The Patriots Profile picture
May 29, 2018 86 tweets 13 min read Twitter logo Read on Twitter
Adakah Melayu itu pendatang?

Ini adalah untaian. Sila baca dengan tenang.

#Melayu #Malay #Sejarah #History #Malaysia #Indonesia #Brunei #thread
Tiap kali bila ada munculnya isu Hak Bumiputera entah kenapa salah satu perkara yang akan dipertikaikan ialah asal-usul orang Melayu itu sendiri dan sejarah mereka.
Tidak mengapa, di sini saya akan tulis sejarah ringkas mengenai asal-usul orang Melayu. Ini mungkin akan menjawab soalan sama ada "Melayu itu pendatang?" atau tidak.
Asal-usul orang Melayu masih dalam perbahasan diantara sejarawan, ahli linguistik ahli antropologi dan arkeologis. Pelbagai teori yang dibangkitkan, namun tiga ini merupakan teori-teori dalam sejarah yang membahaskan asal-usul orang Melayu.
Antara teori-teori yang tersebut termasuklah:

1. Berasal dari Yunnan
2. Berasal dari Taiwan
3. Berasal dari Sundaland (Kepulauan Melayu) itu sendiri.
Etimologi Melayu dalam sejarah juga pelbagai. Terdapat hipotesis yang menyarankan bahawa Melayu adalah berasal dari perkataan malayo yang berasal dari bahasa Tagalog bermaksud jauh yang diambil daripada kata dasar "layo" atau "layoh", iaitu kognat kepada perkataan Jauh dalam BM.
Malaya pula dalam Bahasa Tagalog yang bermaksud bebas ialah daripada perkataan "laya", kognat kepada kata dasar "layar" dalam Bahasa Melayu.
Namun, antara rekod terawal yang merujuk kepada nama Melayu itu sendiri adalah pada rekod lukisan Ptolemy dilukiskan seawal 150 Masihi yang meletakkan nama Μαλεου Κώλον atau Meleu-Kolon.
Perkataan Melayu juga dikatakan disebut dalam kitab Hindu yang terkenal bernama Vayu Purana pada perkataan Malaya Dvipa yang merujuk kepada Tanah Melayu, yang bentuk muka buminya bergunung ganang.
Kerajaan yang bernama Melayu yang lokasinya di seitar Jambi, yang lahirnya pula pada abad ke-7 Masihi yang kemudian dikunjungi oleh I-Ching dalam pengembaraan agung yang terkenal itu. I-Ching dicatatkan seperti berikut:
“...tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...
Banyak antara kita yang terkeliru tentang istilah Melayu. Biasanya ramai antara kita, terkeliru dengan istilah yang merangkumi seperti di bawah:

i. Melayu Sebelum Dan Selepas Islam
ii. Austronesia Dan Bangsa Melayu
iii. Melayu Sebagai Sebuah Etnik
Oh ya, kupa nak tambah. Selain I-Ching, Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-yu-er, Oo-lai-yu, dan Oo-lai-yu adalah nama-nama yang digunakan oleh orang Cina merujuk pada kerajaan Moloyu yang diperkatakan dalam berdasarkan pelat orang cina sendiri.
Tomé Pires yang tinggal di Melaka daripada tahun 1512 hingga tahun 1515 merujuknya sebagai Terra de Tana Malaio.
Mpu Prapanca penyair Jawa di kraton Majapahit, dalam karyanya Desawarnama pada tahun 1365 telah menyenaraikan daerah yang dikenalpasti sebagai tanah orang Melayu iaitu Jambi, Palembang, Minangkabau, Siak, Kampar, Rokan, Pane, Kampe, Aru, Mandaileng, Tumiang, Perlak, Samudra, --
--Lamuri, Barus di Sumatera dan Langkasuka, Kedah, Kelantan serta Pahang di Semenanjung Tanah Melayu.
Asia Tenggara pula ialah sebuah kawasan yang melihatkan terdapat antara penempatan terawal manusia di dunia.Sebagai contoh, penemuan kapak di Lenggong memberikan angka sekurang-kurangnya 1.8 juta tahun, memberitahu kepada kita bahawa betapa tuanya usia penempatan manusia di sini
Selain itu, penempatan-penempatan pra-sejarah yang terkenal di Semenanjung Tanah Melayu ialah seperti Perak Man yang berusia 11, 000 tahun.
Namun, walaupun sejauh 11, 000 tahun rangka manusia zaman pra-sejarah ditemui, hanya pada tahun 600 SM, atau angka yang lebih tepat 535 SM berdirinya peradaban zaman besi terawal di Asia Tenggara dan Malaysia khususnya.
Penemuan-penemuan seperti jeti pelabuhan purba, industri membuat besi dan tapak kota metropolitian yang pernah berdiri di sekitar Sungai Merbok ini dicadangkan sebagai sebuah peradaban milik bangsa Melayu berdasarkan faktor seperti seni bina, pentarikhan, dan seumpama dengannya.
Dari peradaban disekitar Sungai Batu itu, lahirnya pelbagai kerajaan seperti Kedah Tua yang dicadangkan sebagai warisan Sungai Batu yang berdiri lebih awal.
Selain Kedah Tua, kerajaan orang Melayu turut dikaitkan lokasinya di utara Tanah Melayu adalah Langkasuka yang turut dicatat kewujudannya dalam kronikel-kronikel China yang sezaman dengannya.
Selain itu, negara-negara kota dan kerajaan kecil ini tumbuh disekitar Kepulauan Melayu seawal abad ke-2 dan ke-3 Masihi, bahkan pada zaman kemuncaknya, catatan China mengatakan terdapat 30 buah negara kota Melayu berdiri sepanjang Tanah Melayu.
Negara-negara kota ini kemudiannya disatukan dibawah sebuah empayar bernama Srivijaya yang menganut agama Buddha sebagai anutan utama.
Raja pertama Srivijaya iaitu Dapunta Hyang Sri Jayanasa disebut namanya dalam antara prasasti terawal dalam Bahasa Melayu Kuno iaitu Prasasti Kedukan Bukit yang dipahat dalam Bahasa Melayu Kuno.
Dari segi saintifik pula yang merangkumi DNA atau genetik, saya tidak boleh letak di sini kerana terlalu panjang. Oleh itu, lagi senang kalau saya berikan anda link ke artikel tersebut.

thepatriots.asia/kajian-dna-ke-…
Okay, dah habis ke tak baca artikel tu? Saya sarankan anda baca sampai habis. Susah nanti untuk anda ikuti 'thread' ini kalau anda tak baca.
Selepas Srivijaya jatuh,

Sebuah kerajaan Jawa bernama Singhasari melakukan ekpedisi menundukkan sisa-sisa Empayar Melayu Srivijaya melalui Dinasti Mauli, dan nama ekpedisi itu diletakkan di atas nama Ekpedisi Pamalayu.
Dalam prasasti yang memahat kisah ekpedisi Singhasari yang diarahkan oleh rajanya yang bernama Kertanegara itu, ada bait-bait azimat yang harus dikenang oleh umat Melayu bahawa nama bangsa mereka sudah harum dipahat dalam batu bersurat.
Saya petik daripada prasasti yang berusia 1286 Masihi itu.

“Semoga hadiah itu membuat gembira segenap rakyat di bhūmi mālayu…” (Prasasti Padang Roco)
Maka, sekarang sudah sudahkah anda memahami serba-sedikit kewujudan nama Melayu dalam sejarah?

Sekarang ialah giliran kita untuk memahami setiap maknawi Melayu berdasarkan konsep yang berbeza.
Semangat Kebangsaan Melayu Dan Islam

Semangat kebangsaan tidak pernah menjadi masalah dalam agama Islam.
Ini dapat dilihat pada pandangan Ibnu Khaldun, sarjana Islam terkenal ketika abad ke-14 dahulu yang membahaskan bahawa semangat sayangkan bangsa adalah fitrah dalam setiap diri manusia.
Beliau mengumpmakan semangat nasionalisme ini seperti mana alat kelamin buat manusia, dan seorang manusia tidak akan lengkap tanpa alat kelamin itu.
Analoginya ialah alat kelamin kalau digunakan tujuan yang haram maka ia akan menjadi salah dan andainya digunakan untuk tujuan yang betul, maka boleh dijadikan asas kekuatan diri. Begitulah bangsa.
Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa semangat nasionalisme Melayu yang wujud hari ini adalah berpunca dari kedatangan Islam. Bukan bermaksud bahawa mereka yang wujud sebelum kedatangan Islam adalah tidak layak bergelar Melayu, tetapi....
Ia membahaskan kepada kita bahawa semangat nasionalisme yang wujud hari ini adalah datangnya daripada Islam. Setiap bangsa mempunyai fasa tertentu dalam sejarah apabila mereka menanggapi mereka sebagai sebuah negara bangsa dan satu umat yang satu.
Fasa kesedaran semangat nasionalisme bangsa Melayu saya kira datang kerana Islam itu sendiri.
Bahkan, bukan itu sahaja, apabila kedatangan Islam menyapa bangsa kita, orang Melayu telah memutuskan hubungan mereka dengan zaman pra-Islam mereka seperti mana yang dibahaskan oleh Al-Attas.
Kebudayaan orang Melayu, bahasanya, aksara tulisannya, dan juga pemikiran mereka direvolusikan oleh Islam. Justeru, Melayu moden hari ini, jati diri yang dimiliki oleh mereka adalah berkat daripada kedatangan Islam.
Islam juga mendatangkan ciri-ciri kebangsaan yang berikut pada bangsa Melayu. Antaranya ialah:
I. Orang Melayu percaya bahawa sifat sayangkan bangsa dan tanah air adalah fitrah, namun fitrah ini tidak harus menandingi ketinggian agama. Apabila timbul persoalan melibatkan agama dan bangsanya, maka Melayu harus memilih agama menandingi bangsa.
II. Bangsa Melayu tidak ada masalah untuk menerima bangsa lain menjadi sebahagian daripada bangsa Melayu sekiranya menjadikan Islam sebagai asas kebangsaannya.
II. Semangat kebangsaan Melayu tidaklah sesempit pandangan assobiyah Barat. Dalam perpaduan yang wujud dalam kalangan bangsa Melayu itu sendiri tidak terhad pada wilayah alam Melayu, malah semangat persaudaraan ini lebih besar pada saudara-saudara seagama yang menganut Islam.
Mereka tidak menjadikan semangat kemelayuan mereka untuk melupakan persaudaraan yang lebih besar.
Bercakap tentang Melayu diikat pada agama, kita juga mengenali istilah ini sebagai ethnoreligious. Dalam dunia ni, ada bangsa yang terikat dengan agama. Kalau mereka tidak beragama tersebut, maka terlucutlah nama bangsa yang asalnya dipegang.
Kita mengenali konsep ini sebagai Ethnoreligious. Ethnoreligious memang benda yang benar dan bukan mitos semata-mata.
Sebagai contoh ialah bangsa Melayu di Malaysia yang sudah dikira sebagai ethnoreligious. Apabila anda tidak beragama Islam, maka anda sudah terlucut kelayakan untuk bergelar sebagai Melayu. Mungkin ada yang mengatakan bagaimana dengan Melayu Kristian sebagainya?
Jawapannya dia senang. Sebagai sebuah ethnoreligious, mereka tidak lagi bergelar sebagai Melayu. Faktor sebagai ethnoreligious yang mewujudkan frasa MASUK MELAYU bila dikaitkan dengan Islam.
Ethnoreligious tidak terikat pada bangsa Melayu sahaja. Acheh adalah suku dalam rumpun Melayu yang turut definisi bangsanya terikat pada agama. Anda harus beragama Islam kalau mahu digelar sebagai bangsa Acheh.
Konsep ethnoreligious ini juga tidak terikat pada bangsa Melayu, rumpunnya atau agama Islam. Orang Yahudi adalah contoh ethnoreligious yang paling purba di dunia.
Bahkan mereka adalah kelompok ethnoreligious yang paling tertutup di dunia seperti mana agama mereka Judaism yang sangat eklusif.
Okay, bab agama dah faham ke belum? Sebab nak masuk bab Austronesia pula ini.
Austronesia Dan Bangsa Melayu

Selepas memahami bagaimana maknawi Melayu terbentuk selepas kedatangan Islam, merevolusikan keseluruhan definisi bangsa ini, sekarang kita nak masuk satu lagi topik. Apakah itu sebenarnya bangsa Melayu dalam konsep yang lebih besar?
Untuk memahami makna Melayu pada konsep yang lebih luas, saya secara peribadi berpendapat bahawa adalah moleknya kita memahami asas yang membentuk bangsa Melayu yang lebih luas ini iaitu Austronesia.
Austronesia adalah gabungan dua perkataan latin iaitu austro dan nesos. Perkataan austro bermaksud selatan; manakala perkataan nesos berasal daripada bahasa Yunani juga yang bermaksud pulau. Maksud penuhnya ialah “pulau-pulau selatan.”
Selain Austronesia, kita juga mengenali sebuah lagi istilah iaitu Melayu-Polinesia yang diperkenalkan oleh Wilhem von Humboldt.
Bahasa Melayu ditempatkan di dalam Keluarga Bahasa Austronesia bersama dengan bahasa-bahasa seperti Jawa, Cham, Bugis, Hawaii, Maori, Malagasy, membentuk perkaitan antara mereka seperti kognat dan tatabahasa yang tidak jauh berbeza.
Konsep “Malay race” yang dperkenalkan oleh ahli antropologi Jerman bernama Johann Friedrich Blumenbach pula adalah konsep yang lebih ringan untuk merujuk kepada orang-orang Austronesia.
Tetapi sudah tentu kredit harus diberikan kepada Stamford Raffles yang menjadi antara penggerak kepada bangsa Melayu tidak dipandang sekadar sebagai etnik sahaja, tetapi sebagai sebuah “negara bangsa yang berasaskan bahasa Melayu.”
Sebelum saya nak masuk lagi bab Austronesia ini dan kaitkannya dengan orang asli, saya sarankan anda baca artikel ini juga.

thepatriots.asia/melayu-sebagai…
Okay dah habis baca ke belum? Saya akan masuk bab orang Melayu dan kaitannya orang asli.
Tentang orang asli dan orang Melayu, saya mulakan dengan rumpun Austronesia. Dalam rumpun Austronesia, selain Melayu terdapat orang asli seperti orang Jakun, Temuan, dan lain-lain.
Orang Asli ada dua, aboriginal dan Proto-Melayu. Siapa itu Aboriginal dan Proto-Melayu?
Proto-Malay, atau lebih dikenali sebagai aboriginal Malay merupakan nenek moyang kepada orang Melayu moden kini iaitu Deutero-Malay. Contoh Proto-Malay adalah orang Semang dan Senoi.
Nak tahu di mana asal-usul mereka dan di mana mereka duduk? Lihat gambar di bawah:
Orang Proto-Melayu duduk di kawasan pedalaman. Namun, setelah mereka keluar dan menetap di di persisiran pantai atau muara sungai, mereka telah bertembung dengan etnik-etnik lain dan bahasa-bahasa lain.
Akibatnya, ada orang Proto-Melayu yang berkahwin dan bercampur dengan etnik-etnik ini dan menjadi Deutero-Melayu atau Deutero-Malays. Salah satu contoh Deutero-Melayu ini adalah orang Melayu Melaka.
"Tapi jika mereka dah berkahwin dengan etnik-etnik lain, adakah ini bermaksud orang Melayu tidak lagi dikira pribumi lagi kerana banyak berkahwin campur?"

Soalan yang bagus. Teruskan membaca.
1. Buku ini diperoleh semasa kunjungan ke Buckingham Palace, London, pada bulan lepas. Buku ini menceritakan secara penuh latar belakang Raja-raja yang pernah memerintah England sejak dari zaman dahulu hinggalah monarki yang memerintah UK pada hari ini.
3. Menariknya, buku ini turut menceritakan kedatangan pendatang dari Jerman seperti suku Angles, Saxons dan Jutes yang menyerang selatan England dan kemudian mendirikan Kerajaan-kerajaan (Kingdoms) mereka sendiri, selain Kerajaan yang diperintah oleh Raja pribumi (natives) Briton
Raja pertama 'King of the English' iaitu King Egbert, sebenarnya adalah berdarah Saxon. Sepanjang sejarahnya, Raja-raja yang memerintah England/UK juga terdiri daripada Raja-raja yang berasal dari luar Britain.
Sebagai contoh, King Sweyn Forkbeard merupakan anak Harold Bluetooth, Raja Denmark. Sementara King George I berasal dari Hanover, Jerman, dan langsung tidak belajar untuk bercakap bahasa Inggeris. Monarki Windsor pada hari ini pula asalnya adalah Saxe-Coburg & Gotha dari Jerman.
Namun begitu, masyarakat Britain amat-amat matang dalam menilai sejarah mereka. Biarpun kota London telah menjadi kota multi-etnik, tetapi tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan jati diri masyarakat Inggeris dan monarki mereka biarpun dari segi sejarah.
Masyarakat Inggeris pada hari ini secara amnya merupakan hasil percampuran antara pribumi Briton dengan pendatang Anglo-Saxons dari Jerman.
Bandingkan dengan sejarah negara kita. Amat pelik apabila sesetengah masyarakat di negara kita mentohmahkan sesetengah masyarakat Melayu semenanjung yang mempunyai percampuran darah dengan etnik-etnik Nusantara lain seperti Jawa, Bugis, Banjar, dan sebagainya sebagai pendatang.
Sedangkan hakikatnya semua etnik-etnik ini adalah serumpun dengan penduduk di semenanjung Tanah Melayu. Garis sempadan politik moden yang memisahkan Malaysia dan Indonesia pada hari ini pula hanya mulai wujud selepas Perang Dunia Kedua.
Boleh baca artikel mengenai sejarah sempadan tersebut di sini juga.

thepatriots.asia/194-tahun-terp…
Sebenarnya, polemik "Adakah Melayu itu pendatang?" sudah lama dijawab di forum-forum sejarah, buku-buku, majalah, dan lain-lain. Ia bukan benda yang baru.
Kita dahlah mahu menginjak wawasan 2020, tapi informasi seperti ini masih ramai orang tak nak terima. Buat apa nak panggil diri anda 'Malaysian' kalau selalu mempertikaikan sejarah dan dakwa bangsa itu dan bangsa ini sebagai pendatang?
Tidak salah untuk bertanya soalan. Tapi yang salah pada pendapat saya ialah budaya mendakwa satu bangsa itu pendatang dan pada masa yang sama mempertikaikan sejarahnya.
Ada sebarang soalan? Tinggalkan di bawah sini. Saya rasa informasi yang saya beri masih tak cukup.

-Tamat-
Oh ya, sebelum saya terlupa, ini senarai rujukan.
Ada lagi.
Terakhir sekali. Buku ini lebih kepada asal-usul Bahasa Melayu.
Kredit kepada penulis Helmi Effendy dan Ibn Rusydi. Berkaitan penulisan tentang sejarah keluarga diraja Britain, anda boleh rujuk tulisan Ibn Rusydi sini.

thepatriots.asia/melayu-bukan-p…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with The Patriots

The Patriots Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @thepatriotsasia

Jul 9, 2018
"Orang Malaysia Ada Keupayaan Menguasai Pelbagai Bahasa"
Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

Ini adalah bebenang.
Silakan retweet dan like.

#MarcapadaDunia #Bahasa #Malaysia #Melayu #Jepun #Cina #Perancis #Languages #Indonesia #Tamil #Mandarin #Filipino #Nusantara #Asia
Orang Malaysia sebenarnya berpotensi besar untuk jadi "multilingual" (mahir 3-6 bahasa) malah boleh jadi "polyglot" atau "hyperglot" (mahir 10-20 bahasa).
Sebab kita dari kecil dah didedahkan kepada pelbagai bahasa dari rumpun etnik yang berbeza, otak kita lebih mudah adapt kepada bahasa asing berbanding warga negara lain. Lainlah kalau kau membesar di Canada atau Australia jadi kau hanya pandai bahasa Anglais saja.
Read 27 tweets
Jun 21, 2018
"Strategi Soft Power: Meningkatkan Kuasa Dan Pengaruh Sesebuah Negara"

Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

#SouthKorea #KoreaSelatan #Malaysia #Budaya #MarcapadaDunia #Sejarah #Nusantara #Korea #HubunganAntarabangsa #USA #China

(Ini adalah bebenang)

Silakan retweet dan like
Beberapa hari ini saya datang 'mood' mengulas pasal industri hiburan Jepun dan Korea Selatan.

Jangan pula korang ambil kesempatan untuk hentam Melayu. Tujuan saya cuma nak memberi pencerahan tentang konsep 'soft power' sahaja.
Dalam hubungan antarabangsa, industri hiburan atau budaya popular kalau digunakan secara strategik, ia akan membantu negara memprojek kuasanya.
Read 32 tweets
Jun 10, 2018
"Ada Apa Pada Lawatan Tun M Ke Jepun?"

Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

Ini adalah bebenang

Silakan retweet dan like

#Malaysia #ShinzoAbe #Japan #Mahathir #Jepun #HubunganAntarabangsa #Sejarah
Esok, Tun M akan memulakan lawatan kerja (working visit) ke Jepun dengan memberi ucaptama di 24th International Conference on the Future of Asia anjuran Nihon Keizai Shimbun (Nikkei), akhbar ekonomi Jepun tersohor.
Sejak conference itu diadakan bermula tahun 1998, Tun tak pernah miss kecuali 4 kali (2005, 2007, 2008 dan 2011).

Selepas conference Tun akan berjumpa dengan Shinzo Abe. Kebetulan pula ayah Shinzo Abe (Shintaro Abe) merupakan Menteri Luar Jepun di zaman Tun dulu dari 1982-1986.
Read 21 tweets
Jun 3, 2018
Tanpa Cina Orang Melayu Berbahasa Thai Dan Beragama Hindu?

Oleh: HE

Ini ialah bebenang.

Sila baca dengan tenang.
Sebenarnya Majapahit pada masa tu dah melemah, dan diaorang nak elak jadi mangsa penaklukan Melaka sampai bagi dua tiga tanah jajahan free. Jadi tak timbul isu China membantu Melaka dari dijajah kerana tidak ada pertembungan dua empayar ini.
Ya. Melaka memang mempunyai hubungan perdangan dengan China. Tetapi ketika serangan Siam ke atas Melaka sebanyak tiga kali dalam sejarah, dua daripadanya dihadapi oleh Melaka dan sebuah lagi serangan mencatatkan Siam terkandas di Kelantan.
Read 10 tweets
May 31, 2018
HSR: Keynesian vs. Fiscal Conservatives

Ditulis oleh Ayman Rashdan Wong
(Ini adalah untaian)
Silakan retweet dan like
#Keynesian #Japan #Malaysia #Shinkansen #Ekonomi #Sejarah #Jepun #bullettrain
Den perhati je orang debat pasal HSR di alam maya. Den tak ambil port sangat, sebab den tahu perdebatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 hari.
Perdebatan ini sebenarnya melambangkan pertembungan dua fikrah ekonomi yang berbeza: satu mementingkan penggunaan perbelanjaan defisit (deficit spending) untuk merangsang ekonomi, satu lagi menekankan perbelanjaan berhemah (austerity) untuk tujuan kemapanan ekonomi.
Read 17 tweets
May 28, 2018
Dalam satu laporan pada tahun 1831 oleh Residen Singapura, Robbert Ibbetson telah melaporkan tentang kejayaan tentera Kedah merampas semula Kedah daripada Siam. Beliau berasa kagum kerana rancangan tentera Kedah tersebut telah dirahsiakan dan tidak dibocorkan langsung.
Dalam kata-kata beliau sendiri:

"Not a single individual among the many hundreds of the Malays living in British administered settlements came forward to give intelligence".
Yang menariknya, semasa perang Kedah-Siam, raja-raja Melayu lain sebenarnya ingin mengetahui akan nasib Kedah dan rajanya.
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(