The Patriots Profile picture
Aug 19, 2017 72 tweets 5 min read Twitter logo Read on Twitter
Kimi No Nawa: Ahli Falsafah Dan Rama-rama
Ditulis oleh -ZM-
#EksplorasiKarya #KimiNoNawa
(Ini adalah thread)
Silakan retweet dan like
Semalam ada kawan tanya aku dah tonton cerita ‘Kimi No Na Wa‘ ke belum, aku jawab dah lama tengok.
Tapi lepas tonton lama dulu tak tahu nak ulas apa. Anime ini memang meletup dan mendapat kutipan untung yang tinggi pada peringkat global.
Semalam aku tidur lambat sikit, lebih kurang pada pukul 2.00 pagi. Sebelum tidur, aku tiba-tiba teringat sesuatu...
Aku teringat fasal seorang ahli falsafah China pada Zaman Peperangan dahulu, iaitu Zhuang Zhou (369SM – 286SM).
Setiap tamadun mempuyai zaman keemasan intelektualnya, dan zaman keemasan intelektual Tamadun China adalah ketika Zaman Peperangan.
Zaman kerajaan-kerajaan China berpecah sebelum tertubuhnya Dinasti Qin.
Pada Era Peperangan tersebut, seratus sekolah pemikiran (Hundred School of Thought) yang ditubuhkan termasuklah: (teruskan membaca)
Confuciusism, Legalism, Mohism, Taoism dan lain-lain.
Antara faktor berkembangnya pemikiran ini adalah setiap pemerintah di China pada masa itu mengambil bijak-pandai sebagai penasihat mereka.
Daripada situ muncullah pelbagai bentuk pemikiran dan falsafah mengenai peperangan, diplomasi dan politik.
Zhuang Zhou telah mengarang puisi yang dikenali sebagai ‘Zhuangzi’ yang memberikan perhatian kepada beberapa buah perkara.
Pertama aku akan bercerita tentang "Ahli Falsafah dan Rama-rama".
Dalam puisi tersebut ada tertulis, “Pada suatu hari, aku, Zhuang Zhou telah bermimpi aku ialah seekor rama-rama berterbangan ke sana-sini.
Aku menyedari kebahagiaan aku sebagai seekor rama-rama sehingga aku tak sedar yang aku adalah seorang Zhuang Zhou.
Apabila aku bangun dari tidurku, aku keliru...
*Aku keliru sama ada aku adalah manusia yang bermimpi sebagai rama-rama ataupun rama-rama yang bermimpi sebagai manusia.”
Ini adalah salah satu bentuk fahaman skepticism.
Baik sebelum saya teruskan kalau anda nak baca dalam bentuk teks tekan link ini. Kalau nak baca thread, teruskan.

thepatriots.asia/archives/3023
Dalam anime Kimi No Na Wa, telah berlaku pertukaran badan antara Mitsuha dan Taki pada waktu mereka tidur.
Pada peringkat awal mereka menyangkakan ia adalah sebuah mimpi.
Seperti yang berlaku pada Zhuang Zhou yang lebih bergembira menjadi seekor rama-rama,
dalam anime ini pula, Mitsuha lebih gembira menjadi seorang Taki dan Taki pula gembira menjadi seorang Mitsuha.
Tafsiran terhadap mimpi Zhuang Zhou memberikan maksud bahawa tidak dapat nak membezakan mana satu realiti yang sebenar.
Seperti yang pernah disebut oleh Descartes, tiada piawaian asas untuk membezakan antara waktu sedar dan waktu tidur.
Tidak lama selepas itu, barulah Mitsuha dan Taki menyedari yang mereka telah bertukar tubuh badan
*dan mereka mula berkomunikasi melalui nota-nota yang dititipkan pada telefon bimbit masing-masing.
Selepas itu, yang menariknya pada babak klimaks cerita, mereka mula meragui kewujudan masing-masing.
. Taki meragui kewujudan Mitsuha dan Mitsuha meragui kewujudan Taki.
Mereka juga mula meragui kewujudan segala apa yang berlaku ketika mereka bertukar badan.
Di sini, Zhuang Zhou ada menyebut, “Bagaimana aku mahu tahu kegembiraan itu bukan sebuah delusi?”
Menunjukkan seolah-olah apa yang Taki dan Mitsuha lalui hanya sebuah kegembiraan dan delusi sementara melalui pertukaran badan.
Pada waktu mereka menganggap pertukaran badan itu sebagai hal yang tak mustahil berlaku,
mereka mula meragui hal itu pernah berlaku bila pertukaran badan itu tidak berlaku lagi
dan masing-masing telah lupa dengan pasangan mereka. Malah, nama pasangan mereka sendiri.
Saya lupa nak cakap., sesiapa yang belum tonton anime ini, tutup thread dan pergi tengok filem ini sekarang sebelum ada spoiler.
Terdapat satu babak,Taki mula menyedari sebenarnya dia telah tertukar badan dengan orang yang telah mati (Mitsuha) pada tiga tahun yang lalu
Pada tiga tahun yang lalu, Mitsuha pula pernah tertukar badan dengan Taki tetapi Taki tidak ingat akan perkara itu.
Hal ini dibuktikan sewaktu Mitsuha mahu berjumpa dengan Taki di Jepun, Taki tidak pernah ingat akan kewujudan Mitsuha. Ouch.
Mitsuha mula meragui tentang apa yang dilaluinya.
Inilah bentuk-bentuk skepticism yang berlaku pada Taki dan Mitsuha tentang realiti dan kegembiraan yang mereka lalui.
Sekarang kita pergi ke topik seterusnya yang berkaitan dengan filem ini:
"Kenapa kita terlupa selepas bermimpi?"
Dalam anime ini menerang beberapa sifat mimpi
yang paling utamanya adalah mimpi yang memberitahu apa akan berlaku dan kenapa kita terlupa dengan apa yang kita mimpi.
Mimpi adalah perkara yang sukar untuk dibuat penyelidikan dan telah membina pelbagai hipotesis dalam suatu subjek.
Dalam anime ini, Taki dan Mitsuha tidak terlupa yang mereka tertukar badan.
Malah mereka merasakan bertukar badan itu bukanlah mimpi semata-mata sehinggalah pada babak klimaks*
*sewaktu mereka perlahan-lahan terlupa dengan nama pasangan mereka dan sudah tidak bertukar badan lagi.
Hal ini ditambah lagi apabila Taki tidak dapat menghubungi Mitsuha beberapa kali.
Kita selalunya terlupa apa yang kita mimpi kerana hormon norepinephrine tidak hadir dalam cerebral cortex pada otak.
Cerebral cortex adalah bahagian otak yang memainkan peranan dalam ingatan, pemikiran, bahasa dan kesedaran.
Walau bagaimanapun ia tidak memberikan penjelasan sepenuhnya kenapa kita terlupa dengan mimpi-mimpi kita.
Hipotesis kehadiran hormon norepinephrine diusulkan kerana kehadiran hormon tersebut telah meningkatkan daya ingatan seseorang.
Sekarang kita pergi ke topik seterusnya:

"Ramalan Kendiri Sempurna (Self-Fulfilling Prophecy)"
Saintis menolak sebarang bentuk pra-kognisi (precognition), iaitu visi kejadian yang bakal berlaku melalui mimpi.
Tetapi saintis tidak menafikan perkara itu terjadi pada sesetengah individu. Jadi mereka mengusulkan beberapa hipotesis.
Antaranya adalah ramalan kendiri sempurna (self-fulfilling prophecy). Aku pilih hipotesis ini sebab ia lebih dekat dengan Kimi No Na Wa.
Dalam anime ini, Taki menyedari dia tidak dapat menghubungi Mitsuha kerana Mitsuha telah mati.
Entah tak tahu magik apa yang digunakan, Taki bertukar badan dengan Mitsuha pada tiga tahun yang lalu pada waktu sebelum letupan
Babak2 pertukaran badan antara dirinya dan Mitsuha membuatkan Taki sendiri ia adalah sebuah mimpi untuk menyelamatkan Mitsuha pada masa lalu
Situasi Taki mungkin tidak kelihatan seperti apa yang aku nak jelaskan sebab*
*sebab kejadian yang dihadapi oleh Taki terlalu realiti untuk kelihatan samar-samar.
Konsep ramalan kendiri sempurna ini lebih kurang macam 'Placebo Effect' iaitu kepercayaan ataupun imaginasi yang kau hanya yakin betul,
*selepas itu ia dibawa ke pemikiran dan seterusnya tindakan. Konsep Law of Attraction menggunakan kesan Placebo.
Malah dalam perubatan pun menggunakan konsep yang sama.
Keyakinan pesakit (demam contohnya) akan mengubah psikologi dan kekuatan tubuhnya walaupun doktor hanya memberikan gula2 yang disangka ubat
Orang yang berimaginasi berfikiran positif akan mendatangkan hal positif,akan memberikan optimism dalam dirinya apabila melihat hal2 buruk.
Sebenarnya hal positif tak datang pun, cuma dia membina ‘realiti positif’ itu sendiri.
Maka, apa yang berlaku pada Taki bukanlah suatu bentuk khayalan atau imaginasi tentang kemusnahan kampung Mitsuha.
Tetapi sebelum Taki mememui kejadian itu benar-benar berlaku, Taki merasakan ia hanya suatu bentuk ‘self-fullfilling prophecy‘
* ‘self-fullfilling prophecy‘ yang dibina dalam dirinya.
Kita boleh lihat babak ini sewaktu Taki hampir tidak menemui kewujudan kampung Mitsuha.

-Thread Tamat-
Silakan retweet dan like

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with The Patriots

The Patriots Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @thepatriotsasia

Jul 9, 2018
"Orang Malaysia Ada Keupayaan Menguasai Pelbagai Bahasa"
Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

Ini adalah bebenang.
Silakan retweet dan like.

#MarcapadaDunia #Bahasa #Malaysia #Melayu #Jepun #Cina #Perancis #Languages #Indonesia #Tamil #Mandarin #Filipino #Nusantara #Asia
Orang Malaysia sebenarnya berpotensi besar untuk jadi "multilingual" (mahir 3-6 bahasa) malah boleh jadi "polyglot" atau "hyperglot" (mahir 10-20 bahasa).
Sebab kita dari kecil dah didedahkan kepada pelbagai bahasa dari rumpun etnik yang berbeza, otak kita lebih mudah adapt kepada bahasa asing berbanding warga negara lain. Lainlah kalau kau membesar di Canada atau Australia jadi kau hanya pandai bahasa Anglais saja.
Read 27 tweets
Jun 21, 2018
"Strategi Soft Power: Meningkatkan Kuasa Dan Pengaruh Sesebuah Negara"

Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

#SouthKorea #KoreaSelatan #Malaysia #Budaya #MarcapadaDunia #Sejarah #Nusantara #Korea #HubunganAntarabangsa #USA #China

(Ini adalah bebenang)

Silakan retweet dan like
Beberapa hari ini saya datang 'mood' mengulas pasal industri hiburan Jepun dan Korea Selatan.

Jangan pula korang ambil kesempatan untuk hentam Melayu. Tujuan saya cuma nak memberi pencerahan tentang konsep 'soft power' sahaja.
Dalam hubungan antarabangsa, industri hiburan atau budaya popular kalau digunakan secara strategik, ia akan membantu negara memprojek kuasanya.
Read 32 tweets
Jun 10, 2018
"Ada Apa Pada Lawatan Tun M Ke Jepun?"

Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

Ini adalah bebenang

Silakan retweet dan like

#Malaysia #ShinzoAbe #Japan #Mahathir #Jepun #HubunganAntarabangsa #Sejarah
Esok, Tun M akan memulakan lawatan kerja (working visit) ke Jepun dengan memberi ucaptama di 24th International Conference on the Future of Asia anjuran Nihon Keizai Shimbun (Nikkei), akhbar ekonomi Jepun tersohor.
Sejak conference itu diadakan bermula tahun 1998, Tun tak pernah miss kecuali 4 kali (2005, 2007, 2008 dan 2011).

Selepas conference Tun akan berjumpa dengan Shinzo Abe. Kebetulan pula ayah Shinzo Abe (Shintaro Abe) merupakan Menteri Luar Jepun di zaman Tun dulu dari 1982-1986.
Read 21 tweets
Jun 3, 2018
Tanpa Cina Orang Melayu Berbahasa Thai Dan Beragama Hindu?

Oleh: HE

Ini ialah bebenang.

Sila baca dengan tenang.
Sebenarnya Majapahit pada masa tu dah melemah, dan diaorang nak elak jadi mangsa penaklukan Melaka sampai bagi dua tiga tanah jajahan free. Jadi tak timbul isu China membantu Melaka dari dijajah kerana tidak ada pertembungan dua empayar ini.
Ya. Melaka memang mempunyai hubungan perdangan dengan China. Tetapi ketika serangan Siam ke atas Melaka sebanyak tiga kali dalam sejarah, dua daripadanya dihadapi oleh Melaka dan sebuah lagi serangan mencatatkan Siam terkandas di Kelantan.
Read 10 tweets
May 31, 2018
HSR: Keynesian vs. Fiscal Conservatives

Ditulis oleh Ayman Rashdan Wong
(Ini adalah untaian)
Silakan retweet dan like
#Keynesian #Japan #Malaysia #Shinkansen #Ekonomi #Sejarah #Jepun #bullettrain
Den perhati je orang debat pasal HSR di alam maya. Den tak ambil port sangat, sebab den tahu perdebatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 hari.
Perdebatan ini sebenarnya melambangkan pertembungan dua fikrah ekonomi yang berbeza: satu mementingkan penggunaan perbelanjaan defisit (deficit spending) untuk merangsang ekonomi, satu lagi menekankan perbelanjaan berhemah (austerity) untuk tujuan kemapanan ekonomi.
Read 17 tweets
May 29, 2018
Adakah Melayu itu pendatang?

Ini adalah untaian. Sila baca dengan tenang.

#Melayu #Malay #Sejarah #History #Malaysia #Indonesia #Brunei #thread
Tiap kali bila ada munculnya isu Hak Bumiputera entah kenapa salah satu perkara yang akan dipertikaikan ialah asal-usul orang Melayu itu sendiri dan sejarah mereka.
Tidak mengapa, di sini saya akan tulis sejarah ringkas mengenai asal-usul orang Melayu. Ini mungkin akan menjawab soalan sama ada "Melayu itu pendatang?" atau tidak.
Read 86 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(