kwanul Profile picture
May 6, 2018 30 tweets 7 min read Read on X
Okay, harini abang nak ajar macam mana untuk membuang undi, dan perkara yang perlu diambil perhatian. Jika ada salah, mohon betulkan dengan sumber rujukan.
1. Pada hari mengundi, pergi lah ke pusat mengundi yang telah ditetapkan. Taktau dekat mana korang kena buang undi? Boleh semak di pengundi.spr.gov.my
2. Pastikan anda datang awal atau pada waktu yang munasabah untuk membuang undi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Bawa bersama kad pengenalan anda!
3. Pastikan berpakaian sopan, dan tidak memakai pakaian yang ada logo atau lambang mana-mana parti politik. SPR hanya meletakkan undang-undang melarang pemilih untuk memakai pakaian yang mempunyai logo atau lambang mana-mana parti politik di dalam pusat mengundi.
4. Dah sampai di pusat mengundi, tunjukkan kad pengenalan anda kepada pegawai yang bertugas. Seterusnya ikut arahan pegawai bertugas dan beraturlah di saluran anda untuk buang undi.
5. Masuk di kawasan buang undi, tunjukkan kad pengenalan kepada petugas SPR.
6. Seterusnya petugas SPR akan memeriksa jari di tangan anda jika terdapat kesan dakwat. Jika tidak, petugas akan mencalit dakwat kekal yang menandakan anda telah hadir untuk buang undi dan nama anda akan dipotong.
7. Seterusnya anda akan diberi dua (2) kertas undi. Pertama ialah untuk Calon Parlimen. Kedua ialah untuk Calon DUN.
8. [PENTING] A. Pastikan anda berhati-hati ketika menerima kertas undi tersebut agar tidak terkena dakwat yang dicalit sebentar tadi.
B. Pastikan dakwat di jari anda sudah benar kering jika anda ingin menggunakan jari tersebut untuk memegang kertas undi.
C. Pastikan di kertas undi anda terdapat Cop SPR, No. Siri, Nama Calon, Lambang Parti dan Ruang Kotak.
D. Pastikan kertas undi anda tidak koyak atau dicemari apa-apa contengan ataupun titik ataupun tulisan.
E. Pastikan petugas SPR tidak mencatat nombor siri kertas undi anda. Peraturan pilihan raya umum telah dipinda pada tahun 2006, untuk tidak membenarkan petugas SPR mencatat nombor siri kertas undi, bagi mengekalkan kerahsiaan pemilih.
F. Jika anda ragu dengan kertas undi anda, rujuk semula dengan petugas SPR, dan jika perlu membuat pembetulan, pastikan anda mendapat cop SPR selepas membuat pembetulan.
9. Selepas mendapat kertas undi, bergerak ke kawasan menanda kertas. Tanda pangkah ❌ untuk memilih calon. Pastikan anda membuat simbol pangkah di dalam kotak sebelah kanan lambang parti.
10. [PENTING] A. Pastikan anda membuat pangkahan yang betul.
B. Jenis undi yang dibuang terbahagi kepada 3 iaitu Undi Diterima, Undi Ragu dan Undi Ditolak.
C. Undi yang diterima ialah pangkahan dalam kotak yang memenuhi 2/3 saiz kotak.
D. Undi ragu ialah pangkahan yang memenuhi kurang 2/3 saiz kotak, atau apa-apa tanda atau simbol selain pangkah dalam kotak. Undi ragu masih boleh diterima, bergantung kepada perbincangan SPR dan wakil parti.
E. Undi ditolak ialah apa-apa tanda atau simbol lucah atau perkataan atau ayat sensitif dalam atau luar kotak; atau apa-apa contengan, tanda, simbol di atas kertas undi. Undi rosak tidak akan diterima.
F. Jika anda membuat kesilapan ketika menanda kertas undi, dapatkan kertas undi yang baru dari SPR atau dapatkan cop SPR jika membuat sebarang perubahan. Walaubagaimanapun, pemilih hanya dibenarkan untuk menukar kertas undi sekali sahaja.
11. Selepas selesai menanda kedua-dua kertas undi, buang kertas undi anda ke dalam kotak undi. Kertas undi calon Parlimen ke dalam kotak Parlimen. Kertas undi calon DUN ke dalam kotak DUN
12. Keluar dari kawasan buang undi dan boleh selfie dengan hashtag done menjalankan tanggungjawab.
PERKARA YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN KETIKA PROSES BUANG UNDI BERLANGSUNG.
1. Kerani pengundian mempunyai pen ketika proses buang undi berlangsung. Hanya kerani pengundian pertama sahaja yang dibenarkan untuk membawa pen. Kerani kedua dan seterusnya adalah TIDAK dibenarkan.
2. Kerani pengundian terlepas pandang langkah. Contoh: tidak memotong nama atau tidak mencelup jari pemilih ke dalam dakwat kekal.
3. Kerani pengundian tidak memeriksa maklumat pemilih dan tidak menyebut nama pemilih secara lisan atau menyebutnya secara tidak jelas.
4. Kertas undi tidak bersih, mempunyai kotoran atau titik atau koyak. Pemilih berhak untuk meminta kertas undi yang baru dan bersih.
5. Kerani pengundian membuat apa-apa catitan ke atas kertas undi atau salinan nombor siri atau di mana-mana sahaja, kerana mempunyai pen atau pensel.
Sumber:
1. Simulasi pilihanraya umum, modul kenegaraan, PLKN 2014
2. Simulasi pilihanraya umum, modul kenegaraan, UiTM 2017
3. Berita Harian: bharian.com.my/berita/nasiona…
CONTOH UNDI RAGU YANG BOLEH DITERIMA
CONTOH UNDI ROSAK YANG DITOLAK
Video penerangan mengenai kertas undi, oleh @vinpeaceman

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with kwanul

kwanul Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(