Went to PACA (Polling & Counting Agent) training last night and banyak benda baru aku dapat, terutama sekali pasal macam mana nak tanda kertas undi yg sebenarnya.

INI ADALAH THREAD! (ecececeh nak jugak)
Kalau korang perasan, ramai sangat yg share cara yg betul untuk pangkah kertas undi. Tapi korang sure ke benda tu sahih?
Ramai share yang ini. Sebenarnya, tk necessary pun untuk tanda betul2 penuh kotak tu. And even undi terkeluar sikit dari kotak, biasanya CA boleh argue masa proses pengiraan undi nanti. (kecuali CA tu berbayar and dgaf pasal ni)
"So nanti kena buat tanda X je ke yg undi akan diterima?"

Nope nope nope. Aku pun baru tahu benda ni. Kalau korang yg dah tau, abaikan lah. Untuk nubies macam aku, bagi aku benda ni penting!

Ajomm tgk next tweet
Simbol yang diterima pada kertas undi (based on SPR guideline)

✔️

⭕️
.
*

Simbol selain ini, TAK DITERIMA termasuklah TULISAN & LUKISAN

Harap maklum!
"Kalau saya salah tanda (bukan tanda di peti undi) undi saya rosak ke?"

TIDAK!

Ini adalah contoh kertas undi.

1st column: Nama Calon
2nd column: Simbol Parti
3rd column: Petak Undi
Contoh kertas undi yang boleh diterima. Nampak macam undi rosak bukannnnn?

Tapi sebenarnya tidak ya. Ini masih diterima! Sebab apa?
Kalau korang perhati betul2 gambar tu, semua di tanda pada bahagian calon yg sama.
Sebenarnya, korang boleh tanda undi korang dengan menggunakan simbol yang aku cakap tadi within area yg aku highlight dengan warna merah tu!

Tak kisahlah korang nak tanda dekat nama calon atau lambang parti atau petak kosong atau ketiga2 nya!
Yang jadi undi rosak bila korang buat macam ni:

Alah ada gambar terbalik pula hmmmm
So, berdasarkan gambar tersebut, nakpak tak kenapa undi tu rosak/ditolak/tak diterima?

1. Tanda terlalu besar sampai dua2 calon ditanda
2. Tanda pada belakang kertas undi
3. Tanda di luar petak undi
4. Ada perkataan (eg nama) *elakkan perkataan!
Haaa tengok tu. Siap melukis lagi. Ada rumah lah, orang lidi lah. Ada nama lah. Bodoh pun ada juga.

Mohon JANGANNNNN tulis perkataan dan melukis ya! Hanya tanda menggunakan simbol yang dibenarkan!
Haa lepastu jangan memandai pulak engkorang pegi koyak/ceraikan kertas undi tu pulak. Kang jadi pulak undi rosak!

Eh ada pulak yg tak tanda apa2 langsung. Eh dah tu buat apa datang hmmm
So lagi sekali aku nk ingatkan, JANGAN MELUKIS DAN MENULIS PERKATAAN PADA KERTAS UNDI!

Dan tanda hanya pada kawasan satu parti sahaja! Jangan dedua parti engko pergi tanda. Satu je!
Korang mesti ada nampak benda ni berlegar di fb/whatsapp.

Ya, benda ni sahih. Kan aku cakap tadi, tak semestinya korang k na tanda X je.

Contoh ada tanda '.' pada petak BN. Undi itu dh kira diterima!
Sebenarnya korang nak tanda PKR tapi korang tak perasan pun yg petak untuk BN dah di tanda so korang pun tanda la dekat PKR. Dah tk memasal jadi undi rosak sebab korang tanda dua parti 😕
MAKANYAAAAAAAAAA check betul2 kertas undi yang korang dapat tu tau. Bila korang dapat kertas undi yg macamtu, minta kertas undi yang baru! #saynotoundirosak !
Dan kami dimaklumkan untuk PRU14 ni, KEMUNGKINAN, kertas undi akan di cop. Sebelum ini ditindik/punch. Aku pun tktau la macam mana kejadiannya sebab aku tak pernah mengundi 😂

So, bila dapat kertas undi dari kerani no 3, JANGAN LIPAT KERTAS UNDI!
ini kemungkinan sahaja!

Kenapa jangan lipat? Sebab takut nanti stamp ink tu tk kering lagi, lepastu korang lipat so akan jadi bertanda dekat kertas undi tu.
Pastikan kertas undi itu bersih dari segala kekotoran sebelum menanda okay :)

lagi elok kalau korang bawak pen sendiri untuk tanda kertas undi. yela kita taktau taktik kotor apa yg akan digunakan. manatau diorang sediakan pen yg dakwat boleh hilang bila kering ke? kita tak tau
nak guna pen sendiri, pastikan pen tu dakwat kering. sebab pen dakwat basah ni, takut bila tak kering lagi pastu korang lipat pastu jadi double bertanda.

dah jadi undi rosak 😕😕😕😕😕
kani juga dimaklumkan bahawa ada kertas undi yang tak sama jenis.

Contoh:
Dekat kotak BN, kertas tu kertas biasa yg memang kertas
TAPI
Dekat kotak PKR, kertas tu kertas lilin/wax paper/kertas licin
kertas yg licin ni kadang dakwat pen mana nampak and almost tk lekat pun. so, sebelum korang tanda, pegang dulu bahagian yg korang nak tanda tu. Kalau rasa licin2 je, haaaa mintak kertas undi baru!

Macam2 boleh jadi guys. Prevention better than cure.
aduh aku lupa apa lagi nak tweet 🤦🏻‍♀️ jap aku ingat balik.

btw, susah rupanya nk buatvthread ni rupanya hmmm
Ouh aku rasa itu sahaja. Kalau ada, nanti aku tambah.

So, selamat mengundi semua! Jangan lupa, Pilih Biru Muda 🙊

#PulangMengundi #PRU14 #PilihBiruYangLebihMuda #KitaMestiMenang
Thank you yg retweet! Teruskan RT tweet ini! Kita ada masa kurang dari 48jam je lagi. Ayuh!!!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🔺𝐒𝐄𝐋𝐋𝐘 🇲🇾 | ˇܫˇ

🔺𝐒𝐄𝐋𝐋𝐘 🇲🇾 | ˇܫˇ Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(