Discover and read the best of Twitter Threads about #MedTweetMy

Most recents (14)

Ya Allah timbul lagi satu trend dari peniaga online untuk MENIPU pengguna.Kali ini dengan “acid etchant” yang digunakan oleh dentist untuk menampal gigi.Acid ini di salahgunakan untuk memutihkan permukaaan gigi! Saya terangkan mengapa menggunakan teknik ini BAHAYA
#MedTweetMy
Doktor gigi gunakan acid sebagi langkah pertama utk melekatkan komposit (bahan tampalan sewarna gigi). Acid ini akan mewujudkan microporosity pada gigi,dan “bonding agent” akan disapu supaya mewujudkan lapisan hibrid dengan bahan komposit supaya ia boleh melekat lebih baik.
Apa bila acid ini digunakan utk sekitar 20saat, secara microskopiknya,ada liang2 kecil terhasil. Secara mata kasar tompok putih terhasil. Bahagian yang ‘rapuh’ ini telah sedia untuk langkah seterusnya iaitu sapuan resin.
Read 7 tweets
S: Zek, aku baru balik hospital melawat Mat.

Z: Eh, apa hal?

S: Dr kata Mat kena appendix. Kena operate.

Z: Appendix? Ni mesti sebab makan jambu tak buang biji. Tak pun, makan biji cili.

S: Ye ke? Bukan #MedTweetMY cakap itu mitos ke?

Inilah thread berkenaan 'appendix' (1/4)
Nama sebenar penyakit 'appendix' adalah appendicitis iaitu radang pada appendix.
Biasanya pesakit akan alami tanda sakit pada bahagian bawah kanan abdomen (RIF).
Ada pesakit yang dapat rasa sakit diulu hati kemudian bergerak ke tengah abdomen sebelum sakit berterusan di RIF (2/4)
Sebelum doktor mendiagnosa appendicitis, penyakit yang menyerupai eg. batu karang, jangkitan saluran kencing & mengandung luar rahim (wanita) akan diketepikan melalui pemeriksaan.

Jika sakit di bahagian bawah kanan abdomen beserta DEMAM, itu mungkin petanda appendix pecah. (3/4)
Read 4 tweets
Nicotine Replacement Therapy (NRT) adalah salah satu bantuan yang baik untuk bantu perokok berhenti merokok. Tapi, nak guna pun perlu tahu cara yang betul. Ada beberapa jenis NRT yang boleh digunakan ikut kesesuaian dan keselesaan.

Follow thread ini.
NRT gunanya untuk bekalkan nikotin kepada badan. Biasanya perokok dapat nikotin melalui rokok. Bila nikotin kurang, perokok akan dapat 'withdrawal'.

Nak kurangkan withdrawal, boleh guna NRT. Kajian kata kadar berjaya berhenti rokok adalah dua kali ganda jika guna NRT.
Anggaran masa untuk guna NRT adalah selama 8-12 minggu. Guna lebih 12 minggu pun boleh. Kalau belum nak berhenti, NRT boleh kurangkan jumlah rokok sehari.

Ada 4 jenis NRT wujud di Malaysia. Biasanya seorang guna 1 jenis sahaja. Tapi kalau tegar sangat, boleh combine 2 jenis.
Read 9 tweets
Berhenti merokok adalah satu proses perubahan gaya hidup (behaviour change). Prosesnya agak sama dengan bila kita ambil keputusan untuk diet, bersenam, makan ubat, nak jadi lebih baik dan sebagainya.

Ahli psikologi kata, ada 6 fasa bila kita dalam proses untuk berubah.
1. PRE CONTEMPLATION - waktu ini kita tak terfikir pun nak berubah. Tak rasa nak berhenti rokok. Tak rasa gemuk itu satu masalah. Rasa makan ubat tu tak penting.

Kalau ada kawan yang fasa ini, encourage dia untuk explore masalah dia sendiri.
2. CONTEMPLATION - Ini fasa atas pagar. Orang tu ada niat untuk berubah. Niat untuk berhenti rokok tapi tak tahu bila. Belum ada tarikh.

Tapi dah mula sedar yang merokok itu bahaya dan penting untuk dia berhenti.
Read 8 tweets
Cabaran utama berhenti merokok adalah simptom-simptom withdrawal. Penting untuk perokok yang ingin berhenti bersedia dengan cabaran ini supaya dapat bersedia fizikal dan mental.

Simptom withdrawal yang biasa adalah:
1. Hilang mood atau murung (<4 minggu)

2. Gangguan tidur. Tidur malam kurang lena dan resah (<2 minggu)

3. Cepat marah. Selalu sentap dan naik angin (<4 minggu)

4. Hilang fokus. Sukar beri tumpuan (<2 minggu)
5. Resah dan gelisah. Sentiasa rasa tak keruan (<4 minggu)

6. Selera makan bertambah. Berat badan pun. Perlu jaga-jaga (>10 minggu)

7. Sembelit. Rasa tak seronok untuk membuang. (>4 minggu)
Read 5 tweets
DURIAN DAN BUAH PINGGANG

Semalam saya berkesempatan berkongsi mengenai buah durian dan pesakit buah pinggang di dalam rancangan Lensa 106 (Astro Oasis).
Adakah buah durian boleh memudaratkan?
Ini adalah thread pendek 👇
Gambar: sumber google
Pesakit buah pinggang terutamanya yang sedang menjalani rawatan dialisis tidak digalakkan mengambil buah durian ni.
kenapa? sebab kandungan potassium nya yang tinggi
#MedTweetMY
Ini kerana bagi pesakit buah pinggang, mereka tidak lg berkeupayaan utk mengeluarkan bahan kumuh daripada badan (antaranya potassium ni) seperti orang biasa.
Pengambilan MAKANAN yang tinggi potassium mungkin boleh menyebabkan peningkatan aras potassium dalam darah. #MedTweetMY
Read 5 tweets
"Dr, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak mcm ada serangga. Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga" - Ini adalah situasi yang saya alami di klinik 2 hari yang lepas.

Ingin tahu apa LANGKAH-LANGKAH AWAL jika seranggan memasuki telinga anda? Follow THREAD 👇👇
1) JANGAN PANIK/KALUT

-Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak2, tetapi untuk orang dewasa juga (jangan terkejut, saya pernah dapat pesakit dewasa yang sangat agresif 😂 ). Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan komunikasi yang berkesan.
2) JANGAN CUBA MASUKKAN "CoTToN BUDs" / BESI / KUNCI KE DALAM TELINGA

-Ini perkara yang sangat biasa berlaku. ELAKKAN..!!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.
Read 7 tweets
Men! Take care of your privates. Jika ada apa apa perbezaan pada kulit dan struktur kemaluan anda, dapatkan nasihat doktor pakar dengan segera

Ini thread
Kanser penis paling kerap berlaku ialah squamous cell carcinoma. Kanser yang rare (kurang dari 1 dalam 100ribu org akan mendapatnya) dan ada beza antara kaum yg akan mendapatnya
Ada kaitan dengan virus HPV . Biasa berlaku pd umur 60 tahun. Risk factors - phimosis (kulup yg ketat dan tidak boleh ditarik kebawah bagi mereka yg tidak bersunat
- iritasi penis yg kronik ( balanitis$
- jangkitan virus HPV
- merokok
- bilangan rakan seks yg ramai
Read 15 tweets
Kalau nak pakai contact lens, memang kena jaga baik2 sebab ada risiko cornea ulcer. Paling teruk, boleh menyebabkan kebutaan.

Meh lah saya cerita sikit cara penjagaan kalau pakai contact lens.

Boleh juga check my previous tweets di #MedTweetMYCL

❤️,
#MedTweetMY
Bukan semua orang sesuai pakai contact lens. Orang yang memang tak sesuai pakai contact lens ialah:

- Keadaan tak mengizinkan utk jaga hygiene, cth: sibuk kerja long hours
- Mata terlalu kering
- Bekerja/tinggal di tempat yg tidak bersih
Sepatutnya kalau nak guna contact lens memang kena jumpa OPTOMETRIST. Mereka ni ada di kedai2 optik/kedai spek. Mereka mmg terlatih dan professional dalam bab contact lens.

Tapi kalau ada aral, paling kurang, yang 1st time beli tu kena jumpa mereka. Wajib.
Read 15 tweets
Macam mana nak kurangkan bau mulut semasa berpuasa ni ya?

Nak tahu? Ikuti thread #tipsramadan #MedTweetMY ini!
1. MINUM AIR SECUKUPNYA
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. ELAK KOPI & TEH UNTUK SAHUR
Kopi/teh adalah bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
Read 7 tweets
Cirit-cirit? Apa yang anda boleh lakukan di rumah. Bila nak pergi jumpa doktor?

Ikuti bebenang #MedTweetMY ini!
Sebab-sebab cirit birit:
1. Keracunan makanan
2. Keracunan ubat/dadah
3. Kesan sampingan ubat
4. Jangkitan pada usus
5. Alahan laktosa
6. Nak MC
Makanan yang perlu dielak jika cirit-birit:
1. Terlalu manis
2. Pedas
3. Berempah
4. Susu
5. Alkohol
6. Kopi
7. Makanan dengan serat tak larut, cth: barli, kekacang, dsb.

Makanan ini boleh menyebabkan cirit-birit semakin parah, namun setiap orang lain sedikit reaksinya.
Read 8 tweets
Setiap hari kita mandi. Orang kata nak mandi, kena jaga pantang larang. Ini bebenang tentang pantang larang berkenaan dengan mandi. #MedTweetMY
1. Mandi ketika berpeluh menyebabkan panau.

Mitos! Panau adalah jangkitan kulat pada kulit. Ia berlaku apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti rendah, atau kekurangan gizi. Jika berpeluh atau selepas mandi anda tak keringkan badan maka barulah kena panau serta pengor
2. Mandi selepas makan menyebabkan perut buncit.

Mitos! Tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar. Mandi yang menyebabkan perut anda buncit tu namanya Nasi Mandi(Arab).
Read 7 tweets
Ini thread pasal fahaman asas tentang kemurungan (depression). Kalian kena tahu bezakan kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression)
#MedTweetMY
Selepas peristiwa yang menggoncang jiwa, kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit.
Clinical depression(major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama. Biasanya berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras.
Read 11 tweets
Ini thread tentang bahana tak cukup tidur dan microsleep #MedTweetMY
Aku seorang doktor, berkhidmat di sebuah hospital. Seperti mana semua tahu, ada masa kami kena on-call. Bila oncall, maka kami kerja 24-33 jam terus menerus. Jika *jonah, memang parahlah kami.
*Jonah = nasib malang di mana ketika seorang doktor on-call, ramai pesakit yang datang/dirujuk kepadanya, atau ada pesakit yang tak stabil keadaannya dan perlu di periksa dengan lebih kerap.
Read 13 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!