Mr FA Profile picture
Mar 15, 2018 67 tweets 13 min read Read on X
KISAH SATU MALAM
-------------------------------------
Salam malam Jumaat warga Twitter dan peminat #threadseram sekalian. Hari ini aku nak kongsikan satu lagi kisah berdasarkan pengalaman benar dari seorang rakan FB aku. Selamat membaca.😉

#threadpuaka #ridcreeps
Siapa sini tahu tentang misteri bunga kemboja? Alaaa...bunga yang selalu orang tanam kat kubur tu. Bunga ini selalu dikaitkan dengan langsuir. Kalau ada terbau bunga ni waktu malam, cepat-cepatlah beredar. Dan bunga ini juga berkait dengan kisah yang bakal aku ceritakan ini.
Tahun 2007
Steven Corner, Pandan Indah

Sepertiga malam berlalu, aku dan 5 orang kawanku (Jelly, Teddy, Suresh, Izza dan Boy) masih rancak berlepak di restoran itu. Suasana di situ masih hingar dan bingit. Begitu juga kami. Biasalah. Hidup bujang, kan? Darah muda lagi.
Walaupun geng kami tu ada 3 kelompok kaum yang berbeza, persahabatan kami tetap terjalin utuh. Merekalah yang selalu ada di sisiku saat senang dan ditimpa masalah. Terima kasih korang. Jasa korang takkan aku lupa. Tapi sayang Mel tidak turut serta malam itu sebab balik kampung.
Jam sudah menunjukkan 3:05 pagi. Rasa mengantuk menguasai diri. Mataku pun sudah mula kuyu. Dasar mataku sudah mula berona merah dan berair. Sekali-sekala aku menguap tatkala rasa kantuk menyinggahi diri.
Aku: Wei...aku nak gerak dulu. Mengantuk dah ni.
Suresh: Elehhh...hei minachi. Lepaklah dulu. Nak jumpa kau bukan senang.
Teddy: Yalah Dee...you kan busy je.
Aku: Tak boleh lah wei...kalau ada Mel aku boleh lepak lagi. Aku ngantuk, dia tolong drive. Ni aku sorang je.
Aku: Tengah boleh kawal lagi nilah, aku nak gerak. Karang tak pasal-pasal accident. Naya!!
Jelly: Choi...che che (kakak). You ni kan, suka cakap lepas. Tak baik tau. Ikut I balik lah. Tidur rumah I, esok baru balik.
Teddy: Ya lor...ikut Jelly lah. I risau you balik sendiri. Sekarang ni bulan hantu lapar. Kena hati-hati.
Aku: Erk...bulan hantu lapar? Macam-macam lah you Teddy.
Jelly: Betul cakap Teddy. Bulan ni bulan ke-7. Ikut kalendar lunar, esok hari ke-14. Pintu neraka sudah terbuka luas.
Jelly: Semua roh akan bebas untuk balik rumah. Kami akan bakar kertas, wang neraka bagi diorang makan.
Aku: Ermm...okey, okey. Aku respect kepercayaan korang. Tapi kan, kau dengan si Teddy ni apahal keluar malam? Hantu lapar tak balik cari korang ke? Tak takut?
Teddy: Weiii...you kan! Janganlah cakap. I dengan Jelly keluar pun sebab nak jumpa you lah. Kita plan tunggu matahari terbit baru berani balik.
Izza: Ehh, Boy! Kau hantar aku balik wei. Diorang ni boleh pula citer pasal hantu lapar lah, pintu neraka terbuka lah. Adoiii...
Boy: Boleh. Takda hal. Tapi aku rasa kita gerak lepas Subuh. Seram pulak aku nak gerak sekarang.
Aku: Haa...kalau macam tu, korang jelah sambung lepak. Aku nak balik. Mata aku dah melekat macam ada gam gajah dah ni. Ada masa kita jumpa lagi. Chow!
Aku pun bangkit dari duduk. Sempat menyapa dan memujuk, berjanji akan melepak lagi selepas ni. Rayuan mereka yang nakkan aku stay langsung aku tak dengar. Aku tetap dengan keputusanku. Biasalah, aku kan telinga tebal. Nak tak nak, mereka terpaksa akur juga.
Baru berapa langkah kaki ku hayun, aku terdengar orang mengejarku dari belakang. Sekejapan, aku terasa ada tangan menyentuh bahuku dari belakang. Aku menoleh...
Jelly: Che che (kakak), I nak pesan you satu hal. Nanti kalau you jumpa tanglung ada lilin menyala dalamnya dekat tepi jalan, jangan pandang! Kalau nampak apa-apa, jangan tegur! Itu tanda jalan roh dari neraka balik rumah!
Aku: Ermmm......

Aku mengangguk dan senyum. Jaga hati.
Aku henyak tubuhku dalam perut kereta. Enjin dihidupkan, aku pun meninggalkan Steven Corner. Jalan raya kini tidak sehingar seperti di restoran tadi. Masih ada kereta tapi jarang-jarang. Punat ON di radio ditekan, lagu Bunga Angkasa dari kumpulan Terra Rossa berkumandang.
Tengah terimbas memori lalu dan bibir ralit menitikan bait-bait lirik lagu, dari kejauhan aku ternampak sesuatu di tengah jalan. Aku pun menekan brek mengejut. Tayar kereta berdecit, bau hangit menjalar ke hidung. Kusss...semangat. Keretaku betul-betul berhenti di tengah jalan.
Di hadapan aku, ada segerombolan manusia berpusu-pusu melintas dari bahu kiri jalan ke sebelah kanan. Kenapa aku kata manusia? Sebab aku nampak diorang memang berfizikalkan manusia. Mereka berjalan, menunduk tanpa menoleh sedikitpun padaku.
Aku terus memerhati. Pakaian mereka sedondon. Dah macam boria. Dalam hati aku, diorang ni baru balik show ke? Cuma aku agak pelik dengan persalinan yang mereka pakai. Punyalah jakun. Aku malapkan lampu depan semata-mata nak pastikan warna dan fesyen baju yang mereka pakai.
Baju dan topi berbentuk segitiga, berwarna coklat dan kasar seperti kain guni. Mata aku tertancap pada seseorang yang agak berlainan pakaiannya. Dia berada di hadapan sekali. Seorang lelaki berpakaian serba hitam. All in black! Rambut panjang, bertocang ke paras pinggang.
Lelaki itu membawa sebatang kayu yang terikat tanglung di pangkalnya. Dan tanglung itu menyala! Ada lilin? Menyala? Alamak...kan Jelly dah pesan.
"Pinnnnn....pinnnnn...."

"Pinnnnn....pinnnnn...."

Macam tersedar dari mimpi, spontan aku menekan hon. Sekelip mata, segerombolan manusia tadi hilang secara total. Berdesup! Masa ni aku tak takut sangat tapi cuak jugalah. Nasib tak tunjuk muka hancur, bernanah atau berulat.
Bukan setakat rupa buruk, bau yang tak menyenangkan pun langsung tak terhidu. Baru saja aku nak meneruskan perjalanan, mata aku 'gatal' nak memandang ke arah bahu jalan sebelah kanan tadi. Damn! Baru aku perasan ada sebuah tanglung bernyala terpacak kemas di situ. Aku terpegun.
Tiba-tiba, aku ternampak seorang wanita berpakaian cheongsam berwarna merah terang betul-betul di sebelah tanglung itu. Di tangannya ada sapu tangan kecil. Wajahnya pucat lesi. Bibirnya bercalit lipstick merah. Dia tersenyum menyeringai seraya melambai-lambai ke arahku.
Tiba-tiba, ulah gadis cheongsam itu berubah. Bebola matanya yang tajam tadi tersembul keluar sebelum jatuh tergolek di atas jalan. Mulutnya ternganga sampai terbelah ke bawah telinga. Gigi tajamnya terserlah. Tangan dan kakinya seolah-olah patah dan berlipat-lipat.
Kemudian, batang tubuh gadis itu tadi jatuh dan layu menyembah ke bumi.

"ALLAHUAKBAR!"

Aku apa lagi. Cabut lah. Dengan kaki menggeletar aku tekan minyak sekuat hati. Enjin keretaku mengaum. Masa ni aku dah tak fikir nak balik rumah bujang.
Sudahlah si Mel tak ada, tak pasal-pasal aku tidur bertemankan amoi cheongsam pulak. Aku terus berfikir. Nak pergi mana? Nak pergi mana? Baru aku teringat. Rumah Alang! Abang aku baru saja berpindah ke sini bulan lepas. Sini tu mana? Kampung Pasir, Pantai Dalam.
Aku call HP abang aku dan kakak ipar. Banyak kali aku dail, panggilan langsung tak bersahut. Nak tak nak, aku terpaksa redah je. Aku terus belok ke simpang Sri Petaling, menyelusuri jalan dalam ke OUG. Tembus di hadapan balai polis Petaling, menyusur ke simpang ke Kampung Pasir.
"Aduh...gelapnya. Lampu jalan tak boleh pakai langsung."

Sepanjang aku melalui jalan itu, keretaku dikejar oleh beberapa ekor anjing hitam dan berhenti di pertengahan jalan. Aku pandang dari cermin sisi, mereka semua mendongak ke langit, melolong. Aku menelan liur beberapa kali.
Tahun 2007
Kampung Pasir, Pantai Dalam

Setelah mengharungi detik-detik indah bersama lolongan anjing tadi, akhirnya aku tiba di kawasan rumah abangku. Rumah papan beratapkan zink. Pemilik tanah lot itu juga tinggal di situ, rumahnya terletak di bahagian hadapan.
Untuk ke rumah abangku, aku perlu limpas dahulu rumah milik tuan tanah. Setelah memarkir kereta, aku terus menuju ke rumah abangku. Sedang aku menyelusuri lorong tepi rumah tuan tanah, tiba-tiba aku dikejutkan oleh sesuatu.
Ya...ada seseorang sedang berdiri di tepi tingkap dari dalam rumah. Dia seperti tengah memerhatiku. Mungkin dia ingat aku ni perompak kot. Dengan bantuan cahaya lampu neon di luar rumah, aku melihat empunya batang tubuh yang tersarung baju pagoda berwarna putih.
Aku amati wajah si dia. Lahhh...Pak Akob rupanya. Tuan rumah abangku. Aku tersenyum.

Aku: Assalamualaikum, Pak Akob.
Pak Akob: Hurmmgghhh.....
Aku: Maaf ya kalau Pak Akob terperanjat. Pak Akob ingat saya lagi? Saya Dee, adik Azli. Saya tumpang lalu ya.
Pak Akob: Hurmmgghhh.....
Eikk...jawab pun acuh tak acuh je. Sebelum beredar, aku pandang wajahnya. Amboi...masam mencuka. Muncung dah boleh sangkut hanger! Matanya masih melirik tajam ke arahku. Dalam hati...

"Lantak hang lah Pak Akob. Malam Jumaat ni baik Pak Akob layan Mak Nab tidur."
Lagi beberapa langkah nak sampai ke pintu rumah Alang, angin yang entah dari mana menyapa tubuhku. Sejuk. Dingin hingga menggigit tulang-belulang. Aku memeluk tubuh erat. Angin yang kuat membuatkan cardigan aku terangkat. Aku pandang langit. Dalam hati, nak hujan ke?
Baru sahaja hendak melangkah di hadapan pintu, sekali lagi aku disapa dengan bauan yang sangat kuat. Kembang kempis hidungku menghidu aromanya. Aku tau bau ini. Haruman bunga kemboja. Bunga ini banyak ditanam di halaman rumah arwah moyang.
Aku terdiam. Tangan yang pada mulanya ingin mengetuk pintu mengejung. Bau bunga kemboja lebih menarik minatku. Aku memandang kiri dan kanan. Mencari-cari sumber datangnya bauan itu. Setahu aku, tak ada pula nampak pokok kemboja masa tolong Alang pindah rumah bulan lepas.
Tiba-tiba...

"PAAPP!!"

Bahuku terangkat dek kerana terperanjat. Bunyi itu datang dari arah belakang sebelah kanan. Aku menoleh. Ada sepohon pokok rambutan tertanam di situ. Daun dan rantingnya tidak bergerak. Bunyi apa tadi tu? Ranting jatuh? Bau kemboja semakin menjadi-jadi.
Bulu di tengkuk mula merinding. Lantas aku mengetuk pintu rumah Alang sekuat hati.

"Tokk...tokk...tokk!!"

"Assalamualaikum...Alang!"

Ketukanku tidak berjawab. Aku capai HP di dalam beg galas. No HP Alang aku dail. Juga tidak berjawab. Begitu juga no HP kakak iparku.
Aku terus mengetuk pintu rumah Alang. Lebih kuat dari tadi. Sedang aku mengetuk pintu, tiba-tiba telingaku dicuit dari arah belakang dan dihembus kasar. Masa ni tak payah cakaplah. Aku terperanjat sampai melompat ke sebelah kiri. Sial lah! Main hembus-hembus pulak.
Belum sempat hatiku lega, aku diserang sekali lagi...

"Hiiiii.....hiiiii.....hiiiiii......"

Allah...mengilai pulak dah. Tolonglah jangan reveal muka depan aku setan! Tolonglah jangan pengsan!
"Aaaaawwwuuuuuuuuu......"

Lolongan anjing bersahutan. Jauh dan sayu bunyinya. Kepala lututku jadi lemah selemahnya. Air liur ku telan laju. Angin takda ribut takda, jelas kedengaran bunyi daun dan ranting pokok bergesek kuat di belakangku. Seolah ada tangan yang menggoncang.
Tak sanggup aku nak pandang pokok tu! Bulu roma bukan merinding dah tapi naik mencanak satu badan. Peluh pondan mula merinik penuh di dahi. Badanku menggigil. Seriously, aku dah mula panik dan takut. Keberanianku total sifar. Satu ayat lazim pun aku langsung tak ingat nak baca.
"Tokk...tokk...tokk!!"

"Tokk...tokk...tokk!!"

"Alang...tolong! Buka pintu!"

Tanganku dah menggeletar habis. Bertalu-talu aku ketuk pintu rumah Alang. Hampir nak roboh rumah tu dibuatnya.
"Ketakk!!"

Selak pintu ditarik dari dalam. Daun pintu dibuka perlahan. Wajah Alang tersembul dari balik pintu. Di tangannya ada kayu belantan. Aku bukan perompak lah!
"Adik??"

Aku tak sempat jawab apa-apa. Tanpa disuruh, aku terus meluru masuk ke dalam rumah. Nasib tak tertonggeng Alang bila aku redah masuk sampai terlanggar badannya yang kurus melidi. Aku terus duduk di sofa. Kakak iparku keluar dari bilik tidur. Lampu ruang tamu dibuka.
Alang: Adik, kenapa ni? Sampai basah lencun baju ni haa! Sayang, ambilkan air suam untuk adik.

Aku masih diam tiada jawapan. Air yang dihulur aku minum.

Kak Ipar: Takpelah, adik mandi dulu, lepas tu rehat. Subuh nanti akak kejut.
Aku: Uzur!
Alang: Dah pergi mandi. Esok cerita.
Esoknya jam 10 pagi, aku terus ke ruang tamu usai bangkit dari tidur dan mandi. Alang dan kakak iparku duduk di sofa. Mata masing-masing tertancap padaku. Ermmm...kalau dilihat gaya, memang tunggu aku bangun. Nak tahu cerita lah tu.
Alang: Apa jadi semalam? Kau ke mana pagi-pagi buta datang?
Aku: Adik keluar lepak dengan kawan. Mengantuk, tak larat nak drive balik. Tu yang singgah sini.
Alang: Melepak apa sampai pagi-pagi buta? Jadi apa-apa kan susah. Degil tak ubah-ubah.
Aku: Bukan selalu.
Aku: Alang dengan akak pun satu, orang call tak angkat-angkat!
Alang: Bila masa call? Jangankan missed call, HP Alang tu tak berbunyi langsung pun semalam.
Aku: Eh, takkan takda? Jari orang sampai bengkak duk call bertalu-talu. Pintu ni haa...sampai nak roboh dah adik ketuk.
Aku perasan, Alang dan kakak iparku saling berpandangan. Mereka kelihatan hairan dengan pengakuanku.

Kak Ipar: Dik, sumpah memang takda pun missed call kat HP kami. Lagi satu, kami memang tak dengar langsung adik ketuk pintu.
Alang: Betul tu. Alang buka pintu semalam pun sebab dengar macam bunyi benda jatuh depan rumah. Alang hendap kat tingkap, nampak kelibat orang. Tu sebab Alang capai kayu belantan. Mana tahu, orang nak pecah masuk ke. Buka je pintu, tengok-tengok adik rupanya!
Okey. Ni memang pelik. Otak aku tak boleh nak cerna. Aku ketuk pintu, depa cakap tak dengar. Aku call, depa kata tak ada. Aku bangkit masuk ke dalam bilik untuk ambil HP. Aku check log panggilan. Memang sah! Aku memang tak ada dail langsung no Alang dan kak ipar. Pelik betullah!
Alang: Semalam tu, dengan muka cuak, baju basah lencun. Kenapa dik?

Aku pun menceritakan segala perihal yang berlaku bermula dari aku keluar Steven Corner sehinggalah gangguan di depan rumah Alang. Aku lihat kakak iparku nampak sangat terperanjat. Tangannya meraih lengan Alang.
Kak Ipar: Dik...betul ke adik ada jumpa Pak Akob? Adik tak tipu kan?
Aku: Betullah kak. Nak tipu apanya? Tapi tulah, pelik juga. Pak Akob tu bulan lepas adik jumpa takdalah sombong pun. Tapi semalam muka dia memang cemberut gila. Masam, macam marah sangat.
Kak Ipar: Dik...Pak Akob...sebenarnya dia...dia dah tak ada dik. Arwah meninggal dunia 2 minggu lepas. Rumahnya pun kosong. Mak Nab, anak sulung mereka dah ambil lepas kenduri hari ke-7.

Gulp! Biar betul? Habis tu, yang aku nampak semalam tu siapa? Siap jawab "Hurmmgghhh....."
Alang: Sebenarnya, Alang pun rasa tak sedap hati. Sejak 2 minggu lepas, ada juga jiran mengadu terkena gangguan. Dihimpit masa tidur. Tengah malam, kami akan dengar macam ada benda besar berlari-lari atas atap. Sampai melendut zink. Ada yang cakap, arwah ni membela. Wallahualam.
Aku: Biar betul? Bela hantu raya ke?

Masing-masing berpandangan dan diam.

Kak Ipar: Abang...tadi kata nak tunjuk benda tu kat adik, kan?

Aku: Aduh, nak tunjuk apa pulak ni? Bikin suspen je.
Alang bangkit dari duduknya. Dia menggamit aku ke luar rumah. Aku terkesima melihat sesuatu yang bertabur di halaman. Bunga kemboja? Ya...berkuntum-kuntum bunga kemboja putih bertaburan di atas tanah. Dari mana datangnya? Kemudian, Alang menunjukkan pula sesuatu di bawah ampaian.
Aku sauk selipar Jepun, lantas mendekati ampaian. Aku amati benda yang ditunjuk oleh Alang tadi. Gumpalan rambut yang bergulung kasar. Aku capai sebatang kayu halus yang tersandar di bawah ampaian. Gulungan rambut itu aku kuis. Aku leraikan sampai terhurai. Mak aiii, panjang...
Memang panjang helaian rambut tu. Aku pandang Alang. Siapa punya? Puas aku fikir, tetapi persoalan aku tiada jawapan. Selepas Pak Akob, siapa sebenarnya gerangan yang mengusik aku? Cik Ponti ke? Atau pun Cik Lang? Entahlah.
Usai telinga dan otak aku jerih memikirkannya, aku terpaksa mengharungi slot bebelan free yang panjang berjela dari Alang. Akhirnya, aku minta diri untuk balik ke rumahku. Degil-degil aku, terkesan jugalah dengan kata-kata Alang yang memang ada banyak kebenarannya.
Setelah berpamitan, aku memandu pulang ke rumah bujang. Bila tiba di tol, aku mencapai kad Touch 'n Go di dalam dashboard. Tiba-tiba mataku tertancap pada sesuatu yang terletak kemas di atas lapik kaki sebelah penumpang. Aku menunduk dan mencapainya. Sapu tangan? Amoi cheongsam!
Selepas beberapa hari dari kejadian, aku mendapat mesej dari 5 orang sahabatku. Ternyata, soalan dari Jelly, Teddy, Suresh, Izza dan Boy hampir sama dan menjadi tanda tanya padaku.
Izza: Dee...lepas kau balik dari Steven Corner, kenapa kau call kami? Dah call tapi tak nak bercakap. Dah tu kau menangis, lepas tu mengilai! Seram dowh kitorang. Boy cakap kau nak prank kami. Kami masing-masing call kau balik tapi tak dapat. Apa jadi sebenarnya?
Aku: Gulp!
Setakat ni saja #threadseram dari aku kali ini. Harap korang terhibur dan ambil pengajaran. Jangan melepak sampai ke pagi, jangan perlekeh kepercayaan kaum lain, jaga hubungan dengan Allah SWT buat yang Muslim dan jangan lupa pagar diri tiap kali nak keluar rumah atau tidur.
Cerita ini merupakan pengalaman sebenar dan hasil penulisan seorang rakan FB aku, Dee Edot. Aku cuma menyunting dan kongsikan semula cerita ini ke Twitter atas izin beliau sendiri. Ini Facebook beliau, facebook.com/cikedot.cikedot
Satu lagi, kalau korang tertarik dengan hasil penulisan cerita seram ni, boleh beli buku keluaran terbaru beliau bersama 3 penulis lain, Rona Sanguis. Ada 15 buah cerita dan 430 mukasurat. Semua penulisnya perempuan weyh! Beli jangan tak beli. OK done promo.😂

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mr FA

Mr FA Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(