1. MINUM AIR SECUKUPNYA
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. ELAK KOPI & TEH UNTUK SAHUR
Kopi/teh adalah bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
3. KURANGKAN BERCAKAP
Terlalu banyak bercakap boleh menyebabkan mulut kelembapan dari mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering. Selain itu, bernafas melalui mulut juga akan menyebabkan mulut menjadi kering dan nafas berbau.
4. AMBIL KARBO SECUKUPNYA
Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak ambil karbo dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Ini menyebbakan nafas busuk. Jadi, makanlah juga karbo ya!
5. GOSOK GIGI & LIDAH
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Jadi gosoklah gigi sebelum tidur & selepas sahur. Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi. Bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.
6. PASTIKAN TIADA GIGI ROSAK
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau juga, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi. Masalah pada gigi atau gusi juga boleh menyebabkan mulut berbau. Contoh: karang gigi.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Anak, atau adik kau orang ada banyak anak patung atau binatang mainan tak di rumah? Kalau ada, baca thread ni, supaya tak kena “gangguan” macam aku kena
Suatu malam, dalam jam 2 pagi, tekak aku haus bukan main. Jadi aku pun turun ke dapur.
Masa aku nak teguk air, aku terdengar bunyi macam ada orang hempaskan punggung atas sofa di ruang tamu. Terus terbantut aku nak minum. Aku letak gelas dan pergi tinjau ruang tamu.
Ruang tamu gelap. Nak buka lampu ruang tamu, malas. Suisnya di belah depan. Jadi harapkan remang cahaya dari lampu dapur sahaja. Nampak tiada sesiapa di ruang tamu. Maka, aku ke dapur semula untuk minum.
Masa aku teguk air, tiba-tiba terdengar budak kecil gelak di ruang tamu.
Sebab-sebab cirit birit: 1. Keracunan makanan 2. Keracunan ubat/dadah 3. Kesan sampingan ubat 4. Jangkitan pada usus 5. Alahan laktosa 6. Nak MC
Makanan yang perlu dielak jika cirit-birit: 1. Terlalu manis 2. Pedas 3. Berempah 4. Susu 5. Alkohol 6. Kopi 7. Makanan dengan serat tak larut, cth: barli, kekacang, dsb.
Makanan ini boleh menyebabkan cirit-birit semakin parah, namun setiap orang lain sedikit reaksinya.
Setiap hari kita mandi. Orang kata nak mandi, kena jaga pantang larang. Ini bebenang tentang pantang larang berkenaan dengan mandi. #MedTweetMY
1. Mandi ketika berpeluh menyebabkan panau.
Mitos! Panau adalah jangkitan kulat pada kulit. Ia berlaku apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti rendah, atau kekurangan gizi. Jika berpeluh atau selepas mandi anda tak keringkan badan maka barulah kena panau serta pengor
2. Mandi selepas makan menyebabkan perut buncit.
Mitos! Tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar. Mandi yang menyebabkan perut anda buncit tu namanya Nasi Mandi(Arab).
Ini thread pasal fahaman asas tentang kemurungan (depression). Kalian kena tahu bezakan kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression) #MedTweetMY
Selepas peristiwa yang menggoncang jiwa, kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit.
Clinical depression(major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama. Biasanya berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras.