Syed Saddiq Profile picture
Apr 1, 2018 10 tweets 2 min read Read on X
Najib kata dia cipta 2.68 juta pekerjaan sejak tahun 2010. Memang benar. Saya tidak nafikan. Tetapi apa yang BN gagal cerita adalah kepada siapa majoriti kerja ini pergi. Ini adalah thread.
#QualityJobs4Malaysians
1. Laporan Bank Negara Malaysia, menyatakan 81.5 % ataupun 4 daripada setiap 5 kerja yang dicipta pada tahun 2016, diberikan kepada pekerja asing walaupun terdapat peningkatan kadar pengangguran di kalangan graduan.
2. Pada tahun 2015, 64.4 % sahaja kerja ini yang diambil warga asing. Ini menunjukkan satu trend yang berbahaya yang diambil oleh kerajaan kita yang terus mengabaikan anak muda yang gagal mendapat kerja.
3. Memang benar kata-kata Barisan Nasional, kerja-kerja yang disebut di atas adalah pekerja buruh. Kerja-kerja yang tidak diingini oleh graduan kita. Tetapi lambakan keperluan buruh ini adalah salah kerajaan sendiri.
4. Menurut Laporan Bank Negara, lambakan buruh asing yang murah di negara kita mencipta persepsi yang negara kita berfokus buruh hanya menarik pelabur-pelabur dalam industri sedemikian.
5. Ini mengunci Malaysia dalam imej negara yang mudah untuk mendapat buruh asing dan kos murah. Ini membolehkan pelabur-pelabur asing mengekalkan kadar gaji yang rendah kerana sedar jika rakyat Malaysia tidak mahu, buruh asing akan penuhi slot-slot ini.
6. Ini mengganggu insentif natural kenaikan gaji kerana kekosongan buruh ini akan sentiasa dipenuhi buruh asing. Mangsa utama adalah rakyat negara kita sendiri.
7. Bukan kita tak hendak pekerja asing di negara kita, menurut laporan The Edge, pada tahun 2017, RM35.3 billion wang kita disalurkan oleh pekerja asing kembali ke negara mereka. Yang rugi kita juga.
8. 2.68 juta pekerjaan yang diumumkan BN adalah untuk sektor buruh, bukan professional. Malaysia perlukan lebih banyak peluang pekerjaan untuk graduan Malaysia ke bidang profesional. Malangnya, jawatan professional diberi kepada golongan warga asing (expat).
9. Ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ekonomi negara ke landasan negara berpendapatan tinggi. Ayuh rakyat, bangkitlah. Kita melawan demi masa depan kita, masa depan anak-anak kita.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Syed Saddiq

Syed Saddiq Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @SyedSaddiq

Oct 5, 2018
saya sempat mencuri masa untuk melawat Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang setelah mendengar banyak komen daripada para jurulatih/ibu bapa/orang awam.

Saya kesini untuk melihat sendiri bagaimana sebenarnya keadaan AMD.
Saya difahamkan dalam masa 6 bulan, sudah ada lebih daripada 700 defects dan hanya 83 sahaja yang sudah dibaiki oleh main con setakat ini
Fasiliti.

Fasiliti tidak diselenggara dengan baik, malah staf terpaksa menggunakan laptop dan PC sendiri bagi menganalisa video AMD.
Read 14 tweets
Sep 29, 2018
1. NFDP DAN MASA DEPAN BOLA MALAYSIA
2. Saya dengan penuh rasa rendah diri meminta maaf kepada penyokong bola sepak tanah air. Seperti anda semua, saya juga mengidamkan hari di mana Malaysia akan layak ke Piala Dunia.
3. Sebagai Menteri Belia & Sukan, saya juga bertanggungjawab ke atas pembangunan semua sukan yang lain. Ada kalanya, keputusan yang sukar perlu dibuat demi pembangunan Sukan Negara secara keseluruhan. Saya harap rakan-rakan ambil masa untuk baca penjelasan saya.
Read 22 tweets
Apr 4, 2018
Datuk Seri Zahid Hamidi mengulas bahawa pemaju projek ECRL akan mengambil pekerja negara China untuk projek mega ECRL disebabkan halangan penguasaan bahasa (‘language accessibility’). THIS IS WRONG! #IniAdalahThread
1. Projek bernilai RM55 billion ini akan dibina oleh syarikat China Communications Construction Ltd. adalah syarikat negara China. Cadangan mengambil pekerja China adalah kerana manual teknologi dan kelengkapan yang digunakan di dalam bahasa Mandarin. Itu sahaja alasannya!
2. Alasan bahasa adalah tidak logik. Adakah Putrajaya menganggap syarikat antarabangsa tidak bersedia dengan menggunakan bahasa Inggeris untuk projek di negara luar? Malaysia tidak membuat perjanjian ECRL ini akan mengambil rakyat Malaysia sebelum diluluskan kah?
Read 9 tweets
Nov 12, 2017
Baru-baru kita digemparkan di Dewan Rakyat dengan berita kebanyakkan bayi dalam kes baby dumping adalah melayu. How to solve it? #IniThread
1. Saya mencadangkan kita memberi pendedahan sex education kepada anak-anak muda kita.
2. Apa itu sex education? Sex education adalah pendidikan mengenai kesihatan reproduktif melalui saluran yang tepat.
Read 13 tweets
Oct 5, 2017
“Pergi belajar dulu, baru fikir negara”
Ramai orang salah faham kenapa saya memilih untuk menangguhkan pengajian saya ke Oxford
#IniThread !
1.Saya tak nafikan Oxford ialah impian saya sejak dulu lagi.Lagi2 apabila ditawarkan dlm Masters in Public Policy bersertakan biasiswa,400k.
2. Setiap tahun, saya akan pergi pertandingan debat disana samaada sebagai peserta ataupun ketua hakim.
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(