The Patriots Profile picture
Mar 3, 2018 51 tweets 12 min read Read on X
3 Mac: Tragedi Runtuhnya Kesultanan Melayu Di Indonesia

Ditulis oleh: Al Semantani Jones
(Ini adalah untaian)
#Sejarah #Melayu #Malay #Nusantarakita #Sumatera #Indonesia #Malaysia #Sultan #Islam #SejarahMelayu #History #AlamMelayu #Kalimantan #3Mac1946
Silakan retweet dan like
Saya pasti anda semua sudah maklum akan pembantaian terhadap raja-raja Melayu dan golongan bangsawan Melayu terpelajar di Sumatera dan Kalimantan oleh pihak yang mendakwa kononnya sebagai golongan Nasionalis Indonesia sekitar 1946 dan 1960-an.
Di bawah adalah ringkasan kepada peristiwa-peristiwa sadis yang berlaku di kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang telah diserang oleh manusia-manusia kejam ini.
Peristiwa ini berlaku hampir serentak di Sumatera iaitu pada 3 Mac 1946 dan kemudiannya pada 1960-an di sebuah kerajaan Melayu di Kalimantan.
•Kerajaan Tanah Karo

Di Kota Berastagi, para pemuda nasionalis menangkap dan mengasingkan para raja Urung dan Sibayak yang diundang ke sebuah majlis. Sebanyak tujuh belas orang Raja ditangkap dan diasingkan ke Aceh, nasib mereka tidak diketahui.
Bangsawan serta Datok Tumenggung di PENGGAL KEPALANYA. Raja Raya DISEMBELIH di jambatan besar, Raja Silimakuta dilindungi TKR, tapi ahli keluarganya semua di bunuh, ada yang di BAKAR HIDUP HIDUP dan ada yang di Penggal kepalanya
•Kerajaan Simalungun

Barisan Harimau Liar pada malam 3 Mac menangkap raja Kerajaan Pane beserta keluarganya, lalu merampas harta benda mereka. Raja dan keluarganya dibawa ke suatu tempat pesta, kemudian mereka DIBUNUH dengan kejam.
•Kesultanan Asahan, Tanjung Balai

Pukul enam pagi, istana diserang sekelompok orang dari Nasional Pelopor Indonesia (Napindo), Pemuda Sosialis Indonesia (Pesindo), Ku Tui Sin Tai (Barisan Harimau Liar), Barisan Merah/Partai Komunis Indonesia, Hizbullah, dan buruh-buruh Jawa.
Seluruh keluarga dan kerabat kesultanan Melayu Islam serta orang-orang yang bekerja untuk istana ditangkap. Harta benda mereka dirampas. Sultan Sjaiboen Abdoel Djalil Rachmatsjah, Sultan Asahan sempat melarikan diri dari belakang istana.
Sebelum saya teruskan sesiapa yang ingin membaca dalam bentuk artikel, tekan link ini:

thepatriots.asia/3-mac-tragedi-…
• Kesultanan Kualuh

Ketika penghuni Istana sedang tidur, istana diserbu segerombolan orang bersenjata tajam. Malam itu, istana diselongkar habis. Tengku Al Hadji Moehammad Sjah, Sultan Kualuh dibawa ke kuburan Cina, tak jauh dari istana.
Tengku Besar juga dijemput dari rumah istrinya dan dibawa ke tempat yang sama. Mereka DISEKSA DENGAN KEJAM, lalu ditinggalkan. Tengku Hasnan, Tengku Long, serta seluruh keluarganya DIPENGGAL KEPALAnya. Seramai 73 ORANG bangsawan dan kerabat diraja Melayu terkorban pada malam itu.
• Kesultanan Melayu Deli

Ahli Persatoean Perdjoeangan (PP), yang ditubuhkan oleh Tan Malaka, dan Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA??) menyerang istana Deli, Istana di tembak tetapi Sultan selamat dengan bantuan askar Inggeris dan tentera kerajaan.
Namun Bangsawan, datuk, orang yang berpangkal nama 'Wan' dan warga Melayu Deli di luar istana BANYAK DIBUNUH.
• Kesultanan Melayu Serdang

Sultan dan keluarganya hanya ditahan di istananya di Perbaungan. Sultan Serdang dipandang lebih berpihak pada Republik, banyak orang yang melindungi dan menjaga Istananya.
• Kesultanan Melayu Langkat

Pesindo menangkap 21 orang kerabat istana. Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di Kota Binjai DIROMPAK, Bangsawan-bangsawan Langkat ditangkap dan sebagian besar DIBUNUH DENGAN KEJAM termasuk pujangga besar Tengku Amir Hamzah
Puteri-puteri Sultan Langkat DIPERKOSA DI HADAPAN MATA AYAHANDA MEREKA , Sultan Langkat, dan putra mahkota yang masih belia hilang hingga kini.
Tengku Kamil, Ahli Keluarga Kesultanan Langkat mati setelah ditebas dengan parang. Semua Tengku, Datuk,Wan dan ahli Istana mati di bunuh.. Kesultanan Melayu Langkat PALING BANYAK DIBUNUH PKI dan Pesindo.
• Kesultanan Melayu Bulungan, Seri Langkat

Sepasukan tentera dari satuan tempur Brawijaya 517 mengepung istana Kesultanan Bulungan. Masyarakat yang sedang mengambil wudhu di Sungai Kayan untuk solat subuh terkejut melihat banyaknya tentera.
Dan sekitar pukul enam pagi, seluruh masyarakat di Tanjung Palas dikumpulkan di depan istana. Mayor Sumina Husain, Komandan Kodim 0903 Bulungan di Tanjung Selor, berkata”Para bangsawan Bulungan ingin memberontak terhadap pemerintah Republik Indonesia.”
Namun, Datuk Taruna, bangsawan Bulungan, menyanggahnya. Letnan B. Simatupang marah, lalu memerintahkan seorang polis M. Ramli untuk MENEMBAK Datuk Taruna yang akhirnya rebah bersimbah darah. Istana dan harta benda dijarah. Satu per satu bangsawan Bulungan hilang.
Kemudian pada malam Sabtu, 18 Julai 1964, istana Raja Muda pun dibakar. Istana Bulungan bertingkat dua itu dibakar selama dua hari dua malam hingga rata.
Revolusi Sosial di Indonesia ini menghasilkan begitu banyak pembunuhan, dan kekacauan. Dokumen Belanda menyatakan bahawa revolusi ini menelan korban sebanyak 1200 orang di Asahan sahaja.,belum lagi di daerah lain.
Kaum bangsawan Melayu di beberapa daerah termasuk perempuan dan kanak-kanak ditangkap dan dibawa ke Concentration Camp di Simalungun dan Tanah Karo. Kaum bukan pribumi pun tidak terkecuali, Cina dan India banyak menjadi korban.
Kaum bangsawan dinista dan dicacimaki sebagai orang bodoh dan pemalas serta berada dalam kemiskinan dan tidak mendapat bantuan Negara dan di negerinya sendiri.
Dua generasi orang Melayu hampir KEHILANGAN IDENTITI mereka. Mereka TAKUT MENGAKU MELAYU, takut memakai baju teluk belanga dan sengaja menambah gelar keturunan Batak di depan namanya supaya boleh masuk sekolah atau diterima di pejabat kerajaan.
Mereka menghilangkan gelaran Tengku, Wan dan Datuk kerana takut dicaci sebagai feudal, bahkan kaum Melayu yang bukan bangsawan tetapi bekerja dengan para Sultan dan Tengku pun turut ditindas.
Banyak dari mereka berhijrah ke Semenanjung, terutama di Kedah dan Perak kerana masih erat hubungan kekerabatan.
Sebahagian lagi pergi ke Belanda. Kalau kita baca di buku-buku sejarah sekolah Indonesia, pasti akan tertulis yang revolusi ini terjadi kerana para sultan Melayu serta raja-raja Simalugun dan Karo banyak menindas rakyat miskin dan tidak mempedulikan rakyat mereka yang--
--dalam kesusahan atau mereka bersubahat dengan penjajah. Ternyata hal ini adalah propaganda dari pihak pemerintah yang pada masa itu agak Pro-komunis.
Dalam penulisannya berjudul “Revolusi Sosial Berdarah di Simalungun Tahun 1946”, Paderi Juandaha Raya Purba Dasuha menuliskan kisah sebenar yang berlaku. Dia membantah sebutan ‘Raja-raja menindas rakyat’ yang selama ini disebut-sebut sebagai pembenar pembantaian kejam tersebut.
Hal ini kerana yang bangkit menyerang raja-raja Simalugun, Melayu dan Pane misalnya adalah para pedatang yang telah diberikan tanah dan sawah oleh pemerintah Melayu dan raja-raja Panei.
Menurut Tengku Haniah, salah seorang kerabat Kesultanan Asahan yang sudah berumur lebih 85 tahun, jika benar mereka mahu menghapuskan kerajaan monarki atau Kesultanan, mengapa Kesultanan Jogjakarta dibiarkan?
“Apapunlah alasan mereka, pembunuhan dan perompakan itu tetap satu kejahatan” ujar Haniah. Setelah kehilangan seluruh harta bendanya, Haniah bekerja menggulung rokok malah membuat bunga dari plastik untuk mencari sesuap nasi.
Walaupun revolusi yang hampir sama berlaku di Kesunanan Surakarta, namun yang menjadi mangsa hanyalah beberapa penasihat sultan dan pekerja-pekerja istana. Keluarga sultan serta para bangsawan tertinggi tetap dilindungi tentera kerajaan Indonesia.
Namun raja-raja Melayu dibiarkan untuk mempertahankan diri mereka dan keluarga mereka sendiri.
Sebenarnya para pembaca sekalian, satu perkara yang saya mahu tekankan tentang peristiwa ini adalah hakikat bahawa negeri-negeri Melayu yang terlibat ini semuanya adalah negeri yang kaya dengan hasil perlombongan, getah, sawit, tanaman-tanaman komersil seperti kopi dan lada.
Di negeri-negeri ini wujud pekan-pekan, pelabuhan serta bandar yang makmur dan indah, malah para sultan mempunyai kapal dagang dan kapal wap masing-masing seperti Sultan Langkat dan Sultan Bulungan. Kekayaan negeri-negeri Melayu ini sentiasa di cemburui oleh pihak-pihak tertentu.
Betul lah kata seorang pengkaji sejarah bahawa orang Melayu ini walau dimanapun dia tercampak dan membuka kerajaan, pasti kerajaan itu akan jadi, terkenal, kaya dan menjadi pusat perdagangan yang masyhur.
Contohnya lihat sahaja Parameswara yang membuka Melaka, kemudian keturunannya Sultan Alauddin yang membuka Johor, kerabat-kerabat Melayu dari Semenanjung dan Sumatera yang berhijrah ke kepulauan Filipina dan Kalimantan Selatan dan membuka kerajaan-kerajaan baru.
Kebanyakannya menjadi pusat persinggaan dan perdagangan yang maju.

Oleh sebab itu pada pendapat penulis, peristiwa, pembunuhan hampir seluruh sultan-sultan Melayu dan kaum bangsawan serta kerabat, bukan hanya satu revolusi sosial.
Sebaliknya sebagai "satu cover up" oleh pihak tertentu dari yang menggunakan nama pejuang nasionalis kemerdekaan Indonesia untuk mendapatkan kekayaan raja-raja Melayu dan hasil mahsul negeri mereka serta menghapuskan kedaulatan dan keturunan raja-raja Melayu.
Begitulah sedikit sebanyak peristiwa operasi terancang untuk menghapuskan kerajaan-kerajaan etnik Melayu dan yang dekat dengannya atas sebab-sebab yang masih kurang jelas sehingga sekarang.
Sebenarnya tidak ada sebarang justifikasi yang boleh diberikan terhadap peristiwa ini kerana ia terang-terangan adalah serupa dengan penghapusan etnik.

- Tamat-

Silakan retweet dan like

#Sejarah #Indonesia #Sumatera #3Mac1946 #Malaysia #Sultan #Melayu #AlamMelayu #Nusantara
Saya tambah beberapa info menarik di bawah sini. Kalau ada sesiapa yang nak tambah silakan. Sekiranya ada kesilapan tolong beritahu saya, kamu sopan kami segan. 😀
Abdullah,T. (2009) 'Indonesia: Towards Democracy'. ISEAS: Singapore
books.google.com.my/books?id=c39TD…
Said, H.M., Anderson, B. and Siagian, T., 1973. What Was the" Social Revolution of 1946" in East Sumatra?. Indonesia, (15), pp.145-186.
jstor.org/stable/3350795…
saudara boleh tambah sekiranya anda ada lagi info-info menarik.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with The Patriots

The Patriots Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @thepatriotsasia

Jul 9, 2018
"Orang Malaysia Ada Keupayaan Menguasai Pelbagai Bahasa"
Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

Ini adalah bebenang.
Silakan retweet dan like.

#MarcapadaDunia #Bahasa #Malaysia #Melayu #Jepun #Cina #Perancis #Languages #Indonesia #Tamil #Mandarin #Filipino #Nusantara #Asia
Orang Malaysia sebenarnya berpotensi besar untuk jadi "multilingual" (mahir 3-6 bahasa) malah boleh jadi "polyglot" atau "hyperglot" (mahir 10-20 bahasa).
Sebab kita dari kecil dah didedahkan kepada pelbagai bahasa dari rumpun etnik yang berbeza, otak kita lebih mudah adapt kepada bahasa asing berbanding warga negara lain. Lainlah kalau kau membesar di Canada atau Australia jadi kau hanya pandai bahasa Anglais saja.
Read 27 tweets
Jun 21, 2018
"Strategi Soft Power: Meningkatkan Kuasa Dan Pengaruh Sesebuah Negara"

Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

#SouthKorea #KoreaSelatan #Malaysia #Budaya #MarcapadaDunia #Sejarah #Nusantara #Korea #HubunganAntarabangsa #USA #China

(Ini adalah bebenang)

Silakan retweet dan like
Beberapa hari ini saya datang 'mood' mengulas pasal industri hiburan Jepun dan Korea Selatan.

Jangan pula korang ambil kesempatan untuk hentam Melayu. Tujuan saya cuma nak memberi pencerahan tentang konsep 'soft power' sahaja.
Dalam hubungan antarabangsa, industri hiburan atau budaya popular kalau digunakan secara strategik, ia akan membantu negara memprojek kuasanya.
Read 32 tweets
Jun 10, 2018
"Ada Apa Pada Lawatan Tun M Ke Jepun?"

Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

Ini adalah bebenang

Silakan retweet dan like

#Malaysia #ShinzoAbe #Japan #Mahathir #Jepun #HubunganAntarabangsa #Sejarah
Esok, Tun M akan memulakan lawatan kerja (working visit) ke Jepun dengan memberi ucaptama di 24th International Conference on the Future of Asia anjuran Nihon Keizai Shimbun (Nikkei), akhbar ekonomi Jepun tersohor.
Sejak conference itu diadakan bermula tahun 1998, Tun tak pernah miss kecuali 4 kali (2005, 2007, 2008 dan 2011).

Selepas conference Tun akan berjumpa dengan Shinzo Abe. Kebetulan pula ayah Shinzo Abe (Shintaro Abe) merupakan Menteri Luar Jepun di zaman Tun dulu dari 1982-1986.
Read 21 tweets
Jun 3, 2018
Tanpa Cina Orang Melayu Berbahasa Thai Dan Beragama Hindu?

Oleh: HE

Ini ialah bebenang.

Sila baca dengan tenang.
Sebenarnya Majapahit pada masa tu dah melemah, dan diaorang nak elak jadi mangsa penaklukan Melaka sampai bagi dua tiga tanah jajahan free. Jadi tak timbul isu China membantu Melaka dari dijajah kerana tidak ada pertembungan dua empayar ini.
Ya. Melaka memang mempunyai hubungan perdangan dengan China. Tetapi ketika serangan Siam ke atas Melaka sebanyak tiga kali dalam sejarah, dua daripadanya dihadapi oleh Melaka dan sebuah lagi serangan mencatatkan Siam terkandas di Kelantan.
Read 10 tweets
May 31, 2018
HSR: Keynesian vs. Fiscal Conservatives

Ditulis oleh Ayman Rashdan Wong
(Ini adalah untaian)
Silakan retweet dan like
#Keynesian #Japan #Malaysia #Shinkansen #Ekonomi #Sejarah #Jepun #bullettrain
Den perhati je orang debat pasal HSR di alam maya. Den tak ambil port sangat, sebab den tahu perdebatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 hari.
Perdebatan ini sebenarnya melambangkan pertembungan dua fikrah ekonomi yang berbeza: satu mementingkan penggunaan perbelanjaan defisit (deficit spending) untuk merangsang ekonomi, satu lagi menekankan perbelanjaan berhemah (austerity) untuk tujuan kemapanan ekonomi.
Read 17 tweets
May 29, 2018
Adakah Melayu itu pendatang?

Ini adalah untaian. Sila baca dengan tenang.

#Melayu #Malay #Sejarah #History #Malaysia #Indonesia #Brunei #thread
Tiap kali bila ada munculnya isu Hak Bumiputera entah kenapa salah satu perkara yang akan dipertikaikan ialah asal-usul orang Melayu itu sendiri dan sejarah mereka.
Tidak mengapa, di sini saya akan tulis sejarah ringkas mengenai asal-usul orang Melayu. Ini mungkin akan menjawab soalan sama ada "Melayu itu pendatang?" atau tidak.
Read 86 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(