1 Mei 2018
Pada jam 22:32 kertas undi pos saya telah dihantar ke FedEx di Shah Alam, Malaysia.
2 Mei 2018
Pada jam 20:21 kertas undi tersebut sudah dalam perjalanan.
3 Mei 2018
Pada jam 14:07 saya terima sms memaklumkan kertas undi tersebut akan sampai di London pada 4 Mei 2018
Pada sekitar jam 23:00 malam saya periksa tracking number di website FedEx. Kertas undi tak dapat dikenalpasti.
4 Mei 2018
Kertas undi masih tak dapat dikenalpasti menerusi website FedEx. FedEx juga tidak dapat dihubungi dengan telefon.
5 Mei 2018
Menerusi website FedEx, kertas undi tersebut didapati masih di Sepang, Malaysia. Jangkaan masa sampai ke London masih tidak ada.
Kesimpulan: 1. Servis “FedEx International Priority” mengambil masa 5 HARI untuk sampai ke Sepang dari Shah Alam.
2. 4 hari sebelum hari mengundi pada 9 Mei 2018 tamat, dan cuti hari buruh di UK pada 7 MeI, saya jangkakan kertas undi saya tak akan sempat sampai ke kotak undi.
Persoalan:
1. Apa yang berlaku bila lokasi kertas undi saya tak dapat dikenalpasti selama dua hari (3-4 Mei 2018)?
2. Apakah tindakan melengah-lengahkan penghantaran kertas undi ini disengajakan?
3. Atas sebab apa saya DAN RAMAI LAGI rakan-rakan saya melalui perkara yang sama, sekaligus menidakkan hak kami sebagai pengundi yang sah untuk mengundi?