Kah!! Hau!! Profile picture
Apr 29, 2018 62 tweets 21 min read Read on X
Harini saya nak story sikit tntg sejarah, koleksi & kontroversi wang Malaysia kita iaitu Ringgit.

PS : boleh jadi rujukan kpd Newbies Numis.
Kah!!
Sebelum mula ini sikit Fast Fact.

Numismatic ialah orang yg suka kumpul duit. Tak kisah duit lama atau baru, dalam atau luar negara asalkan duit. Menabung duit bukan dikira Numis.

Philatelic pula ialah orang suka kumpul setem. Jika setem hasil tak tahu apa status.

Kah!!
Nama Ringgit maksud "bergerigi" iaitu sisi bergerigi yang terdapat pada wang perak dolar Sepanyol yang digunakan secara meluas pd zaman penjajahan Portugis sekitar abad ke-16 & ke-17.
Ada juga kata bila koin tu dipecah 8 ia bergerigi. Sbb tu dipanggil Piece of Eight (8)
This Fact Fact about Silver Spanish Dollar coin as First world currency. Approval & used around the globe. Nowadays is US Dollar. Soon China Yuan/Reminbi under #OBOR
Kah!!
Boleh baca ni tentang asal-usul nama matawang lain di dunia.
Ringgit pun ada sebut.
Sebelum Tanah Melayu merdeka orang dulu guna wang dikeluarkan oleh British.
Korang ada ke duit 1 sen ni?
Mesti korang main Spirit of Coin.
PS : myb simbol UMNO keris berkembar ambil dari duit ni.
Kah!!
Sebenarnya malas nak buka sejarah duit Malaysia zaman penjajah. Ada masa nanti aku buat thread. Ni cerita pasal Ringgit lepas Tanah Melayu merdeka.
Kah!!
Lepas kita merdeka pada 31.8.1957 masih lg guna Dollar & cent sbb Kerajaan baru dibentuk & belum tahu selok belok akta wang.
Lepas 10 tahun pada 1967 baru kita keluar duit sendiri. Tapi masa tu duit kita dicetak di England sbb tiada teknologi sehingga 1970 baru cetak sendiri.
Korang tahu tak kat mana Kilang Duit Malaysia kita?
Ia terletak di Shah Alam. Alamat pi cari sendiri.
Ia cuma cetak koin/syilling saja. Duit kertas masih under England sbb kita bawah negara Komanwel or "Common Wealth"
Jap lg aku citer.
Kah!!
Pada tahun 1966, BNM buat pertandingan terbuka kpd rakyat Malaysia cadang design coin kita. Sama spt kisah Bendera Malaysia : Jalur Gemilang.
Pemenang tersebut usul tema haiwan eksotik mcm Australia. Namun Dewan Parlimen dipilih.
PS : Skrg punya design tak tahu sapa buat.
Berbalik kpd Kilang Duit Koin td, awalnya duit dicetak & dikeluarkan oleh BNM sendiri. Pada era Mahathir ia diswastakan bg Company Mariwasa Kraftangan (jika tak silap dia juga tempa pingat Tan Sri, Datuk/Dato & barang kemas Di-Raja) buat then BNM amik balik tukar nama kpd...
...Royal Mint Malaysia. Ada orang kata Royal Mint Selangor tapi bukan diorang. Maklumat terkini mengatakan company dari Jerman, Giesecke & Devrient (G&D) yg cetak duit syiling skrg ni. Company tu mostly conquer ASEAN. Patut koin Singapura cam lebih kurang besi dia.
Kah!!
Fast Fact

Kita selalu panggil duit besi, Syilling. Mungkin ia berasal dari duit British iaitu Shilling. Spt gmbr ni. Cuma terbalik h & y.
Kah!!

Skrg mari kita masuk siri duit syiling/koin Malaysia.
Jom!!
Syilling/Koin Malaysia Siri 1
Tema : Dewan Parlimen Malaysia.
Keluaran 1971 - 1988

PS : ni proof set langsung tak disentuh.
Sumber : internet.
Kontroversi Koin 50 sen Malaysia siri 1

Ada yg sangka duit terbelah ni apa fungsi?
Mahal/Bernilai ke?
Sebenarnya ia ambil dari design duit British for security feature.
Actually yg TAK TERBELAH tu lah lg mahal. Nanti sy share Keydate Koin tahun mana yg mahal.
Layan dulu info.
Syilling/Koin Malaysia Siri 2
Tema : Permainan Tradisional & Budaya Malaysia
Keluaran 1989 - 2010

Sumber : internet.
Penyahwang/Demonetisasi (#demonetisation) koin RM1 & 1 sen.

Koin RM1 (seringgit) di nyahwang pd 7-12-2005 sbb 2 versi koin berbeza & costing.

Manakala 1 sen di nyahwang pd 1-4-2007 sbb guna sistem bundar kpd 5 sen. Juga sbb costing.
Antara Kontroversi RM1 & 1 sen.

Orang dulu percaya RM1 dibuat dari emas. Sebenarnya dari tembaga. Sbb tembaga makin mahal. Diorang cair kan utk buat jual.
Same goes 1 sen. Nilai besi lg mahal dari nilai muka. Tapi lg panas isu hapus duit ni sbb tk faham sistem bundar.

Kah!!
Satu lg kontroversi 50 sen siri 2

Pada tahun 2004/2005, berlaku lambakan duit palsu 50 sen dipasaran. Nak tahu camna nak kesan/detect?
Ia lebih ringan. Kalau masuk mesin beli air jika susah nak masuk tu lah dia.
PS : masih tak tahu sapa punya kerja. Ada kata kualiti dh 👎
Kah!!
Syilling/Koin Malaysia Siri 3
Tema : Flora & Geometri
Keluaran 2008 & 2011 - sekarang.

Sumber : internet.
Ini adalah jadual Keydate & Semi-keydate koin di Malaysia.

Yg merah itu mahal,
Yg kuning itu boleh juga;
Yg lain biasa2 Uoll,
Yg tak wujud jangan cari gila!

Thanks me later.
Kah!!
Done citer psl Koin Malaysia.
Skrg citer Duit Kertas Malaysia.

Sebelum tu save ni tandatangan/sign Gabenor BNM Malaysia.
WAJIB hafal bg pengumpul tegar!

Fast Fact
Gabenor pertama tak penah sign duit Malaysia sbb dia nak orang Malaysia sendiri sign. Very Salute!

Thanks me now.
Malah penah ada kontroversi sign Aishah tu duit bunian. Simpan boleh beranak. WTF?😂😂
Sebenarnya tu sign Gabenor BNM ke 6 (paling singkat antara semua)

Harap gabenor terbaru yg ke 8 dpt bertahan lama.
PS : dulu Kerajaan kata tak keluar duit baru. Tahu2 sign gabenor baru keluar.
Duit Kertas Malaysia siri 1
Tema : Corak Geometri
Keluaran 1967 - 1983

Sumber gambar : buku numismatik.
Ada 2 versi duit kertas Siri 1
Dari ejaan lama kpd ejaan baru spt...

di-perakukan ➡ diperakukan
gabenor ➡ gabenur
Sa-Puloh, Lima Puloh ➡ Sepuluh, Lima Puluh

Thomas De La Rue & Bradbury Wilkinson nama company kilang cetak duit.
Hbis story psl duit kertas aku citer.
Kah!!
Duit Kertas Malaysia Siri 2
Tema : Artifak Budaya & Warisan
Keluaran 1984 - 1995

Sumber gambar : internet.
Antara semua siri duit kertas Malaysia ni paling cantik design bg aku. Dulu tak silap RM5 penah diundi 10 matawang tercantik dunia.

Juga note RM20 & RM500 diperkenalkan keluaran ni.
Kontroversi RM5 siri 2

Dulu penah dikecam hebat tntg lambang salib/cross kat tiang bendera (lihat gambar di bawah)
Jadi pada era Tun Abdul Razak penah suruh diorang betul balik tiang bendera tersebut.
Jadi ini koleksi TERHAD & mahal.
Duit Kertas Malaysia Siri 3
Tema : Wawasan 2020 & Kebanggaan Malaysia
Keluaran 1996 - 2011

Sumber gambar : internet.
Sob, sob, sedih 😢😢
Wawasan 2020 tak tercapai.
Ada mengatakan tu wang kebanggaan Tun Dr Mahathir 😂😂
Baru nak guna duit tu nilai Ringgit jatuh teruk spt jatuhnya maruah Mahathir then diorang marah Mahathir.
Apa Kah??
PS : keluaran siri 3 dh tiada nama company British kat duit.
Kontroversi duit siri 3 psl sign Aishah (dah terangkan) serta nyahwang (demonetisation) note RM500 & RM1000 sbb elak aliran wang keluar (capital flight)

Sapa ingat lg kes pelancong China dtg Malaysia bawa note RM1k kena tangkap?
Sebenarnya ramai orang kaya bawa lari duit besar.
FYI, duit Singapura & Brunei lg besar dari kita sampai ada note 10,000
Just wow!
PS : katanya Singapura dh demonetisasi duit besar diorang sejak 2012. Note 1000 paling besar.
Betul ke? Ada sesiapa boleh sah kan?
Baru tahu rupanya Malaysia penah join interchangeability agreement 1967 then tarik diri pada era Hussein Onn ke Mahathir Mohamad.
Jika tak mesti kita pun dh ikut maju & kaya spt mereka. Dlm mimpi je lah.
Kah!!
Duit Kertas Malaysia Siri 4
Tema : Keunikan Malaysia
Keluaran 2012 - sekarang

Sumber gambar : internet.
Sebenarnya Siri 4 paling awal dikeluarkan adalah note RM50 (2008) sebab 50 tahun kita Merdeka!
Juga ada logo edisi terhad dibelakang duit tu. Juga sah diperakukan.
Siapa beli awal beruntung.
PS : aku pun ada. Dapat masa cucuk duit kat ATM.
Prefix ZA, ZB,..boleh dikumpul.
Duit Kertas Malaysia Siri 4 agak kontroversi.

Antaranya note RM5 jika ditindih nampak simbol setan/syaitan Baphomet.
Juga jika tindih RM1 (seringgit) mcm nampak simbol Salib/Cross. Entah lah...Malaysia penuh konspirasi.
Kah!!
Juga keluaran Siri 4 lah Najib Razak telah wujud semula note RM20. Tak pasti kenapa Siri 3 ditarik balik. Ada Kah!! Besar kemungkinan PM bakal wujud/keluar semula note RM500 & RM1000?
Kah!!
Kpd Newbies Numis saya sarankan beli buku ni.
Byk info tntg wang Malaysia, Singapura & Brunei. Juga untuk letak harga sesuai ikut pasaran berbanding refer web/ap Mudah harga non-cents. Kah!!
Cuma tak cerita duit kita asal mana.
Meh nak habak sikit.
Duit Koin kita ditempa (coinage) di Shah Alam, Malaysia tapi Duit Kertas kita dicetak di UK, England. Ni lah company yg cetak wang negara Britain & Komanwel (Common Wealth) nya.
Setakat ni sy tahu 2 nama iaitu...
Tapi hasil selidik sy company Wilkinson tu cam dh tk print duit Malaysia lg. Sepenuhnya dicetak oleh Thomas De La Rue.
Siapa dia? Kiranya "Jack of All Trade, Master of None"
Asalnya bisnes dia hanya print Kad Game spt Kad Judi Jack. Bila dpt tender/watikah dari Ratu England...
...dia bukan saja cetak duit negara dia (UK) & Komanwel malah cetak stamp pertama "Black Penny" dan Passport UK sampai harini serta negara lain.
Sbb tu sy sebut dia Jack of All Trade.
Kah!!
Lepas cetak eksport ke Malaysia. Tak tahu camna bisnes duit ni. Cetak duit bayar dgn apa?
Thomas De La Rue tak silap under Bank of England.
Mcm Royal Mint under BNM.

Tapi lepas cetak belum sah lg sbb TIADA NOMBOR SIRI (Serial) yg ibarat no IC duit. Tu BNM yg cetak sendiri sbb nak rekod kan.

Sy tak tahu camna penjual duit dpt yg UNCUT note iaitu duit belum potong.
Ada mengatakan tempat cetak nombor siri kat area Sungai Kajang. Sapa kerja BNM je tahu.

Juga duit dicetak memg belum potong & berlabuh di Pelabuhan Klang. Driver yg bawa kontena duit ke BNM memg keturunan dia saja sbb diamanahkan.
Entahlah.
Tapi Thomas De La Rue hanya cetak WANG KERTAS saja.
Bagi WANG POLIMER (PLASTIK) dicetak di Australia iaitu...
(Memg company ni saja cetak duit plastik setakat sy tahu)
Also the Biggest Controversy among above/all about Ringgit.
Hasil carian sy, Wikipedia & laman akhbar dlm & luar negara ada sebut Skandal Wang Polimer & PM Malaysia (Ahmad Badawi & Najib Razak)
Nah...
Sekitar 2012 - 2015 agak hangat dikatakan surat khabar. The Edge & NST penah masuk tapi bila tunggu berita follow up telah pun disenyapkan oleh perintah Mahkamah Australia iaitu...
Dikatakan pihak akhbar Australia, era Pak Lah (Ahmad Badawi) dpt komisen jika terima tender supply duit dari Australia oleh kroni dia. Skrg Pak Jib pun sama.
PS : note RM1 & RM5 mula era Pak Lah. Mahathir tiada kaitan.
malaysianreview.com/133671/orang-n…
Jadi Pak Lah & Pak Jib masih tercalit skandal duit plastik. Sehingga skrg masih diam. Tu pun dpt perintah Mahkamah Australia.
Patut ramai politikus nk jd PM + Menteri Kewangan. Ada dpt side income rupanya.
(Harap malam tk kena ketuk pintu)
Kah!!
thestar.com.my/news/nation/20…
Seperti biasa perkara tersebut dinafikan & buat tak endah oleh Kerajaan Australia.
Australia kata "bersih"
Kah!!
freemalaysiatoday.com/category/natio…
Dua2 PM Malaysia pun sama asyik nafikan.
Aku terfikir tiap Foreign Direct Investment (FDI) masuk/labur kat Malaysia berapa diorang dapat komisen ehh?
Kah!!
straitstimes.com/asia/se-asia/m…
Sekian saja thread tntg Sejarah, Koleksi & Kontroversi wang Malaysia kita iaitu RINGGIT.
Juga jemput baca thread Evolusi Sistem Wang & Kewangan.
Enjoy...
(Akan ditambah dari semasa ke semasa)
Jika ada salah & silap sy minta maaf sbb Twitter dh post tk boleh edit balik atau patah balik.

Nanti sy akan buat thread psl...
Wang Penjajah Tanah Melayu & Borneo atau Wang Peringatan atau Wang Wang Wang.
Kah!!
Somehow this picture told to true.
From 1st series to 4th series. Then imagine the 5th series Malaysia note.
Who's read evolution of money & financial system knows why.
Kah!!
Ni kisah koin 10 sen 1971
Sebab apa dia mahal sangat?
Kerana banjir besar yg tenggelamkan KL
Boleh rujuk sini.
numiscat.blogspot.my/2015/03/fakta-…
Lupa nak tambah.
Ada mengatakan Logo Bank Negara Malaysia (BNM) seperti gambar Anjing berbanding Kijang. Malah pakar konspirasi Malaysia kata tu simbol Dewa kuno Mesir, Anubis (illuminati detected)
Kah!!
Tapi sebenarnya....
Sudah 50 Tahun Perjanjian Tukaran Matawang (Currency Interchangeability Agreement 1967)
Rugi betul Malaysia tarik diri. Jika masih kekal tak perlu rakyat Malaysia ulang-alik dari Singapura & Brunei sbb gaji lebih tinggi/mahal.
PS : masa tu era TAR not Hussein or Mahathir 🙏🙇
Asalnya Singapura ajak Brunei & Malaysia join buat trilateral trade agar dapat saing dagangan dunia. Namun tak tahu kenapa Tunku Abdul Rahman tak berminat. Mahu eksport sendiri katanya. Jadi tinggal dua negara buat bilateral trade.
Skrg Malaysia ditahap mana (uhuk under UMNO/BN)?
Sebenarnya Malaysia boleh saingi Singapura serta naik semula ekonomi jika sertai projek Terusan Segenting Kra dgn Thailand & China.
FYI mana negara terikat projek #OBOR perlu buat bilateral trade guna YUAN or Renminbi China.
Well soon China conquer Economy.
See World Currency.
Maaf lupa nk masuk note RM2 Siri 3
Sign kat tepi pun ramai orang cari termasuk aku.
Kontroversi note 2 bukan pd ringgit tapi 2 dollar bill Amerika.
Katanya ada "hantu" dlm bill berbanding lukisan asal Declaration Independence Sign. Baru aku tahu.
PS : kenapa duit kita sama warna?
Kpd bro @faris_safei
Note SGD 10k, 1k & 2 Dollar masih digunakan lg ke kat Singapura?
Juga bro tahu ke tntg Perjanjian di atas tu?👆
Mohon pencerahan dari yg bekerja di Singapura.
Ini kisah ringkas setiap Gabenor BNM yg pertama (1) hingga ke lapan serta tandatangan/sign nya.
Kah!!
Sebelum tahun 1993, simbol Ringgit di tanda harga (price tag) adalah $ or M$ sebelum ditukar kpd RM (Ringgit Malaysia)
Kenapa Brunei pun guna word Ringgit?
Entah! Aku bukan orang Brunei & belum penah/sampai/jejak Brunei.
Kah!!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Kah!! Hau!!

Kah!! Hau!! Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(