Tarbiah Sentap Profile picture
Apr 16, 2018 39 tweets 9 min read Read on X
Kebelakangan ni, ramai pula bincang pasal kahwin muda, kahwin masa belajar, tak galakkan kahwin muda, dan macam2 lagi. Apa pun, kami di Tarbiah Sentap nak kongsikan macam mana sebahagian admin TS kahwin TANPA COUPLE.

Eh, boleh ke kahwin tanpa couple? Macam mana?

#IniThreadTS
Ramai yang cakap, "kalau tak couple, macam mana nak kahwin?" Or "kalau tak dating, macam mana nak kenal?"

Ramai lupa, Rasulullah dulu MANA PERNAH couple atau dating. Pernah ke baca Nabi bercouple dan berdating? Kalau ada, sekarang saya suruh couple dan dating. Ikut sunnah. Hehe.
Hari ni ramai yang nak bernikah ikut cara Nabi, majlis kahwin ikut cara Nabi, mahar dan hantaran ikut cara Nabi, tetapi BERCINTA nak ikut cara BARAT. Kenapa kita ambil Islam separuh2 saja? Kita ambil Islam apa yang kita nak saja. Yang tak nak, kita buang ke longkang.

Sedihnya..
Apa pun, hari ni saya akan kongsi MACAM MANA NAK KAHWIN TANPA COUPLE. InsyaAllah, saya ambil ni daripada peristiwa bagaimana Khadijah nak melamar Rasulullah. Dan bagaimana Rasulullah kahwinkan para sahabat Nabi.

Teruskan baca bebenang ni. Moga manfaat ;)
1. Yang pertama, wajib TUNDUKKAN PANDANGAN. Tak kisah lelaki atau perempuan (baca surah an Nur ayat 30 & 31). Eh, kenapa mesti tundukkan pandangan?

Simple je, kalau sebelum kahwin mata asyik meliar tengok perempuan, ingat lepas kahwin tiba2 magik tundukkan pandangan?
Ramai isteri beritahu yang suaminya ketagih video lucah dan onani walaupun dah kahwin. Bahkan banyak juga suami berzina dengan perempuan lain. Dan ada juga suami yang beritahu isterinya curang dengan lelaki lain. Dan banyak lagi. Puncanya?

TAK TUNDUK PANDANGAN.
Ramai orang pandang remeh hal ni. Sedangkan, perkara ni SANGAT penting. Kawan, sebelum kahwin lagi kau kena belajar tundukkan pandangan (menjaga pandangan). Tundukkan pandangan ni bukannya 24 jalan tunduk bawah sampai langgar tiang.

Janganlah tunjuk noob sangat
Menjaga pandangan ni maksudnya, kalau nampak maksiat di depan mata (apa2 maksiat), ALIHKAN ke kiri, kanan, bawah, atas, belakang, atau mana2 pun. Yang penting, jangan pandang. Bukannya tengokkk je atas alasan, "Nabi kata pandangan pertama rezeki".

Jangan jadi penunggang agama
2. Kalau masih sekolah, HABISKAN sekolah dulu. Fokus belajar, jangan fikir nak bercinta, kahwin segala bagai. Ingat, kahwin ni BUKAN main2. Ia melibatkan maruah, harta, tanggungjawab, masa depan, bahkan Syurga Neraka. Sebab tu, habiskan sekolah dulu.

Tak payah gelabah sangat.
3. Kalau universiti, tengok pada KEMAMPUAN dulu. Kemampuan ni macam mana? Apa kayu ukurnya? Nanti saya explain pada point yang seterusnya. Tetapi kalau kau rasa dah mampu, AZAM nak kahwin dengan seseorang tu. Letakkan niat walaupun kau tak cerita pada orang tu.

Pahala tu.
4. Letak TARGET UMUR untuk kahwin. Contohnya, azam nak kahwin umur 25 tahun. So sebelum umur 25 tahun, tak payah nak pening2 untuk fikir kahwin. Dah umur 25 baru start usaha. So, hidup kita BERFOKUS.

Ibarat macam nak SPM. Dah form 5 baru study untuk SPM. Form 4 study biasa je.
5. Kalau serius nak kahwin, pastikan kau MAMPU untuk kahwin. Kita selalu dengar hadis berkaitan Rasulullah suruh pemuda berkahwin, dan kalau tak mampu suruh berpuasa. Biasa dengar kan? Persoalannya, apakah maksud MAMPU?

Baca elok2. Saya nak hurai apa saya belajar tentang MAMPU.
Bersedia atau mampu yang saya maksudkan dengan erti kata;

a) Kena ada sebab kukuh KENAPA nak kahwin? Sekurangnya sediakan 5 sebab utama pada diri sendiri dan mak ayah kau kenapa nak kahwin. Alasan ni, kena muhasabah sendiri. Kita lebih memahami diri sendiri.
Tetapi ingat, nak kahwin ikut sunnah, bukan ikut orang. Jangan sebab kawan2 dah kahwin, kau pun triggered nak kawin juga. Apa pun, letakkan sebab utama nak kahwin adalah kerana TAQWA. Elak maksiat, murah rezeki, bla3 itu semua nombor seterusnya.

Tetapi first of all, TAQWA!
Taqwa adalah, taat perintah Allah sungguh2, jauhi larangan Allah sungguh2, dan ikut sunnah Nabi semampu yang mungkin. Sekali lagi saya ingatkan, kahwin bukan main-main. Ia melibatkan tanggungjawab, maruah, harta, masa depan, dll.

Jangan tergesa dan jangan bertunda!
b) Dah belajar secara asas hukum hakam Islam terutama dalam fiqh munakahat termasuk tunang, nikah, cerai, talak, rujuk, dan sebagainya sebelum pergi kursus kahwin. Sebab ramaiiii sangat orang kahwin, tapi tak tahu bab nafkah, talak, rujuk, dll.

Khususnya hak isteri.
c) Yakinkah mak ayah sendiri. Banyak cara sebenarnya nak yakinkan mak ayah. Nanti saya kongsi di thread yang lain. Nanti makin panjang pulak thread ni.
d) Ada kewangan yang boleh mampu. Sebab apa saya sentuh kewangan ni? Antaranya, ramai orang bercerai sebab masalah kewangan. Walaupun betul rezeki dah ditetapkan, tetapi ikhtiar wajib ada.

Apa maksud kewangan yang mampu?
Kewangan yang mampu ada 3 syarat minima ;

(1) Mesti boleh bagi duit pada mak ayah sekurangnya-kurangnya SETIAP bulan. Tak kisah berapa pun. Takkanlah lepas kahwin masih nak mak ayah tanggung 100%. Kesianlah pada mereka nak tanggung adik2 yang lain.
(2) TIDAK meminta duit pada mak ayah untuk perbelanjaan makanan harian. Sebaiknya, bukan sekadar perbelanjaan makanan, bahkan sampai tahap belanja buku, yuran dan sebagainya. Saya tahu, duit biasiswa atau pinjaman tak pernah cukup.

Kalau terlebih cukup tu memang bonus.
(3) Mampu berdikari ikhtiar cari duit sendiri TANPA bergantung pada duit mak ayah lagi. Usaha untuk kerja part-time, bisnes kecilan, dan sebagainya. Terutama LELAKI. Takkanlah lepas kahwin nak goyang kaki duduk rumah. Isteri mana yang sanggup tanggung biawak hidup.

Kan?
e) Dah bersedia mental di tahap paling tinggi sebab berkahwin bukan hanya sampai pelamin, tapi sampai ke lampin. Banyakkan baca buku2 tentang kahwin, termasuklah buku psikologi suami-isteri, pengurusan kewangan, rumahtangga, dll.

Kahwin bukan cinta je, bahkan kena ada ilmu.
6. Dan banyak lagi kriteria "MAMPU" ni. Tapi saya cerita ringkas je. Boleh baca buku #AkuBukanMalaikat karya #ShukeryAzizan atau #SuratPutusCinta karya Ust #AdninRoslan. Seterusnya, kalau dah minat seseorang dan nak kahwin dengan dia, cari orang yang rapat dengan calon.
Sebab apa?

Sebab nak selidik latar belakang calon tu. Contoh kalau calon tu lelaki, carilah adik beradik dia. Di medsos pun boleh. Kemudian, tanya perihal peribadi yang ringkas tentang calon. Tanyalah dia jaga solat tak, boleh baca al-Quran tak, dan lain2.
Kau nak ke kahwin dengan lelaki yang solat pun tak jaga, al-Quran pun tak pandai baca, dan sebagainya? Perempuan mestilah nak cari lelaki yang boleh bimbing dia. Betul dak?

Perkara ni di ambil semasa Khadijah gunakan maisarah untuk MERISIK Rasulullah.
Perkara ni sama juga untuk tengok calon perempuan. Tanya adik beradik atau orang yang rapat dgn dia, perempuan tu jaga maruah tak, selalu keluar dengan lelaki tak, jaga ikhtilat tak, kat rumah buat apa, dan lain2 yang umum. Takkan la nak kawin dengan perempuan yang 'lady boss?'
7. Bila berkenan dengan calon, seterusnya cari ORANG TENGAH! Orang tengah ni sebaiknya yang MAHRAM kita seperti mak, ayah, abang, kakak, etc. Atau sekurangnya, yang DAH KAHWIN seperti ustaz, ustazah, lain2. Elakkan yang bujang. Sebab apa?

Sebab takut kena sailang. Berhuhu jela.
8. Orang tengah ni akan wakilkan diri kita untuk berjumpa dengan calon. Dialah yang akan beritahu calon yang kita berkenan dengan dia, dan nak kahwin dengannya. Kalau dia tak setuju, bertabahlah kawan sebab kena friendzone.

Kalau setuju? Jeng jeng jengg...
Sebelum, fyi, orang tengah ni sama seperti Khadijah meminta tolong Nafisah binti Munabbih untuk berjumpa Rasulullah, dan bertanyakan tentang status baginda. Dah kahwin belum, dan setuju tak kalau ada orang nak kahwin dengannya, dan lain2.
9. Kalau dah setuju, susun masa, jumpa di mana2, bawa jumpa dgn calon BERSAMA orang tengah itu. Kalau orang tengah tu dah kahwin, lagi bagus, jumpa kat rumah orang tengah tu.

So, dalam pertemuan, ada kau, calon, orang tengah (sebaiknya 2 orang/suami & isteri). Total 4 orang min
Proses perjumpaan ni kita sebut sebagai TAARUF. Haa, masa taaruf ni lah, kau kenal lah sehabis mungkin calon tu. Kalau calon tu perempuan pakai purdah, MESTI buka purdah. Sebab sunat tengok muka dan tapak tangan. Banyak hadis pasal ni.

Masa taaruf ni nak cakap apa? Adeh kawan..
Masa taaruf ni tanyalah nama penuh, latar belakang keluarga, perancangan masa depan, adik beradik berapa, ada saka ke tak, dan macam2 lagi la. Kena tanya bab saka, kang lepas kahwin melekat or jilat dinding, cuak kau nanti.

Taaruf cukup2 sebab ni masa nak kenal betul2.
10. Lepas habis taaruf, kau dan calon masing2 balik, buat ISTIKHARAH hari2, dan istisyarah (berbincanglah) dengan keluarga masing2. Kalau semuanya positif, buatlah satu group whatapps. Dalam group tu ada kau, calon, dan 2 orang tengah.

barulah terjaga perbualan korang.
11. Dalam group ni bincang bila nak bertunang, update isi borang dah ke belum, pasal hantaran. Dan BE PROFESSIONAL. Serta ELAKKAN CHAT PERSONAL. Sebab kalau dah personal, syaitan akan mula GODA.

Ingat, syaitan akan goda orang bujang untuk berzina, dan orang kahwin untuk cerai.
12. Bila dah setuju bertunang, jangan tunang lama2. Paling lama pun, kalau boleh setahun cukuplah. Dan paling ideal 6 bulan. Tempoh ni tiada dalil dalam Quran atau hadis. Ia berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.

Seeloknya, lagi pendek tempoh bertunang, lagi baik.
13. DAN TERAKHIR, apabila selesai tunang apa semua, berkahwinlah dikau. Lepas kahwin, beryahanana lah sampai ke sudah. Kemudian, bolehlah bubar group. Haha. Alhamdulillah, selesai kahwin tanpa couple, dlm keadaan menjaga ikhtilat. Mudah kan? Susah ke?

Syurga bukan percuma. Hehe.
ini secara RINGKAS macam mana nak kahwin tanpa couple. Dan insyaAllah ia patuh syarak selagi mana jaga ikhtilat dan batas syarak.

Ingat, perkahwinan ini perkara SUCI, jangan cemari JALAN perkahwinan dengan DOSA dan MAKSIAT. Moga Allah pelihara rumahtangga kita semua.
Semoga perkongsian ni bermanfaat. Boleh share pada kawan2 yang lain. Maaflah panjang sangat, tahniah sebab kau baca sampai habis. Moga dapat jadi rujukanlah untuk korang yang dah nak kahwin. Moga Allah kurniakan Syurga. Sekian. Wallahu'alam.

#AkuBukanMalaikat
#SuratPutusCinta
Untuk bacaan detail berserta dalil al-Quran dan hadis, boleh baca di sini :

1. Tulisan ust #ShukeryAzizan dari buku #AkuBukanMalaikat

tarbiahsentap.com/2015/12/macam-…

2. Tulisan Ust #AdninRoslan daripada buku #SuratPutusCinta

tarbiahsentap.com/2017/06/macama…

Boleh share banyak2. :D

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Tarbiah Sentap

Tarbiah Sentap Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @tarbiahsentap

Sep 15, 2018
Kita pasti nakkan semua yang terbaik dalam hidup ini, kan?

Mana ada orang nakkan yang terburuk dalam hidup. Kalau boleh, daripada lahir sampailah ke tua, semuanya nak yang terbaik. Itupun kalau bolehlah.

#IniThreadTS
#TarbiahSentap
Kalau seorang pelajar, kita pasti nak jadi pelajar yang terbaik. Buktinya, kita belajar sungguh-sungguh bagai nak rak, buat study group, selalu jumpa cikgu atau lecturer, always burning the midnight oil, dan segala macam untuk menjadi pelajar yang terbaik.
Kalau seorang pekerja, kita pasti nak jadi pekerja yang terbaik. Buktinya, kita buat kerja sungguh-sungguh, tepati waktu, siapkan kerja before deadline, tunjukkan komitmen sebab nak naik gaji, ikut semua arahan dan sebagainya untuk menjadi pekerja yang terbaik.
Read 10 tweets
Sep 4, 2018
Maha pengampunnya dan cintanya Allah pada kita, hampir saja kita tiada dosa. Fuh, betulkah?

Tenang.. Jangan terkejut dulu..

#IniThreadTS
#TarbiahSentap
#PujukanDariTuhan
Bayangkan, sepanjang hidup ni, berapa byk kali kita dah buat dosa? Banyak, serius byk. Tak kisah sama ada dosa besar atau kecil. Kalaulah malaikat pencatit dosa itu ada sifat penat dan putus asa, mungkin dia dah "letak jawatan" sebab penat sangat mencatit banyak sgt dosa kita!
Tetapi... Cintanya Allah kepada kita, banyak kali Allah beri peluang untuk kita hapuskan semua dosa2 tu.

Baaanyak kali. Buktinya?
Read 17 tweets
Aug 9, 2018
Ramai orang usaha menjaga solat dhuha sebab nak murah rezeki. Dan "rezeki" yang ramai orang faham adalah duit, harta benda, cemerlang exam, dan lain-lain.

Salah ke? Tak salah pun.

Cuma, cuba ubah mindset sikit kali ini. Nak ubah apa?
Ubah kepada doa moga Allah murahkan rezeki kita utk jaga solat 5 waktu berjemaah, rajin baca al Quran, rajin bangun tahajud, rajin buat dakwah tarbiah sampai mati, rajin berkhidmat pada mak ayah, selamat dari ideologi sesat seperti liberal, sekular, syiah, £gbt, dan lain-lain.
Ini semua rezeki. Kan?

Kalau kita minta duit, harta, cemerlang exam, etc, insyaAllah kita boleh dapat. Tetapi jaga solat 5 waktu berjemaah, jaga al Quran dan lain-lain BELUM TENTU dapat.
Read 4 tweets
Aug 5, 2018
Tadi saya terjumpa soalan ini. Saya tahu, perkara ni sebenarnya ramai yg menghantui fikiran sebahagian isteri. Keliru, samaada boleh ke tak?

sebelum tu, saya doakan moga sesiapa yang terperangkap dalam loop hole video lucah, dapat kekuatan utk tinggalkan.

#inithreadTS
#Retweet
Beginilah..

1. Menonton video lucah tetap haram, walaupun dah kahwin. Ini asas agama. Kalau tanya kenapa haram, mudah saja. Sejak bila kita boleh tengok aurat orang lain (yang ajnabi)?

Melihat aurat orang yang ajnabi (bukan mahram) memang tak boleh. Walaupun bkn video lucah.
2. Isu ketagih video lucah ini bukan hanya kalangan remaja je, bahkan orang dewasa dan berkahwin pun. Saya selalu uruskan pelajar sekolah yang ketagih video lucah dan onani. Tetapi post/thread kali ini saya khususkan sedikit untuk yang dah berkahwin.
Read 20 tweets
Jul 9, 2018
Nasihat daripada saya yang tak seberapa ini buat pasangan pengantin baru, ataupun yang akan berkahwin dalam masa terdekat,

1. Perbaiki skill komunikasi bersama pasangan.
2. Bersabarlah dengan penuh kesabaran sehingga mampu bersabar dan terus bersabar. Hehe.

Maksudnya apa?
Saya ingat lagi, masa zaman sebelum berkahwin dulu, saya kerap menghabiskan beberapa buah buku berkaitan dengan skill komunikasi, memahami perspektif lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Dan kebanyakkannya adalah buku dari Barat. Hehe. Gambar buku ada di bawah.
Hasilnya, saya berjaya mengarang beberapa bab penting dlm buku saya sendiri iaitu buku Aku Bukan Malaikat 1 & 2. Contoh bab "Betul ke Jodoh dah ditetapkan? (boleh baca di sini "tarbiahsentap.com…/06/betul-ke-jodoh-dah-ditetapkan.ht… ", dll.

Kenapa saya baca buku2 ni?
Read 24 tweets
Jul 1, 2018
KITA PERLU TANGANI ISU KAHWIN BAWAH UMUR

Kisah tular baru-baru ini berkenaan kanak-kanak 11 tahun bernama Ayu yang dikahwinkan, ialah kisah tragis kanak-kanak yang dimangsakan oleh keluarganya sendiri, untuk kononnya keluar dari kesukaran hidup.

#IniThreadTS
#JomRetweet
Bapa kanak2 itu yang bekerja sebagai penoreh getah mengakui bahawa lelaki 41 tahun yang kini menjadi suami anaknya itu adalah majikannya, yang selalu membeli getah daripadanya. Bahkan, dia turut menyatakan bahawa beliau bersetuju untuk...
Untuk membenarkan anaknya dikahwinkan, apabila lelaki 41 tahun tersebut berjanji “akan memberikan kehidupan lebih selesa selepas berkahwin dengan Ayu.” [1]

Justeru, apakah penyelesaian bagi menangani kes-kes seperti ini di masa hadapan?

Sebenarnya di Malaysia, kita mempunyai...
Read 19 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(