Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Profile picture
Feb 21, 2018 7 tweets 2 min read Read on X
Setiap hari kita mandi. Orang kata nak mandi, kena jaga pantang larang. Ini bebenang tentang pantang larang berkenaan dengan mandi. #MedTweetMY
1. Mandi ketika berpeluh menyebabkan panau.

Mitos! Panau adalah jangkitan kulat pada kulit. Ia berlaku apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti rendah, atau kekurangan gizi. Jika berpeluh atau selepas mandi anda tak keringkan badan maka barulah kena panau serta pengor
2. Mandi selepas makan menyebabkan perut buncit.

Mitos! Tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar. Mandi yang menyebabkan perut anda buncit tu namanya Nasi Mandi(Arab).
3. Mandi basahkan kepala dulu menyebabkan strok.

Mitos! Strok berlaku apabila darah beroksigen tidak sampai ke tisu otak akibat pembuluh darah pecah atau tersumbat. Perubahan suhu di kepala apabila terkena air ketika mandi tidak mengganggu saluran darah beroksigen ke otak.
4. Mandi malam menyebabkan paru-paru berair.

Mitos. Istilah paru-paru berair ni ditafsirkan dalam bahasa perubatan sebagai ‘pneumonia’. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru. Mandi malam tidak menyebabkan serangan pneumonia mahupun serangan pontianak.
5. Mandi lama² ketika pantang bersalin sebabkan bentan.

Mitos. Mandi lama² tak sebabkan bentan atau masuk angin. Luka perineum atau perut(Cesarean) perlu dijaga dengan baik. Perlu makanan seimbang & minum air secukupnya. Barulah tak lesu. Mandi sekejap tu namanya mandi kerbau.
Follow saya untuk tips kesihatan/perubatan yang sahih!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @dr_chaku

Aug 16, 2018
“Apa yang boleh sebabkan buasir terjadi, doktor?”

Ia terjadi kerana peningkatan tekanan pada vena di dubur akibat:

1. Meneran semasa membuang air besar kerana masalah sembelit.

2. Perubahan hormon dan pembesaran janin dalam rahim ketika hamil.
3. Banyak lemak pada organ dalaman dan abdomen kerana kegemukan.

4. Berdiri jangka waktu yang lama setiap hari atau mengangkat benda berat
“Perlukah saya berjumpa dengan doktor?”

Boleh cuba rawatan berikut di rumah untuk kurangkan bengkak & sakit.

1. Mandi air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.

2. Jika ada bengkakan, gunakan ais untuk surutkan bengkak atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
Read 8 tweets
May 17, 2018
Macam mana nak kurangkan bau mulut semasa berpuasa ni ya?

Nak tahu? Ikuti thread #tipsramadan #MedTweetMY ini!
1. MINUM AIR SECUKUPNYA
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. ELAK KOPI & TEH UNTUK SAHUR
Kopi/teh adalah bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
Read 7 tweets
Apr 20, 2018
Anak, atau adik kau orang ada banyak anak patung atau binatang mainan tak di rumah? Kalau ada, baca thread ni, supaya tak kena “gangguan” macam aku kena
Suatu malam, dalam jam 2 pagi, tekak aku haus bukan main. Jadi aku pun turun ke dapur.

Masa aku nak teguk air, aku terdengar bunyi macam ada orang hempaskan punggung atas sofa di ruang tamu. Terus terbantut aku nak minum. Aku letak gelas dan pergi tinjau ruang tamu.
Ruang tamu gelap. Nak buka lampu ruang tamu, malas. Suisnya di belah depan. Jadi harapkan remang cahaya dari lampu dapur sahaja. Nampak tiada sesiapa di ruang tamu. Maka, aku ke dapur semula untuk minum.

Masa aku teguk air, tiba-tiba terdengar budak kecil gelak di ruang tamu.
Read 27 tweets
Mar 15, 2018
Setiap kali aku dengar suara Siri (iOS), bulu roma aku meremang. Kau nak tahu kenapa?
Malam tu aku terjaga sebab terdengar bunyi beep telefon aku. Aku kalau tidur, jenis tutup semua lampu.

Bila aku buka mata, bilik aku diterangi lampu skrin iPhone aku yang duduk atas meja lampu tidur di sebelah aku.

Aku pun capai iPhone...
Aku check la mana tahu ada sesiapa mesej. Tak ada. Email, tak ada yang baru. Noti Twitter, tak ada. Insta pun tak ada.

Bateri — 10%

Oh! Bateri dah low rupanya. Aku pun plug in charger, letak telefon atas meja, & rebahkan kepala atas bantal.

Masa aku dah nak terlelap, tiba²...
Read 43 tweets
Mar 2, 2018
Cirit-cirit? Apa yang anda boleh lakukan di rumah. Bila nak pergi jumpa doktor?

Ikuti bebenang #MedTweetMY ini!
Sebab-sebab cirit birit:
1. Keracunan makanan
2. Keracunan ubat/dadah
3. Kesan sampingan ubat
4. Jangkitan pada usus
5. Alahan laktosa
6. Nak MC
Makanan yang perlu dielak jika cirit-birit:
1. Terlalu manis
2. Pedas
3. Berempah
4. Susu
5. Alkohol
6. Kopi
7. Makanan dengan serat tak larut, cth: barli, kekacang, dsb.

Makanan ini boleh menyebabkan cirit-birit semakin parah, namun setiap orang lain sedikit reaksinya.
Read 8 tweets
Dec 20, 2017
Ini thread pasal fahaman asas tentang kemurungan (depression). Kalian kena tahu bezakan kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression)
#MedTweetMY
Selepas peristiwa yang menggoncang jiwa, kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit.
Clinical depression(major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama. Biasanya berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(