أبو مريم Profile picture
Mar 18, 2018 30 tweets 5 min read Read on X
Sihir berasal dari Babylon (Iraq), dibawa turun oleh dua malaikat; Harut dan Marut. Kedua-dua malaikat ini membawa satu "disclaimer"; bahawa ilmu yg mereka bawa itu adalah ujian dan fitnah. Yg ambil ilmu inilah golongan pertama yg amal sihir. #sejarah #sihir
asalnya mereka ambil sihir ini untuk memisahkan suami isteri. Dari situ ilmu sihir ini berkembang. Sihir mengunakan "khidmat" jin dan syaitan; di mana mereka ini ahli sihir kata "khadam". mereka ingat jin/syaitan ini khadam mereka, tapi akhirnya benda ini akan terbalik
jin/syaitan itu akan letakkan syarat, dan syarat2 tersebut selalunya akan merosakkan fekah seseorang dahulu, dan dengan perlahan rosakkan iman. Aku pernah diberitahu oleh bekas tukang sihir - salah satu syarat mula2 dia adalah kena solat 5 waktu di masjid, kena saf pertama
.... sounds good, kan? tapi syarat terakhir adalah, dia kena pi masjid dlm keadaan junub. maknanya tka mandi wajib. lol. jilake betul.
dia kisahkan kat aku, satu lagi syarat yg dia kena buat adalah baca 10 kali (kalau tak silap) surah Al-Ikhlas dengan satu nafas.
Sihir ni pada dasarnya memanipulasi minda dan penglihatan. Jin/Syaitan itu akan memesongkan pancaindera, nampak mcm benda mustahil jadi. Contohnya tongkat tukang sihir Firaun bertukar menjadi ular.
tapi ahli sihir tu sendiri boleh nampak penipuan tu. They themselves can see thru the lies of the jinn/syaitan. Sbb tu masa Musa a.s. campak tongkat, semua tukang sihir sujud beriman. Sbb dorang nampak, tongkat tu jadi ular dgn sendiri, takde jin/syaitan.
sbb yg tukar tongkat tu jadi ular adalah Allah, Pemilik langit dan bumi dan segala yang ada diantaranya.
Pertolongan ghaib ni ada 4 jenis. 1. Mukjizat. 2. Karamah. 3. Istidraj 4. Sihir.
1. Mukjizat - khas utk para anbiya' sahaja. Mukjizat yang famous adalah tongkat bertukar menjadi ular (Musa a.s), hidupkan orang mati (Isa a.s.), ilmu memahami perkataan dan mimpi (Yusuf a.s), dan mukjizat terbesar; ilmu yang tidak habis - Al-Quran (Muhammad s.a.w)
Mukjizat ni adalah perkara2 yang diluar batas pemikiran manusia, yang manusia tak boleh faham logicnya adn tak boleh replicate (ulang balik) benda tu. Contohnya tongkat jadi ular. Ko cuba buatlah, aku nak tengok. haha.
Mukjizat ni akan mengikut tahap pengetahuan masa tu. Masa zaman Musa a.s, tukang sihir ni kira celebrity. Ko terrer sihir = ko akan disanjung. Maka mukjizat Musa a.s. masa tu adalah utk patahkan tukang sihir; tongkat jadi ular, tangan jadi putih, katak/belalang serang tanaman
Zaman Isa a.s. pula, manusia mula mengkaji ilmu perubatan. Maka Allah beri kepada Isa a.s. mukjizat hidupkan orang mati dan bertutur semasa bayi. Dua2 ni sampai sekarang takde manusia boleh ulang dan takkan ada - sbb ini mukjizat. Khas utk Isa a.s sahaja.
utk Nabi Muhammad s.a.w pula, baginda perlukan mukjizat yg akan kekal sampai bila2 sbb baginda s.a.w diutuskan kpd semesta alam dan zaman. Maka Allah kurniakan kpd baginda Al-Quran, kitab yg mengandungi ilmu yg tidak akan habis digali. Juga dikenali sbg Al-Furqan - Pemisah.
Jadi, mukjizat hanyalah utk para anbiya'. Zaman sekarang takde orang dah dapat mukjizat; dan kalau kita nak tengok apa itu mukjizat - baca dan kaji Quran.
"Mukjizat" dari kata akar "i'jaz" yg bermakna "overwhelmed". Nouman Ali Khan terangkan i'jaz ni maksudnya lebih kurang masa kita nak kena langgar lori, masa kita toleh nampak lori nak langgar, split second before kena langgar, kita akan rasa terkejut/overwhelmed. itu i'jaz
Sapa yg nampak mukjizat ni seolah2 jadi powerless, dia takleh cakap/buat apa2, kelu dan tersentuh. apa yg dia boleh buat adalah sujud dan mengaku bahawa apa yg mereka nampak ini adalh dari Allah - inilah apa yg jadi kat tukang sihir Firaun.
2. Karamah. Ini untuk para soleh. Karamah ni lebih kpd ujian, bukan bukti seseorang itu super alim. maknanya org yg ada karamah jarang sebarkan, mereka simpan selagi boleh. Persoalannya, karamah ni sebenarnya ada ke?
Karamah ni mmg ada. Sahabat nabi s.a.w, Umar r.h, pernah dapat karamah. Semasa beliau sedang khutbah, beliau ternampak gambaran sahabat-sahabat yang sedang berperang tengah nak kena ambush, beliau berdiri dan jerit bagi warning, sahabat yg tgh perang dengar suara Umar r.h
Dikatakan Imam Ahmad ibn Hanbal juga ada karamah, beliau nampak warna air bekas wudhu' berwarna hitam dan enggan ambil wudhu' di situ. Beliau minta anak murid siasat, siapa last amik wudhu' kat situ dan apa dia buat malam semalam. org tu mengaku buat maksiat the night before.
dikatakan juga Imam Ahmad r.h berdoa minta supaya Allah ambil semula karamah itu sbb beliau taknak tengok air wudhu' orang jadi hitam akibat buat maksiat. Allah perkenankan do'a beliau.
3. Sihir - ilmu hitam. Sihir juga seperti karamah; pengamal seolah2 buat sesuatu yg diluar norma pemikiran manusia. Bezanya, sihir guna bantuan JIN dan SYAITAN. Pengamal perlu mengamal sesuatu amalan yg bertentangan dgn ajaran Islam.
Cara paling mudah nak bezakan SIHIR dan KARAMAH (Mukjizat dah takde. sapa claim dpt mukjizat mmg dia tu gila or kapir haha), adalah SIHIR ni dia boleh buat bebila dia nak, dia yg control benda alah tu. KARAMAH pula TIDAK BOLEH CONTROL.
ini kerana KARAMAH itu adalah kurniaan Allah, maka Allah lah yang tentukan bila boleh, bila takleh. SIHIR pula guna bantuan jin/syaitan.
tiada kebaikan datang dari sihir. Sihir ini satu ilmu yg jahat dan dilaknat oleh Allah. Nabi s.a.w pernah disihir oleh orang Yahudi; Jibril a.s. turun dan ajar baginda s.a.w bagaimana nak buka ikatan sihir tersebut.
4. Istidraj - yg paling ditakuti oleh Muslim. Org ingat sihir yg menakutkan, sebenarnya istidraj lah paling menakutkan. What is istidraj, my friend? Lemme grab my coffee first.
Istidraj adalah benda2 yg best dari Allah, tapi Allah beri tanpa memberi rahmah/restu. Allah beri kekayaan, kemewahan, bini cantik, laki hensem, anak ramai, anak bijak, rumah besar, kereta mewah, bisnes maju, TAPI ALLAH TAK REDHA DGN ORANG TU.
kenapa istidraj ni paling ditakuti? Sbb bila kita kena sihir, kita boleh figure out "eh apsal tetiba muntah paku ni? tak logic, mungkin disihir"; tapi kalau kena istidraj, kita akan fikir "eh aku buat bisnes, berjaya. mesti Allah sayang aku" walhal Allah tak redha dgn kita.
Istidraj - Allah beri nikmat dunia yg menjauhkan kita dari Allah. This is the most feared; without Allah we are nothing :(
alamak panjang pulak share. Dahlah, aku nak main Bloodborne. Semoga Allah selamatkan kita dari sihir dan istidraj, dan semoga Allah sentiasa pelihara kita dari musuh yang nyata dan musuh yang tersembunyi!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with أبو مريم

أبو مريم Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @tumbukrusuk

Jul 3, 2018
@VulpineNinja @Anna_AlFaqir @ShoganenaH betul, ada ahlinya, just like how medical has it's own ahli, laws has it's own ahli, math, physics, chemistry etc, semua ada ahlinya. Islam itu mmg boleh diikuti, tapi kalau nak mendalami, maka kena ada ahli. Taraf pemahaman ilmu para sahabat pun berbeza, inikan pula kita
@VulpineNinja @Anna_AlFaqir @ShoganenaH but, it is the practise of scholars to share HOW they conclude on their ijtihad; cuba baca portal irsyad fatwa, Dr Zul mufti kita terangkan panjang lebar pasal SATU ijtihad yg dia nak keluarkan. serius panjang, nerdy stuff semua dia cerita
@VulpineNinja @Anna_AlFaqir @ShoganenaH Islam iktiraf setiap bidang ada ahlinya; so much so that if a person who studies hadith wanted to speak the Quran, he/she will usually go and get opinion from person who studied the Quran before they gave out opinion. Sbb tu majlis musyawarah ada ramai ahlinya
Read 5 tweets
Apr 24, 2018
Org baru kahwin dan anak muda belum kahwin skarang berani berdiskusi pasal cerai. Aku baru few years kahwin, masih takut nak sebut perkataan tu. kalau boleh taknak sebut, taknak fikir.

Hebat betul anak2 muda sekarang.
Masa mula2 kahwin, ada juga senyap2 pi jumpa ustaz2 and tanya pasal cerai semua ni. Rata2 cakap “awak baru kahwin? Nasihat saya adalah apabila kamu marah, kamu diam. Jgn cakap apa2”
Alhamdulillah aku juga sempat jumpa Nouman Ali Khan secara personal. Terserempak kat tesco damansara. Masa tu baru 1 tahun lebih kahwin. Aku minta dia nasihat. Ko tau apa dia cakap?
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(