aku akan cerita dengan detail supaya korang faham situasi kejadian. Jangan risau, aku akan ceritakan sampai habis, tiada sambungan.
Read 43 tweets
Sep 18, 2018
Pernah dapat housemate yang pengotor tak?

haa, ni kisah benar tentang ''Dendam Housemate Pengotor".
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku. Dari mana aku nak mula, aku pon kurang pasti. Kisah yang aku kongsikan ini, kisah benar yang terjadi dalam hidup aku, akibat rasa tidak puas hati bekas rakan serumah.
Sebenarnya, aku pernah bercerita tentang housemate aku (Nani bukan nama sebenar) yang pelik dan pengotor di satu confession page, beberapa bulan lepas, dan dapat 3.5k shares kalau tak silap (sorry kalau salah).
Read 54 tweets
Sep 17, 2018
Pengalaman Admin Sendiri.
Tak sengaja masuk ke laman web misteri.
Deepweb??
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kerana sentiasa menyokong page ini
Jangan takut, ini bukan cerita hantu. Tak ada pontianak ataupun pocong pun dalam cerita ni.
Read 40 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(