Menurut Abdullah Mohamed, teratai merupakan perlambangan kosmologi, yakni tingkat-tingkat alam terbentuk yang bersandarkan pada hakikat ketuhanan-kealaman.
Kudup bunga teratai itu dilambangkan sebagai Abstract Oneness, atau 'kanz mahfiyy', atau Hakikat Muhammadiyah - segala-galanya terhimpun dalam satu perbendaharaan.
SMN Alattas menyebut pada peringkat ini:
"...He is already swayed, as it were, by love (hubb), which is the principle of ontological movement that become manifest in creation."
Sebagaimana alam ini terhimpun, demikian jugalah dilambangkan terhimpun segala stamen, stigma, kelopak, rahim-bunga dan lain-lain pada bunga teratai.
Tingkat seterusnya, apabila bunga teratai itu mengembang, ia dilambangkan sebagai alam besar (makrokosmos) yang berkembang - tiap-tiap elemen pada bunga itu melambangkan maksud tertentu.
Misalnya, kelopak-kelopak bunga itu melambangkan tiap-tiap keperibadian makhluk.
Dan kelopak ini adalah berasaskan daripada perlambangan sifatNya (Jalal dan Jamal) - SMN Alattas menyebut:
"...to behold His resplendent Beauty... and beheld therein as in a miraculous mirror His essential perfections in their eternal and everlasting beauty.."
Daripada perlambangan alam besar itu, ia juga menjadi lambang alam saghir (mikrokosmos) pada diri manusia - yakni kudup bunga teratai itu dilambangkan pada jasad Adam ketika belum ditiupkan roh.
Pada diri tiap-tiap manusia juga, janin di dalam rahim itu juga dilambangkan sebagai kudup bunga - tatkala ditiupkan roh maka jadilah insan. Ia cocok dengan perlambangan bunga teratai yang mulai terkembang dan sempurnalah bila semua kelopak terbuka.
Tentulah panjang penjelasan daripada Abdullah Mohamed ini, apabila ia melibatkan tangkai - kaitan dengan tingkat Ahadiyah, kaitan dengan analogi tubuh badan, bahkan sehingga menjadi perlambangan nasional dan geopolitikal orang Melayu terdahulu!
Justeru, tidak hairanlah masjid-masjid tua (di Melaka misalnya) menggunakan lambang teratai sebagai motif dan hiasan di dinding, minbar, tapak buah butong dan sebagainya.
Orang Malaysia sebenarnya berpotensi besar untuk jadi "multilingual" (mahir 3-6 bahasa) malah boleh jadi "polyglot" atau "hyperglot" (mahir 10-20 bahasa).
Sebab kita dari kecil dah didedahkan kepada pelbagai bahasa dari rumpun etnik yang berbeza, otak kita lebih mudah adapt kepada bahasa asing berbanding warga negara lain. Lainlah kalau kau membesar di Canada atau Australia jadi kau hanya pandai bahasa Anglais saja.
Esok, Tun M akan memulakan lawatan kerja (working visit) ke Jepun dengan memberi ucaptama di 24th International Conference on the Future of Asia anjuran Nihon Keizai Shimbun (Nikkei), akhbar ekonomi Jepun tersohor.
Sejak conference itu diadakan bermula tahun 1998, Tun tak pernah miss kecuali 4 kali (2005, 2007, 2008 dan 2011).
Selepas conference Tun akan berjumpa dengan Shinzo Abe. Kebetulan pula ayah Shinzo Abe (Shintaro Abe) merupakan Menteri Luar Jepun di zaman Tun dulu dari 1982-1986.
Tanpa Cina Orang Melayu Berbahasa Thai Dan Beragama Hindu?
Oleh: HE
Ini ialah bebenang.
Sila baca dengan tenang.
Sebenarnya Majapahit pada masa tu dah melemah, dan diaorang nak elak jadi mangsa penaklukan Melaka sampai bagi dua tiga tanah jajahan free. Jadi tak timbul isu China membantu Melaka dari dijajah kerana tidak ada pertembungan dua empayar ini.
Ya. Melaka memang mempunyai hubungan perdangan dengan China. Tetapi ketika serangan Siam ke atas Melaka sebanyak tiga kali dalam sejarah, dua daripadanya dihadapi oleh Melaka dan sebuah lagi serangan mencatatkan Siam terkandas di Kelantan.
Den perhati je orang debat pasal HSR di alam maya. Den tak ambil port sangat, sebab den tahu perdebatan ini tidak akan selesai dalam masa 2-3 hari.
Perdebatan ini sebenarnya melambangkan pertembungan dua fikrah ekonomi yang berbeza: satu mementingkan penggunaan perbelanjaan defisit (deficit spending) untuk merangsang ekonomi, satu lagi menekankan perbelanjaan berhemah (austerity) untuk tujuan kemapanan ekonomi.
Tiap kali bila ada munculnya isu Hak Bumiputera entah kenapa salah satu perkara yang akan dipertikaikan ialah asal-usul orang Melayu itu sendiri dan sejarah mereka.
Tidak mengapa, di sini saya akan tulis sejarah ringkas mengenai asal-usul orang Melayu. Ini mungkin akan menjawab soalan sama ada "Melayu itu pendatang?" atau tidak.