'Umar al-Khattab syahid ditikam oleh seorang Majusi bernama Fairuz (atau Abu Lu'lu'ah) ketika beliau sedang mengimamkan solat Subuh bersama para sahabat.
Ketika bangkit dari rukuk rakaat kedua, Fairuz melompat dari tempat persembunyiannya dan menikam 'Umar di perut dengan sebilah pisau bermata dua. 'Umar serta-merta pengsan selepas ditikam.
Fairuz cuba melarikan diri namun dapat ditangkap oleh para sahabat. Itu pon setelah dia berjaya menikam dan mencederakan beberapa orang sahabat yang lain. Bagi mengelakkan dihukum, Fairuz telah membunuh dirinya.
'Umar diusung ke rumahnya oleh beberapa orang sahabat. Sedangkan para sahabat yang lain menghabiskan solat mereka sebelum pergi menziarahi 'Umar.
Sila ambil perhatian poin ni sebab karang akan jadi pengajaran. Ehe.
Setelah beberapa ketika, 'Umar terjaga dari pengsannya. Anda tahu apa yang terpacul dari mulutnya?
"Bedebah mana yang tikam aku??"
Atau
"Teruk mana kecederaan aku?"
Atau
"Aduuuhh sakitttnyaaa!"
Semua pon bukan.
Tapi yang terkeluar dari lisannya ialah:
"Sudahkah kalian menyudahkan solat?"
ALLAHU AKBAR!
'Umar kemudiannya meminta agar dibawa untuk berwudhu' agar beliau dapat melangsaikan solatnya.
'Umar akhirnya syahid daripada luka tikaman tersebut.
Apa ibrah dan hikmah yang saya nak sampaikan?
Lihatlah bagaimana para sahabat amat mengambil berat tentang HUBUNGAN MEREKA DENGAN ALLAH hatta dalam keadaan yang sebegitu genting!
MashaAllah!
'Umar bukan orang kebiasaan, bukan rakyat marhaen. Tetapi seorang khalifah kepada sebuah empayar Islam yang sangat berkuasa.
Takkan beliau tak sibuk? Takkan beliau tiada urusan penting untuk disegerakan?
Semua itu tidak menjadikan beliau lalai dari menyempurnakan solat!
Begitu juga dgn para sahabat yg lain. Tatkala si khalifah mereka ditikam, amirul mu'minin mereka cedera parah, mereka tetap pastikan agar solat mereka disempurnakan dahulu.
Kerana mereka tahu, si Khalifah ada Allah yang menjaganya! Maka mereka kena jaga hubungan dengan Allah!
Nah, siapa kita untuk beralasan...
"Alah aku busylah. Nanti-nantilah aku solat, bukannya aku tak solat!"
"Isshh kejap kejap. Ada benda urgent nii. Kau gi solat dulu!"
"InshaAllah Allah faham je dengan kesibukan aku ni. Benda mustahak ni!"
Untuk tidak menyegerakan solat?
Bilamana seorang khalifah yang sedang nazak pon, perkara pertama yang keluar dari mulutnya ialah solat??
Allah Allah!
Solat ialah talian hayat kita dengan Allah. Solat ialah tanda taabud kita pada Allah. Solat ialah surat chenta kita kepada Allah!
Di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, ayuh kita bermuhasabah sejauh mana kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Bilakah masanya yang paling baik untuk memperbaiki ibadah dan iman kita kalau bukan di bulan Ramadhan ini??
Jagalah hubungan kita dengan Allah, nescaya Dia akan sentiasa menjaga kita! 😊✨
Nota: Sumber kisah 'Umar al-Khattab RA adalah daripada ceramah Sheikh Dr @YasirQadhi
Malcolm X dilahirkan pada 19 Mei, 1925 di Omaha, Nebraska, Amerika. Beliau merupakan anak keempat dari lapan orang adik-beradik kepada pasangan Encik Earl Little dan Puan Louise Little.
Malcolm X (nama sebenarnya Malcolm Little) telah melihat dan merasakan sendiri prejudis dan sikap rasis orang kulit putih terhadap bangsanya, apabila ayahnya sendiri dibunuh oleh puak pelampau kulit putih (Klu Klax Klan) ketika usianya 6 tahun.