Adilla Azam Profile picture
May 4, 2018 33 tweets 26 min read Read on X
Good Morning!
Hari ini kita borak mengenai #Felda

#Pahang mempunyai jumlah tanah rancangan Felda terbanyak.

Felda pertama di Malaysia ada di #Bilut #Bentong

Generasi pertama peneroka Felda ada 112,000 dan kebanyakkannya sudah tua dan bersara. #MalaysiaMemilih #HogohUndi
Contohnya macam acik-acik di atas, Halimah Haji Husin dan Maimunah Mat Yaman, 82, dari Felda Lembah Klau, #Raub.

Mereka dah berjiran lebih 50 tahun. Anak-anak sudah berpindah dan bekerja di KL.

#MalaysiaMemilih #HogohUndi
Terdapat 54 kerusi #Parlimen, 92 #DUN yang terletak di kawasan Felda.

Daftar pemilih terkini menunjukkan 570,000 pengundi baharu terdiri daripada warga #Felda.

Lima kawasan #Parlimen dengan pengundi #Felda tertinggi: #Rompin #KualaKrau #Jempol #KotaTinggi #Pengerang
Di Pahang, 27 dari 42 kerusi #DUN dan 12 dari 14 kerusi #Parlimen berada dalam kawasan penempatan #Felda.

Di kawasan seperti #Bera #Bentong #Jerantut #Lipis #CameronHighlands pengundi #Felda memainkan peranan dalam menentukan keputusan. #MalaysiaMemilih #HogohUndi
Generasi pertama #Felda kebanyakkannya pro #BN tetapi bilangan mereka semakin berkurangan atas faktor usia.

Disebabkan itu sekarang kita banyak mendengar tentang kuasa generasi kedua dan ketiga. #MalaysiaMemilih #HogohUndi
#PRU13 #BN #Pahang hilang satu kerusi #Parlimen dengan jumlah pengundi #Felda yang ramai iaitu #Raub. Di #Terengganu, #Dungun turut jatuh.

Di #Bera, 40% pengundi orang #Felda. Sejak 1999, DS Ismail Sabri menang bergaya di #Bera tetapi pada #PRU13 majority undi hanya 2,143
Sementara itu bagi kerusi #DUN di kawasan #Felda, #PH memenangi kerusi DUN #Triang di #Raub dan #Sabai, #Ketari dan #Bilut di #Bentong.

Kali ini #PRU14 #PPBM menjadi pemacu usaha #PH menawan lebih banyak kerusi #Felda
Disebabkan itu di #Pahang banyak ceramah dan jelajah Tun M dibuat di kawasan #Felda.

Kebanyakkan generasi kedua #Felda yang masih tinggal di kampung rasa terabai. Seolah-olah tiada perancangan untuk masa depan mereka. #MalaysiaMemilih #HogohUndi
Rata-rata peneroka yang mengusahakan tanah dan menjual sawit kepada #Felda dapat bayaran lambat.

Mereka kata dahulu boleh dapat sebulan dua kali tapi dah lebih setahun bayaran dapat selepas 5-6 minggu hasil dijual. Pendapatan pun tak banyak rata-rata RM900 #MalaysiaMemilih
Selepas tu isu perumahan generasi kedua. Setakat 2017, lebih 8,000 dibina tetapi projek dihentikan atas beberapa sebab:
1) kebanyakkan generasi kedua tak mampu buat pinjaman bank/tak ada slip gaji
2) masalah dalaman kontraktor/pemberian tender baru/tukar kontraktor/kes mahkamah
Mengapa rata-rata tiada slip gaji dan tak mampu? Kita kembali pada isu pekerjaan dan pendapatan.

Hasil pertanyaan, rata-rata akui memang banyak kerja di #Felda tetapi kualiti dan jumlah pendapatan yang kurang.

Tahap pendidikan pun menyebabkan ramai tak boleh buat pembaharuan.
Ada yang berjaya di kampung, selain usahakan ladang, buka perusahaan lain: petani moden, ternak binatang, homestay dan kedai runcit.

Di ekstrim lain, ada yang terlibat gejala sosial sampai jadi penagih dadah. Maka isu generasi kedua ketiga ni kompleks. #MalaysiaMemilih
Cakap pasal daftar pemilih la, jumlah generasi kedua dan ketiga ni semakin meningkat. Ratio jumlah berbanding generasi pertama adalah 2:1

Dalam ada yang setia dengan #Felda, ramai yang kecewa kerana Felda seakan tiada perancangan masa hadapan Felda supaya tak sekadar ladang
Kalau ikut Pelan Transformasi Luar Bandar yg Ismail Sabri pernah sebut, di semenanjung fokus pada infrastruktur dikurangkan supaya boleh bagi perhatian pada pembangunan modal insan.

Lebih latihan, peluang belajar, jadi usahawan supaya mereka tak perlu ke KL untuk berjaya.
Ini katanya hendak dicapai pada 2030. Pada 2050 pula, ada ’reverse migration’.

Balik pada #Felda, adakah wujud pelan jangka masa panjang seperti ini untuk mereka? #MalaysiaMemilih #HogohUndi
kata memahami demografi pengundi #Felda pada #PRU14 ni macam dua MLM berebut downline. Generasi pertama yang makin sedikit beri ruang pada penambahan generasi kedua (satu famili, 4 anak) di Felda yang lebih tua generasi ketiga dah capai umur boleh mengundi.
Mana-mana parti yang boleh meyakinkan generasi kedua dan ketiga ini akan masa hadapan lebih baik boleh menentukan keputusan #PRU14. Jika ada ’swing’ di #Felda banyak status quo berubah. Disebabkan itu kali ini, rata-rata calon di #Pahang adalah anak/cucu peneroka. #MalaysiMemilih
Dan dalam memahami struktur keluarga #Felda boleh ambil contoh terdekat keluarga saya sendiri dalam tujuh adik beradik Ayah, enam tidak tinggal di #Koyan lagi dan hidup selesa di #KL #Perak #Melaka. Kebanyakkan berpendidikan tinggi dan anak-anak mereka 70% lepasan uni.
Dalam tujuh adik beradik ni rata-rata ada fahaman politik berlainan. Masa Raya, over rendang itik Raub, tiada perbincangan pasal 1MDB, namun masing-masing ada pandangan sendiri.

Menarik kalau ada kajian mengenai pemikiran generasi kedua ketiga #Felda ni untuk lebih faham.
Kalau ada generasi kedua, ketiga #Felda di sini, wakil rakyat bagaimana anda mahu dan perubahan apa di #Felda anda ingin lihat. #MalaysiaMemilih #HogohUndi
Pasal perumahan, ini contoh rumah yang masih dalam status pembinaan sejak bertahun-tahun lalu. Ini di Jengka 8. Pembinaan dihentikan sementara kerana ia kes mahkamah.
Kalau ikut penduduk tempatan, kawasan belakang rumah-rumah tu ada penempatan penagih dadah yang terdiri dari orang tempatan juga.

Ada yang kata, isu generasi kedua dan ketiga ini juga berkait sikap. Tetapi nak betul-betul faham, kena ada data. #MalaysiaMemilih
Ada seorang saya interview, generasi kedua #Felda, pegang jawatan tinggi kerajaan.

Pada dia kena ada usaha untuk membangunkan modal insan generasi kedua ini. Kalau tak pindah ke KL pun, menerusi perusahaan boleh hidup senang.

Tapi kena ada ilmu & bimbingan.
Dia turut gesa anak2 Felda yang dah berjaya di luar - ada jadi jutawan, tokoh koperat, selebriti, etc - untuk pulang berbakti pada Felda.

Macam-macam cara dari isu pendidikan, geran, aktiviti lapang, sampailah ke mentorship. #MalaysiaMemilih
Bayangkan kalau setiap anak Felda yang berjaya ambil seorang anak Felda dari kampung yang ada potensi sebagai protege atau intern di tempat mereka bekerja?

Katanya usaha meningkatkan literasi ada dibuat Felda di peringkat akar umbi tapi boleh diperbaiki. #MalaysiaMemilih
Dikalangan generasi kedua dan ketiga Felda ada yang pro #BN ada yang pro #PAS ada yang pro #PH. Nak faham kenapa, kena buat kajian. 😬

Pada masa yang getir macam ni, sentimen dan perasaan boleh mengubah kesetiaan bila dah di depan kertas undi nanti. 9hb kita tengok macam mana.
Saya suka share info di media sosial sebab boleh dapat cerita dari orang lain. Salah seorang follower DM untuk kongsi cerita apa yang berlaku di #Felda. Dia generasi ketiga macam saya.

#MalaysiaMemilih #HogohUndi
”Straight to the point

Soal belia. Ada sesetengah felda, belia dia bagus?

Contoh tmpt saya merupakan antara belia felda terbaik dia malaysia dan merupakan salah satu pemenang geran Felda.

Dari pandangan org luar nampak berjaya hakikatnya tidak.” #MalaysiaMemilih
”Felda banyak beri sumbangan pada belia ni. Felda wilayah beri sumbangan benih pertama utk diusahakan. In the end hasil daripada benih tu tak nampak. Belia tu dtg lagi kt felda minta lagi sumbangan benih kedua. Tak dpt. Then projek agro ville itu terhenti.”
”Seterusnya felda bagi bagi peluang utk projek ikan air tawar. Bagi sumbangan. Tp still benda sama berulang. Akhirnya projek tu dipajak. Org atasan pelik usahawan jenis apa ni. Macam mana boleh menang antara belia terbaik.” #MalaysiaMemilih
”So kat sini nampak la kekurangan mentorship dan isu ketidaktelusan termasuk sistem management itu sendiri

Kenapa ketidaktelusan, okay kita berkait dgn point pertama tadi. Soal audit kewangan projek ikan, dan pertanian benih dimanipulasi.” #MalaysiaMemilih
”Belum lagi isu tanah haram, tanah ceroboh, penternakan boleh bela sehingga 100 ekor lembu tapi bila ada request dari hotel mereka tak mampu tunaikan. Kt sini penternakan mahal kambing boer, ikan sturgeon tp bila dah takde kambing, or ikan ni, terus tutup bisnes tu.”
”Itu je setakat ni, saya bkn nak buka aib belia tersebut cuma saya nak ckp usaha felda tu dah ada, dah bagi tp maybe silap pada org yg handle paper” -end-

Ini antara salah satu perkongsian cucu peneroka. Kalau anda ada cerita nak kongsi boleh reply/quote tweet.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Adilla Azam

Adilla Azam Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AdillaAzam

May 1, 2018
Afternoon warga #Pahang!
Hari ni kome ke #Jengka untuk sebahagian liputan #Felda.

Pahang ada jumlah peneroka paling ramai dan kawasan Felda terbanyak di Malaysia. Selama ini orang Felda menyumbang kepada faktor negeri ini dianggap kubu kuat #MalaysiaMemilih
Persoalannya, adakah #Felda masih lagi kubu kuat #BN?

Fact 1: 12/14 kerusi Parlimen dan 27/42 kerusi negeri #Pahang ada kawasan #Felda

Fact 2: Peneroka gen pertama berumur 65tahun ke atas. 80% penyokong #BN tetapi generasi kedua & ketiga? Mereka lebih ramai #MalaysiaMemilih
Di antara 27 kerusi negeri #Pahang, semua dimenangi #BN kecuali DUN #Bilut #Ketari #Sabai di #Bentong dan #Triang di #Bera. Ini adalah perkara baru.

Namun kita lihat juga populasi bangsa di sini. Triang, Ketari, Sabai dan Bilut adalah mixed seats. #MalaysiaMemilih
Read 12 tweets
Apr 21, 2018
#KualaTahan Ini apa yang menimpa penduduk Kuala Tahan pada 13 Mac lalu. Mereka rata-rata adalah pengusaha pelancongan dan risau kesihatan dan perniagaan terjejas kerana pencemaran air. #Pahang #MalaysiaMemilih #HogohUndi
#KualaTahan Puncanya? Pembalakan yang berlaku berdekatan dengan empangan takungan air yang menjadi sumber air untuk lebih 1,000 penduduk di sini. Pada hari kejadian, penduduk dan pelancong sama-sama tak mandi. Kedai-kedai makan tutup.
#MalaysiaMemilih #HogohUndi
#KualaTahan Bila hujan, air lumpur dari kawasan pembalakan mengalir ke empangan. Walaupun pembalakan itu sah, penduduk Kampung rasa ia terlalu berleluasa dan merosakkan alam semulajadi.

Selepas kejadian itu, penduduk ada sesi dialog dengan kontraktor balak & pejabat hutan
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(