Berhenti merokok adalah satu proses perubahan gaya hidup (behaviour change). Prosesnya agak sama dengan bila kita ambil keputusan untuk diet, bersenam, makan ubat, nak jadi lebih baik dan sebagainya.
Ahli psikologi kata, ada 6 fasa bila kita dalam proses untuk berubah.
1. PRE CONTEMPLATION - waktu ini kita tak terfikir pun nak berubah. Tak rasa nak berhenti rokok. Tak rasa gemuk itu satu masalah. Rasa makan ubat tu tak penting.
Kalau ada kawan yang fasa ini, encourage dia untuk explore masalah dia sendiri.
2. CONTEMPLATION - Ini fasa atas pagar. Orang tu ada niat untuk berubah. Niat untuk berhenti rokok tapi tak tahu bila. Belum ada tarikh.
Tapi dah mula sedar yang merokok itu bahaya dan penting untuk dia berhenti.
3. PREPARATION - Fasa ini, kita dah ada plan untuk ubah. Dah ada tarikh untuk berhenti rokok dalam masa terdekat. Waktu ini kita akan mula baca tips-tips berhenti merokok, di mana nak dapatkan rawatan dan sebagainya.
4. ACTION - Ini fasa berubah. Kita berhenti hisap rokok. Dapatkan rawatan. Masa ini kita juga berazam untuk tidak lagi merokok.
Pada masa yang sama, ramai orang tinggalkan habit buruk dan ganti dengan amalan yang lebih baik. Mula amalkan gaya hidup sihat dll.
5. MAINTENANCE - Ini fasa yang agak berat. Fasa maintain tinggalkan habit buruk untuk sekurang-kurangnya 6 bulan. Pada masa yang sama, sentiasa plan untuk berhenti terus sampai bila-bila.
Kalau sampai fasa ini, ucap tahniah pada diri. Tapi perlu hati-hati juga.
6. RELAPSE - kalau tak hati-hati, lepas maintenance kita boleh terjebak semula. Bila relapse, ramai down dan akan kembali ke fasa 1. Jika relapse, harus kuatkan semangat. Relapse adalah proses berubah. Jangan putus asa.
Kenalpasti trigger relapse. Dan cuba elak.
Majoriti orang akan hadapi fasa-fasa tersebut jika ingin berubah ke arah lebih baik. Jangan risau sangat jika gagal. Cuba dan cuba lagi. Perubahan ini satu proses yang panjang. Semoga berjaya!
Nicotine Replacement Therapy (NRT) adalah salah satu bantuan yang baik untuk bantu perokok berhenti merokok. Tapi, nak guna pun perlu tahu cara yang betul. Ada beberapa jenis NRT yang boleh digunakan ikut kesesuaian dan keselesaan.
Follow thread ini.
NRT gunanya untuk bekalkan nikotin kepada badan. Biasanya perokok dapat nikotin melalui rokok. Bila nikotin kurang, perokok akan dapat 'withdrawal'.
Nak kurangkan withdrawal, boleh guna NRT. Kajian kata kadar berjaya berhenti rokok adalah dua kali ganda jika guna NRT.
Anggaran masa untuk guna NRT adalah selama 8-12 minggu. Guna lebih 12 minggu pun boleh. Kalau belum nak berhenti, NRT boleh kurangkan jumlah rokok sehari.
Ada 4 jenis NRT wujud di Malaysia. Biasanya seorang guna 1 jenis sahaja. Tapi kalau tegar sangat, boleh combine 2 jenis.
Cabaran utama berhenti merokok adalah simptom-simptom withdrawal. Penting untuk perokok yang ingin berhenti bersedia dengan cabaran ini supaya dapat bersedia fizikal dan mental.
Simptom withdrawal yang biasa adalah:
1. Hilang mood atau murung (<4 minggu)
2. Gangguan tidur. Tidur malam kurang lena dan resah (<2 minggu)
3. Cepat marah. Selalu sentap dan naik angin (<4 minggu)
4. Hilang fokus. Sukar beri tumpuan (<2 minggu)
5. Resah dan gelisah. Sentiasa rasa tak keruan (<4 minggu)
6. Selera makan bertambah. Berat badan pun. Perlu jaga-jaga (>10 minggu)
7. Sembelit. Rasa tak seronok untuk membuang. (>4 minggu)