Ini thread pasal fahaman asas tentang kemurungan (depression). Kalian kena tahu bezakan kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression) #MedTweetMY
Selepas peristiwa yang menggoncang jiwa, kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
1. MINUM AIR SECUKUPNYA
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. ELAK KOPI & TEH UNTUK SAHUR
Kopi/teh adalah bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
Anak, atau adik kau orang ada banyak anak patung atau binatang mainan tak di rumah? Kalau ada, baca thread ni, supaya tak kena “gangguan” macam aku kena
Suatu malam, dalam jam 2 pagi, tekak aku haus bukan main. Jadi aku pun turun ke dapur.
Masa aku nak teguk air, aku terdengar bunyi macam ada orang hempaskan punggung atas sofa di ruang tamu. Terus terbantut aku nak minum. Aku letak gelas dan pergi tinjau ruang tamu.
Ruang tamu gelap. Nak buka lampu ruang tamu, malas. Suisnya di belah depan. Jadi harapkan remang cahaya dari lampu dapur sahaja. Nampak tiada sesiapa di ruang tamu. Maka, aku ke dapur semula untuk minum.
Masa aku teguk air, tiba-tiba terdengar budak kecil gelak di ruang tamu.
Sebab-sebab cirit birit: 1. Keracunan makanan 2. Keracunan ubat/dadah 3. Kesan sampingan ubat 4. Jangkitan pada usus 5. Alahan laktosa 6. Nak MC
Makanan yang perlu dielak jika cirit-birit: 1. Terlalu manis 2. Pedas 3. Berempah 4. Susu 5. Alkohol 6. Kopi 7. Makanan dengan serat tak larut, cth: barli, kekacang, dsb.
Makanan ini boleh menyebabkan cirit-birit semakin parah, namun setiap orang lain sedikit reaksinya.
Setiap hari kita mandi. Orang kata nak mandi, kena jaga pantang larang. Ini bebenang tentang pantang larang berkenaan dengan mandi. #MedTweetMY
1. Mandi ketika berpeluh menyebabkan panau.
Mitos! Panau adalah jangkitan kulat pada kulit. Ia berlaku apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti rendah, atau kekurangan gizi. Jika berpeluh atau selepas mandi anda tak keringkan badan maka barulah kena panau serta pengor
2. Mandi selepas makan menyebabkan perut buncit.
Mitos! Tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar. Mandi yang menyebabkan perut anda buncit tu namanya Nasi Mandi(Arab).