The Patriots Profile picture
Dec 8, 2017 37 tweets 10 min read Twitter logo Read on Twitter
FAQ Tentang Isu Trump Isytihar Jerusalem Ibu Negara Israel
Ditulis oleh -Ayman Rashdan Wong-
#Jerusalem #JerusalemEmbassy #Israel #Trump #Malaysia #MarcapadaDunia #IsuSemasa #Sejarah #Palestine #Indonesia
(Ini adalah thread)
Silakan retweet dan like
(1) “So sekarang Jerusalem/Baitulmqadis tu Israel punya kah?”

TIDAK. Bila Trump kata Jerusalem itu ibu negara Israel, bukan bermaksud secara automatik Jerusalem terus jadi hak milik Israel. Trump bukan hakim dunia. Dia hanya Presiden US.
Di dunia kita sekarang, hanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations – UN) saja yang boleh beri kata putus bahawa wilayah ini milik siapa, wilayah itu milik siapa
US hanya salah satu daripada 5 kuasa besar dunia (selainnya ialah Rusia, China, UK dan Perancis) yang boleh membuat keputusan di UN melalui kuasa veto mereka di Majlis Keselamatan.
Sehingga sekarang, UN masih menganggap pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah dan Israel perlu berundur ke sempadan asalnya sebelum tahun 1967. Kalau guna bahasa undang-undang antarabangsa, Israel hanya ada kawalan “DE FACTO” ke atas Jerusalem Timur.
Pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak diberi pengiktirafan “DE JURE” oleh komuniti antarabangsa.
(2) “Ya Allah! Kiamat makin dekat! ”

Baitulmaqdis tidak jatuh ke tangan Israel bermula semalam. Al-Aqsa (di Jerusalem Timur) telah pun jatuh ke tangan Israel 50 tahun yang lalu lagi, selepas kekalahan Jordan (penguasa asal Jerusalem Timur) dalam Perang Enam Hari 1967.
Tanda kiamat dah mula pun sejak 50 tahun yang lepas. Apa yang korang buat selama 50 tahun lepaslah wey.
Sebelum saya teruskan, sesiapa yang mahu baca dalam bentuk teks/artikel, sila tekan link ini. Kalau anda nak baca thread, endahkan artikel ini dan teruskan membaca thread

thepatriots.asia/faq-tentang-is…
(3) “Ibu negara Israel kat mana sebenarnya?”

Sejak 1950, ibu negara Israel ialah Jerusalem Barat iaitu tempat terletaknya Parlimen, Mahkamah Agung dan Pejabat PM Israel.
Selepas Israel menawan Jerusalem Timur pada 1967, Israel meluluskan Jerusalem Law pada tahun 1980 yang menyatakan “the complete and united Jerusalem is the capital of Israel”. Maksudnya Israel nak menyatukan Jerusalem Barat dan Jerusalem Timur sebagai ibu negaranya.
Perjanjian Oslo 1993 yang dipersetujui oleh Yitzhak Rabin (Israel) dan Yasser Arafat (Palestin) mengatakan status Jerusalem Timur harus ditentukan melalui perundingan bersama Israel-Palestin.
Ini menyebabkan Rabin dibunuh oleh ekstremis Zionis kerana ia bakal menggadaikan pemilikan penuh Israel ke atas Jerusalem Timur. Perundingan damai Israel-Palestin asyik gagal disebabkan politikus right-wing di Israel seperti Netanyahu tidak mahu berkompromi dalam isu Jerusalem.
Jadi, NO, Israel tidak perlu memindahkan ibu negaranya susulan kenyataan Trump.
(4) “Kenapa Trump nak mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel?”

Gimik politik. Mid-Term Election dah nak dekat. Trump pernah berjanji semasa kempen tahun 2016 bahawa dia akan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.
Ianya satu strategi untuk mengambil hati Yahudi Zionis dan Kristian Evangelis (tak semua Yahudi pro Israel, jangan pukul rata). Sama seperti Obama yang pernah berucap semasa kempen tahun 2008 bahawa “Jerusalem will remain the capital of Israel, and it must remain undivided”.
Apa yang Trump buat adalah lebih kepada prosedur standard Presiden. Pada tahun 1995, Kongres US telah meluluskan Jerusalem Embassy Act yang mengiktiraf “undivided Jerusalem” (merangkumi Jerusalem Barat dan Jerusalem Timur) sebagai ibu negara Israel
--dan mengarahkan Department of State (Kementerian Luar) untuk memindahkan kedutaan US ke Jerusalem.
Tapi akta tersebut turut memberi peruntukan “waiver” di mana Presiden boleh menangguhkan perpindahan tersebut. Sejak 1995, Clinton, Bush dan Obama telah pun menandatangani waiver tersebut walaupun ada di kalangan mereka yang pro-Israel.
Waiver itu perlu renew setiap 6 bulan. Kali terakhir Trump menandatangani waiver adalah pada 1 Jun 2017, jadi waiver itu dah expired pada Disember 2017 dan Trump mengambil kesempatan ini untuk membuat kenyataan.
Tak pasti Trump sudah atau belum menandatangani waiver tu. Kalau ikut sumber ini (theguardian.com…/donald-trump-us-jerusalem-isr…) dan ini (timesofisrael.com/after-jerusale……/), Trump sebenarnya dah menandatangani waiver.
Jadi kali ini Trump sekadar sembang, sebab election dah dekat.

Pada 23 Disember 2016, Majlis Keselamatan UN 2015-2016 telah meluluskan Resolusi 2334 yang mengatakan pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah.
Resolusi tersebut dapat diluluskan kerana US tidak menggunakan kuasa vetonya. Obama saja nak kenakan Netanyahu sebelum habis tempoh jawatannya sebagai Presiden.
Kalau sekarang Israel dan US nak mengusulkan sebarang resolusi untuk menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel pun, ia tetap akan diveto oleh Rusia dan China yang telah lama menyokong Palestin dalam hal ini.
Jadi kenyataan Trump kali ini tidak akan mengubah keputusan tersebut. Ia cuma dapat menyelamatkan sedikit air muka Netanyahu.
(5) “So kalau tak ada apa-apa effect, buat apa nak bantah?”

Sebab US sebagai penimbangtara proses perdamaian Israel-Palestin, ia harus menghormati Perjanjian Oslo 1993 dan menjaga perasaan Palestin.
Kenyataan Trump seolah-olah memberi sokongan moral kepada Israel dan membelakangi resolusi-resolusi UN yang jelas mengecam klaim Israel ke atas Jerusalem Timur.
(6) “Malaysia tiada hubungan dengan Israel, boleh bantah meh?”

BOLEH. Sebagai ahli komuniti antarabangsa, suara dan pendirian Malaysia amat penting. Dan Malaysia selaku ahli tidak tetap Majlis Keselamatan UN 2015-2016 adalah antara 14 negara yang meluluskan Resolusi 2334.
Malaysia terlibat dalam semua resolusi yang mengecam Israel, cuma korang selama ini tak ambil kisah je.
(7) “PM kan baik dengan Trump, tak hipokrit ke buat kenyataan kecam Trump?”

Hipokrit kepala otak mung. Ada kerjasama dalam ekonomi dan counter-terrorism bukan bermaksud kita tak boleh bantah US dalam isu berkaitan Israel-Palestin.
Malah semakin rapat hubungan ekonomi, semakin tinggi leverage kita untuk menekan US dalam isu ini.
Kita boleh dan harus bantah tindakan Trump memberi pengiktirafan sepihak (unilateral recognition) kerana itu adalah tanggungjawab Malaysia selaku anggota komuniti antarabangsa, mempertahankan undang-undang antarabangsa.
Kadang kala kita perlu menguasai pengetahuan asas hubungan antarabangsa sebelum meninggalkan komen-komen yang tidak matang di merata media sosial. Trump tengok komen korang pun rasa WTF.
Kurangkan karut, satukan hati. Insya Allah, Palestine will be free.
(p/s: my brothers and sisters, the Jerusalem issue is not a religious issue. It is an universal humanitarian concern over Israel’s illegal occupation of East Jerusalem and its continued defiance of international law.
--Don’t let the extremists from both sides lure you into choosing side based on your faith)

-Thread Tamat-

Silakan retweet dan like

#JerusalemEmbassy #Trumpjerusalem #Trump #USA #Malaysia #Jerusalem #Palestine #Indonesia #MarcapadaDunia #Isusemasa #Sejarah #ThePatriotsAsia
Jerusalem siapa punya?

Tekan tweet ini untuk baca. 👇

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with The Patriots

The Patriots Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @thepatriotsasia

Jul 9, 2018
"Orang Malaysia Ada Keupayaan Menguasai Pelbagai Bahasa"
Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

Ini adalah bebenang.
Silakan retweet dan like.

#MarcapadaDunia #Bahasa #Malaysia #Melayu #Jepun #Cina #Perancis #Languages #Indonesia #Tamil #Mandarin #Filipino #Nusantara #Asia
Orang Malaysia sebenarnya berpotensi besar untuk jadi "multilingual" (mahir 3-6 bahasa) malah boleh jadi "polyglot" atau "hyperglot" (mahir 10-20 bahasa).
Sebab kita dari kecil dah didedahkan kepada pelbagai bahasa dari rumpun etnik yang berbeza, otak kita lebih mudah adapt kepada bahasa asing berbanding warga negara lain. Lainlah kalau kau membesar di Canada atau Australia jadi kau hanya pandai bahasa Anglais saja.
Read 27 tweets
Jun 21, 2018
"Strategi Soft Power: Meningkatkan Kuasa Dan Pengaruh Sesebuah Negara"

Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

#SouthKorea #KoreaSelatan #Malaysia #Budaya #MarcapadaDunia #Sejarah #Nusantara #Korea #HubunganAntarabangsa #USA #China

(Ini adalah bebenang)

Silakan retweet dan like
Beberapa hari ini saya datang 'mood' mengulas pasal industri hiburan Jepun dan Korea Selatan.

Jangan pula korang ambil kesempatan untuk hentam Melayu. Tujuan saya cuma nak memberi pencerahan tentang konsep 'soft power' sahaja.
Dalam hubungan antarabangsa, industri hiburan atau budaya popular kalau digunakan secara strategik, ia akan membantu negara memprojek kuasanya.
Read 32 tweets
Jun 10, 2018
"Ada Apa Pada Lawatan Tun M Ke Jepun?"

Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

Ini adalah bebenang

Silakan retweet dan like

#Malaysia #ShinzoAbe #Japan #Mahathir #Jepun #HubunganAntarabangsa #Sejarah
Esok, Tun M akan memulakan lawatan kerja (working visit) ke Jepun dengan memberi ucaptama di 24th International Conference on the Future of Asia anjuran Nihon Keizai Shimbun (Nikkei), akhbar ekonomi Jepun tersohor.
Sejak conference itu diadakan bermula tahun 1998, Tun tak pernah miss kecuali 4 kali (2005, 2007, 2008 dan 2011).

Selepas conference Tun akan berjumpa dengan Shinzo Abe. Kebetulan pula ayah Shinzo Abe (Shintaro Abe) merupakan Menteri Luar Jepun di zaman Tun dulu dari 1982-1986.
Read 21 tweets
Jun 3, 2018
Tanpa Cina Orang Melayu Berbahasa Thai Dan Beragama Hindu?

Oleh: HE

Ini ialah bebenang.

Sila baca dengan tenang.
Sebenarnya Majapahit pada masa tu dah melemah, dan diaorang nak elak jadi mangsa penaklukan Melaka sampai bagi dua tiga tanah jajahan free. Jadi tak timbul isu China membantu Melaka dari dijajah kerana tidak ada pertembungan dua empayar ini.
Ya. Melaka memang mempunyai hubungan perdangan dengan China. Tetapi ketika serangan Siam ke atas Melaka sebanyak tiga kali dalam sejarah, dua daripadanya dihadapi oleh Melaka dan sebuah lagi serangan mencatatkan Siam terkandas di Kelantan.
Read 10 tweets
May 31, 2018
HSR: Keynesian vs. Fiscal Conservatives

Ditulis oleh Ayman Rashdan Wong
(Ini adalah untaian)
Silakan retweet dan like
#Keynesian #Japan #Malaysia #Shinkansen #Ekonomi #Sejarah #Jepun #bullettrain
Den perhati je orang debat pasal HSR di alam maya. Den tak ambil port sangat, sebab den tahu perdebatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 hari.
Perdebatan ini sebenarnya melambangkan pertembungan dua fikrah ekonomi yang berbeza: satu mementingkan penggunaan perbelanjaan defisit (deficit spending) untuk merangsang ekonomi, satu lagi menekankan perbelanjaan berhemah (austerity) untuk tujuan kemapanan ekonomi.
Read 17 tweets
May 29, 2018
Adakah Melayu itu pendatang?

Ini adalah untaian. Sila baca dengan tenang.

#Melayu #Malay #Sejarah #History #Malaysia #Indonesia #Brunei #thread
Tiap kali bila ada munculnya isu Hak Bumiputera entah kenapa salah satu perkara yang akan dipertikaikan ialah asal-usul orang Melayu itu sendiri dan sejarah mereka.
Tidak mengapa, di sini saya akan tulis sejarah ringkas mengenai asal-usul orang Melayu. Ini mungkin akan menjawab soalan sama ada "Melayu itu pendatang?" atau tidak.
Read 86 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(