Mesti kita pernah tertanya, kenapalah susah sangat nak dapat ketenangan hati, hidup sentiasa positif, dan lain2. Hari ni saya kongsi 8 PENYEBAB kenapa kita SUSAH untuk sentiasa kekal positif dan susah untuk mendapat ketenangan hati.
Maksudnya, kita tidak bersedih atas sesuatu perkara sehingga melampau-lampau. Contohnya kematian. Betul, memang sedih. Tetapi tidaklah melampau-lampau sehingga meratap dan seumpamanya. Sebab ia akan mengganggu ketenangan hati dan hidup sentiasa negatif.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kalau seorang pelajar, kita pasti nak jadi pelajar yang terbaik. Buktinya, kita belajar sungguh-sungguh bagai nak rak, buat study group, selalu jumpa cikgu atau lecturer, always burning the midnight oil, dan segala macam untuk menjadi pelajar yang terbaik.
Kalau seorang pekerja, kita pasti nak jadi pekerja yang terbaik. Buktinya, kita buat kerja sungguh-sungguh, tepati waktu, siapkan kerja before deadline, tunjukkan komitmen sebab nak naik gaji, ikut semua arahan dan sebagainya untuk menjadi pekerja yang terbaik.
Bayangkan, sepanjang hidup ni, berapa byk kali kita dah buat dosa? Banyak, serius byk. Tak kisah sama ada dosa besar atau kecil. Kalaulah malaikat pencatit dosa itu ada sifat penat dan putus asa, mungkin dia dah "letak jawatan" sebab penat sangat mencatit banyak sgt dosa kita!
Tetapi... Cintanya Allah kepada kita, banyak kali Allah beri peluang untuk kita hapuskan semua dosa2 tu.
Ramai orang usaha menjaga solat dhuha sebab nak murah rezeki. Dan "rezeki" yang ramai orang faham adalah duit, harta benda, cemerlang exam, dan lain-lain.
Salah ke? Tak salah pun.
Cuma, cuba ubah mindset sikit kali ini. Nak ubah apa?
Ubah kepada doa moga Allah murahkan rezeki kita utk jaga solat 5 waktu berjemaah, rajin baca al Quran, rajin bangun tahajud, rajin buat dakwah tarbiah sampai mati, rajin berkhidmat pada mak ayah, selamat dari ideologi sesat seperti liberal, sekular, syiah, £gbt, dan lain-lain.
Ini semua rezeki. Kan?
Kalau kita minta duit, harta, cemerlang exam, etc, insyaAllah kita boleh dapat. Tetapi jaga solat 5 waktu berjemaah, jaga al Quran dan lain-lain BELUM TENTU dapat.
1. Menonton video lucah tetap haram, walaupun dah kahwin. Ini asas agama. Kalau tanya kenapa haram, mudah saja. Sejak bila kita boleh tengok aurat orang lain (yang ajnabi)?
Melihat aurat orang yang ajnabi (bukan mahram) memang tak boleh. Walaupun bkn video lucah.
2. Isu ketagih video lucah ini bukan hanya kalangan remaja je, bahkan orang dewasa dan berkahwin pun. Saya selalu uruskan pelajar sekolah yang ketagih video lucah dan onani. Tetapi post/thread kali ini saya khususkan sedikit untuk yang dah berkahwin.
Nasihat daripada saya yang tak seberapa ini buat pasangan pengantin baru, ataupun yang akan berkahwin dalam masa terdekat,
1. Perbaiki skill komunikasi bersama pasangan. 2. Bersabarlah dengan penuh kesabaran sehingga mampu bersabar dan terus bersabar. Hehe.
Maksudnya apa?
Saya ingat lagi, masa zaman sebelum berkahwin dulu, saya kerap menghabiskan beberapa buah buku berkaitan dengan skill komunikasi, memahami perspektif lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Dan kebanyakkannya adalah buku dari Barat. Hehe. Gambar buku ada di bawah.
Hasilnya, saya berjaya mengarang beberapa bab penting dlm buku saya sendiri iaitu buku Aku Bukan Malaikat 1 & 2. Contoh bab "Betul ke Jodoh dah ditetapkan? (boleh baca di sini "tarbiahsentap.com…/06/betul-ke-jodoh-dah-ditetapkan.ht… ", dll.
Kisah tular baru-baru ini berkenaan kanak-kanak 11 tahun bernama Ayu yang dikahwinkan, ialah kisah tragis kanak-kanak yang dimangsakan oleh keluarganya sendiri, untuk kononnya keluar dari kesukaran hidup.
Bapa kanak2 itu yang bekerja sebagai penoreh getah mengakui bahawa lelaki 41 tahun yang kini menjadi suami anaknya itu adalah majikannya, yang selalu membeli getah daripadanya. Bahkan, dia turut menyatakan bahawa beliau bersetuju untuk...
Untuk membenarkan anaknya dikahwinkan, apabila lelaki 41 tahun tersebut berjanji “akan memberikan kehidupan lebih selesa selepas berkahwin dengan Ayu.” [1]
Justeru, apakah penyelesaian bagi menangani kes-kes seperti ini di masa hadapan?