Discover and read the best of Twitter Threads about #inithreadts

Most recents (9)

Kita pasti nakkan semua yang terbaik dalam hidup ini, kan?

Mana ada orang nakkan yang terburuk dalam hidup. Kalau boleh, daripada lahir sampailah ke tua, semuanya nak yang terbaik. Itupun kalau bolehlah.

#IniThreadTS
#TarbiahSentap
Kalau seorang pelajar, kita pasti nak jadi pelajar yang terbaik. Buktinya, kita belajar sungguh-sungguh bagai nak rak, buat study group, selalu jumpa cikgu atau lecturer, always burning the midnight oil, dan segala macam untuk menjadi pelajar yang terbaik.
Kalau seorang pekerja, kita pasti nak jadi pekerja yang terbaik. Buktinya, kita buat kerja sungguh-sungguh, tepati waktu, siapkan kerja before deadline, tunjukkan komitmen sebab nak naik gaji, ikut semua arahan dan sebagainya untuk menjadi pekerja yang terbaik.
Read 10 tweets
Maha pengampunnya dan cintanya Allah pada kita, hampir saja kita tiada dosa. Fuh, betulkah?

Tenang.. Jangan terkejut dulu..

#IniThreadTS
#TarbiahSentap
#PujukanDariTuhan
Bayangkan, sepanjang hidup ni, berapa byk kali kita dah buat dosa? Banyak, serius byk. Tak kisah sama ada dosa besar atau kecil. Kalaulah malaikat pencatit dosa itu ada sifat penat dan putus asa, mungkin dia dah "letak jawatan" sebab penat sangat mencatit banyak sgt dosa kita!
Tetapi... Cintanya Allah kepada kita, banyak kali Allah beri peluang untuk kita hapuskan semua dosa2 tu.

Baaanyak kali. Buktinya?
Read 17 tweets
Tadi saya terjumpa soalan ini. Saya tahu, perkara ni sebenarnya ramai yg menghantui fikiran sebahagian isteri. Keliru, samaada boleh ke tak?

sebelum tu, saya doakan moga sesiapa yang terperangkap dalam loop hole video lucah, dapat kekuatan utk tinggalkan.

#inithreadTS
#Retweet
Beginilah..

1. Menonton video lucah tetap haram, walaupun dah kahwin. Ini asas agama. Kalau tanya kenapa haram, mudah saja. Sejak bila kita boleh tengok aurat orang lain (yang ajnabi)?

Melihat aurat orang yang ajnabi (bukan mahram) memang tak boleh. Walaupun bkn video lucah.
2. Isu ketagih video lucah ini bukan hanya kalangan remaja je, bahkan orang dewasa dan berkahwin pun. Saya selalu uruskan pelajar sekolah yang ketagih video lucah dan onani. Tetapi post/thread kali ini saya khususkan sedikit untuk yang dah berkahwin.
Read 20 tweets
Nasihat daripada saya yang tak seberapa ini buat pasangan pengantin baru, ataupun yang akan berkahwin dalam masa terdekat,

1. Perbaiki skill komunikasi bersama pasangan.
2. Bersabarlah dengan penuh kesabaran sehingga mampu bersabar dan terus bersabar. Hehe.

Maksudnya apa?
Saya ingat lagi, masa zaman sebelum berkahwin dulu, saya kerap menghabiskan beberapa buah buku berkaitan dengan skill komunikasi, memahami perspektif lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Dan kebanyakkannya adalah buku dari Barat. Hehe. Gambar buku ada di bawah.
Hasilnya, saya berjaya mengarang beberapa bab penting dlm buku saya sendiri iaitu buku Aku Bukan Malaikat 1 & 2. Contoh bab "Betul ke Jodoh dah ditetapkan? (boleh baca di sini "tarbiahsentap.com…/06/betul-ke-jodoh-dah-ditetapkan.ht… ", dll.

Kenapa saya baca buku2 ni?
Read 24 tweets
KITA PERLU TANGANI ISU KAHWIN BAWAH UMUR

Kisah tular baru-baru ini berkenaan kanak-kanak 11 tahun bernama Ayu yang dikahwinkan, ialah kisah tragis kanak-kanak yang dimangsakan oleh keluarganya sendiri, untuk kononnya keluar dari kesukaran hidup.

#IniThreadTS
#JomRetweet
Bapa kanak2 itu yang bekerja sebagai penoreh getah mengakui bahawa lelaki 41 tahun yang kini menjadi suami anaknya itu adalah majikannya, yang selalu membeli getah daripadanya. Bahkan, dia turut menyatakan bahawa beliau bersetuju untuk...
Untuk membenarkan anaknya dikahwinkan, apabila lelaki 41 tahun tersebut berjanji “akan memberikan kehidupan lebih selesa selepas berkahwin dengan Ayu.” [1]

Justeru, apakah penyelesaian bagi menangani kes-kes seperti ini di masa hadapan?

Sebenarnya di Malaysia, kita mempunyai...
Read 19 tweets
Kebelakangan ni, ramai pula bincang pasal kahwin muda, kahwin masa belajar, tak galakkan kahwin muda, dan macam2 lagi. Apa pun, kami di Tarbiah Sentap nak kongsikan macam mana sebahagian admin TS kahwin TANPA COUPLE.

Eh, boleh ke kahwin tanpa couple? Macam mana?

#IniThreadTS
Ramai yang cakap, "kalau tak couple, macam mana nak kahwin?" Or "kalau tak dating, macam mana nak kenal?"

Ramai lupa, Rasulullah dulu MANA PERNAH couple atau dating. Pernah ke baca Nabi bercouple dan berdating? Kalau ada, sekarang saya suruh couple dan dating. Ikut sunnah. Hehe.
Hari ni ramai yang nak bernikah ikut cara Nabi, majlis kahwin ikut cara Nabi, mahar dan hantaran ikut cara Nabi, tetapi BERCINTA nak ikut cara BARAT. Kenapa kita ambil Islam separuh2 saja? Kita ambil Islam apa yang kita nak saja. Yang tak nak, kita buang ke longkang.

Sedihnya..
Read 39 tweets
APA KESAN MELEWATKAN SOLAT?

Ramai orang hari ini yang tak rasa apa2 bila melewatkan solat. Bahkan tinggalkan solat terus pun ramai juga. Siap berbangga pula tu. Ada yang kata,

"Aku tak solat, tapi exam straight A's je"
"Kawan aku tak solat, tapi exam 4 flat."

#IniThreadTS
Sebab ramai orang yang lewat/lengahkan solat dengan SENGAJA ni TAK PERASAN yang banyak kesan daripada perbuatan mereka. Antara kesannya adalah ;

1. Dosa besar. Rasulullah beritahu dalam satu hadis,
"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan (uzur menurut syarak), maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".

(Riwayat Al-Hakim)
Read 6 tweets
Mesti kita pernah tertanya, kenapalah susah sangat nak dapat ketenangan hati, hidup sentiasa positif, dan lain2. Hari ni saya kongsi 8 PENYEBAB kenapa kita SUSAH untuk sentiasa kekal positif dan susah untuk mendapat ketenangan hati.

#IniThreadTS
1. Selalu bersedih

Maksudnya, kita tidak bersedih atas sesuatu perkara sehingga melampau-lampau. Contohnya kematian. Betul, memang sedih. Tetapi tidaklah melampau-lampau sehingga meratap dan seumpamanya. Sebab ia akan mengganggu ketenangan hati dan hidup sentiasa negatif.
2. Rasa gelisah.

Gelisah ini biasanya berkaitan dengan dosa. Sebab Rasulullah pernah beritahu dalam satu hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad, yang mana dosa adalah segala perkara yang membuatkan kita gelisah dan tak nak orang tahu. Maka, bertaubatlah dari dosa kita!
Read 12 tweets
Ramai yang tanya kami:

"Macamana nak ISTIQAMAH dalam perubahan?"

Jom, kami akan bagi rahsia untuk istiqamah dalam thread ni👇

#IniThreadTS
Sejujurnya, nk berubah ni, semua org mampu. Semua mampu berubah. Serius. Yg jadi masalah ialah,kita ni NAK berubah, or kita ni NAK TAK NAK.
Kalau kita NAK, Allah akan bukak jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa pada kita untuk berubah.
Read 73 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!